HAI Assalamualaikum Everyone!
Kurung checkered from MisClaire
Baru baru ni najah berkesempatan menghadiri pelancaran ekslusif untuk BIFE Charcoal Steakhouse di The Linc Ampang, Kuala Lumpur. Mula mula Najah tertanya juga, kenapa nama restoran ni BIFE? BIFE ni stand for what? Actually dalam bahasa Portugal, BIFE ni rupanya daging. Sedap pulak bila diletakkan BIFE Charcoal Steakhouse. Senang nak ingat, lokasi restoran pon senang dicari. You all boleh waze/google location, tepat dia bawak you ke situ.
Alhamdulillah, lancar sudah perasmian malam tu ( 19 Disember 2019 ). Di BIFE tu, najah suka lah jugak sebab suasana dia tu untuk sesiapa yang suka bergambar, memang cantik. Luas dan you all boleh bergambar setiap sudut di The Linc, Ampang.
Meriah sangat malam tu, ramai sangat . Malam tu, tema muzik latin/salsa so ada lah umppph pelancaran tu haha. Happening, tambahan pulak najah tengok dinding di BIFE tu, cantik sangat . Painting di dinding tu adalah tanda menyokong karya seni di BIFE.
Lagi meriah bila TherealFafau yang mengacarakan majlis malam tu. Thank you fafau!
Actually kan di BIFE ni you all boleh celebrate your events jugak tau. Nak buat birthday party ke, anniversary ke dan lain lain. Tak perlu bawak heavy props, sebab latar belakang dah cantik. Pandai BIFE jaga customers!
Big Congratulation for you Encik Saiful! Di BIFE, you all boleh menikmati hidangan secara buffet. Buffet tengah hari dan buffet malam. Macam macam you all boleh pilih untuk set buffet tu hehe. Actually harga buffet tengah hari RM39.00 untuk pelbagai hidangan buffet termasuk pencuci mulut, sup dan buah-buahan dan menu ini bertukar pada setiap hari untuk memberikan kelainan kepada pengunjung ke BIFE. Actually, BIFE sediakan 5 jenis menu yang dibawa panas panas dari grill ke pinggan you all.
gambar dari http://ruby.my
Untuk Buffet malam pula, BIFE sediakan pelbagai jenis makanan jugak, RM89.90. Konsep hidangan ke meja you all dan ketika ini lah you all akan saksikan daging segar di potong dengan jus daging dan aroma wap daging yang mengeluarkan rasa daging sebenar yang menyelerakan. Seriously, you all mesti puas hati.
So, you all yang nak tahu lebih info, boleh follow IG @bifeasia (Bife Charcoal Steakhouse) FB Bife Charcoal Steakhouse dan berita baik buat followers BIFE yang berkunjung dan membuat caption/penceritaan yang terbaik mungkin akan terpilih untuk mendapatkan hadiah dari kami di BIFE. Thank you BIFE! ( recommended!)
Jangan lupa LIKE tau! Senang nak tau update terkini :)
Instagram : BIFEAsia
Facebook : BIFEAsia
Untuk reservations:
📞 Phone : +603-23006488
📱 Whatapps : +6011-3778-8170
byebye!