Friday, October 25, 2013

MASALAH apa yang TAK PERNAH selesai dalam DUNIA ni?? =)

Assalamualaikum,

Dear lovely readers. Thank you for staying here duduk duduk sambil membaca blog Alaa Si Datin Tuu =) Walaupun blog ni tak lah seseronok blog lain at least aku ada jugaklah nak share dengan kawan kawan yg sentiasa bersama aku selama ni.  Dah kenapa pulak rasa macam ni, dah ni memang blog aku. hehe =p

Everything is going well InsyaAllah. Semua baik saja setakat ni dan life aku tetap macam dulu kalau ada masalah tu aku jugaklah mengawal dan selesaikan sendiri kalau tak dapat selesaikan sendiri, aku akan minta bantuan keluarga aku walaupun aku tau ahli keluarga aku akan menguap nguap kemengantokan mendengar masalah aku yg dianggap "paling layak tak difikir" hehe. Tulah aku, seorang yang terlalu memikirkan masalah walaupun sekecil kecil masalah. Bahaya kan?

Disebabkan aku ni juga suka akan perkara yang ada jawapan makanya aku pun terus berfikir. Aku sukakan jawapan dengan memikirkan apa yang difikir sebab itu membuatkan aku puas dan seronok end of the story. Anything yang buat aku rasa macam ni mungkin aku anak ayah aku. Ayah aku pernah pesan, ada masalah cepat selesaikan tapi aku ni adalah jugak tahap "kelurusan" yang sekecil kecil masalah pon jadi rumit and yes "HAHA" jelah ayah aku boleh bagi solution. kesian aku..

"Orang yang takda masalah tu tipu" Itu memang betul. Kadang kadang orang tanya aku, ko ni peliklah. Masalah yg kecik ko dok fikir kan, yang besar ko macam takda masalah. Sampai aku rasa apa yang besar dan apa yang kecik masalah aku? Whwhwhawha. Lagi kesian bila aku jenis terbalik. huwaa. Help me! FYI, aku ada je masalah, org prasan tak perasan je sebab aku mls pikir kalau tgh happy haha. Tau tak sebab apa aku tiba tiba nak share about this.

Aku ni suka berimiginasi dan sukalah fikir kalau duduk sorang sorang makan sorang sorang and lepas baca information yang aku search di "google" about something, akan datang jawapan yang sama which are:

Sepotong ayat untuk mereka yang bermasalah:


اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja’altahu Sahlaa Wa Anta Taj’alul Hazna Idza Syi’ta Sahlaa

 Maksudnya:


Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan


1. Aku patut bersyukur aku diberi Allah S.W.T otak yang sangat penting supaya aku boleh lagi berfikir dan ada yang diberi otak tapi tidak boleh berfikir dengan baik ( Membunuh, merogol dan lain lain).

2. Orang lain ada masalah lagi besar, so kalau aku yang ada masalah kecil dari tu perlulah bersyukur sebab Allah sayang aku. Aku percayakan itu =) Allah beri ujian kerana nak kita belajar makanya jgn merungut.

3. Pada pendapat aku,  kalau ada masalah selalu kita nak share kat orang yg tak berkaitan kan? tapi sebenarnya lebih elok keep it and solve sendiri bersama yg terdekat shj and biar semua anggap kita takda masalah and happy with our life.Orang lain pon positive, kita pon tak runsing  sebab banyak busy body dari membantu =) (tahla, aku taktau la apa org rasa tapi ni aku rasa).

4. Yes, i should think masalah orang lain juga tapi aku bukan jenis amek tahu hal orang takut aku yang cepat runsing padahal orang lain takda rasa macam aku pon and aku jenis i don't care except orang terdekat aku je aku akan ambil tahu sebab sayang :'). Sombong? aku hanya mendengar tapi tak berani nk solve kan sebab aku pon tak mampu :')

5. Masalah boleh solve kan sebenarnya cuma perlukan usaha untuk berfikir dengan baik dan tak mendatangkan mudarat pada diri sendiri.

6. Lebih ikutkan kata orang, diri sendiri sampai tak kenal jalan untuk selesaikan masalah (tapi kalau kata kata orang tu ikhlas dan sangat sangat membantu, ambil la jadikan pemangkin and kalau ada yang menjatuhkan, leave it and takperlu kusut sangat)

7. Doa dan tawakal serta beristighfar lah kalau kita dalam kekusutan kerana Allah sentiasa bersama hambaNya yang sentiasa dekat dgnNya. Allah uji dan lontarkan masalah pada hambaNya yang MAMPU dan tidak sekali memberi ujian pada hambaNya yang tidak berkemampuan utk tanggung =)

8. Tak pernah sekali masalah yang datang pada kita tak selesai kerana pasti juga ada penyelesaian untuk dijadikan iktibar CUMA cepat atau lambat sahaja.

9. Bak kata Prof. Muhaya, rasakan diri ini boleh! InsyaAllah semua akan jadi baik dan jika ada masalah, ia pasti akan dapat diselesaikan =)

10. Kegembiraan akan datang di akhir sudut apabila kita sbg hamba Allah dah dapat petunjuk dan berusaha untuk selesaikan semua itu dengan baik so jangan kusut memikirkan masalah itu takkan selesai. AKAN SELESAI jika anda berusaha dan berdoa serta yakin.



Ok itu saja perkongsian pagi yang aku perlu ikutkan jugak. Semua  ujian yang Allah beri PASTI ada HIKMAH yang ISTIMEWA  and you should TRUST it hehe bye!