Baru baru ni aku berbuka di Kuala Lumpur. Tak payah Kuala Lumpur sangat lah, macam baru pergi sekali seumur hidup je mhaha! Aku berbuka disana dengan hati yang sangat gembira. Gembira jugak la tengok suasana sekeliling bila orang ramai berbuka kiri dan kanan aku. Yela, Ramadhan ni fully berbuka dengan family so kebetulan aku pun ada urusan, so aku berbuka terus disana. Nak balik ke Seremban semula dalam jam 5petang, ok boleh magrain. Rasa lain jugaklah sebab pada aku, berbuka dengan family lagi awesome mmmph dapat cedok lauk suka hati dan tambah lauk tanpa mintak izin bhaha! Kalau kat luar? hmmm. i malu tapi mahu =)
Aku sangat excited sampai aku ke sana dengan berbaju kurung. Sampai maktok aku dengan ayahtok aku pelik haritu:
Maktok: pergi mana dengan baju kurung cantik cantik ni?
Me: err, hormat bulan Ramadhan maktok. Gi KL kejap boleh?
Maktok: oh tapi harini bukan Jumaat.
Me: oh, takpa orang office pon pakai baju kurung
setiap hari :p
Maktok: yelah, pergilah macam macam awak ni
(ketawa kecil comelnya)...
Tapi aku rasa selesa berbaju kurung dan lagi mudah dan senang. Tak perlu fikir banyak banyak kali nak pakai baju apa, capai terus pakai. boleh kan? Awkward tu takdalah, tapi sebab aku keluar dengan kawan yang dah biasa, dia panggil aku 'ibu' pon aku no hal. Yelah, dorang pakai casual. miahaha! menci ite taw. Sambil sambil nak tunggu waktu berbuka, aku bawak kawan kawan aku shopping.
Aku tengok aje lah dorang ber-shopping memandangkan aku suka tengok kawan kawan aku shopping kan. Pilih la pilih lah, aku kalau nampak owner kedai mulalah aku berborak mungkin boleh tawarkan harga untuk kawan kawan. eh? mmhaha.
Hidup aku ni biasa je tapi kalau berjalan, baru kau kenal siapa Datin sebenarnya, suka benau bejalan(kata orang melaka) aihi! Aku seorang gadis yang sentiasa berumur 20tahun sentiasa tak kurang tak lebih, mestilah nak kelihatan cantik dan cantik untuk diri sendiri rasa puas. Aku pernah rasa tak kisah tentang tak cantik tu, tapi waktu aku sekolah dulu mahaha! Selekeh macam mana pon, baju kurung putih, tudung putih, kasut putih, kain biru dan berulang pakai setiap kali ke sekolah dan tusyen pula hanya memakai pakaian yang senang untuk terus bermain main di padang.#lahaulawala. Bila nak nampak cantik, aku akan pilih yang terbaik dan berbaloi dalam hidup aku. Aku tak kiralah apa apa janji murah dan cantik. ihik ite mana le mampu nak pakai PRADA, LV, GUCCI juga FURLA :D setakat pegang pegang letak semula ke tempat asal boleh le mmmhihi.
Baju kurung yang aku pakai kali ini bukanlah baju kurung biasa tapi baju kurung Pahang. Baju kurung pahang adalah yang paling susah nak match dengan aku (plus size) selama ini. Tapi dengan izin Allah, dapat jugak aku memakai baju kurung pahang yang terletak dibadanku tanpa sedikit rungutan. *eceyh biasalah nama pon DATIN #wkwkwpfft. So, aku berbuka dengan kawan kawan aku dengan memakai baju kurung pahang. Baju kurung pahang salah satu baju kurung yang sangat unik. Selalunya orang yang berbadan seperti aku selalu setia untuk terus bersama baju kurung biasa dan baju kurung moden, dah selalu dengan yang biasa maka aku mencuba untuk memakai satu kelainan untuk aku happy sendiri. Tambahan pula, baju kurung pahang itu kelihatan cantik dan kemas.
logam emas di bahagian lengan baju |
logam emas di bahagian depan baju & kain lipat depan |
Baju kurung pahang yang aku pakai ni fully design by them. cantik kan? Bukan setakat cantik, tapi baju kurung pahang SB Line Vintage ni sangat turun temurun disebabkan ada poket yang comel di bahagian depan baju and it was like baju zaman dulu dulu. flirt la cemni sebab ada yang sangat suka design baju ni and it is from butik Hijrah Couture . Takkan ada di tempat lain.
Datin kau memang suka bergambar suka hati sampai mintak izin selepas snap gambar #sorry owner butik ye :p |
Suka tak ada semua size anda? haha aku pastilah suka sebab tu aku ada juga. Macam nak pergi dan serbu lagi pon ada. Material kain sangat selesa sebab mereka ini pakar baju kurung, mestilah tahu kan tentang persekitaran. Ok boleh pergi pilih di website HC mereka ini : HIJRAH COUTURE WEBSITE dan jika anda suka online facebook dan suka kepochi untuk tahu tentang update koleksi baju kurung mereka yang terbaru dan cantik, boleh LIKE di facebook mereka : HIJRAH COUTURE FACEBOOK. great!
Kalau anda malas nak beli secara online dan lebih suka sentuh dan pilih baju kurung jenis yang lain juga pilih untuk sedondon bersama keluarga dari kanak-kanak hinggalah suami/isteri (keluarga) boleh la walk-in. Butik ini berada di area Shah Alam dan sesiapa berdekatan dengannya, boleh segera pergi ke butik mereka yang beralamat di :
Pada sesiapa yang runsing tiada lagi baju raya dan tempahan lama sudah ditutup, boleh lah shopping di Hijrah Couture yang Traditional, contemporary & elegant ini. easy and lovely sangat kan? bestnya tengok orang lain pakai baju kurung pahang depan mata Raya nanti=)
Perkongsian Ramadhan:
Semoga berbelanja dengan baik dan bijak. Alhamdulillah, tiba sudah Nuzul Al-Quran dan Qunut sudah pun kita mulakan. Terawikh lah dengan gembira. Semoga amal ibadah kita diterima Allah dan ikhlas keranaNya. Rebutkanlah pahala berganda di bulan Ramadhan yang suci ini. Doakan kebaikan untuk orang lain, jangan hiraukan pembalasan ke atas kita, kerana semua tugas Allah dan Allah tidak pernah mungkiri malah segala kebaikan berbalik pada kita tidak kira masa dan tanpa kita sedar InsyaAllah, termakbul segala doa dan permintaan, Amin. Byebye!