Wednesday, April 11, 2018

PENANG CHEW JETTY, PENANG 2018!

Assalamualaikum Guys!

Penang . Ada apa di Penang ?

You all jalan- jalan di Penang, you all confirm cari tempat menarik, betul? Kedua, you all jalan - jalan you all confirm explore tempat makan yang sedap, betul?

Yes, bulan lepas I explore Penang for my short vacation untuk yang keberapa kali.  Oh ya, kebetulan cuti sekolah, dan kami pilih Penang.  Sebab...

Banyak lagi tempat menarik di Penang dan masih belum di explore.  Okey, now  Najah nak share dengan you guys tempat yang santai dan patut you guys pergi kalau dah tak tahu nak kemana huhu. Guys, tak rancang sebenarnya program kami ke sana, kebetulan birthday anak buah, explore lah Penang haritu kebetulan kami dari Taiping so dekat sangat lah kan.



Penang Chew Jetty

Sebuah perkampungan cina di area jetty.  Chew Jetty di Penang. Masa kami sampai, tak nampak apa kecuali tempat parking kereta.  
You all akan berhadapan dengan situasi begini . Lokasinya sebelum naik Penang Ferry. Ada banyak jetty dekat sini, so you guys explore keyword " Penang chew jetty". 



Sampai sahaja kami disini, pelancong tak ramai lagi. So senang lah nak bergambar area sini. Ada jual jual jugak dalam ni. You all boleh lah cuci mata. So far harga boleh lah dibeli. Baju, keychain, foods dan lain lain ada dijual. Peniaga pon klasik cina dan seorang penjual melayu dekat situ. 




Panas terik waktu ni, cahaya pon "on point" . Konsep nelayan di Penang. Nak try jugak naik boat tapi tiada penjaga waktu itu . Kalau ada, boleh ke naik? haha!



Singgah beli strawberry and grape chocolate ni.  pork-free so boleh beli. Sedap jugak !




Ini lah laluan kedai kedai untuk ke Jetty tu. Semua dari kayu kayu. lantai, kedai dan rumah kedai. Jetty ni atas air so jaga jaga barang takut terjatuh dalam air.



Konsep dia kayu kayu dan klasik, so wady ambil moment saya setiap sudut haha! Anjing tengah tidur tepi tu, tawakal saja lah waktu tu. Actually, jinak you don't worry.


Instant tudung from : @azfaboutique



Ada lukisan berwarna dalam kawasan ni, enjoy ok! Tempat sempit sikit, jangan lama korang pose dekat situ, hambat dek anjing tau lah :p


seronoklah birthday girl bawak jalan jalan. Segala makanan dalam tu kami try!  haha semua sedap. Air buah pon kami beli, serius sedap gila! awatlah beli 1 je time tu. Kalau tahu sedap, beli 2 atau 3. Kalau korang pegi, minum lah air buah ni. FRESH ok! halal!

Joh Eun Halu nama minuman nya. Stall dia pintu nak masuk ke Jetty! Kami beli waktu nak balik. You all try ok!

Seronok kami bawak anak buah jalan. Saya share tempat ni untuk you guys visit kalau tepu tak tau kemana. Tak lah besar tapi, boleh lah singgah tepi jalan :') Penang moment ada dalam IG. kalau you all nak tengok boleh lah follow saya @najahtul . Previous photos ada di Penang. Boleh lah visit. 


byebye!