Hihi Im back dear readers. Thank you . Disebabkan aku lupa password google aku sampai email tak dapat nak check and membuatkan aku kerugian banyak maklumat penting. Argh so aku stress dari haritu walaupun banyak kali perkara ini terjadi disebabkan selalu tukar dan tukar. Bila aku dalam keadaan tak sedar, barulah aku ingat balik password aku itu pon lepas aku bukak freezer aku tadi and aku nampak something berkaitan password aku. Food? yes berkaitan makanan dalam freezer :p haha. Syukur lah Ya Allah sebab kadang kadang perkara yang kita tak jangka tu lah akan datang dalam kita tak sedar. Kalau mencari, tak jumpa. So kau biarkanlah macam aku. Bila kau dah dapat kau happy macam aku sekarang ni. Kera dapat bunga? hmm,lebih kurang.
Sambil aku berpusing pusing tu, aku dengarlah perbualan mereka di kerusi itu. So sambil menyelam aku minum airlah kan. Hehe. Banyak jugak info aku dapat. Kak Azlia tekankan dari segi pemakaian, keyakinan. So aku suka lah kan.
Azlia Idha adalah perunding fesyen yang bertauliah |
So adalah masuk dalam telinga proses menjadi input serba sedikit untuk diri sendiri. Hmm sebab aku lama dah tak pusing aku ada terbuat satu mistake on camera oh no! Aku pusing sebelum camera zoom baju depan and aku dah terkejut kaku kat situ hmm. Lepas tu aku senyum ahai, cover lah tu.
Thank you Kak Alia Idha snapkan gambar dengan Adibah Nor |
Aku cukup selesa pakai baju ni. Bukan sebab aku modelkan pakaian ni tapi fabrik dia aku suka and jenis baju ni sesuai untuk kemana mana and night event. Nampak elegant gitu. try and pakai, baru rasa apa aku rasa. ehek.
Oh anyway aku nak ucap thank you so much to Ibu sebab sudi temankan anakandamu kalau ada event event camni, hehe sanggup cuti ke office demi anaknya ehek. Ibu , sempena hari ibu yang dah berlepas, Selamat Hari Ibu dan selamanya hari hari adalah hari ibu. I love you, ibu. mamah skek pipi gebumu :p Love you my Queen.
Oklah,saja suka suka share sebab boleh tengok cerita aku masa muda muda dulu kalau dah tua ahaaa tu diaa, Thank you so MUCH Getgorgeous and thank you TV3 for invited me there . Assalamualaikum.