Year 2019 kami untuk ke Switzerland adalah UNPLANNED. Itinerary yang saya akan share disusun sepenuhnya oleh abang saya sendiri. Saya sekeluarga seramai 8 orang dewasa & 1 baby berjaya ke Switzerland musim autumn 2019 ( October ) .
Perjalanan kami bermula dari Seremban - KL. Dari Seremban, saya memilih pengangkutan bersaiz besar untuk selesa menghantar kami ke KLIA memandangkan luggage kami bersaiz XL setiap seorang, 2 buah kerusi roda travel, 1 stroller baby dan carseat baby. Saya sekeluarga memilih KHOMSAH untuk return, kami sangat berpuas hati.
KL-ZURICH
Kami memilih Qatar Airways kerana kami mahukan layanan yang sangat istimewa untuk percutian ini. Selesai menguruskan check-in semua ahli keluarga saya, kami Jamak siap siap di KLIA memandangkan flight kami jam 8.50 malam.
Qatar Airways transit di Doha dan seterusnya proceed ke Zurich. Cantiknya airport Doha! Flight kami ke Zurich adalah dipilih sempena birthday Areej Nuha (baby) 16 October 2019 dan Qatar hadiahkan macam macam pada areej dalam flight (KL-Doha-Zurich). Alhamdulillah Areej Nuha selesa sebab Qatar berikan Bassinet for her. Happy 1 year old birthday sayang mommy, Areej Nuha! Overall experience dalam flight Qatar? 100% satisfied!
Zurich
Sampai akhirnya kami di bumi Zurich, Switzerland. Kami sekeluarga refresh sambil menunggu private transport kami sampai di airport Zurich. Percutian kami agak berbeza kali ini di Eropah kerana kami mempunyai 3 orang senior citizen dan 1 baby jadinya, percutian jauh ini memerlukan private transport untuk kami sepanjang percutian. Private transport kami uruskan dari Malaysia. Servis yang dipilih sangat puas hati.
Yeah, kami memilih Mercedes Sprinter disana. Best sangat! You all mesti nak tengok tour sprinter ni kan? saya share bahagian belakang sprinter ni pulak.
Luggage XL kami semua dah settle bawah seat. HAHA. Kemas kan. Untuk memudahkan readers saya, saya telah pon mendapatkan harga terbaik untuk anda jika anda memilih private transport seperti saya di Eropah. Boleh hubungi saya 0111-6333974 (Najah).
Rheinfall
Kami memulakan destinasi pertama kami ke Rheinfall. Ya Allah, sampai sampai airport zurich ingat dah terlalu happy rupanya lagi berganda happy bila dapat singgah di Rheinfall. Rheinfall adalah destinasi idaman saya.
Zurich City Center
Then kami proceed ke Zurich City Centre pulak. Rugi tak singgah kalau datang Zurich. View laut dia tengah tengah panas, gambar jadi lawa without filter. Saya suka warna langit. Semua negara, lain warna langit hehe. Boleh datang sini, bukan setakat kota vintage ni cantik, tapi boleh tengok swan, ducks kat laut tu.
Bersiar-siar pon sudah, makan pon sudah (makanan kami bawak dari Seremban and we put inside the luggage haha). Sini tak jumpa halal food kalau jumpa, a bit high la kan harga nya. Kalau saya bawak family macam ni normally kami masak & pilih homestay thru airbnb. Senang saja. Ok now kami proceed nak ke homestay kami di Lucern pulak. Be right back !
My Outfit sponsored by MisClaire