Wednesday, September 12, 2018

TOKYO Part 4: ( DisneySea )

Day 5 : KOMAGOME - DISNEY SEA



DISNEY SEA


YEAY! Sebenarnya dari hari pertama sampai dah excited nak ke Disney Sea ni. Almaklumlah, pergi Tokyo, tak sah klau tak pergi DisneySea / Disneyland kan? Najah & Fatimah paling excited sekali hiks. Suami kami melayankan aja ! Dari Malaysia kami berempat dah berbincang sama ada nak ke Disneyland atau Disneysea. Memandangkan kami dah study dengan umur kami ni, kami sepakat memilih Disney Sea. Banyak faktor sebenarnya kami pilih Disneysea sebabnya, Disneysea HANYA DI TOKYO. Disneyland ada lah di beberapa buah negara kan? tapi belum ada lagi Disneysea.  Lagipon, Disneysea sesuai untuk kami. Kalau you guys nak pergi Disneyland pon boleh cuma games banyak untuk kanak-kanak dan ada jer package 2 hari untuk Disneyland & Disneysea.  Untuk kami, Disneysea saja. Okey jom!




Najah menggunakan apps Japan Travel macam biasa. Untuk ke Disneysea dari kediaman kami, Komagome dalam lebih kurang 1 jam macam tu.  Total kos dari Komagome kesana 390Yen ( RM 15 ) macam tu. Najah share direction untuk kesana ok!


Komagome (JR Yamanote Line) - Tokyo Station 

Tokyo Station ( JR Musashino Line platform 3 ) - Maihama Station 
Maihama Station ( berjalan dalam 7-8 minit (south exit) - Tokyo Disneysea yeay!



Alhamdulillah, Najah melompat lompat atas lantai tu betúi ke tidak yang Najah di Disneyland HAHA! seronoknyaa time ni. Sungguh , najah seronok betui. Jadi budak budak tetiba wady cakap. Masa tu tak pikir apa dah, nak masuk dalam tu ja hihi


Okey setibanya kami di sana, kami terus ke Disney train untuk ke DisneySea. DisneySea sleeps Disneyland. So perlu naik train, sekejap saja. Najah share video ni you guys boleh lah tengok :')




Tiket najah beli di Klook. So najah print di Disneysea. Mereka sediakan bilik untuk show online ticket. Don't worry okey kot terlupa bawa voucher online ke kan. simple Japan ni. You guys perlu ke kaunter ticket dahulu tau untuk dapatkan sticker tangan untuk masuk. Air, makanan kami bawak dari rumah, so makan siap siap sebelum masuk. So far, lepas aje bawak masuk air hehe.





Ini ruang kaunter tikes di Disneysea tau. Washroom catnip ah semua lah cantik dan bersih!  So tak buang masa, kami pon masuk entrance! Ya Allah, betui ka Najah da sampai sana haha!




Waktu ni nampak macam macam depan mata. Macam macam coştum depa pakai. Najah seronok betui. 




Awan cantik sangat waktu ni. so semua gambar, ON POINT hehehehe!




Cantik lah jadi gambar gambar. Syukur Alhamdulillah! 




Tiba tiba jadi maleficent muslimah. Nampak tak bukit di belakang Najah tu? WAJIB naik ok! 

"Journey to the center of earth". 





Nak cerita game dekat sana, untuk umur kami ni memang semua BEST! haha ada yang kami tak sempat naik sebab masa tu naik yang belum pernah naik selama ni. Kami pilih yang hardcore di sana. Yang kecil kecil tak sempat nak naik. Tapi memang satisfied.  Kami naik train untuk ke hardcore game yang kami pilih dulu, so yang awalan tu kami sempat tengok dalam train saja. 




Train macam Harry Potter. Berkayu cantik haha! So dalam train ni semua game kami nampak dan konon dalam list nak main lah, yang hadoo... tak sempat hehe.




You guys kalau pergi, jangan skip ok! oh ya, beli express pass! jangan lupa tak terfikir macam kami naa.




