Sunday, July 12, 2015

Melbourne!

Assalamualaikum,

Cerita ni dah basi, but i don't care i don't care. Baca jugak =p

Last 2 years, I buat kunjungan ziarah ke Melbourne, MashaAllah excited dia macam kau dah habis exam besar and duduk rilex dekat rumah chill like that sambil makan ayam gureeng , that how i feel bila dapat permission pergi Melbourne dengan kawan kawan. Pergh, seriously aku punya excited sebelum cerita mmg over HAHA!

Ok, tu mukadimah, ni kita sambung cerita dia . Planning nak pergi luar negara bukan kerja aku, tu kerja kawan baik aku sendiri. Keinginan nak pergi tu tinggi tapi memang fully aku serahkan dekat fatin wkwkw!  Kitorang berdua sampai booking flight untuk pergi Melbourne macam sedang berbincang business berjuta dekat ICE ROOM. *walaupun masa tu, ada lalat hinggap dekat kepala, hidung dan paling best owner kedai tunggu masa nak halau lalat lalat termasuk aku dan si fatin sekali sebab nak tutup kedai HAHA! so bad that owner.  Cerita pasal booking flight, ek eleh orang kata boleh je kot ko online dekat handphone yang boleh slide slide tu ( padahal aku nak jugak cakap time tu aku dengan kawan aku pakai BB kot. Korang tau lah BB kan, setakat BBM Whatsapp bley lah hehe ) .  Dalam pada booking tu, mission failed sebab passport aku tak renew lagi so Fatin proceed beli tiket dengan si Fadzeein (Kawan Fatin). Aku mendagu jugak waktu tu, macam mana aku boleh lupa padahal aku yang excited nak pergi. First tips, make sure you have you passport before booking your flight :p  Nasib tambang murah waktu tu, dapat jugak merasa pergi Melbourne.










Kejadian MH370 still fresh, aku ingat lagi waktu ni. Aku berpisah duduk dengan kawan kawan aku dalam flight sebab aku paling last beli ticket but aku belajar banyak hikmah waktu tu, how to survived on flight without anyone yang aku closed. Berbekalkan surah Yassin dan aku kekalkan wudhu' yang aku ada, aku tak putus putus membaca. Waktu tu, wajah family aku memang tetap nombor 1.  Aku tahu walaupun family aku izinkan aku ke Melbourne tapi dalam hati mak ayah yang aku rapat dan sayang pulak tu, sedikit risau tu tetap ada. But, life must go on baru anak bujang LOL. Aku berulang kali baca Yassin sampai aku tertidur. Sweet moment jugak waktu tu, sebelah aku passenger Pakistan/Indian aku lupa dari mana tapi urban sangat pakaian dia, sedar sedar dari tidur aku, dia ambil Yassin aku dan dia baca sama. Hati aku rasa syahdu dan aku menagis waktu tu sebab aku rasa bukan aku saja ada perasaan bercampur baur. second tips: bring your Yassin/mathurat etc with you at least you not wasted you time kan :) pahala dapat, rasa Allah dekat pon ada dengan kita.


Kenangan paling istimewa waktu ni, bukak bukak mata..  subhanallah! matahari terbit there! kagumnya Ya Allah! that is why, Iolss suka duduk seat tepi haha! Rezeki pulak waktu tu dapat tepi :p






Alhamdulillah, selama 7 jam dalam flight from KL-Melbourne, sampai jugak. Walaupun muka macam maid, ni semua sebab si fatin. " Kak, toksah melawa mekap mekap kita keje tido je dalam flight" i forgot sampai Melbourne siang HAHA. But oklah kan dapat upload show off dekat korang aku dah sampai Melbourne LOL. *lempang pipi gebu.



Ni lah tiga orang backpakers yang boleh dijadikan harapan tunggak kegemilangan sebab aku memang 100% ikut plan si Fatin & Fazreen. Almaklumlah, dorang tengah cuti waktu tu, so aku bersetuju dorang buat keputusan haha!  Nasib baik dak Han ( Fatin's Brother) ikut. Secured gile ada lelaki kalau pergi backpackers ni.


Alhamdulillah, perjalanan kami sangat sangat teratur dan memang dalam perancagan. Sampai sampai Melbourne, kitaorang ke tempat sewa kereta. Keputusan untuk menyewa kereta dipersetujui ramai haha sebab han ada, so senang untuk kami kemana mana 1 Melbourne ekekeke.  We tot kereta murah murah dia bagi tapi luar jangka Han dapat drive Blue Hyundai yang latest tu. wuhhu  complete set with GPS and SMART LINK (touchngo) =p. Thank you Han, sepenuh masa drive kereta mwah!

Kat sini la tempat kami sewa kereta. Macam biasa, dak Fazreen dan Fatin uruskan LOL dah kenapa aku macam takda sumbangan waktu ni haha!





