Thursday, September 20, 2018

OSAKA Part 1 : ( KIX - Shin-Imamiya )

DAY 1 : KANSAI AIRPORT - SHIN-IMAMIYA (Ebisucho)

Yeay, Tokyo pon dah selesai so sekarang nak share tentang Osaka pulak.  Japan ni banyak tempat menarik tu sebab kami datang lagi hehe. Okey, perjalanan kami dari KL dalam 6 jam setengah ke Osaka (Kansai) daaaan kalini datang dengan ibu dan abah! Thank you Abah for the gifts this year!




Kami menginap di Shin-Imamiya. Mungkin boleh dijadikan perkampungan orang Malaysia di sana.  Kami tidak menggunakan tour guide cuma menggunakan pengalaman yang lepas di Tokyo iaitu apps "Japan Travel ". Selain itu, untuk penginapan, kami memilih "AirBnB" untuk harga lebih jimat dan tempat yang strategik. Untuk access card,saya memilih “Icoca IC Card” sepanjang 8 hari 7 malam (reload RM 650 itu pon berbaki) disitu dan dibeli melalui apps "Klook" di Malaysia. Setibanya di KIX, saya  redeem di kaunter Klook (HIS counter 1/F) area Northern Exit di balai ketibaan. Buka jam 8.30 pagi-10.00 malam. 


Okey, Saya share train direction dari KIX ke Shin-imammiya:


Kansai International Airport (Nankai Airport Line (platform 1 / 2 to Namba) - Shinimamiya 



So, dari KIX kami naik train yang sama tanpa tukar. Alhamdulillah sampai lah kami di Shin-Imamiya anak beranak hehe. Untuk ke penginapan kami di Ebisucho, kami perlu naik train dari Shin-imamiya station ke Ebisucho ( 1 station sahaja) :

Shin-Imamiya (berjalan dalam 4 minit) - Dobutsuen-mae [K19] (exit 6 & ambil train ke arah Kitasenri) - Ebisucho [K18]

Ebisucho


Sejuk sangat waktu ni. Nak snap gambar parents pon menggigil hewhe.. Oh ya, kami datang early March so masih ada saki baki winter. Belum cerita part ada turun baby snow lagi atas kepala. haha nanti kita cerita ok. Rezeki sungguh Alhamdulillah tak sangka Ebisucho tu dekat dengan tempat best. Belakang ibu abah saya ni, Tsutenkaku. Actually, depan rumah kami jer, haha.

Guna apps google map, walk mode & search alamat rumah, dah sampai. Simple kan. So sampai lah penginapan kami untuk 7 hari 6 malam di Ebisucho :') AirBnB ni memang sangat membantu actually. Rezeki jugak dapat owner rumah yang baik. Kalau you guys tengok gambar atas ni, inilah set yang diberikan oleh owner rumah dalam Airbnb. Ada complete instructions (portable wifi, heater, kitchen, washing machine and toiletries etc)



Gambar di atas ni pulak, stock makanan dari beg parents. Belum keluar lagi stok makanan wady & saya hehe. 


Oh ya, saya ada beli (sabun samak Taharah). Saya gunakan untuk cuci periuk, kuali, cawan dan sudu hehe. Cara gunakan sabun samak dalam kotaknya. Baca kalau tak faham ya. Saya beli di kedai yang menjual produk islam. Kalau di Seremban, saya beli di MasBukti Gedong Lalang,Ampangan. Kalau tak jumpa, branch MasBukti ada di Seremban 2, bersebelahan bank rakyat S2. Kalau tak jumpa jugak, sempat beli di Lazada hehe. Below RM10 tak silap and i hope membantu anda okey.


So petang tu kami bertiga jalan jalan beli buah-buah segar, sayur sayur dekat kedai area rumah kami tu. Kebetulan ibu kirim sayur dan buah buah segar.

Family i mmg perlu ada fruits. Btw, buah buahan setiap negara beza rasa tau so kalau melancong, jangan lupa makan buah buahan mereka. best!






Jalan jalan singgah market nak beli mineral water. Sambil sambil jalan, rupanya banyak segala dalam FamilyMart ni.



Jalan punya jalan kebetulan musim sakura, apa lagi.. ternampak lah kan! hehe grab la kite , starbuck pulak ada dekat situ kekeke :D






Tak sangka lah pulak dah masuk kawasan Tsutenkaku hehe. Jalan punya jalan bersama Latte :D

Street yang cantik dan meriah dengan lampu makin gelap makin cantik :')



Meriah jugak banyak jual barang untuk pelancong and tak sedar dah malam. 


Sejuk sejuk sanggup tiga beranak makan green tea ice cream ni. HAHA actually rindu masa di Tokyo, so di Osaka dapat jugak lah kan.





Ibu sorang sorang kat rumah siapkan dinner yeay!



yeay tak sabar sebenarnya nak merayau malam malam dengan suami saya. Wey, honeymoon bermula haha! Mostly kedai banyak tutup sebab dah malam kan tapi kami jenjalan amek angin sejuk. Biasalah kalau dah berdua, posing sana sini lah atas jalan yang lenggang tu.



Lepastu kami tak perasan kami dah jauh dari rumah. Leka berjalan. Kedai yang bukak pon kedai juai CD Behloo wkwkw. Laki suka la kan. Memang fanatik anime la dorang lepas tu, perempuan cecantik pulak kan. now i know thier culture so boring life wey. Kerja makan tido kerja makan tido. Thats why they need some entertainment guys. haha.

Yeay, waktu ni tak perasan dah sampai lebih kurang 5km macam tu. Leka berjalan. Tak penat mungkin sebab sejuk dan tak padat macam siang kot kan. Tak sabar nak tunggu day 2! See you part 2 ok!

Data simcard : Hello1010.my

Part 1 : KIX - Shin-Imamiya (Ebisucho)

Part 2 : Biwako Valley, Shiga

Part 3 : Tempozan Harbour Village

Part 4 : Kyoto : Fushimi Inari-Taisha - Arashiyama - Kyoto Tower

Part 5 : Universal Studio Japan (USJ)

Part 6 : Kobe - Dotonbori