Hi kita jumpa lagi seminggu dua kali ni. Entry kali ni khas untuk anda yang betul betul sukakan CHEESE ! Sejenis makanan yang aku cukup benci dari kecik sampai boleh menangis kalau nampak abang aku makan depan mata.
Baiklah, harini aku takda buat apa kat rumah sebab semua orang dalam rumah ni kerja and maktok ayahtok bercuti di Pahang. You know what I feel? can you feel it together? Tapi syukur Alhamdulillah parents aku masih lagi membayar bil elektrik juga internet setiap bulan untuk mengelakkan anaknya yg ni menjadi tak keruan.
Ok lah berbalik pada kisah cheese, aku nak lah share resepi yang melibatkan cheese dan seangkatan semasaman dengannya. Kisah ni bila aku dok 'google' lah resepi resepi kan tapi semua banyak libatkan oven, bakar juga kukus. Tapi aku memang nak buat something dessert jugak sebab aku taknak waktu aku diisi dengan something yang boleh buat ibu aku mengamok hwhehe. Oven dekat rumah maktok aku dan aku takda kunci untuk masuk rumah itu tsobsss so aku nak buat dengan menggunakan cara yang mudah tak melibatkan oven, dapur juga pengukus. Me no like it mama, me no like it but then, aku pon kacau kawan kawan aku dan mintak la resepi and sambutan sangat lah menggalakkan dengan bermacam macam resepi miheha! Aku tengokkan saja jam dan waktu kat dinding, nampak sangat mereka semua itu sedang kebosanan di office dan tunggu waktu untuk chalo home dan aku sungguh excited bila resepi baru aku dapat thank you so much you alls dan resepi mudah telah aku dapatkan dan resepi yang aku pilih adalah dari Nabila Atiqah, kawan sekolah aku. Dia beria ia type panjang sangat resipi nak bagi aku paham. Aku macam tu lah, sukakan imiginasi baru boleh aku buat. bwheha! thank you bell.
So mari kita mulakan, OREO CHEESE CAKE.
nota ingatan:
cake ini is FULLY FREEZER dan TAK PERLU DIBAKAR/DIKUKUS.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Cream cheese (2/3 packet and I choose TATURA brand
gambar lembu/terpulang)
2. Susu pekat (1 tin F&N is better rasanya/terpulang)
3. Air perahan lemon (2/3 sudu besar/cukup rasa)
4. Biskut ( Oreo atau apa apa jenis biskut kegemaran / I
chose Oreo sebab tu nama Oreo cheese cake)
Langkah pertama:
1. Campurkan cream cheese, susu tin, air lemon ke dalam bekas mixer. Putarkan ketiga tiga bahan tadi dengan menggunakan mixer seperti gambar dibawah dan putarkan semua itu sehingga kembang juga sebati adunannya (around 8 minutes-9 minutes). Sila rasa campuran susu/lemon semasa mixer untuk sukat masam itu yang anda mahukan atau kurangkan. Jika tak mahu masam sangat, kurangkan air lemon.
2. Ok, sila patah patahkan biskut anda tapi jangan hancur sangat. Kalau kita, Oreo sebungkus tu kita patahkan empat setiap satu dan susun cantik cantik dalam bekas hidangan.
3. Lepas tu, tuang semua yang telah diputarkan tadi ke dalam bekas yang berisi oreo/biskut yang telah dipatah patahkan tadi dan selepas itu, taburkan sedikit lagi oreo/biskut di atas cheese cake untuk nampak cantik.
4. Lastly, masukkan segala yang telah anda curahkan dalam bekas hidangan itu ke dalam freezer (top) untuk proses sejuk dan beku. Biarkan selama setengah hari/sehari untuk oreo cheese cake itu tadi menjadi keras dan sedap dimakan.
Pastikan Oreo cheese cake ini sentiasa di dalam freezer beku kalau tidak, ia akan cair. Macam ice cream jugaklah. Result dia, terbaik la kan sebab aku kan tak suka cheese so bila cuba makan tadi,aku rasa menyesal marah abang aku yang peminat tegar cheese sebab cheese cake ni fully without tepung dan boleh rasa keasliannya wahai cheese addicted sekalian .
selamat mencuba!