Assalamualaikum,
Begitu tenang hujan dipagi hari di office aku ini dan aku seakan akan mahu pulang semula ke rumah ekeke. Hello girlzfriends, masih tak terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam pada semua kawan kawan / pembaca tegar blog aku dan juga khas untuk anda yang beragama Islam sepertiku =)
Seronok bila ada kelapangan masa dan masa yang terluang boleh lah aku update blog, bukan? Makanya, harini aku rajin nak update blog Alaa Si Datin Tuu. Thank you to adik adik kak Datin yang suruh update blog walaupun kak Datin rasa pelik, dah Datin, kau letak 'kak' lagi pulak tu. Tapi takpa, Kak Datin layankan aje hehe *ketawa malu sambil garu kening.
Korang tau kan aku ni suka involve dengan event event Muslimah. Biasalah nama pon part time plus size model so ini juga event yang baik untuk aku. Alhamdulillah dapat juga aku ke sana untuk kali kedua. Baru-baru ni, aku ke PWTC untuk undangan Fashion Show. Suka tak? aha, mestilah aku suka sebab dapat tengok live fashion show muslimah depan mata. Tengok tv tak seronok, so aku tengok secara dekat ekeke. *Demand betul pompuan ni.
Photo taken from : MoslemaInStyle |
MOSLEMA IN STYLE 2013 ini merupakan event Muslimah (semua gigirl ye, lelaki tak dibenarkan masuk sama sekali) Masa aku jalan masuk sorang sorang ke dewan, aku ada terdengar si Isteri pesan macam ni: "ahak ahak(sambil ketawa) sorry abe deh, aye (ayang) masuk dulu deh..abe dok lua jago anok deh" Tunggulah si suami itu bersama anak anak mereka sampai petang. Haha! Bagus ada suami perihatin sanggup tunggu isteri pergi event fashion show macam ni =) Event ni aku suka sebab dia start selepas waktu Zohor which is, semua tetamu boleh solat dulu sebelum event bermula around 2pm macam tu. Surau dekat PWTC pon ada disediakan dan sangat dekat dengan dewan event so takdalah excuse kan kalau nak solat.
Aku dijemput ke MOSLEMA IN STYLE 2013 kali ini adalah kerana aku sebagai presentor untuk butik Hijrah Couture. Sebuah butik yang sangat ternama dengan konsep baju kurung dan dress muslimah yang tidak akan ada seperti design itu dimana mana. Kualiti kain tak perlu cakap lah kan sebab aku pernah pakai baju kurung dari sana. Really comfortable. Lagi seronok, baju kurung dan dress muslimah keluaran mereka tak lapok dek zaman ye semua update-update dan yang penting sekali, songket tetap number satu dekat butik tu =) suka tak? pergi lah butik sana pada sesiapa yang duduk di area Shah Alam. (Kompleks PKNS, Tingkat 1) kalau nak tengok alamat lengkap boleh click link ni sebab aku ada jugak update tentang HC ni : BAJU KURUNG BY HC DAN ALAMAT =)
Ini kali kedua aku ke event by MOSLEMA IN STYLE ni. Kalau ada yang pernah baca blog aku tahun lepas, aku ada pergi event ni juga but aku presentor untuk butik MINAZ =) Dulu event MOSLEMA IN STYLE 2012, aku pergi berdua dengan bestfriend tapi kali ni bestfriend tiada kerana kesibukan masa/final year so busy tapi takpa dah janji dengan bestfriend aku bawakkan dia dalam hati and jadikan dia mata aku ekekeke. Boleh tengok link ni untuk MOSELAM IN STYLE last year : MINAZ and Moslema Fashion Show! 2012 . Rasa syukur dapat juga jumpa owner MINAZ (kak Pija dan kak Babe) dekat situ tapi mereka as VIP. Alright berbalik pada fashion show MOSLEMA IN STYLE 2013 ni, aku seronok sangat sebab aku kesana dengan dress muslimah yang cantik sangat sangat by Hijrah Couture and design baju mestilah dari owner Hijrah Couture sendiri, thank you kak Roslina Ismail =) Kak Lin menjemput aku dengan penuh semangat dan aku pon selesa deal dengan Kak Lin ni sebab dia sangat faham dan bagi aku masa untuk berfikir untuk pergi. Alhamdulillah, finally dapat attend and dapat pakai dress made by her *lompat tinggi. I know mesti you all tak sabar nak tengok dress bunga bunga by Hijrah Couture aku pakai untuk event hari tu kan? ekekeke.
