Friday, December 20, 2019

SWITZERLAND : LUCERNE

Assalamualaikum Everyone !



Jom kita continue Lucerne pulak. Hehe sampai je rumah kami siap siap solat rehat makan, kami adik beradik saja yang keluar jalan jalan di Lucerne. Parents & grandparents kami stay home. Berehat. Weather kami waktu tu sejuk tapi masih boleh control. Dekat Lucerne ni best sangat, tenang & sesuai untuk kita yang nak berehat. 



Kalau datang di Lucerne, mesti you all excited dengan Reuss river macam belakang saya ni area Chapel bridge. Laju tau air nya.  Jernih dan bersih! Waktu tu kan, saya nampak iphone dalam tu terjatuh haha. Kami proceed jalan jalan di Chapel Bridge.



Ini lah Chapel Bridge tu. Chapel Bridge ni tertua dan almost 1000 tahun. Saya kagum lah sebab cantik dan klasik. Dalam tu ada peniaga jual jual jugak tapi tak lah banyak. Kalau nak kenangan, boleh lah beli poster Lucerne satu hehe.



Actually takkan puas pon kat Lucerne tu. Cantik sangat. Kenangan kat Lucerne mana yang sempat dalam photo, itu saja lah. Yang lain, dalam ingatan sajalah hehe. Kami kat sini lama jugak. Layan sejuk hehe that is why kami pilih autumn. Nasib baik Areej ngam ngam 1 year ada lah moment kat Switzerland hihi.



Okey one more step untuk view malam pulak. Kami ke pesta cahaya di Lucerne hehe. Jalan kaki je actually sebab homestay kami dekat dengan semua area Lucerne ni. 



Yeay sampai jugak kat sini. Cahaya lampu meriah sangat. Funfair kat sini boleh buat kita gila sebenarnya. Kalau singgah Lucerne, jangan lupa singgah sini tau waktu malam. At least ada lah aktiviti dan kenangan.



Tak silap saya, area ni memang popular untuk penduduk dan pelancong Lucerne.  Bersih dan sihat udara kat situ.  Ada jugak dm saya di instagram tanyakan safety dekat Switzerland ni, saya boleh jawab dekat sini memang selamat. Janganlah you all risau hehe.



Pergilah mana mana, saya akan cari setiap negara punya wheel ni hehe. Finally jumpa jugak Swiss Wheel ni kat sini :) eh, best lah kat sini! Tak fikir apa, leka tengok lampu kiri kanan atas bawah depan belakang hehe.


So kami decide nak balik dulu sebab dah cover kat sini. Makin gelap hari makin sejuk. Tak tahan sungguh bila malam. Sebelum balik homestay tu, kami singgah market untuk bawak balik makan dan minum ke homestay.  Rindunya moment kat sini. Sambil saya type ni, saya teringat ingat hehe.


To be fair, esok pagi tu kami nak bawak parents and grandparents kami datang area Chapel bridge tu sebab rasa tak best pulak rasa seronok sendiri haha. So siap siap sebelum tinggalkan Lucerne, kami jalan jalan kaki sekitar homestay. 


Oh ya actually homestay kami best. Walaupun 4th floor, best jugak sebab view bawah area market yang banyak pilihan untuk shopping groceries. Maktok ayahtok ceria sangat kat sini Alhamdulillah. Bestnya lah bila holiday dengan family. Semua excited nak ke Chapel bridge sebabnya semalam kami balik, kami cerita moment haha.


Alhamdulillah. Sampai jugak semua family saya di chapel bridge Lucerne. hehe. Lega hati dapat bawak semua datang sini. So kami lepak sini dalam 2 jam macam tu untuk photo session sebelum ke Engelberg. Oh ini paling tak sabar for snow! be right back everyone!

My outfit sponsored by MisClaire