Everything was done, terus ke penginapan kami. backpackers hostel (sorry sangat lupa nama hostel kami). Syukur sangat sangat kami dapat tempat penginapan yang sangat sangat perfect yang penting still in budget dan selesa untuk kami berempat.(Fatin and Fadzreen selesaikan booking from Malaysia). Hows it? Cool meh =p  Kat sana best untuk backpackers, kami sampai sampai happy sangat masuk bilik, kami terus taknak buang masa, kami keluarkan semua semua makanan yang kami bawak from KL.  Jimat pon jimat. Btw, Australia very strict about foods. Sebelum packing, kami siap berbincang dalam whatsapp group apa perlu kami bawa ke sana dan apa yang boleh/tak boleh untuk dibawa. Third tips, make sure all foods in packaging & bukan berlauk/cecair yang telah dimasak. Disebabkan tugasan wanita adalah ke dapur, kami bertiga bergegas bawa makanan untuk dimasak turun ke kitchen (self services) k?! I told, you! fun sangat ni! haha. Normal la, sejuk dingin dia seriously memang sejuk. So automatically perut rasa lapar sangat, fadzreen siapkan sandwich dan fatin siapkan rendang ayam. Huu =p



I? I sebagai runner, "kak tolong pass sudu, kakk tolong pass periuk tu, cuci skit: gitchew~" kata teamwork and backpakers haha! psst: Periuk, senduk kayu & periuk nasi bawak dari Seremban kot haha! Lagi seronok kitaorang saja yang masak lauk over. Omputih tu pon ngintai eleh nak sikit lettew =p over hehe. But mmg best bila tengok dorang sediakan masakan healthy food like vegetarian and pasta watsoevalah kan. Lepas makan, we all packing dalam plastik transparent yg tebal setiap kali masak. Btw, memang kami 100% masak dan bawa bekal berjalan masa dekat sana, jimat duit and tak membazir :)



4.30 pm, gelap macam malam. But who care tetap melepss macam diva! haha. Kami berpandukan maps yang kami ambil siap siap dekat airport. Forth tips, jangan lupa bawak maps untuk tujuan melancarkan perjalanan. Penting tau maps ni! .



Kami teruskan perjalanan ke Federation Square . Kat sini, enjoy sangat. Our favorite place untuk online selama dekat sini! Instagram ON, Facebook ON, Twitter ON and yang penting wifi laju gila dekat sini. Sejuk sejuk pun tak sedar, dah lama stay dekat situ. Mana yang Skype, skype =p , mana yang whatsapp, whatsapp hehe! Alhamdulillah kat sini lah kami segera call family dan bagitahu kami dah sampai Melbourne!  So from there, we catch our moment together :) how nice and I really  miss our moment there.



Fazreen and i lepak dekat bara api waktu ni sebab tak tahan sejuk! Taktau nak cakap enjoy macam mana waktu ni sebab masa nak duduk situ, ada story telling by audio. So macam real la bila duduk dengar kisah kisah dalam tanah dorang kat sini * aih rindu plak!


Lampu ni unik! boleh kau menari situ? haha. biakan.


Ni view waktu siang pada keesokan hainya. Satu hari kami berjalan Melbourne. Tak perasan boleh pusing town tu dengan hanya jalan kaki. Kami tak naik kereta sebab dalam town je kot, then boleh pergi banyak tempat.  .  Kereta kat sana tak boleh park suka suka hati, kalau tak memang police laju saja saman. Standard Malaysia la :)


Salah 1 bangunan antik :) Flinders street. We grab our moment together each place. Seronok tau! Melbourne selamat, takda masalah dan Alhamdulillah ramai je Malaysian people waktu tu ! Waktu ni memang sejuk, bukan saja saja pakai snow cap tu, bukan saja saja fatin dan fadz pakai mafla bulu dekat leher tu, untuk tahan sejuk :) Han nasib baik laki, simple pakai sweater haha! baru nak kasi tudung tebal kak najatol :p


See, enjoy kan orang dekat sana baik baik. Ajak bergambar, join semua! Waktu ni birthday girl (Fatin) excited sangat. Untung lah celebrate dekat melbourne haha! Fadz , me and han puas fikir nak bawak dia pergi mana, mengalahkan tau semua tempat macam dekat Seremban lol!


Perlulah ada gambar berlatar belakangkan Melbourne, untuk anak cucu kami ekekeke =p Tambahan pula, muka semua magazine style (over tau si Fadz) dia paling suka gambar ni hahaha * sorry fadz, terlepas cakap kat orang mwhehee! si Fatin macam tupai ok ok upgrade sikit * chipmunk haha hans pulak macam cat :p aku? mestilah Datin . HAHA. *hamekk kene hentam lepas ni.

Waktu ni kami jalan jalan town, nampak 1 group ni buat charity. Terkejut jugak Mike (nama dia aku hentam rasanya betul) boleh buat flip lepas dapat tau waktu tu birthday si Fatin. Oklah tu hadiah dari kami bertiga , Mike buat flip untuk kau kak  wkwkw. Enjoy! sporting sangat!

State Library of Melbourne, cantik kan?

tengok view luar ..



=) Standard lah. sapa datang Melbourne mesti datang sini. Bila masuk, cantik nya!

cantik bangunan bangunan antik dorang!


