Thursday, August 22, 2013

Sheperd Pie yang mudah !

Assalamualaikum.

Keluarga aku bukanlah fully western. Menu wajib yang perlu ada mestilah ikan goreng, telur dadar, lauk dan something yang berkuah. Perlulah ikut selera ketua keluarga (ayah aku) kan. Kalau kau nak makan selera kau sendiri, makanlah kau sorang bersama tentera lain (ibu dan abang) dan aku tau ayah aku akan "capcapnyamnyam" rasa sebegitu sahaja dan berlalu pergi. Ok la tu kan amek hati aku dari takda mhahaehw!

Today's recipe sangatlah western so bolehlah cuba ok :) First of all, thank you for the recipe Kak LinaKz Shaari (buku resepi) & thank you Ibu hadiahkan Multipurpose cooker (so boleh bakar, boleh kukus juga boleh goreng) mwah! 

Resepi harini "Sheperd Pie".

(Step pertama)
Bahan bahan yang diperlukan untuk membuat mashed potato:
5 biji kentang (hendaklah direbus & lenyek bertubi tubi)
Serbuk lada sulah
Garam
1/2 cawan susu cair (susu cair Ideal Milk)

*[gaul semua diatas dengan rata dan sebati]

(Step kedua)
Bahan-bahan yang diperlukan untuk daging:
4 keping daging kisar/hancur (kita guna daging hancur burger ramly (2pcs))
1 sudu besar lada hitam
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 sudu besar rempah kari
2 sudu besar tomato puri (kimball)
2 sudu besar tepung gandum
3/4 gelas air (kalau boleh, air filter terjamin bersih)
Carrot (dihiris halus/sagat)
Garam
Oregano (serbuk)
Chesedale yang dipotong halus (sebenarnya guna mozarella cheese tapi tak jumpa kat kedai tu).
Serunding daging
sedikit minyak masak

*Cara untuk daging ini :
1. Ambil pan/kuali dan panaskan minyak(sedikit sahaja. If terlebih nanti minyak naik banyak macam dalam gambar atas).
2. Tumis bawang sehingga layu dan masukkan daging hancur yang telah digaulkan dengan lada hitam tadi. Masukkan rempah kari dan gaul rata.
3. Kemudian, masukkan tomato puri, oregano dan garam.  Biarkan daging dengan semua bahan tadi. 
4. Ok lepas tu, bancuh tepung gandum dengan air. Tuangkan tepung gandum yang telah dibancuh itu tadi perlahan lahan kedalam daging. Kacaukan dengan rata. 
5. Tutup api dan boleh lah taburkan carrot yang dihiris halus tadi.



*Tuangkan adunan daging itu tadi ke dalam loyang/bekas cantik (pastikan boleh dimasukkan dalam oven). Tekan daging itu sampai lenyek dan bagi mampat. Kemudian, masukkan mashed potato, tekan tekankan juga.  Lastly, taburkan chesedale ke atasnya. Ok, bakar dalam suhu 180 celcius dalam 20 minit macam tu. 

Siap dah! Haha senang kan?

Actually lepas bakar tu, atas tu boleh je letak parsley tapi aku rasa macam tak cantik pulak kan so aku letak serunding dan kalau rasa leceh letak lada hitam pada daging hancur ramly tu, boleh je beli daging burger oblong Ramly dan hiris halus sebab burger oblong Ramly tu dah siap lada hitam.

Ok korang boleh makan dengan roti. Aku dah buat ibu happy haritu sebab tak payah masak sakan and makan berat malam malam, so makan ni je kenyang sangat untuk berbuka puasa kami dua beranak Alhamdulillah. Babah ada majlis di Masjid so kami free tak masak Syukur lagi sekali waa!

Selamat mencuba!