Wednesday, February 27, 2019

PHU QUOC ISLAND VIETNAM 2019 (AIR ASIA)

Assalamualaikum Everyone!

Since ramai tanya saya about Phu Quoc, Vietnam. Okey lah, entry ni saya kongsikan untuk semua orang !




Wey horror gila bangun pagi mesti fikir pasal "bila nk update bila nak update". Tak update, nanti you guys still DM me non- stop and until today you guys keep asking me la dey haha! Ok lah, selaku blogger saya update lah travel ke Phu Quoc bersama 4 orang kawan baik saya since 2014. 

Oh anyway, trip kali ni fully backpacker! No travel agent, hotel kami tak ada dapur dan kami semua wanita, no man and we no cry :D Plan nak ke Phu Quoc ni dijaga rapi oleh kami berempat since October last year nak ke pulau tapi biasalah, tak jadi jadi selagi sorang tak gerak untuk beli flight ticket. Betul kan? 

Hehe actually kami drag our trip berempat not because of flight ticket cumanya kami drag our trip ke PQ ni since kami ni perlukan betul betul cuti and no call from our clients. You got what I mean? Kena plan well sebab nama pon percutian so no call at all la. Plan asal dalam Malaysia je wey tapi tak sangka lah pulak ke Phu Quoc, Vietnam haha! Misi kawan kawan i nak tinggalkan husband, anak anak memang paling wajib disusun rapi. Lawak jugak lah bila nak cerita but Alhamdulillah thank you very much to our husband . 

Oh anyway, Thank you very much Air Asia sebab hanya Air Asia sahaja yang melancarkan penerbangan ke PQ ini dan telah beroperasi since last year (2018). OK, you guys ready? Saya share pengalaman saya dan kawan kawan saya (Ayu, Zai dan Yan) disana. 




****

DAY 1  (15/2/2019) Friday :
(Vietnam 1 hour early from Malaysia)
Currency: 0.18 (Vietnam Dong)
KLIA 2 - PHU QUOC, VIETNAM



Flight kami ke Phu Quoc lebih kurang 2 jam. (12.50pm (waktu Malaysia) - 1.35pm (waktu Vietnam)). Sampai PQ international airport, lenggang nya subhanallah. Kami je empat orang dari Malaysia di kastam PQ airport. Virgin island, so mungkin tak ramai yang tahu lagi tentang Phu Quoc ni. Mostly, foreigner dari Australia, Korea, China dll but Malaysia boleh kira. 



Settle passport di Kastam PQ,  Alhamdulillah kami berempat proceed keluar untuk cari transport ke hotel kami (Shero Bungalow). Kami try cari UBER (sorry, busy). No UBER for your information. You guys boleh naik taxi. Taxi dekat situ murah. Keluar airport, kami tanya driver baju putih, extra careful ok sebab mahal weh. So, korang pergi dekat "SATCO" counter ni, mintak resit tau! Resit ni saya ambil untuk kemudahan kita rakyat Malaysia buat reference.

Costing: 150,000 Dong (RM26 lebih kurang).

Dalam perjalanan tu, kami dapat driver yang sangat rajin, namanya Tien tak silap. Angkatkan luggage kami, ambilkan gambar kami dan so surprised actually masa saya dan ayu bergambar, tiba tiba luggage saya hilang dari pandangan HAHA. Rupanya Tien yang bawa dan masukkan ke kereta. Part ni saja, banyak cerita kelakar kami berempat. Ok semua, since kami kesana kami belajar juga sedikit  tentang orang orang disana, saya nak maklumkan, mereka tidak fasih berbahasa Inggeris. Gunakan apps : "Google Translator" di phone anda.



Perjalanan dari PQ International Airport ke Shero Bungalow (hotel kami) hanya lebih kurang 10 minit.  Fuhh, Syukur Alhamdulillah cuaca cantik. Saya booking thru booking.com dari Malaysia dan harga bilik kami untuk 4 hari 3 malam, 2,730,000 Dong (RM 487 lebih kurang). Selesai check-in bilik, receptionist return semula passport kami berempat & kami boleh proceed berehat. Yeay!



