Friday, April 13, 2018

TOKYO Part 1 : ( Haneda Airport-Suidobashi-Akihabara-Komagome)

 Assalamualaikum,

Nak masuk setahun baru nak update pasal Tokyo!

Najah ke sana bersama kawan. So trip kami ke Tokyo, 4 orang. Musim kami kesana adalah musim panas ( 9-16 Sept 2017). Seronok tak payah cakap, semua enjoy! Lagi enjoy kalau Najah mulakan trip Tokyo sekarang hehe.

Day 1: KLIA 2 - HANEDA AIRPORT, TOKYO (AIR ASIA)


KLIA 2 #proudmalaysian
Tokyo Haneda Airport. Kami sampai di Airport pada jam 10 malam. Waktu disana lewat 1 jam dari waktu Malaysia.  Kami tak check-in hotel berdekatan sebab kami rasa rugi dan kami tiada anak kecil jadi aktiviti sangat santai. Di Airport Haneda, sangat luas guys! So kami cari lah tempat duduk dan bukan kami sahaja bermalam disitu, semua orang flight yang sama waktu kami, bermalam di situ. Dahaga pulak sampai disitu, Wady dan Boy cari minuman untuk wife masing masing, dapat jugak fresh orange yeay! Jus buah Halal, syaratnya 100% seperti dalam gambar.




Guys, jangan sesekali tidur dalam surau, tidak dibenarkan. Kami terus terlelap untuk ambil tenaga esok pagi di Airport Haneda. Barang ? Japan guys, selamat. Tidurlah nyenyak :')



Port tidur kami di airport tu terbuka, orang awam lalu lalang 24 jam sampai pagi. Nyenyak tak lah nyenyak tapi boleh lah lelap mata. Jam 4 pagi onwards, Airport dah mula sibuk dan majoritinya untuk ke office.


Kami Subuh dan uruskan Pasmo Card sepanjang kami di Tokyo. Pasmo card kami pilih sebab macam "Touch n Go" boleh digunakan sebagai transportation, market mahu pun vending machine tepi jalan (berhantu betul). Guys, very useful. Cantiknya Pramugari. Hello!



Kami ke kaunter Pasmo yang dibuka 24 jam dalam Haneda Airport jadi jangan risau. Kami peruntukkan RM 800 seorang untuk kos Suica card sebab kami baru pertama kali ke Tokyo. Alamak, I am die hard fan for Green Tea, try lah guys!



Kami dah ready  untuk bergerak ke kediaman kami di Komagome dengan menggunakan train sepenuhnya. Seronok? Tokyo, of course!

 *Tips : Download Apps : Japan Travel , Muslim Pro

Day 2: SUIDOBASHI-AKIHABARA-KOMAGOME



Guys, waktu check-in kediaman kami di Komagome jam 4 petang.  Tak salah pilihan kami untuk menginap di kediaman kami di Komagome hari kedua.  Pagi yang santai dari Airport, kami singgah tempat menarik sehala ke Komagome iaitu Akihabara .  Waktu sangat banyak untuk diisikan. Jom explore.



Fatimah . My travel partner di Tokyo last year :') Train dari Haneda Airport ke Akihabara Station, lebih kurang 29-30 minit. Rehat lah sambil lihat pemandangan di Tokyo.



Pemandu yang cekap &baik  tutur bahasanya serta adab nya mengkagumkan kami yang pertama kali ke Tokyo. Jatuh cinta dengan budi bahasa. Terima kasih di awal kehadiran kami :')  Sambil tunggu untuk ke Akihabara, kami google tempat tempat menarik yang ada di area Akihabara. Yes, macam macam kami dapat tempat menarik sebelum ke Akihabara. Tak sabar.




Kami belajar banyak dari Airport dan seterusnya. Kami tukar train untuk kesana. Waktu ni kami sangat alert dengan arahan train yang kami naik dan sangat bagus bila gunakan apps "Japan Travel". Hari pertama kami bergantung harap dengan Boy sebab dia study banyak pasal Japan wkwkw. Kami pilih untuk ke Suidobashi untuk explore.

SUIDOBASHI



Crossing the road, nampak McDonald. Phone pon nak habis battery, camera pon nak recharge so Kami nak rest sekejap minum coffee dan kami pilih untuk lepak lepak di McDonald area Suidobashi. yeay! McDonald dia view sangat cantik guys.



