Saturday, February 16, 2013

LIPAS

Pagi Pagi Pagi !

Assalamualaikum, walaupun sedang lemah badan sebab demam secara tiba tiba aku rasa malas nak layan. Kalau layan sakit ni, makin menjadi jadi. Bangun pagi terus makan ice cream bekas yang cedok satu dua sudu and transfer it dalam cup or mug and makan. Tekak rasa not well and sakit je dari 4 pagi semalam. Ayahtok aku suruh makan tu kalau sakit tekak, aku pon laju lah. Kebetulan habit pagi pagi datang balik makan ice cream lepas bangun tidur seminggu dua ni. hmm. Adakah demam ini berpunca dari itu atau mungkin selepas menjerit lipas naik dari kaki kemudian naik ke muka sambil dilibas libas tidak terkena sasaran. Finally, dengan lengan and badan aku jadi mangsa penglibasan sendiri malam semalam. Walaupun dia kecil and aku tak takut dulu kala, tapi sekarang lipas makin dibenci dan aku takut. Sambil bayangkan dia like a tikus. Kenapa la selalu binatang seangkatan suka hati nak naik atas badan aku? haritu cicak and this time lipas. Can u? ergh! Pasal si lipas, satu rumah terjaga. mmmmhihi, sorry.

Lipas
Aku mula tak berminat pada lipas since aku terpijak dia.mhehehehe :p Keluar cecair kuning yang buat aku muntah. Waktu tu aku sedang bersiap siap untuk keluar. Aku pon difahamkan dengan perasaan sendiri si lipas yang aku telah pijak dengan keadaan yang sangat tragis tu, sedang bertarung nyawa untuk mati atau lebih saintifiknya lipas itu sedang nazak. Mungkin dah tua kan atau sedang letih untuk jalan (taktau lipas ni berjalan ke berlari ke apa?) or laju laju macam lipas lain yang bertenaga. Kau nak bunuh dia dengan menyembur pon, lain objek yang terima apa yang kau sembur. Laju kan? Haa, yang mangsa kaki aku bersaiz 7(wanita) ni dah pun terima ajal dan membuatkan aku yang sedang 80% siap terpaksa mandi semula. GELIIIIIIIIIIIIIIIII! Kalau lah dapat faham perasaan aku waktu tu, mesti rasa nak lempang aku bukan lipas tu. Aku sedih atas kematian tapi aku takboleh tipu diri sendiri yang aku tak suka. 

Disebabkan aku mungkin telah membunuh kaum kerabatnya, malam esoknya tu, aku dapat tau bahawa air yang aku telah buat dan sedang panas cuma tunggu untuk diminum selepas mandi telah dicemari. Waktu tu dahaga air teh dan disebabkan mangsa kedua ni sedih atas kematian rakan/boyfriend/girlfriend/parents yakni mangsa yang telah aku pijak semalam itu, si lipas ni pon bunuh diri dalam air aku tu. WHAT laaaaaaah?! You know perasaan excited nak minum air waktu tu? Dengan mug yang aku sayang tu aku buang. Memang sejak dari tu lah aku tak suka lipas. Jangan nampakkan dia depan mata, bukan setakat beliau akan serik malah beliau takkan jumpa jalan pulang.

Agak lama aku tak bermusuh dengan lipas menggunakan kederat diri sendiri, malam semalam dia hadir lagi menebus dendam kesumat. Sedang aku tidur nyenyak oleh kerana waktu tu badan lemah sangat, dia pon yakin aku takkan sedar. Lipas tu pon yakin juga untuk naik menggunakan langkah yang bijak tak bijak. Permulaan bermula dari betis. Yes, waktu tu i tot comforter or something else yang bergerak but makin lama lama naik ke perut. Walaupun baju tidur yang aku pakai tu tebal untuk kebahan badan, tapi aku boleh tau ada something atas baju tu. EMAKKKKKKKKKKK! Aku pon paksa mata untuk dibuka and YES lipas tu naik lemaknya berholiday berjalan jalan bersiar siar atas muka aku! I was like.....PLEASEEEEEEEEE LAAAAAAAAAAAAAAAAA TAK SUKAAAAAAAAAA!! Lepas tu menangis sebab marah sangat. Membebel sorang sorang sambil dihadiri peminat dalam rumah iaitu maktok, ayahtok and abang. ihik. Dorang pon tanya nape ni? panas sangat ke badan tu? Tanya maktok perlahan dan risau. Berlalu pergi malas nak layan lepas aku beritahu 'tak, lipas tu naik ke muka kite' . . boleh? Nampak sangat lipas tu dianggap biasa seperti dahulu pada aku tapi sekarang, lipas la haiwan yang aku tak boleh nak go on.

 Anda boleh berkongsi #Fakta lipas. Aku harap perkataan ELEH, LIPAS JE KOWTTTT....tiada lagi hehehe. sekian.

6 comments:

Hanim Irsyad said...

kite pun tak suke lipas. geli. mihmih

Anonymous said...

best nye cerita berkenaan kipas lipas..huhu.

DatinWowhh Najah said...

hanim. haha i da tak suka lpas juga

DatinWowhh Najah said...

annms: best la tapi kalau alami cam kite, haa. . .

Cik Nurul... said...

oh no...pitam dengan lipas....bagi berjuta pun untuk tidur dengan lipas mcm fear factor tu idok le teman...kang lipas hidup awak koma kat spital....hihihi

Anonymous said...

ceceritakn pasal tikus plk leh x...hikhik