Depan bilik kami, view garden. Pool area di sebelah blok kami. Tak besar mana pon cuma untuk rehat kami berempat, saya recommend lah sesiapa nak stay disini.



Lunjur kaki semua. Rehat sekejap sebab petang tu jugak kami nak tengok sunset di area long beach hehe. Seronok nya Ya Allah, mugkin kami travel tanpa suami dan anak anak dan mungkin kami hilang penat kerja since last year kan.



Chaak, ni bekalan kami berempat sepanjang kami disana. Ok guys, since disana tempat baru maka mostly makanan disana adalah NON-HALAL. Bukan tiada yang halal cumanya disana, ada satu sahaja kedai halal (KEBAB ARAB) di Phu Qouc.  So kami bawak bekal 1 luggage makanan. You guys tengok lah sendiri. HAHA. Anyway, sesiapa nak order kacang bilis ( dalam luggage tu) boleh order untuk travel (DM IG saya ok).  Anyway thank you kak mah, you rox lady siapkan untuk kami berempat haha! Sedap so kami makan dengan roti sambil berbual berempat dan berehat seketika.


****

5.30 petang : 
Sunset Sanato Beach Club, Phu Quoc



Sebenarnya kan, kami silap arah untuk ke Long beach haha so kami tiba tiba nampak satu stall jual jus buah. So zai cakap, okeylah lepak lah sini dulu since kami pon taknak patah balik. Actually tak jauh pon hehe. So kami pon rehat situ minum jus buah. Weh, dia blend eh buah segar tu. 



Seriously no additional sugar etc. pure juice! Saya, Ayu dan Yan order mango. Anyway, Zai order limau markisa pon sedap jugak! Berbaloi lah kiranya sebab fresh juice kan.

Costing: 20,000 Dong (RM3.50) lebih kurang. Weyh, murah! HAHA




Since kat area fruit stall tu, banyak sangat taxi so kami berempat proceed next beach. Memang kami plan ke Sanato Beach ni lepas main air di area long beach tapi sebab dah lewat jugak kan, so kami ke Sanato Beach ni by taxi. Lebih kurang 9-10 minit, cost taxi dari stall ke Sanato Beach, 50,000 Dong (RM 9.00 lebih kurang). 



Saya terima banyak soalan soalan dan saya pilih untuk jawab salah satu soalan anda, seperti "boleh bawak anak kecil tak kat sini?". Sanato Beach Club ini adalah tempat clubbing sebenarnya. Memang ada party dan orang foreigner ramai. Ada je foreigners bawak anak anak main pasir cumanya at one area, ada club with DJ. Cuma kami datang sana itu hari, tak ada DJ dan crowds dekat situ dan hanya ada musics ,dance entertainment sahaja (belakang gambar saya di atas) tapi kami enjoy dekat situ. Muslimah buatlah cara muslimah kan, kau pergi lah jauh sikit main pasir dekat situ HAHA. 


(CUSTOM BEACH HAT :@DESIGNERTRAVELMY)

Saya dan kawan kawan have fun kat situ, ambil gambar, kebetulan ada buat beach wedding. Lawaaa!



Sanato Beach ni adalah salah satu beach yang kami berempat nak sangat pergi sebab nak ambil gambar dekat simbolik Phu Quoc, 4 ekor gajah. Okeylah untuk kami sorang satu ekor hehe. Pasir dia putih, masih cantik dan ada juga mereka yang mandi manda santai santai.



Kami tunggu sunset, Alhamdulilah rezeki kami dapat jugak tengok sunset terbenam :') Entahlah, kami memang habiskan masa kami berempat disitu untuk beberapa OOTD dan memori di Phu Quoc hehe.



Happy semuanya. Cuaca cantik, langit lawa so gambar kami pon tak ada masalah lol. Kalau gambar kami berempat mostly kami memang minta orang ambilkan gambar kami since kami tak pakai tour guide hehe :') So far no problem.



Cantik kan? Tempat yang saya ambil gambar atas ni, area clubbing. Cuma masa kami datang tu, tak buka. So okey lah kami bebas lah kan bergambar , kalau tidak cramp atas ni. Penuh orang ramai.



