Lama jugak nak continue about my holiday di Singapore tu kan. Ok today i feel free to share my second day of my holiday disana. Biasa disana, ramai and rata rata pergi ke Sentosa untuk pergi Universal Studio Singapore (USS) yang berharga $68 per head(weekdays) and $72 per head(weekend) kalau tak silap kalau kira duit kita 170 MYR(weekdays) and 180 MYR(weekend). Tak tahu pula kalau harga berubah sebab dulu mula mula pergi weekdays, $66 (2011). Sikit je beza tapi you guys can go with your love. Ehe.
Alright, WELCOME TO SENTOSA. Anyway masa hari kedua disana Najah buat satu transform dimana di Sentosa Najah tak pergi USS sebab dah pergi before this and Najah dibawa oleh cousins untuk bermain LUGE. Thank you Abang Afnan drive dengan baik hati sekali!
You know how to play LUGE? LUGE is like go-kart but you only use break with your own hand. Banyak sangat aktiviti di Sentosa. Tapi game pertama yang kami main is, LUGE. Game LUGE ni dia sekali dengan Skyride so kami ikut harga LUGE * SKYRIDE COMBO. Untuk LUGE ni $12.50 per head. Thank you Abang Afnan suami kepada Kak Long Suhaila sebab belanja LUGE. ehe. Ready to play!
Oh ya untuk memastikan anda adalah peserta LUGE, tangan anda akan dicop dan jangan risau, ia akan hilang lepas dicuci ehek not permanent. Ride lah LUGE tu dengan perasaan happy and enjoy. Satu kepuasan yang terdapat dalam diri bila seronok kan. hihi. Lepas tu, macam biasa mana mana games mesti ada camera untuk gambar kenangan, so silalah kawal emosi untuk bermain dan kalau ia kelihatan emosi terlampau jugak tidak guna gambar itu untuk dibelikan. Hikhik.
Lepas sampai di tempat destinasi, kami pon campak lah helmet warna warni tu dalam tempat yang telah disediakan and bersedia untuk menaiki skyride. Lebih kurang kereta kabel and u will see everything under you. Cuak tak cuak tak? See, maybe u will be the next? HA HA.
Kiri Najah is Anor, si adik yang maintained je sampai sudah. Najah separuh separuh and yes kanan Najah is Along Suhaila dari awal hingga akhir, berselawat ke atas Nabi tanpa putus. Berkat selawat kami selamat hingga akhir. HAHAHA. Najah ada rekod dari awal hingga akhir perjalanan tapi disebabkan masalah teknikal, Najah da berputus harap. heww.
Lama jugak atas tu, siapa yang gayat, tak perlulah paksa diri untuk naik tapi untuk cuba apa salahnya mungkin mereka boleh menjadi setabah sekuat Along Suhaila? HAHA.
Tibalah kami di bumi yang nyata dan Along bergembira seolah tiada apa yang berlaku. heeheks! Yes, at the back is LUGE and SKYRIDE. Selesai sudah game yang ditunggu tunggu itu tadi maka kami pon berjalan bersiar kawasan itu sambil mecari tempat untuk minum petang . Hehee.
Good Luck dari kami bertiga ok! hihi. So kami pon sedang mencari tempat untuk lepak dan minum petang. Yes, Abang Afnan is there so kami pon terus kesana lepak minum ecey. Along Suhaila with his husband yang baik hati dua duanya ihik.
Sambil cari untuk makan nasi berlauk watsoeva tu, kami nampak Angry Bird, snap kejap lah ehek. btw kalau you guys nak beli cenderamata untuk kawan kawan ke family ke ada je kat belakang Angry Bird ni. HEHE. Jewel Cable Car Station namanya.
plus size SNUGG FAUX JEANS by Raynaa Sangat selesa sebab bergetah and tak perlu zip ihik. PANTAS. |
Hihi sukanya ada palaroid. Along punya. So banyak lah kenangan kat sana. hihi. Dalam pada lapar tu, tak habis lagi berjalan. Seronok sangat berjalan and mereka bawak lagi Najah pergi jalan jalan around Sentosa tu.
Berlatar belakangkan game LUGE siang tadi di waktu malam. Cantik kan? Hijau . Kat sini seronok sebab environment dia sangat cheerful. Orang kata, fun lah! Ehek.
My cousins bawak jalan jugak dalam taman bunga. hihi macam macam dalam ni. Macam macam aktiviti kami bertiga buat dalam ni. Zaman lanun la konon tu. Hihi.
Cute candid but sakit peha Along Suhaila ko tak tau. Najah tahan je sebab Najah tahu Najah takkan lenguh, so Najah prefer berdiri. Ehek, nasib pakai Premium Beautiful(PB) HAHA. Sorry cousins. Bukan setakat ni, tong sampah dia yang unik pon Najah ambil gambar sebagai kenangan. boleh? Maka kami pon pulang la selepas berjalan sakan dalam tu and malam tu malam yang paling seronok jugak di Sentosa, Singapura.
Sanggup Abang Afnan stop kereta tepi tu kejap walaupun tak boleh stop :) hihi and yes, dapat pon singa belakang tu di Sentosa. Nak masuk dalam tu boleh, bayar $10 tak silap and yeay kami menuju ke destinasi lain, tunggu next entry ye. Nak mandi nak makan dan buat apa yang patut.
p/s: oh ya, thanks to my parents, lecturers, friends sebab mendoakan dan Najah baru dapat UITM results for last semester and Alhamdulillah keputusannya. hihi.Teruskan doa ye dan dengan doa silaturrahim kita sebagai seorang Islam takkan putus dan terus kekal ehe, bye.