Yay! Esok harinya hari yang tak sabar sabar nak Han drive ke Great Ocean Road. Yes! Han drive haha! Tak silap 8 jam jugak perjalanan kami ke sana sebab banyak berhenti. Best naik kereta sendiri :p (blouse panjang saya ditaja ke Melbourne by Hijriahome)




Han! stop sini! tempat ni tenang. Macam dekat kampung ! Stop Han, stop! STOP! Nasib baik ada adik dengar arahan, kitorang pon turun sini main KUDA! sanggup lintas jalan demi seekor kuda. Kau rasa? Memang kerja gila. Apa khabar la kuda cantik ni :)



Kami teruskan perjalanan untuk kumpul segala memori kat sana sikit demi sikit walaupun tepi jalan LOL. Bye Unknown Kuda!



Tak cukup kawasan kampung, kitorang singgah tepi pantai ke laut eh ni? Cantik sangat! Excited macam depa datang Malaysia dok mandi laut cuma yang bezakan excited kita adalah celcius kat sini toksah cakap lah, sejuk gila!



Taktahu waktu ni kenapa tak turun, mungkin sejuk sangat rasanya. Tak perasan macam mana dorang boleh sampai bawah haha! Enjoy tengok scene sini, Subhanallah, no wonder we need to travel, selongkar ciptaan Allah!


Tak cukup kami kat sini, kami teruskan perjalanan untuk ke Great Ocean Road.  I told u, punya lah lama nak sampai sebab banyak tempat best dekat sini sepanjang perjalanan!


Han stop kereta tepi padahal sini tak kan pernah ada yang berani turun kereta! Kereta laju laju, memang tak sangka rezeki dekat sini :p Signage Great Ocean Road ! Yang penting kitorang suka design rumah dorang atas bukit!



Seronoknya! Rindu weh! Pegi lagi jom?!


Next, Tempat ni lah paling manis sepanjang ke Great Ocean Road :)


Kitorang proceed ke rumah warna warni pulak.Main taman dan buat video haha!


View dekat sini peaceful. Town dia tak ramai sangat. Kawasan kampung, tahu tahu aje lah kan tapi best!




Fadzreen , cantiklah gambar ni, simpan baik baik ok!
Kawasan kita ni, berbisa.


Actually ular bisa banyak dekat sini tapi kami main jugak sampai nampak keldai warna purple. Kejar,kejar dia lari. huhu . Fatin suka sangat view dekat sini.

Sampai lah kami di Great Ocean Road walaupun perjalanan sampai ke malam, yang kitorang dapat, adalah kegembiraan! hehe. Great Ocean Road ni tempat idaman aku actually!


Secene ke sana, orang kata memang berbeza dengan negara sendiri kan?




 Nak sangat datang sini. Tak datang, rugi! Kena jugak datang. Cantik kan?!!!


Worth my money for finallyyyyyh! hehehee! Kalau korang datang Melbourne, please come here! kalau boleh, datang waktu siang sebab cantik scene dia!  Nak share dengan you all, perjalanan ke Great Ocean Road sangat sangat awesome. Sampai rindu sangat!

Wheehe! Esok harinya drive jugak tapi kami ke Moonlit Sanctuary (zoo nama sebenar haha) ! Sorry guys, lama sangat pergi sana sampai lupa locations. huhu!




It's makan time! Makan dulu, sebab mak pesan masuk mana mana kat sana semua berbayar, mahal. Masak jangan lupa! sio sio yo bawak periuk kuali haha!

LOVE it here. dapat jumpa macam macam ! Alah, macam dekat TV tu. hehe :)

Bonding time with le kangaroos :p I suggest kat u guys, datang lah tempat ni, Berbaloi, Kangaroo bersepah sepah tapi setia dengan kita! Tak jahat. Jinak btw. Boleh bonding time sama. Alhamdulillah sebab waktu tu, kami saja kat situ. Seronok bukan main lah kan! TAPI! air liur dorang BUSUK! hahaha muntah aku.



Haha! kene umpan dengan makanan! kalau tak, jangan harap dia nak layan! Harap pakai cantik cantik aje, air liur dia mengundang!

Seronok waktu ni, bagi makan tapi sebab makanan dah nak habis, tak dapat nak kasi dia. menyesal pulak rasa. uhmmm



Yeayyyyy! dapat jumpa my baby! dream baby! (Koala). Alhamdulillah wak tu kami datang, Pureen wake up! Susah nak tengok koala bangun kan. Ini pun waktu dia makan :) hehe!





















Comel sangat koala! mata kecik, mulut kecik.


Pureen wangi sangat waktu ni :)


So far, Kenangan sangat waktu di Melbourne. InsyaAllah.



 Ada rezeki nak pergi lagi! Banyak rasanya moment nak dikongsi, tapi kenangan kat sana memang seronok . Bagi aku renung masa depan untuk bukak episod Adelaide pulak :p



Enjoy ur trip here! Plan lah dengan kawan kawan untuk ke Melbourne, belikan ole ole ok! haha! Aku akhiri dengan makanan terakhir sebelum bertolak ke Adelaide lol! Bye!