Hehe, topi gergasi ni pon cantik buat trade mark pantai Phu Quoc. So creative. Hujan? Panas? berteduhlah beraamai ramai haha! Lawa kan background tu? Saya tak edit, memang sunset baru berlabuh so pantai tu lawa :') Thank you Ayu!



****

7.45 malam
Phu Quoc Night Market



Kami gerak dari Sanato Beach ke Phu Quoc Night market yang setahu kami, dibuka pada weekend. So kami datang hari Jumaat, so buka lah Phu Quoc Night market tu :') Ramainya orang! You guys budget sendiri lah mungkin lebih kurang 85,000 Dong (RM15 lebih kurang) dari Sanato Beach. 




Dekat Phu Quoc night market tu, saya cuba mana yang boleh saya minum. Saya try alpukat (avocado). Tak lah sedap, biasa saja. Ada lagi satu stall, sedap. By the way  susah kan nak jumpa halal food kat tempat peranginan baru luar Malaysia. Saya dan kawan kawan saya cuba beberapa makanan yang tidak menggunakan minyak, pisau dll. Alhamdulillah. 



Tengok seafood dia, fresh kan? Kalau lah minyak dia halal, perkakas dia halal lama dah kami makan malam dekat situ haha! Tapi alhamdulillah kami masih boleh bertahan. That is why saya pesan, bawa makanan dari Malaysia. Senang.



Saya dan Zai cuba Clam. Sedapnya since dia jual clam dan oyster egg sahaja disitu dan just bakar. Thank you Zai, worth it. Apa apa pon disini, kami enjoy weh!



Ini Oyster egg. Saya hanya cuba Clam saja. Oh yea, situ banyak cenderamata berupa pearl tau. Island dia kaya sangat dengan pearl. So jangan lupa beli buat ole ole untuk yang tersayang. Cantik cantik dan murah :')




So, berakhirlah hari pertama kami dan kami proceed ke Spa area hotel kami untuk urut kaki.dan kawan saya buat kuku. Best lah! 200,000 Dong ( RM 35 lebih kurang) . Balik hotel, rehat! Tak sabar untuk hari kedua . Thank you guys!


****

DAY 2  (16/2/2019) SATURDAY :
PHU QUOC CABLE CAR - STARFISH BEACH- VIN PEARL LAND, PHU QUOC




Pagi pagi dalam 9 pagi, kami dah mulakan perjalanan ke Phu Quoc Cable Car.  Kami buat itenerary sendiri guys, Yan rajin bab bab itinerary dan tickets ni so dia buatkan untuk kami. So kami proceed ke cable car. Actually, nama cable car ni "An Thoi" Kien Giang tapi taxi driver kami faham lepas kami tunjuk google image dan cakap nak ke cable car.  85,000 Dong (RM15 lebih kurang). 

Cable car Phu Quoc adalah cable car terpanjang di dunia dan merentasi 3 pulau cantik di situ ok! Haa, excited lah kitorang haha! For you guys information, tickets cable car kami beli disitu, driver taxi tu berhenti di salah satu kedai / agent ticket on the way nak masuk area cable car tu. Harga untuk cable car , 200,000 Dong ( RM 35 lebih kurang) untuk pergi dan balik. Murah wey!!!



Haha kami tak sabar nak naik cable car tapi sempat lah bergambar dekat monumen situ. Cantik lah. Tak sangka Vietnam creative. Ingat meniaga aje. hehe. 



Nasib baik dapat driver taxi yang pandai amekkan gambar. Ada sekali tu, dia pergi zoom in nya gambar kami , nampak apekebenda nya? haha itu dinamakan rezeki.



KORANGGG! Happy gilaaaaa! Excited, takut, cemas, semua ada! HAHA tapi kami malas nak layan sebab tiba tiba hilang semua rasa tu bila tengok bawah cable car kami, bot bot nelayan semua jadi amazing & cantik! Seriously, datang lah Phu Quoc. 



Lawa laut dia, boleh nampak kan?



Rezeki kami betul datang cuaca cantik, syukur betul. Panas laut, memang satisfied. Hilang sekejap pasal kerja, penat dll. We had so much fun here guys! Santai.