Panas sangat waktu ni, cari something sejuk untuk tekak. Comei nya mickey ni! Lupa dah berapa yen. But, orange ice cream ni sangat sedap! Najah memang suka comel comel ni. Pantang nampak, beli. hehe!


Thank you belikan ais krim . Belikan tapi takdapat makan. wife dahaga haha! Nak beli lagi, dia punya que. sakan. 


Yah, ini lah game yang kami naik first time hehe. Que punya panjang, nasib baik merasa naik roller coaster ni. Guys, spec Najah pakai ni dipendekkan cerita terjatuh dari beg (berebut dengan wady nak pegangkan ) sekali dah berjalan dan jatuh dalam hutan bawah tu.  Cemas! Japan kan! Jumpa wehh spec favorite Najah ni! how loyal they are? *Salute!


Explain me how nak cari dengan sirat barat rail ni? haha! Jumpa guys jumpa! Alhamdulillah. Wady dah not happy dah sebab tengok Najah tak happy sebab spec lost.  Respect lah. Sanggup kejar cakap dah jumpa spec Najah. happy me ~ 




Okey ini antara game yang tak boleh skip ok, kalau tak try, rugi hehe. Tower of Terror.



Dekat Disneysea ni, macam macam ada. Anime bergerak ada, patung terkejut terkejut ada. Pertunjukan air AM / PM pon ada. Best show actually. 



Dia tunjuk semua mascot game yang ada dalam Disneysea tu. alah seronok kalau you guys pergi. Ada rezeki, insyaallah. pasti boleh pergi ok!



Sindbads! amek gambar ajer tak masuk. Nyesal pulak tak masuk haha! Waktu ni pergi main buaian gantung atas air tu. besttttt gila! hahah



Taraa.. lil puppies was here! yey dapat pon tunjuk dekat you guys. sedondon i told you! The Dalmatians. 





Kapal ni kami tak sempat masuk, sebab nak cari aktiviti lain bersama. Sempat pusing dan ambil gambar gambar saja dengan suami. Fatimah dan Boy pon sama, puas dalam Disneysea ni. Happy honeymoon katanya haha!


Ini bukan budak sekolah tau, ini budak budak ni rajin pakai costume anime japan. sporting. Ceritanya, wady suruh posing sorang sorang so depa ni tiba tiba duduk belakang Najah haha! thank you lah, adalah kenangan orang jepun dalam gambar ihik! 


Toy Story! Ramai masuk sini bawak anak kecik. Puasnya berator, best! Sini pon best. Kat luar luar tu ada jejuai barang jugak, cuci mata boleh jadi terbeli. Comel comel sangat barang barang dorang.


Disneysea ni trade mark nya "sea" . So masuk masuk je akan nampak tasik buatan macam laut. Keliling dia air. Belakang Najah tu adalah tempat show yang Najah ceritakan tu, akan ada show am dan pm. So semua orang akan duduk tengok show tu. best!


Tak pasti nak kata Cinderella, macam bukan. Nak kata kakak tiri, entah haha! anyway ini yang najah ceritakan tadi, dorang fanatik sampai pakai costume. hehehe!


Cantik Ya Allah. Mahal sungguh kuasa Allah kan. Anyway, tak edit pon memang original matahari terbenam senja . Waktu ni berbual berdua share heart to heart hehe. seronok view ni cantik sangat . Alhamdulillah for everything! so then, balik lah kita!


Memori yang tak dapat kami lupakan. Seronoknya! "thank you sayang hadiahkan Disneysea untuk i "Puas sangat satu hari di Disneysea ni. Memang betul tak cukup masa rasa nak repeat lagi. Tapi nak repeat pon, mungkin nak ke Disneyland. Nak ikot? jom hehe. 


Okeylah, kami pon ambil train jam 7.00malam waktu tu. So guys, balik pon macam you datang tadi cuma reverse lah yang i guide datang tadi hehe! see you part 5 pulak InsyaAllah ok! byebye!


Square Scarf : ARIANI