Plan sebenarnya hari keempat nak ke Mt.Fuji. Terpaksa cancel sebab cuaca waktu tu sangat teruk untuk kami kesana. CCTV pon tunjuk hujan sangat lebat sampai laut lintas jalan raya. Tak nak tanggung risiko, kami ke area berdekatan yang bebas dan manfaat jadi kami pilih untuk ke Shinjuku ( oh Ya, dari Komagome 50 minit).
Di Shinjuku, kami singgah ke Tokyo Metropolitan Government Building. Tokyo menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2020 so Alhamdulillah dapat jugak ke bangunan yang boleh tengok sekitar bandar area bangunan ni.
Lebih kurang bangunan Putrajaya tapi dekat sini lagi tinggi tinggi. Kalau you guys nak datang Japan 2020, get ready kemungkinan rate mesti akan naik :') Masa datang sini, impress dengan tenaga kerja dia semua usia yang sangat tua, berkhidmat. Lap besi pemegang, lift dan lain lain. Bagus kan?!
Dalam bangunan ni ada jualan tapi yelah, pelancongan kan so rate dia agak tinggi. Nak beli boleh, tak salah kot ada yang berkenan :') Why not? Ok jom kita gerak ke Higashi-Ikebukuro. Ada apa?
HIGASHI-IKEBUKURO (Pokemon Center Mega Tokyo)
Yang ni betul betul un-planned. You guys berjalan tu mesti jalan santai kalau tak, letih juga. Lebih kurang 1 jam jugak dari Metroplitan building tu ke Higashiikebukuro ni. Kami lepak makan tengah hari dulu bawah pokok. Baru lepas hujan, so lapar dan sejuk. Nak cari pokemon punya pasal, kami gigih kesana. Pokemon dari Japan, Pikachu tu comel sangat. Kebetulan last year, gamers fanatik betul dengan pokemon games ni. PCMT ni terletak di Toshima dan pokemon ni dalam mall :')
Kami sebenarnya nak kurangkan masuk mall, nak pergi apa yang tiada di Malaysia tapi sebab Pokemon ni dalam mall, kami redah jugak hehe.
Anyway, ada anak kecil boleh je datang. Mungkin budak budak lagi seronok.
Macam macam toys ada dalam ni. Cantik dan comel :') tu terbeli tu. eh. So, kami pon keluar dari Mall itu dan ambil angin luar :') haha!
Ramai betul masyarakat time ni :') Buat hal sendiri pon tak apa, semua orang faham :D
Black Palazzo from Hijriahome |
Cepatnya waktu berputar. Kami taknak buang masa, so kami proceed ke Euno! yeay!
Dari Toshima ke Euno, dengan menggunakan train, lebih kurang 35 minit macam tu. So sampai lah kami di Euno.
Nak ke Euno ni, banyak betul pit stop kami hehe. Tapi best!
Teruskan berjalan. Terapikan minda walaupun kaki tengah sakit berdenyut waktu ni. Berjalan sakan berejam agaknya. Wady urut merata tempat kaki saya haha. Thank youuu.
Ni saya share EUNO ni best sebab apa. Sebab banyak barang dijual dengan harga lawan lawan :') So sila lah meriahkan diri anda dekat sini kalau tak tahu nak kemana. .
Oh ya, sesiapa yang cari branded bag, bleh datang euno dan ada beberapa shop Prelove bag branded bag. Yang saya pegang ni Gucci, cuba teka RM berapa? RM 2,000 jer hehe. Rugi tak beli kan? so boleh lah beli sini buat buah tangan diri sendiri.
lepas kami ke Euno kami ke Nippori untuk beli kain ela. Tapi sayangnya, kedai tutup jam 7 malam. Kami decide untuk ke Nippori di hari balik nanti :') So kami balik ke Komagome semula dari Nippori yang mengambil masa 6minit saja :') Ok guys nanti kita continue part 4 pulak ya!
PART 4 : TOKYO DISNEYSEA
PART 3 : SHINJUKU - HIGASHI - IKEBUKURO - EUNO
PART 2 : KOMAGOME- ASAKUSA TEMPLE ( SENSOJI) - TOKYO SKYTREE
PART 3 : SHINJUKU - HIGASHI - IKEBUKURO - EUNO
PART 2 : KOMAGOME- ASAKUSA TEMPLE ( SENSOJI) - TOKYO SKYTREE
Blouse : Doubletripleplus
Palazzo : Hijriahome
Square Scarf : ARIANI