Kami tak rushing langsung, chill dan steady. Cable car ni antara yang wajib kami plan nak naik. Ayu dari cemas, risau jadi hilang semua bila dah naik sebab wonderful experience haha! 



Kami di ketinggian 7.899,9 m ! Tembok tembok dia mengkagumkan saya sebenarnya. Tinggi dan sangat teratur. Kukuh jugaklah kan, kalau tidak tak ada nya cable car hehe. So, nak bagi berapa bintang eh? 5 bintang.



Di point akhir sebelum return, you guys boleh turun sebab situ ada macam macam sebenarnya tapi kami tak plan nak lepak lama cuma beli souvenir saja.


Kami nak proceed ke tempat seterusnya yang kami excited sangat nak sampai hehe. So here you go Starfish Beach yeay!

****

1.30 petang : 
Starfish Beach

Luckily keluar saja kami dari An Thoi (Cable car) entrance ni, rezeki kami jumpa Tien (driver taxi) yang baik hati hantar kami ke hotel dari Airport itu hari. Ingat tak? Dia pon ingat kami haha! So we proceed to Starfish beach. Okey sebelum tu, dengan Tien ni cost taxi dikira dari Cable car- Starfish Beach-Vin Pearl-Hotel. Dia percaya betul kami and kami percaya dia sebab kami tak dibenarkan bayar so kami bayar once sampai hotel saja. Syoklah kami! hehe. 



YEAYY setelah melalui liku liku jalan tanah merah untuk kesini, dalam pada risau kot Tien bawak kami tempat tak wujud ke kan, akhirnya sampai jugak Alhamdulillah haha! Okey, perjalanan dari Cable Car ke Starfish beach ni lebih kurang 1 jam 15 minit. Memang jauh sikit sebab tu, kami tak lepak lama di Cable car. Cukup untuk kami menikmati cable car merentasi 3 pulau cantik tu :') 
-----
Jernih kan airnya? yea, Lawa!



You guys kalau sampai sini, elakkan angkat starfish macam saya buat ni tau. Ia mempercepatkan dia mati sebenarnya tapi saya harap dia hidup lah sampai sekarang hehe.


Situ banyak sangat starfish, you all semua mesti seronok. Air dia, jernih tak kata apa dah. Memang first time nampak depan mata air dia jernih sangat (rindu) . 



Puas kami cari sampai basah baju haha! Plan nak cecah sampai keting saja. Sampai pinggang basah. Seronok lah so you all jangan tak datang tau, kat Malaysia susah nak main dengan starfish secara langsung lol :D 



Oh waktu ni dua dua beradik saya pegi kaut bawak naik. Aduh, sorry lah banyak banyak tak tahu pulak tak boleh angkat macam ni yuhu! Sayangilah starfish dekat situ, elok orang datang nak tengok, jadi tak hidup semua haha!



Kitorang enjoy! Walaupun muka berbelang sooo dah alang alang berlengas ni, kami mintak Tien hantar kami ke Vinpearl themepark yeayyy main water park here we go! hehe.


****

2.45pm
Vinpearl Land, Phu Quoc





Lengangnya masuk sini. Okey you guys imagine theme park Malaysia, mungkin macam Sunway Lagoon? tapi lengang. HAHA. weyh, heaven wey! Seriously datang sini tak que. Boleh berapa kali nak main. Worth our moneyhh haha. Anyway ticket Yan beli kan di KLOOK. You guys boleh beli di KLOOK ( RM 85). So macam biasalah, just scan dan boleh masuk. Foods tak pasti lah boleh bawak masuk atau tidak. Rasanya, tak boleh bawak masuk tapi boleh je you all try nasib bawak roti ke nanti lapar pulak kan).

Yeay, we're ready nak main air and all the games inside sampai ke malam. Oh yea, Tien dah take note kami keluar at 9pm so dia pon tunggu lah dari jam 3 petang sampai 9 malam. HAHA cool betul.


Yan uruskan ticketing kami untuk ke Vinpearl dan semua semua lah haha. Thank you Yan. Mujur ada KLOOK, sangat memudahkan kita dari Malaysia. Just bawak cash untuk beli keperluan /shopping saja sini.  




