Friday, June 7, 2013

Kaum ADAM, pergilah SOLAT JUMAAT! Grrr

Salam Jumaat, 



Ramai lelaki aku dok perhatikan (ada lah segelintir tak lah semua) yang tak pergi solat Jumaat. Harini hari Jumaat, ni aku nak cerita tentang minggu sebelum sebelum ni. Jumaat lepas, aku terus tengok jam 1:40pm keatas tapi ada je sama saing aku beli lauk (yg beli lauk takpelah lagi mungkin lepas tu dia pergi tapi tgk jam, rasa 10min nak habis solat), yang makan kat situ siap main dam and borak borak hmm. Aku hangin betul. Main main perkara ni. Muka kalau berbeza setiap minggu takpa, ni muka sama aku dok ngadap. Nak tegur, isteri and anak lagi berhak. Aku diamkan ajelah kan sebab ibu babah aku pernah pesan, kite jaga diri kita keluarga sendiri jangan sebok hal orang.


Baru baru ni, aku pergi beli lauk tengah hari. Aku buat satu kajian, aku datang 1:30pm macam tu, kadang kadang before 2:00pm. So aku dapat lah jawapan sikit sikit. Aku siap tanya kakak jual lauk tu:


Me: kak, abg tu iras kawan sayalah selalu nampak dia. Akak kenal? (tak iras pun saja nak 
      vegossip n vengorek korek, eh kau orang taktau aku tengah geram time tu hehe)
Kakak: Oh tu husband akk tu selalu teman akak.
Me: oh, husband. Tu lah, kerap saya datang Jumaat je time time macam ni, mesti nak 
      tanya tapi ni baru nak tanya (hikhik)
Kakak: biasalah dik, pukul 1 dia rehat kerja datang lah teman akak tak kemana mana 
          sampailah 2:30 karang dia balik office balik. Tu ada meja dam tu, boleh dia main  
         dengan kawan kawan.
Me: yeke, bagusnya husband akk :) i was like terkedu jugaklah kemain detail bercerita. 
      Baik betul teman tapi tak pergi solat and aku pon say thank you and chow.

Aku ni takdalah baik sangat tapi bila tengok lelaki macam tu, terus rasa sedih. Eh, dorang ni tak solat jumaat ke dok menebeng kat kedai makan. Itu kisah kat kedai makan, ni dekat shopping mall. Takpelah, aku yakinkan diri aku mereka ada urusan agaknya. 3 kali tak pergi dengan sengaja, faham faham lah kan. Makin umur meningkat makin banyak aku belajar. Dulu boleh la layan lagi perkara macam ni, tapi bila macam ni and makin berleluasa, rasa sedih sikit. 


Mungkin juga tak perasan, dengan hal yang mereka tak ambil berat ini akan menyebabkan banyak dugaan menimpa secara perlahan. Contohnya,  kebahagiaan keluarga semakin kurang, berkat hidup Allah tidak redha, doa yang dimohon susah untuk diterima (semua kerja Allah), akademik dan kerjaya semakin perlahan dan malas kerana Allah tak berkat hidupnya, jodoh lambat tiba, kerja susah nak dapat, hidup rumahtangga kurang kemanisan tak seperti dulu etc. Mereka mungkin tak nampak tapi inilah kenyataan.


Aku belajar juga tentang ilmu agama walaupun aku Islam tapi aku rasa masih tak cukup dan apa yang dikatakan ini semua berlaku depan mata semua orang. Cuma orang lain perasan apa terjadi pada diri kita dan apa kita rungutkan tapi mereka tak bersuara kerana mereka faham puncanya dan diri sendiri masih leka. 


Apasalahnya, kaum Adam..

Berubahlah, sama sama gain pahala. Sejuk mata kaum hawa tengok, banyak juga dapat kemanisan. Belajar la, masih belum terlewat. Note to myself too :) Kadang kadang, terleka.


Semoga semua kaum bapa bapa, abang abang, adik adik lelaki pergi utk solat jumaat dan membaca Al Quran didalam masjid dan niat iktikaf- Prof. Dr. Muhaya


OK, take care,


salam