Seronok tengok view dari atas. Besarnya bandar. Luas. Padat jugak orang awam lintas di Zebra Crossing masa tu.  Sebab, ada menara dan theme park area tu. Kami tak kesana sebab kami bawak luggage tapi kami jalan jalan area tu pon dah seronok.



Boy & Fatima. Happy Honeymoon guys! Kami rotate untuk keluar sambil charging battery phone & camera dalam McDonald. Haha.  Enjoy guys, kami honeymoon di Tokyo! Thank you Wady :') Let's proceed.  Sementara partner kami stay di McDonald, Wady bawak Najah pusing pusing bergambar. Lighting on point betul musim panas :p



Area Suidobashi pon banyak corner untuk ambil gambar.  So, boleh lah you guys collect all your moments here.  Why not, kan? Wady rajin ambil gambar gambar moment jarak jauh dan dekat, so boleh lah Najah share dengan readers Najah disini kan.



Japan sangat pentingkan penduduk dan kesihatan so Japan Railway disediakan. So cool kan?  Basikal pon banyak sangat area ni.  Kami puas lepak di area Suidobashi then kami ke Akihabara Station yang hanya ambil masa lebih kurang 8 minit. jom!



So tiba di Akihabara kami cari locker untuk kami simpan luggage di station. Alhamdulillah dapat. Tapi MashaAllah nak tunggu turn kosong, payah nya lah hehe. 

Follow instructions using English. Senang sangat nak faham. Save password & key locker number you all dalam phone takut terlupa.


Oh ya, Kami punya besar so kami pilih yang 500yen. Depends bag size you guys. Nak gunakan locker tu mudah saja. You guys tukar coins di machine area locker tu, dan pilih size luggage bag you guys. 



AKIHABARA

Akihabara guys..have fun!

Akihabara ni mostly untuk kaki gamers, anime dan produk komputer macam tu. Mostly harga dia standard negara. Kami masuk dalam mall Yodobashi. Banyaknya gadget! Tepi tepi lorong, kak lima area tu penuh dengan gamers. Baik lelaki, baik perempuan baik tua, baik muda. Layan ~



Leka banyak sangat gadget dalam tu. Kalau bawak gamers, confirm Yodobashi cukup dah haha! Computer, games, keyboard cantik cantik, semua peralatan canggih semua ada dalam bangunan lebih dari 3 tingkat ni guys! Explore ok, kami puas!




Moh lah kita keluar guys, banyak lagi tak explore luar tu haha! Alhamdulillah guys, kebetulan kami datang, meriah betul bandar Akihabara tu. Pesta Anime besar besaran . Apa lagi, Sailormoon, Maid Cafe Costplayer ah macam macam lah semua ada. Semua fanatik actually. Ada yang datang sanggup pakai costume kasut tinggi . Yang laki pon ada pakai costume sailormoon, yang bawak pedang pon ada. Yang mata rabak pon ada haha! Kami leka atas jalan raya tu lama gila. Ditutup khas untuk Anime Festival. Syok weh :D Wady? of course cuci mata sampai terlupa nak pegang tangan bini haha!



Sayang, here you are! Thank you Boy for this hehe.  Bandar busy sangat, so kami makan roti & Tuna yang kami bawak bekal from Malaysia. Fuh, kenyang! Kami explore kedai kedai anime di area Akihabara.



 Kami duduk atas jalan raya, santai! Jalan ditutup khas untuk anime fest kan hehe. Sepanjang lorong di kedai kedai situ, penuh dengan game vending machine. Berhantu memang kalau bawak budak, ready lah & good luck haha!



So Jam 5 petang, dah malam. So bandar tu jadi cantik sangat sangat sangat dengan lampu lampu.
You all kalau datang sini, rugi kalau balik awal, lampu cantik cantik.




Fuh, puas betul jalan jalan area Akihabara ni guys! Dah rasa penat berjalan & kami gerak ke Komagome untuk check-in yeay! So kami ke Akihabara station untuk ambil luggage and proceed ke Komagome. Perjalanan menaiki train dari Akihabara ke Komagome station hanya mengambil masa selama 13 minit sahaja. Dekat rupanya. Tiba di Komagome station yang tenang tu, kami berempat jalan kaki ke kediaman kami :') then kami rehat! Anyway, rumah kami selesa dan comel guys! see ya later part 2!



Blouse : DoubleTriplePlus