Inilah keadaan kami di themepark!  Okey tak sabar saya kongsikan themepark paling lengang di dunia yang so far saya pergi HEHE. 



First kami ke water theme park since ada waktu waktu sebenarnya setiap section ni buka dan tutup, so kami proceed yang tutup awal dulu. Water theme park here we go. (water theme park tutup jam 6 ptg) 


Ni lepas naik mini vuvuzela (bukan dalam gambar, tak sempat ambil sebab phone dalam locker) since Ayu taknak join dah extreme game kat situ, dia lah perakam, tukang ketawa kawan kawan dia haha. Seriously, game ni je dah buat jantung laju kencang. Saya dan Ayu? terus taknak main extreme game sebab this one horror gila wkwk. Yan dan zai takyah cakap lah, semua dia naik HAHA!



Game air ni je la kami boleh sesantai berempat. Tudung kami dah macam ribut, so tau lah macam mana extreme game kat sini HAHA.



Mana tak rindu? Macam macam berlaku kat water theme park ni korang tau tak. Ayu lah yang ketawakan saya tu.  Anyway, sweet memories. 


So lepas tu sebelum keluar dari water theme park ni, Zai & Yan naik gelongsor tinggi dewasa kat sini, hajat dorang dua nak naik yg budak punya, kena hambat nya dengan staff situ, naik yang dewasa HAHA anyway best jugak! So, lepas tu kami empat orang stand by tunggu air kat baldi giant atas tu jatuhkan air ke bawah, sakitnya belakang badan time tu. Kuat gila hentaman air tu. Settle di water theme park, kami gerak ke land park. Land park dia macam macam games outdoor ada. Seriously, worth our money! NO QUEEEEEEEEE AAATTTT ALLLLLLLL!




DISKO ni kami naik 2 kali guys! Punya tak payah berator, kalau kat memana, bercinta lah nak naik dengan ramai orangnya kan. Kat sini, kami main puas puas haha! Berkali kali kami main.



Dah puas kat outdoor, dah puas menjerit so kami proceed 5D pulak. SYOKKKK jugak. Kalau ada kanak kanak confirm dorang suka! Enjoy sangat. Lengang jugak hanya beberapa kerat je masuk sini.



Lepas tu kami keluar, kami tengok colorful water fountain lepas tu naik eye of vinpearl phu quoc. hehe! Seronok sangat itu hari. Puas lah actually :D 



Yeay time untuk beli souvenir dari vinpearl. Kami berempat belikan lah untuk anak anak kami ni. Comel comel dan murah. Okeylah kenangan di sini memang takkan lupa sebab lengang. Tak tau lah akan datang macam mana kan haha.



Ayu belikan untuk Tia lil girl. Her daughter suka cute thingy ni. Budak budak kan, so belikan saja :D


Since my lil girl pandai pelok barang, saya hadiahkan bear untuk baby girl Areej. Ada bag jugak mommy belikan Areej, can't wait to give her haha.



So everyone, we had so much fun here. Betul betul happy dekat sini! Okey guys, 9 malam kami keluar dari Vinpearl land, kami berempat lapar nasi, so kami proceed ke Halal Restaurant area Phu Quoc Night Market since kami pon nak balik hotel da :')



Kebetulan kami sampai sini, Tien tunggu ajelah kami. Kami makan dan sempat kenal dengan Musa. Dia jelah orang sabah yang kami dapat info pasal Phu Quoc. 



So dia bagi tau jugak, ada yang letak tanda halal je tapi tak halal pon, so be extra careful ok. (saya maklum untuk yang islam saja hehe). Saya share jugak alamat, boleh you guys show it to taxi driver ok!



Oh ya, memang sedap! Kami order nasi + kambing, daging. nyums! Have a good rest everyone, see you tomorrow! Snokerling can't wait! HAHA.

Costing dari Cable car- Starfish Beach-Vin Pearl Land-Hotel : 950,000 Dong (RM170.00 lebih kurang).


