Saturday, September 14, 2019

Tips nak Drive ke Thailand!

Best kalau travel last minute. Plan saya dan suami nak ke Bali sebenarnya. Hotel dah proceed flight ja belum beli lagi sebab tunggu suami boleh cuti ke tidak. Suddenly suami tukar trip kami ke, HatYai hehe.

Kami tak pernah kesana. Trip berdua kali ni memang luar jangka sebab kami drive kereta masuk Thailand. Since suami malas untuk que & buang masa rushing nak kejar train dan bus, so proceed drive kereta sendiri. Takut? AWESOME lagi ada lah bila dapat partner berani hehe.

Nak masuk sana, jangan memandai mandai suka hati dan sila ikut arahan :')
Kelengkapan dokumen kenderaan yang perlu anda bawa :


1. Passport

Takda passport, korang patah la balik haha.

2. Geran kereta pemilik (Salinan asal pun diperukan untuk semakan kastam Thailand):


(kalau anda bawa kereta sewa/family members/friends, perlu dapatkan pengesahan seperti salinan geran pemilik yang dicop balai polis Malaysia berhampiran dan salinan kad pengenalan pemilik (back-up) normally dia tak mintak kecuali salinan geran bercop & surat kebenaran pengesahan kereta pemilik dibawa masuk (seperti di bawah).

Saya buatkan untuk anda sample untuk rujukan, sebab saya ada info untuk bantu anda.

3. Beli Insurans Thailand tepi jalan banyak sangat kedai Insurans.
 (ihsan google )

Kami dapat maklum, weekend kalau kesana perlu sampai border awal sebab que di Kastam Thailand sangat ramai (bukan kita sorang drive masuk kereta ke Thailand). Kami pilih Bukit Kayu Hitam. Dari Taping jam +-3.30 pagi dan tiba di Changlun +-5.40 pagi. Sampai kami di situ, kami cari Kedai Insurans Thailand yang mula ber-operasi jam 6.00 pagi. Alhamdulillah laju saja dipermudahkan urusan yang penting (Passport anda dan yang lain, Geran Kereta lengkap dibawa). Saya selaku pemilik geran perlu tanda tangan dan selesai :') Tak sampai 10 minit, siap dengan hanya RM30 shj.

Mereka akan isikan kesemua dokumen lengkap, (insurans kereta, TM6 (white card) dan TM2, TM3 in & out) . Simpan dokumen ni dalam satu file lagi mudah!  Siap semua tu, kami Subuh sesiap di Masjid Changlun.

Sampai border 8.00 pagi, masuk macam biasa dan que kereta untuk :



Welcome to border everyone.  Cop passport. Pondok imegresen tu semua penumpang perlu turun untuk pengecaman (serahkan passport & TM6 in, out sila simpan baik baik).  Semua perlu turun ok! Selesai tu, lajakkan kenderaan dan parking di Kastam Thailand. Selaku pemilik kenderaan, anda sahaja diminta beratur dan turun untuk serahkan semua dokumen yang berharga RM30 tu serta serahkan geran kereta anda (jangan lupa ambil smula yang asal. Mereka hanya ambil TM2 TM3 IN shj. Yang lain, stay dalam kereta nanti letih pulak kan menunggu. Dah selesai 3 stage? Alhamdulillah, boleh enjoy! haha.

Ini penting. Mana mana you all masuk, sila isi penuh minyak kereta anda. Saya ulang, sila isi penuh minyak kereta anda. Dalam Thailand ada stesen minyak juga tapi nak ikutkan, Malaysia murah banyak hehe. Kami teruskan perjalanan ke HatYai. You all nak ke Krabi? pon boleh! Drive safe!