Saturday, December 1, 2018

CABUTAN BERTUAH BELI & MENANG JAKEL 2017/2018 : JAKEL MEWARNAI IMPIAN 200 ORANG PEMENANG MENGERJAKAN IBADAH UMRAH KE MEKAH BERSAMA ALKHATIRI TRAVEL & TOURS

Hai semua orang !
"INGAT KAIN, INGAT JAKEL"

TAHLIA BAJU KURUNG : @MISCLAIRE
Baru baru ini Najah berkesempatan ke Jakel Mall, Kuala Lumpur untuk bersama sama meraikan pemenang-pemenang "Cabutan Bertuah  JAKEL untuk tahun 2017/2018".  Kali ini seronok sangat sebab 200 orang pemenang terpilih dan berjaya memenangi pakej umrah bersama Alkhatiri Travel and Tours Sdn. Bhd.


Sampai saja Najah di sana, Allah saja yang tahu perasaan Najah sebabnya ada di antara pemenang pemenang disitu, mereka belum lagi berpeluang menjejakkan kaki mereka ke Mekah. Kalau anda ada bersama Najah haritu, mesti anda rasa kegembiraan mereka sama sama. Betul peribahasa lama kan, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu".

Ucapan pembukaan oleh Pengarah Urusan Jakel,  Datuk Hj. Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel 
Pada pandangan Najah, bakal jemaah yang terpilih ini memang rezeki betul lah kan, sebabnya Najah tengok mereka cuma berbelanja RM1000 ke atas saja dan terus layak memasuki cabutan bertuah Jakel yang dianjurkan oleh Jakel Trading. Ya, sebelum ini memang mungkin ramai orang ramai beranggapan ini "scammer" atau "tipu".  JAKEL kan perniagaan bersih orang Islam, takkan nak tipu kan. Come on! Jakel kott haha. Depan mata Najah tersedia pemenang pemenang. Masa tu, ada di antaranya, menangis terharu, terpilih tak kira tua atau muda. Seronok kan? 

Pengagihan Cek oleh Jakel Trading bersama Pemilik Alkhatiri Travel & Tours Sdn. Bhd
Peruntukan sebanyak RM1,300,000.00 untuk bakal jemaah oleh pihak JAKEL

Baru beli langsir, tempah jugak kat JAKEL Senawang baru-baru ni, boleh tak join cabutan bertuah rasanya? haha. Pakej Umrah, sapa tak nak berebut kan? Sebelum ni, 2017 Jakel memilih 80 orang sahaja pemenang, tahun ini 2018, Jakel naik kan lagi jumlah pemenang seramai 200 orang dan yang terbaik untuk anda, tahun 2019, jumlah pemenang untuk mengerjakan ibadah umrah dikekalkan 200 orang juga! 

Gambar dari Zharif : Pemenang Lelaki : Cabutan Bertuah Jakel
Gambar dari Zharif: Pemenang Wanita : Cabutan Bertuah Jakel
So, hurry up! rebut peluang emas ni, shopping dengan niat nak bersedekah untuk kebajikan islam insyaAllah, ada rezeki tak ke mana :') So nak tunggu apa lagi, bersempena jualan murah akhir tahun Jakel sekarang, kesemua cawangan Jakel dah pun memulakan jualan mereka dari 23 November 2018 hingga 6 Januari 2019! Cepat, yang nak kahwin, yang nak kenduri sana sini, event 2019 dan lain lain, cepat shopping dan rebutkan peluang ini. Lagi best, anda pon layak memenangi hadiah wang tunai setiap minggu tau! 

Gambar dari KiD : antara pemenang terpilih, tahniah 
Najah ada kongsikan kegembiran pemenang pemenang di Instagram Najah.  Jakel ni pada Najah, bagus buat macam ni, konsep dia macam " anda beli, kami pulang semula" tapi pulang dengan hadiah yang paling mahal macam tu. Setuju?


Alhamdulillah pemenang terpilih akan bersama Alkhatiri Travel & Tours ke Mekah nanti untuk menunaikan ibadah umrah. Bestnya! NAJAH DAH SHOPPING DI JAKEL, ANDA? Anyway, Tahniah semua!

Untuk maklumat lanjut anda dijemput layari sosial media rasmi Jakel :

web rasmi : www.jakel.my