****

DAY 3  (17/2/2019) SUNDAY :
ISLAND HOPING : FINGERNAIL ISLAND, DAM NGANG ISLAND & MAY RUT ISLAND -GALINA PHU QUOC MUDBATH & SPA



Jam 8.30 pagi, kami dah ready tunggu bus agent ambil kami di hotel. Kami just tunggu bus sampai sebab walaupun kami dah beli ticket via KLOOK, kami maklum juga pada front office hotel kami  untuk check sama ada bus tour akan sampai atau tidak. untuk ambil kami ke jetty. Alhamdulillah, tour kami ( JOHN TOURS) by Smith.



Cantiknya private boat kami. Tak sangka besar dan cantik. Memang nampak mewah. Oh ya actually, dalam bus, we really satisfied with Smith sebab dia terangkan kami satu persatu peraturan di pulau nanti. Yang paling kami puas hati, smith terangkan semua makanan seafoods dan tanya kami sama ada nak makan atau tidak. Kami bawa bekal so kami pilih untuk tidak makan makanan yang disediakan. Smith respect kami as Islam. Smith tau halal and non halal. Buah saja boleh kami pilih. Pakej makan termasuk sekali. So, kami redha untuk burn lunch buffet kami. Nasib baik bawak bekal haha!
(FULL SET PLUSSIZE SWIMSUIT : @HALEEMAMUSLIMAHSWIMWEAR)


Korang ingat tak Day 2 kami, ada cable car. So cable car tu atas boat kami. HAHA. Teruja kejap sebab lawa lah. Ayu tak sabar nak OOTD tengah panas. Kami buat macam boat tu kami punya walaupun ada jugak dalam 8-9 orang yang dalam bus kami tadi. Group kita adalah orang dalam bus kita tadi. ok, Enjoy.  




Anyway, time ni semua tengah focus Smith explain tentang hidupan laut dan itu yang akan mereka makan as lunch nanti. Kami? telan air liur.  Saya pegang ( sea urchin). Nak sampai dah Fingernail island, so kami tunggu boat ambil kami ke island tu. Enjoy! 40 minit jugak dari Jetty ke sini. So kami kumpul tenaga, ada yang tidur sekejap ada yang nikmati pemandangan pulau so satisfied. Syukur, cantik sangat.



Zai, can't wait. Sebab island dia cantik so kami semua macam zai tak sabar nak selam HAHA. Soo, we're ready Yan, Zai and Ayu! Saya rasa elok korang sendiri collect kenangan dekat sini baru experience macam kami. So far kami happy sangat and enjoy with d island so far. Smith pon jaga kami elok tapi kami nampk jugak mungkin kami all girls, so Smith take care of us well.




i) Fingernail Island:



Jernih sangat air dia. Oklah untuk virgin island. I love ! Kami seronok la apa lagi. Ni yang kami tunggu tunggu kan :D




Kami mandi mandi santai di area pantai saja. Nak berendam, air pun sejuk :') 



Happy! Dalam 45 minit je kami kat sini sebab nak proceed snorkelling pulak ke pulau kedua : Dam Ngang.




ii) Dam Ngang Island



Smith cakap, pulau kedua ni coral cantik. Antara 3 pulau ni kan, pulau Dam Ngang ni cantik untuk divers. Tapi memang betul, kami selam atas dasar je, bawah tu Ya Allah lawa betul. So dekat sini, bermulalah kami berempat menyelam lihat coral dll. BEST!



Ready of course! HAHA. Always ready. So kat sini jugak kami makan lunch. So kami makan lah bekalan dari rantauan haha. Lapar weyh snorkelling , nasib baik ada makanan!



Makan kacang kakmah buatkan ni dengan bilis impit dengan roti! fuhh, jauh pergi dia haha. Orang bawah makan, biaq pi situ :D

(Video untuk snorkelling kat sini ada dalam IG saya tau, boleh tengok kat Highlight).


iii) May Rut island




Sampai May Rut island, kami teruja kejap sebab kami nak lepak main buaian gantung. So kami tak snokerlling dah kat sini, kami nak chill chill kat pantai je. So okey lah kan sebab tadi dah snorkelling kat 2nd pulau ( Dam Ngang) so kat sini kami nak santai santai main buaian je. hehe.



Zai tak ikot, nak rehat atas boat so kami tiga orang je ke pantai :D Thank you Zai amekkan gambar dari atas hehe! So sampai la kami di sisir pantai yang cantik jugak :') Penuh dengan buaian.



