Tuesday, May 27, 2014

Kenangan Manisku 2014 untuk Konvokesyen ke-80!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah Syukur di atas kurniaan dari-Mu Allah =)


Nak berjaya bukannya senang, macam- macam perjalanan perlu kita harungi. Susah? For me, susah lah kot sebab aku ni macam macam nak buat dalam satu masa. Tapi apa kan daya, untuk kelihatan normal dan tak buat diri ni lost control, kena lah buat satu satu tapi lambat lah siapnya. Boleh nampak kot betapa tamaknya dan halobanya aku haha!

Baru baru ni gembiranya hati tak terkata sebabnya hari yang ditunggu tunggu telah pon selesai Alhamdulillah =)  Belajar ni penat, time berlibur, tak penat langsung tapi time nak exam mula menggelupor, stress lepastu semua tak kena & time tu lah macam macam invitations event diadakan lepastu aku stress sampai nasihatkan diri sendiri untuk lebih positif walaupun 5minute haha! *at least aku ada effort lah kan nasihatkan diri sendiri dari aku cari masalah dengan orang lagi mak ayah aku risau wkwkwkw.

May 2014 adalah kenangan yang sangat manis untuk kali kedua dalam hidup ini selepas konvokesyen pertama untuk Diploma pada 2011 yang lalu.  Keluarga tersayang turut hadir untuk meraikan kegembiraan bersama sama aku. For me, gembira tamat belajar lain, gembira lulus exam lain dan gembira sampai rumah sendiri dari destinasi ke destinasi tu lain apatah lagi gembira tunang lain dan gembira nikah/sanding pon lain *eh!  

Actually, sebelum ni aku selalu ceritakan jugak kos apa aku ambil, cara belajar dan cara bahagikan masa walaupun tugas sebagai model sambilan tetap diteruskan. Kau nampak bukan aku waktu dulu? Aku suka akan hiburan dunia yang berkaitan dengan minat dan tak menyusahkan orang lain haha! Semua orang ajak semua kata 'ya! boleh' , i think after this kena lah sekali sekala cakap 'oh, thank you and I am sorry, I am working already so my commitment not same like before tsobss' pedulik pulak orang kan kalau aku jawab macam tu haha!

Adik beradik aku tak ramai cuma dua (2) sahaja. Siapa yang mengikuti kisah Alaa Si Datin Tuu, wajib tahu dan perlu tahu aku hanya ada abang aje. Takda kakak, takda adik ekeke. Makanya terhasil lah air mata kegembiraan yang sangat istimewa waktu konvokesyen yang lalu dimana semua orang yang tersayang berada di DATC UiTM Shah Alam. Tau tak perasaan yang sangat sangat tak terkawal gembiranya tu walaupun bawah cahaya panas sampai ketiak ni berlecak but who's care HAHA! All people there pon sama okkk jangan nak "Gotchhh u are so bad Datin"... padahal lecak sama wkwkw bukan aku tak tahu =p


My 80th Convocation - Bachelor (Hons.)
Masa beratur untuk masuk ke dalam dewan, mata ni tak berhenti henti cari kawan sekuliah, susah senang bersama dan Alhamdulillah jumpa juga akhirnya.  Sedih tu ada lah sikit sebabnya zaman sekarang kan semua ambil gambar menggunakan monopod tetapi aduh sayang, monopod dalam beg yang dipegang ibu dan ibu babah hilang tah kemana =) So terpaksa menumpang camera phone kawan yang ada monopod sampai sekarang tak dapat dapat gambar tsobs sebabnya lupa dia snap guna camera sapa HAHA! 




On that time being dah plan macam macam untuk bergambar sama sama satu baris tapi apakan daya, diri ini terpaksa duduk di barisan paling hadapan menghadap Naib Chanselor & semua para para pensyarah di atas pentas *tsobs. Selfie of the day dibatalkan.. *pasrah lantas pegang phone ketakutan dan letak semula bawah kerusi haaaaaaaaaaaha! Yang ada pon sekeping dari tak ada sebelum Naib Chanselor hadir dan stage atas masih kosong =)





Rindu dah dekat meraka semua ni ~ Actually aku menangis uolss bila nyanyikan lagu UiTM di HATIKU untuk kali terakhir.. Sedih sebak semua ada. Lama dan setia bersama UiTM, hati tetap rindu dan sayang. Situ lah tempat aku bergembira, berkongsi ilmu dengan kawan kawan, mengenali hati seorang demi seorang dan yang penting menjadikan aku seorang yang matang dalam persahabatan. Teringat kenangan susah waktu belajar Degree ni dulu, pernah demam panas yang sangat teruk waktu exam dan semua kawan kawan & lecturers concerned about me and that part is very expensive to remember til now. I love you guys! *sebak.
Family love. small but really bahagia until Jannah InsyaAllah =)
Keluar sahaja dewan, cari ibu dan babah lantas bercucuran air mata kerana mereka sangat banyak berkorban demi mencapai ilmu yang sangat sangat tinggi selama ini. Usaha dan doa sama seperti mereka untuk lihat diri ni berjaya dan menjadi anak yang berguna untuk bangsa. *wah kau!
Thanks for the Doa' Ibu dan babah . Without your doa, i cannot proceed anything with barakah! Alhamdulillah! tears inside came our with too much happiness. I love you and i will make sure that no one can replace my love towards you like you both did. hee.