Chaak! ehe. Awal awal sampai,dah disambut dengan photographer. Snap satu lah untuk blog kite ni :p Ini lah dress datinflower by Hijrahcouture. Ahh suka hati sangat bagi nama dress kaklin buat ni sendiri hahaha! Actually dress ni takda nama lagi so aku pakai untuk keluaran selepas ni :') selesa? tak payah cakap pon tau kan sangat selesa. Boleh lah buat pakai untuk tunang/majlis. Kata nak sopan kan? =) Nampak lagi cantik sebab ada gold line di tangan dan kaki. (maaf sangat gambar close-up aku akan buat entry lagi satu ya) Ini untuk enrty event both of this :') InsyaAllah kalau Hijrah Couture dah keluarkan promotion, aku akan bantu Kak Lin update lagi sekali ekeke. Buat bersabar ya ibu ibu gadis gadis=)
Di event Moslema in style tempoh hari, aku bukan sahaja keseorangan untuk presentor Hijrah Couture tetapi aku bersama kawan aku yg sangat twinny *tapayah nk sangat twinny lah memang Iena dan Ieda ni memang twin seiras pon. Baju yang Ieda Mansor dan Iena Mansor (from left) pakai ni adalah baju kurung "Addictive Fusion" memang cantik :') Aih memang la lagi cantik bila jumpa kawan kawan lain Fatin Suhana (middle one) also my diploma friend's at UiTM Jengka, Alhamdulillah jumpa semula kami berdua dan Ara Lee (last right) yang kuat merayau dalam dewan HAHA. Dia rasa seperti burung bebas lepas cat-walk on stage as usual. Im so free that day so kalau kena cat-walk confirm aku pon blh jadi Ara Lee ekeke. syg smua!
Besides that, ramai lagi lah kawan kawan lain yang ada aku jumpa dekat sana. Kata weekend, so berborak lah kami dan seangkatan dengannya ekekeke. Hi-tea dia best sangat and complete me much. Konon awal taknak makan, lambat2 orang dah takda baru makan. AKU LAPAR sebenarnya tapi segan nak makan awal:p. Mujurlah ada SheaRasol dan Yuyun ada jugak teman berbual masa makan. Lama tak jumpa so that, banyak cerita jgk waktu tu untuk di share.
Aku ni tekun lah dengar cerita Shea masa dia pergi Palestine, Jordan and Israel. Sedar sedar dah habis makanan aku dok kudap. hehe :D Macam teruja je macam seronok je kisah shea share. Terus teringat bestfriend dalam kepala " Kak, macam nak try je pegi macam nak cuba je " ekekeke.
Mesti ramai nak tau siapalah kaklin yang aku dok sebut dari awal, kak lin ni comel sangat sangat pada aku, baik and humble. I was like, laa first time jumpa macam dah lama kenal :') Masa bergambar, Kak Lin bawak family sekali. Comel sangat sangat :') KakLin 5th (from the left) and part of the family of Hijrah Couture =)
Sebenarnya lah kan kalau korang nak tau, aku tak tau pun ada Eja (Siti Shahrizah Saifuddin) tengah2 tu patut la banyak camera dekat depan haha. Aku dah bajet bajet masuk Nona TV3, berangan sangat rupanya memang ada artis deret aku. Dah lepastu, kenapa muka aku macam ni, kalau lah boot yang aku pakai tu tinggi sikit mesti boleh feeling feeling eja ekeke hmm okbai.
Us with our dear designer of Hijrah Couture (Kak Lin) |
Tahniah juga kepada 3 orang anak muda yang bertungkus lumus untuk event ni dari tahun lepas. Actually sempat bergambar dengan dua orang saja sebab lagi sorang busy ditemuramah ehe! Oklah. nanti jumpa lagi di lain entry. Gambar event ada jugak yang aku dah upload di Instagram dan ini hanya gambar untuk blog :') Nak tengok lain lain? Aku dengan kawan kawan Thailand? oh ada waktu event tu bergambar bersama dgn kite, boleh tag di instagram juga ye. Ada Instagram? Ok boleh follow : @datinnajah .
Assalamualaikum. Bye!