Boleh pilih nak buaian yang mana depan kami tu, semua merasa naik :') 


Gambar la puas puas buaian tu ayu! Lama tak naik kan? :D Oh anyway area ni ada sea urchin tau! Itu pon ayu perasan sea urchin tu. 


Duri dia kalau sangkut dekat skin kita, luka bisa. Untuk selamatkan, patahkan durinya jangan tarik. eih, ngilu tiba tiba. 


Alah yan, tak jumpa gambar kau buai sampai atas. Ni pon boleh la. HAHA asalkan buaian.



Okey so kami pon puas sangat pergi 3 island ni. Worth our money really. Gambar pon on point dengan cahaya pulau kat sini. Serious, we're happy!




 Memang enjoy trip ke pulau dengan kawan kawan kali ni. 



Okey untuk ticket ni, Yan belikan di KLOOK. RM 120 . Murah kan? termasuk makan tengah hari. Kalau you guys jumpa Smith, send our regards. Show our photos with him ok!  So kami proceed  balik ke Jetty untuk ke hotel. 



Sebelum sampai hotel, kami request Smith stop kan kami di area kedai jus buah. Dahaga :D Yeah, anyway.. dapat minum lagi! Minum dan balik hotel untuk refresh! Malam nak pergi Spa pulak esok nak balik daa ngee.




****

8.00 pm
Galina Phu Quoc Mudbath & Spa



Yeah, here we go! Penat snorkelling so kami nak chill dan rehatkan badan. Pakej yang kami pilih 500,000 Dong ( RM 87 lebih kurang). Satu badan kami request :D So empat orang diurut malam tu. yeah! Ada beberapa pakej, terpulang you guys lah nak yang mana. Macam kami, kami pilih whole body :') 



Ni untuk saya dan Ayu. Yan dan zai bilik sebelah :") 



Ayu? ketawa dan sakat lah tak sudah sudah! Lega lah badan di urut. Tertidur saya dengan sejuk nya Masya Allah. haih :D



Hey, alhamdulillah! sweet memories always together!



Kami proceed makan lagi ke Nan & Kebab Restaurant untuk makan nasi. 



Lapar nasi weyh! Lepas tu kami ke Phu Quoc Market semula untuk beli buah tangan untuk keluarga hehe.

Costing : sama jugak dalam 30,000 Dong (RM4). 


****
DAY 4  (18/2/2019) Monday :
PHU QUOC, VIETNAM- KLIA 2




( LONG DRESS, WHITE PANTS @PLUSSIZE_MISCLAIRE)

Okey, ini lah hotel kami. Macam kedai makan? Ye. Tapi pattern kat sana, hotel ada yang cafe depan belakang baru hotel. HAHA. Macam macam and, masa packing malam semalam, kami throwback banyak kenangan manis trip kalini. Actually ni trip first. Malaysia pon kami tak pernah buat trip. Tah macam mana boleh jadi tah haha. 


Sampai je kami di PQ international airport, kami beli ole ole lagi. Eheks since budget kami bawak tak habis pon :D


Anyway thank you very much Air Asia, hope to have next trip with you again! 
So flight kami jam 1.25 tengah hari :') Kawan kawan i tidor ish letih ka? :D
I ordered Nasi Lemak Pak Nasser's AA guys! 



Thank you Phu Quoc. You're awesome & we're enjoyed!


Our budget 
Travel Insurans AXA : RM27+- per person
Air Asia Return: RM 300 per person (exclude additional 20kg / 20kg)
Shero Bungalow 4 D 3 N : RM 487 

Bagus kalau anda plan with lagi murah, itu rezeki! hehe.

Follow my Instagram for more : @Najahtul


Thank you guys for your time! Do share with all your families, friends and of course your Love! By the way, saya ada terima DM about scammer, dangerous place etc, tapi Alhamdulillah so far kami balik disana tiada apa apa. Hati hati di mana mana sekali pun dan pengalaman kita berbeza, saya share pengalaman saya dan kawan kawan (Ayu, Zai  & Yan ) since tak ramai lagi yang ke Phu Quoc, Vietnam . byebye!