Thursday, September 13, 2018

TOKYO Part 6: ( Chiyoda - ku - Shibuya )

Day 7 : KOMAGOME - CHIYODA-KU - SHIBUYA

Perjalanan dari Komagome ke Chiyoda lebih kurang 25-30 minit. Kos train dalam 200yen ( RM 8 ). Kalau silap maaflah almakumlah dah setahun kesana haha! Oh ya, Chiyoda-ku ni terletak di tengah tengah Tokyo. Strategik jugak. 

WACOAL BUILDING




Plan nak pergi Tokyo Imperial Palace & Edo Castle, tapi sayang, Jumaat tutup. Fuhh, so terpaksa cari option lain untuk tidak kosongkan itinerary.  Sambil fikir sambil berjalan. So dalam perjalanan kami tu, kami banyak pit stop. Ambil gambar tempat ce-cantik kan hehe. So belakang Najah ini lah bangunan pakaian dalam wanita jenama wacoal. Siapa peminat wacoal, kita geng!




Biasalah badan size besar ni wacoal antara salah satu yang terbaik ehe. Eh? macam dok promote wacoal dah pulak hehe. Actually just nak show you inilah building wacoal di Chiyoda-ku. 

National Theater

Kami stop kat National Theater untuk Fatima dan Boy ni shoot post-wedding.  Korang bayangkan lah sendiri macam mana si Fatima ni seret nya kain dia sepanjang jalan hahaha! (actually casual from our house sampai sini tukar baju pengantin untuk shoot). ok pandang sat, nak masuk dalam blog heeheh.



Hijau segar bandar ni. Cantik. Kami datang September, panas nak masuk sejuk. Panas tak panas, sejuk tak sejuk. Tapi okey la hehe. Datang waktu panas ni, best dia boleh jalan jalan.

THE NATIONAL DIET BUILDING, CHIYODA



Behind the scene , Allah saja tahu betapa jauhnya kami berjalan kaki nak datang sini haha! Seriously, takkan lupa punya.  Kaki Najah dok lenguh bayangkanlah berapa kali berhenti wady urutkan lol. Nasib tak pergi #gengbujang kalau tidak, kene tinggal situ mhaha.


Kalau nak masuk perlu ada permission so kami pon bergambar depan main entrance.  Bersih kan? Situ kalau pergi, ambil gambar banyak banyak lepastu kalau letih, polis tu tak bagi duduk. Siap maklum pada kami sana ada tempat duduk namanya "Memorial Hall of Politics Japan Nagata-cho" . Kalau nak ke situ, jalan kaki sikit dan sampai.



OK dekat sini, ada Tower clock. Tinggi jam dia kalau tak nampak tak taw lah hehe. So kami makan apa yang kami bekal dari rumah dekat park ni. Tenang je suasana. best.
Sambil ambil tenaga nak berjalan lagi kan.



Bandar ni kan senang cerita macam Putrajaya. So ini adalah jalan masuk untuk ke Pejabat Perdana Menteri. Kawasan ni sunyi sangat. Memang polis ramai kat sini, bestnya rasa terjaga haha.

SHIBUYA



Yayy inilah yang dinanti nantikan semua termasuk Najah hehe. Seronoknya nak tengok live bandar yang sesak atas jalan raya dengan manusia sepanjang masa.

Welcome to Shibuya guys wuhu~



Time aku nak bergambar, time tu lenggang dalam gambar. Kalau time tunggu, kemain padat. haha! kejap. Effort effort guys 

Actually ada video tengah melintas. Tau tak, dok ulang berapa kali melintas. Adalah dalam 30 minit atas hanya untuk melintas sahaja. Tah macam mana boleh hilang video tu. Check banyak kali dalam osmo, takda jugak. Sedih.
takpalah takdak rezeki nk tunjuk korang saya melintas, mungkin suruh datang lagi la kot hehe.



Sekejap ye, jenjalan dulu. Nanti kita cari idea macam mana nak mencelah tengah giant zebra crossing tu. HAHAHA.



Merayau street shibuya tak perasan hari dah gelap. Fuh, lawa gila waktu malam . cantik kan? Bandar yang tak lengang lengang. Wajib ada orang haha.


Lama kami lepak sini. Sejuk waktu malam so memang best lah melepak kan. hehe. sambil makan "biskut kapal black ni" tak sedaaaaaap! degil lagi tak dengar cakap laki haha.

Memang kira heaven dunia la kalau di shibuya ni. Kalau korang nak stay, rebutlah duduk mcD kat atas tu. confrim lawa.




Hari ketujuh ni memang sebak nak balik esok. Harap hari ketujuh ni stay. Waktu tu malas nak balik sebab malas nak masuk office tengok kerja atas meja hahaha! what to do, kena balik. Alhamdulillah! So kami balik ke Komagome untuk beli few things nak bawak balik, nak masak and nak mengemas nak balik KL dah esok. .


Day 8 : KOMAGOME - HANEDA AIRPORT 




Alhamdulillah untuk penginapan yang memuaskan hati kami di Komagome. Kami pilih AirBnB untuk penginapan. So untuk 8 hari 7 malam lebih kurang RM1,500 +- . Murah kan? So kalau nak pilih penginapan boleh download apps "AirBnB". Just search "nama tempat you nk stay" nanti akan keluar la satu persatu pilihan tempat tinggal dan bayar :'). Rezeki kami dapat owner baik.



Sebelum tinggal kediaman, suami kemaskan. Takdalah owner tak bagi datang lagi next time kan haha. Anyway mana mana pon kena disiplin jangan tinggal rumah orang lintang pukang. Itu peribadi kita tau. sebak nya lah nak say goodbye.



Oh ye, first time dapat rasa baby gempar bumi. Dah la duduk atas, so memang terasa la gegaran. Dah biasa kat sini tapi pada saya dan suami, ia baru pertama kali. Masa tu suami sedang sikat rambut, saya duduk tunggu atas katil sambil dia bersiap tiba tiba kepala pening. Masa tu Allah je dalam kepala. Tau pon wwkkwkw.




bye Komagome! Recommended untuk mereka yang nak datang Tokyo ok! take care guys. If nak tanya apa yang takda dalam blog ni pasal Tokyo, boleh follow instagram saya ok!

@NAJAHTUL



Thank you tau singgah baca! have a good holiday guys!





Grey stripe blouse (Day 8) : MisClaire