Monday, April 29, 2019

PULAU REDANG 2019

Assalamualaikum,

Kalau ajak saya ke pulau, memang saya nombor satu!

Pulau ni dulu saya suka lepastu jadi tak suka lepas balik dari Lombok. Saya dan ibu hampir lemas because of their safety kot masa tu. But its okey tak kan selamanya tak suka kan? haha. Previous month, early March saya sekeluarga ke Terengganu. 



Nak buat keputusan ke Terengganu ni sangat sangat "last minute" since the holiday and journey jadi lagi best bila ada baby Areej, our first baby love in family. Bila dah paling baby, itu lah jadi tumpuan haha. So kami dari Pahang (Pekan) balik kampung terus ke Terengganu. Perjalanan dalam 4-5 jam macam tu sebab kami banyak pit stop jugak.


saya & SIL saya Adilah <3 (blouse saya dari @Hijriahome)
So sampai kami di Setiu. Sebelum ke Setiu tempat penginapan kami, kami sempat singgah ke Kuala terengganu. Kami shopping di Pasar Payang (actually lepas ni kalau datang mungkin pasar payang tu dah dipindahkan ke mall sebelah). Lepas kami selesai shopping baru kami bergerak ke Setiu. Oh girls, cantik gila! Setiu ni view dia 100% laut! Boleh bayangkan tak, saya memang suka tengok laut sebab laut ni MENENANGKAN. 



So kami pon check-in di Homestay Penarik Baru 2. Rumah dia banyak dekat situ, warna putih hitam so kami punya betul betul macam duduk kampung cumanya rumah tu batu bukan kayu :') Aktiviti malam di rumah, berehat. Kami berempat ( me, wady, abang and wife) keluar cari Sotong Celup Tepung (SCT). Banyak gila area setiu ni kedai tapi sayangnya kami datang lambat hanya beberapa kedai sahaja dibuka. Kami keluar pon dalam 8.30pm macam tu. So you all if nak keluar makan, keluar awal sikit okey. Actually tak sanggup nk share kedai yang kami makan tu sebab rasanya macam biasa saja & eloklah saya lupa nama kedai tu.

Second day arrived at Pulau Redang. 



Gila tak excited? Ini lah saya tunggu tunggukan haha! Cuaca sangatlah okey masa kami ke sana. Bulan Feb, March langit cantik laut pon cantik sama. Tips ok! Anyway, saya ambil pakej bot ke Pulau Redang dari Setiu jetty RM 120 seorang



Perjalanan 1 jam untuk ke Pulau Redang. Puas kami fikir nak ke pulau mana satu. Perhentian dah pergi, Kapas dah pergi, Redang pon dah tapi masa saya kecik kecik dulu so bila besar ni baru best menikmati semula Redang. Ibu, Maktok Ayahtok and baby Areej tak join untuk ke pulau sebab risau ombak yang tak diduga.

Since ramai tak kesana, saya pon curious ok tak tempat ni, ok tak laut dia and ok tak semuanya. Sampai saya google sendiri pulau redang masih tak nampak lawanya. Saya cepat cepat tanya followers dalam instagram saya, Alhamdulillah you guys so kind bagi nombor contact brother ni. Siap saya buatkan poll, mostly ramai pilihkan saya sekeluarga pulau redang. Awesome! naik balik keyakinan untuk ke Pulau Redang.



Bot memang professional. Ombak waktu tu, boleh buat muntah! Actually barang barang berharga kami letak dalam seat boat dan ditutup kemas. Oh ya bot saya sekeluarga, saya charted private. Senang untuk kami rasa selesa sedikit since kami semua suka bergambar :p Masha Allah, sampai jugak 1st pulau. CANTIKNYA!!! ( i cry i cry with the view girls) as usual, photographer saya mulakan tugas. Pose lah apa lagi wey, cantik wey kat situ! HAHAHA.

Tak sangka! TERENGGANU masih kekalkan pulau yang sangat sangat cantik. Actually saya dan wady ada plan nak ke Philipines and Male but jadi tak pergi pon tak apa lepas datang Redang. Serious, tak kisah muka sunburn pon tak apa asalkan dapat snorkelling dengan suami sendiri & gambar cantik tu yang penting ok! 

Dari pulau pertama sampai pulau kelima, kami enjoy sangat sangat. Tau tak orang cakap, breeze tu? Yes saya merasainya sendiri BERSIHNYA! 



Menyelam sampai puas & kalau tak datang pon tak apa dah, sebab puas! Pada siapa yang tidak mahir snorkelling hati hati ok, kadang kadang kita tak perasan air laut tarik ke tengah. Saya pon berpaut suami saya. Itu pon suami saya tanya, boleh tak dia join Dive dekat situ saya yang tak bagi. Kat situ ada jugak tempat best untuk divers memang cantik orang bot tu cakap. So try ok.



Pulau yang dinanti nantikan, pulau penyu! weh so many penyus there girls! Seriously, semua dalam instagram hahaha! Besar & bila dia datang kat saya je, saya jerit. Abang bot tu tolong naikkan sendiri penyu tu. So dapatlah kami main dengan penyu ehek! 



Muka happy dapat main dengan penyu sumpah happy haha! Selalu penyu lari lari kan, ni depan mata besar gila. Yang penting, abah happy cukup hahaha.



Kami ke pulau seterusnya sumpah cantik tapi seksa dia nak ke sini, Allah je tahu haha untuk gambar semata.



Lepas tu kami bagi nemo makan. Ni comel gila ikan jinak semua and semua makan roti kami bawak hahaha. Kami punya roti pon gone. Wady pon habiskan semua makanan atas bot demi ikan ni semua



Pulau kedua/ketiga tak silap, kami diberi pakej makan tengah hari. Abah dah lapar so kami berempat masih di laut main air laut yang warna biru lawa gila sumpah. Abah dah kenyang, baru kami makan. Lapar pulak haha. 

Makan, apa lagi. Lepas tu dekat situ ada penginapan pada siapa nak menginap di pulau. Cantik sangat. Kami pon sambil tunggu bot gerak ke pulau seterusnya, rehat dan bergambar kat situ. Habiskan aktiviti dekat situ. Beli air kelapa beasr gila and manis lepas tu main pasir berempat. Macam macam kami buat hahaha.


Lepas lepak dekat sini kami proceed ke pulau seterusnya. Dekat pulau ni, kami ambil gambar saja. Memang khas untuk bergambar :') Cantik!!





Muslimah swimming suit dari MissClaire.

So , with the photos given, ada rasa nak pergi Redang? Saya di setiu 3 days 2 nights sahaja :') You can go there k. Serious best. Best sampai buat free review kat blog ni.  

here some details for you there!




Pakej Snorkeling ( En. Saiful ) :REDANG_ISLAND (INSTAGRAM)


homestay kami anak beranak :')

By the way, pergi mana mana anda perlu pastikan gambar anda cantik dan seni juga teknik bergambar tu penting! Saya rasa semua tempat jadi cantik sebab gambar tu sangat penting ;") Jangan lah rugikan peluang tanpa bergambar. Serious, gambar perlu ada! haha. Ok, Misi nak diving lepas ni since husband saya memang divers, kalau ada group yang you guys rasa best and boleh trust , DM me dekat instagram ok! bye girls!