Thursday, September 20, 2018

OSAKA Part 4 : (Kyoto : Fushimi Inari-Taisha - Arashiyama - Kyoto Tower)

DAY 4: FUSHIMI INARI-TAISHA - ARASHIYAMA - KYOTO TOWER)

Kyoto, sebuah bandar di pulau Honshu. Ia terkenal dengan pelbagai kuil Buddha klasik, serta taman-taman, istana-istana imperium, kuil Shinto dan rumah kayu tradisional. Ia juga dikenali untuk tradisi formal seperti kaiseki makan, terdiri daripada pelbagai kursus hidangan tepat, dan geisha, penghibur wanita sering dijumpai di daerah Gion. giteww!

Fushimi-Inari



Perjalanan Shin-imamiya ke Kyoto , Fushimi-Inari mengambil masa lebih kurang 1jam suku macam tu. Tambang dalam 580Yen. Kebetulan 1 station saja buat pertukaran. Jimat sikit masa. 

Shin-Imamiya [019] (JR Osaka Loop Line ke Tennoji tapi stop di Kyobashi [08])
Kyobashi (Osaka) - Fushimi Inari station

Anda mesti tertanya-tanya ada ada di Inari ni? Actually tempat ni tradisional. So, memang famous lah di Kyoto. Perkampungan macam tu. So orang dulu dulu rajin siapkan gates. Beratus ratus gates tau tak. kagum kan?

I ingatkan senang lah nak bergambar kat sini, bukan main ramai manusiaaaa! So terpaksa lah stay dekat situ lama gila tunggu orang lengang, tapi still ada haha! Nasib baik bab bab bergambar ni suami i tak baran.

Actually kami datang hari sabtu, so memang ngam lah ramainya hehe. Happy lah kami sebab dapat bergambar kat sini. Ibu dan abah rehat kat bawah sebab macam macam di situ. Kami naik atas :)



Dari station inari tu, you guys jangan risau, menapak 2 minit saja ke entrance tapi nak ke beratus gate ni, normal lah mendaki sikit saja :')



Perkampungan dia cantik sangat. Dah jadi tempat pelancongan :') Alhamdulillah dapat jugak tengok perkampungan di Jepun. So boleh datang Kyoto di Osaka. 

Mengenangkan banyak non-halal aje. Kalau Halal, lama dah beli kat sini. You all kalau masuk sini jangan time lapar, memang zone jual foods kat sini menduga betul kalau lapar. i nyaris nyaris actually haha. Nasib baik tanya, oh tak halal huhuhu. 


Kami ke entrance untuk pick-up abah dan ibu :') Abah dan ibu makan bekalan dari rumah so kami pon join makan lunch terus hehe. best!



So kami pon balik ke station untuk proceed ke Arashiyama pulak. Di station Inari kami macam tengah tunggu train datang untuk ke Arashiyama, nampak la satu group pakai kimono, comei betui ibu tegur so kami pon ambil la gambar kenangan hehe. cute!

Arashiyama

Dari Inari ke Arashiyama lebih kurang 45 minit. Setibanya kami di Arashiyama, kami berbelah bagi nak jalan ke tak sebab bawak parents kan. Dari station , jalan kaki untuk ke buluh tu. So kami decide boleh la, pergi saja kalau tak rugi sebab alang alang dah sampai.



Abah tak larat so kami decide ikut cakap abah untuk naik taxi. Kalau kami dua, insyaAllah larat la kan tapi parents ada, better naik cab. Dalam RM 30lbh macam tu je. sampai lah kami di Arashiyama yeay!

Nak naik, tapi tunggu turn nak naik macam lama sebab majoriti ramai naik ni. Mahal jugak i pon lupa. So kami jalan jalan saja . Ibu dan abah saja pusing pusing naik ni hehe. syok !



Di sini pon terkenal dengan budaya tradisional. Sejuk mata memandang. Rata rata memang sangat bertenaga. Contohnya, trishaw ni..



Just tarik guna diri sendiri kot. Patut la susah i nak nampak yang badan macam i haha! 

Abah share moment dengan family di Malaysia . Hilangkan letih hehe. Actually seronok sebab situ ada jual jual jugak.

Memang kalau dekat sini, mostly pokok buluh. Penuh satu taman. Lepas tu kami pun puas pusing. Besar guys! 



Yes takda orang! hehe. So macam ini la di Arashiyama . Penuh dengan kehijauan!



Kami disini dalam 3 jam jugak macam tu. Then kami pon gerak ke station naik taxi jugak sebab kami nk ke Kyoto Tower pulak. Waktu malam kan cantik nak tengok the whole Kyoto dari atas hehe.
Area keretapi ni jangan sesekali ambil gambar tau. Tak pasal pasal kena sapu dengan train nanti. 



Okey jom ke Kyoto Tower!


Kyoto Tower

Untuk ke Kyoto Tower ni, betul betul stop di Kyoto station dan anda boleh jalan kaki . Dekat saja. I beli tiket dari Klook, so just scan di kaunter boleh masuk hehe. 

Anyway kami stop solat dulu. Alang alang kaunter sebelah surau, kami solat dulu sebab lagi sejam nak masuk maghrib waktu tu.



Yeay, abah happy sebab dapat jugak naik Kyoto Tower ni. Dari rumah nak naik , Syukur sampai hajat hehe. 


Tengok guys, tinggi tak tinggi haha.


Waktu ni, stay dekat sini untuk bergambar cemasnya lah. Orang turun so bergoyang goyang. Tapi sebab nak gambar jugak, gigih! Lepastu, datang tiga orang ni hehe.



Haha.. finally! lepas ambil gambar berempat, kami cepat cepat naik wkwkw. Dah lah paling tepi kan, mana tak risau ekekeke. 

Kami stay nak dekat jam 9 malam dalam ni, sampai puas. Memang puas sebab kami layan animation dalam ni. Best! Anime dia music memang syahdu and yes, i miss Kyoto a lot.



Makin lewat, makin ramai sebab nak tengok keindahan the whole Kyoto. Besar bandar dorang. 

Kat situ, tersedia teropong, so teropong lah ikut screen di sebelah :') 

Lama jugak dah dalam ni, semua kami dah explore without tercicir. 


Hehe, kami pon nak balik rumah nak rehat. Letih satu hari berjalan. bye Kyoto.. See you guys Part 5 ok!


Part 1 : KIX - Shin-Imamiya (Ebisucho)

Part 2 : Biwako Valley, Shiga

Part 3 : Tempozan Harbour Village

Part 4 : Kyoto : Fushimi Inari-Taisha - Arashiyama - Kyoto Tower

Part 5 : Universal Studio Japan (USJ)

Part 6 : Kobe - Dotonbori