Dalam masa tengah panas, mencari kawan kawan sempat ber-selfie dan tetap menggunakan camera photographer photographer yang bersepah disana dan aku tak dapat gambar tu semuaaaaa! *stress. Sambil mencari kawan kawan, hati ini rasa dekat sangaIni t nak pergi terus ke keluarga sendiri.  Kawan kawan baik pun turut hadir waktu tu, terharu sangat sampai tak sedar orang panggil pon ada =) *Im sorry*

Ini lah barisan keluarga kecil yang sempat hadir. Kenapa tak ramai? Actually keluarga belah babah dan ibu dah wish siap siap dalam whatsaap group sampai majlis selesai sebabnya konvokesyen aku ni jatuh pada hari bekerja dan mereka ada yang tidak dapat hadir dari Pahang, Klang, dan Seremban. Lagi satu, keluarga aku ni kecil dan comel =) haha! So aku rasa, baka aku nanti akan datang akan jadi seperti ini juga ekekeke. Thank you my uncle & cousin for celebrating me there!
maktok & ayahtok sayang
Maktok & Ayahtok sebak masa pelok sebabnya cucu dia ni kuat main main dan akhirnya selesai dengan gembira. Dulu maktok ayahtok risau jugak aku travel untuk menuntut ilmu dan sekarang ' i pay for it' . Maktok bisik dekat telinga, Alhamdulillah sayang adik. Mak sayang adik Mak sayang adik! *sambil tu aku pon lapkan airmata dekat tudung maktok haha love you! 


Brother love =)

Waktu tu carik jugak abang tapi abang buat surprise dengan keluarga semua dan waktu tu abang datang lewat sikit sambil bawak fresh flower besar on that day. Actually ibu dan babah sebelum masuk dewan dah bagi signal, kalini tak payah bunga lah ya, ibu dah jadi bunga "ros" sebab nama ibu orang panggil ros. Aku sedih sebenarnya sebab ibu taknak bagi apa apa ke kan kali ini tapi aku diam jela hehe!? wkwkw.

Rupa rupanya abang pergi kedai bunga amek bunga yang ibu tempah khas untuk aku aaaaaaaaaa! HAPPY KOT!! * aku suka bunga, dear future imam, i really love flowers haha!



Bestfriend Love Fatin Liyana Asri

Tak cukup lah kalau keluarga saja yang datang, apa guna bestfriend kalau tak buat kejutan untuk datang siap beli hadiah haha! Dah lah baru balik bercuti dari Indonesia,  Gila kalau aku tak happy waktu tu, aku kan suka hadiah and she noticed that actually! Gawat jugak si Fatin ni masa datang, dia lah yang bawak maktok ayahtok cari tempat teduh dan lepak sama sama sambil tu dok bawak handbag maktok like candy tu termasuk handbag dia sekali dan paksa aku lambai lambai tangan untuk bagitahu signal yang dia akan nampak aku kalau aku lambai lambai tangan sedang orang ramai berpusu pusu selfie tak fikir orang lalu lalang like I did tetttt!  Kakkk, thank youuuuuuuuu and she wished me with beautiful words lah kan dan aku rasa nak jerit! haha.  Dapatlah fresh flower with the bear and wishing balloon that day from her =) 


Uncle & son (jujud)
Paktam and my cousin. Anak beranak ni tak pernah tak hadir majlis istimewa saudara mara di UiTM. Thank you paktam and jujud also family for the gift. Bunga banyak nau kena kendong. Berbaloi sangat waktu tu bangga pegang bunga cantik cantik! happy!!


Syera Housmate of the year!
I will missing you my lovely housemate! Susah senang bersama sama harung saat belajar! Aaa too much to say just for you Syera. Jangan nakal nakal. Keep in touch always and you are so kind to me. Syera, walaupun kau sabotaj gambar aku tanpa bertopi bulu, aku sayang kau! hee~

Dr. Kadir Othman my Favorite Lecturer

Last but not least, Dr. Kadir you are really kind to me. Buat research tak paham paham dan tak putus asa layankan pertanyaan sampai paham dan sampai nak teruskan buat research. Dr. Kadir is the best lecturer for me. Bukan nak cakap lecturer lain tak best, all my lecturers best and boleh gelak ketawa macam kawan kawan, semua lecturer mengajar dengan gaya tersendiri dan sebagai pelajar, cepat faham kebetulan untuk semester lepas tu, only Dr. Kadir is my Prof for my Research & practical =) Ulang alik every weekend from Seremban to Shah Alam dengan hujan lebat, harungi segala halangan atas jalan dan masa tu minta restu dan doa ibu saja berjihad untuk menuntut ilmu dan Alhamdulillah, Thank you Prof, my Research A+ ! Thank you too to all my lecturers and UiTM friends who are really contributed together until the end! Semoga Allah membayar segala kebaikan. Amin!


Parents i love you so much! 
Alamak! Perut babah kena blocked dengan bunga baru perasan ada gambar comel camni haha! thank you parents. love you both and pray for you til jannah =) Alhamdulillah! InsyaAllah ada rezeki hajat nak sambungkan lagi pengajian, doakan kita ya!



Good luck adik adik, buatkan ibubapa gembira, kita dah boleh dapat pahala =) Tangisan terharu mereka buatkan dosa kita terhapus tanpa sedar dan jika kita buat mereka menangis kerana keburukan kita, akan hadir panggilan ke Neraka. 

Dengan ini, saya mengistiharkan bahawa saya merupakan..


ALUMNI UiTM  & 
PENERIMA IJAZAH SARJANA MUDA PERKHIDMATAN PELANGGAN (KEPUJIAN)


Thank you so much Erwady Arif, always be my supporters and thank you so much for my moment on that day, the pictures was GREAT! 
p/s: Anyone yang memerlukan gambar dan kenangan manis sepanjang zaman, low budget etc boleh lah merajinkan diri untuk mengambil gambar dengan menghubungi beliau di facebook : facebook erwady . 

fuhh, lega blog bersawang dah di update kan! haha ~