Sunday, April 1, 2018

OSAKA 2018

Hi Guys,

Haritu Najah dan Wady ke Tokyo, kali ni ke Osaka pulak :’)



Seronoknya alahai, Allah shj yang tahu.  Percutian 7 hari 6 malam ni tak rancang sungguh tapi percutian ni adalah hadiah dari Abah, kami seronok anak beranak. Abah teringin nak bercuti dan pegang salji.  Puas jugak fikir kat mana tempat ada salji bulan 3 ni.  Check punya check, Japan. Ya, still the same country. Last year Najah ke Tokyo dan musim panas ( middle September) tapi kalini diberi rezeki Allah, dapat juga pergi musim sejuk ( early March).


Tahun 2018, waktu ni najah sekeluarga dapat rasa sejuk 9c. Dah lah sejuk, angin sampai ke tulang. Kami prepare good for all the clothes. Winter clothes kami still bawak.  Dalam pengalaman ke negara luar, ini lah negara satu satunya perlu ‘study’ betul betul. Kami sekeluarga tak pergi melalui agent guys, ramai sungguh tanya ( Facebook/Instagram).  Actually, kalau kita study betul betul Alhamdulillah kita boleh jatuh cinta dengan Japan.  Not easy for us kan bawak anak kecil, parents 60 yrs above, tapi Alhamdulillah im done & im happy.  Suami banyak bantu dari segi management dekat sini. Emosi, so far so good.  Abah ibu enjoy of course. Japan nak bawak anak kecik boleh sangat tak lah susah Cuma fikir dulu sebelum bawak.  Di Osaka ni, Najah betul betul study tempat mana yang sesuai nak bawak parents. Actually tak semua tempat Najah pergi sebab najah tengok pada kesesuaian. Fuhh, best! Itenerary Najah betul betul hardcore jadi silent reader dalam Road To Japan (RTJ) . Kadang kadang bila tengok group tu post aktiviti, time tu jugak nak fly ! Actually Tok Penghulu dalam tu banyak tolong Najah dari ke Tokto last year then this time Osaka pulak. Aduh, nak jumpa Tok macam nak jumpa Menteri Jepun punya susah.  

Day 1:

Flight KL-Osaka ( 2.00 pagi) but delayed ( 4.00 pagi):

Perjalanan kami ambil masa 6 jam 1/2 dan kami touch-down di Kansai International Airport (KIX) jam 11pagi macam tu. Waktu Japan dan Malaysia awal 1 jam.  (Contoh:  Malaysia 11pagi , Japan 12 tengah hari). You all boleh  download apps “Muslim Pro” untuk semak waktu solat. Kami pon sampai ke kediaman kami di sana. Kami pilih “AirBnB” sebagai apps untuk memilih kediaman.  Sebelum ni kami ke Tokyo menggunakan apps “ AirBnB” jugak. Murah & Senang.  Kediaman kami di Osaka (Shin-Imamiya).




Dari KIX airport, cuma ambil masa sekitar 50min macam tu. Shin-Imamiya best guys! Bak kata Tok, itulah perkampungan orang Malaysia kalau datang ke Osaka .  Oh, btw download apps “Japan Travel” sebab dekat situ you all boleh tahu perjalanan berapa lama, naik train apa dan waktu tepat jam berapa you all boleh pilih.


Di KIX, selesai ambil luggage terus keluar untuk ke Kansai Lane tapi sebelum tu, Najah gunakan “Icoca IC Card” sepanjang 7 hari 6 malam yang Najah beli menggunakan apps "Klook". Redeem di kaunter Klook (HIS counter 1/F) area Northern Exit di balai ketibaan. Buka jam 8.30oagi-10.00malam.  Semua najah beli siap dalam Klook tu siap siap dan hanya bawak belanja untuk explore kat Osaka dan tak perlu nak beratur beli tiket. Tunjukkan bar code sahaja from phone kita, mereka dah boleh acess & simpan tiket tu ok! Nanti tak boleh masuk pulak. Mereka boleh berbahasa Inggeris, so don't worry. Masa nak reload tu, mesin hanya terima 10,000Yen sahaja. Pakai tu dulu, kalau tak cukup boleh reload di station yang ada papan tanda " Icoca". So far, topup kad tu RM 700  seorang, itu pon berbaki.  Mungkin berbeza sedikit you all punya perbelanjaan sebab ia depend jugak location yang you all nak pergi ok. Then, selesai semua di KIX, kami proceed naik train ke Shin-Immamiya.

Shin-Imamiya (Ebisucho)                                                                                       
                        

Shin-imamiya – Dobutsue-Mae – Ebisucho. You guys boleh jalan kaki tapi jauh lah kan sebab Najah bawak parents haha. First day sampai dah try menapak, fuh boleh tahan walaupun pakai apps “google maps”sebab tak tahu macam mana. Hari pertama belajar dulu hari kedua dah faham. Simple sangat!



Then,  Sampai dah kediaman kami. Rumah kami pilih di apps AirBnB. Ada 3 bilik boleh muat 6 orang (not bad) bersih! Dapat portable wi-fi jugak.  Happy nya! Petang tu, Najah Wady dan Abah merayau kawasan kediaman kami. Terkejut betul rumah depan Osaka Shinsekai! Kami sempat beli buah buah segar jadikan desserts makan malam.


Sejuk nya! Ibu start masak untuk makan malam. Total kilo kami dari KL-Osaka 75kg untuk 4 orang. Berat barang makanan.  Beras kami bawak 5 kg dan yang lain macam minyak, bawang, roti, sardin,santan powder, kicap dll . Masak sendiri tak rasa macam kat Japan haha tapi best wey! Kat Japan takda masak lemak, kami ada :p Oh ya, untuk yang bertanya macam mana nak masak periuk sana buat kita was was, saya beli sabun taharah. Ada jual di kedai islam. Cara samak ada dalam kotak, jangan buang pulak :') You can use all the kuali lah lepas tu .






MasyaAllah, sejuk betul. Kami berdua tak penat lagi so kami berjalan area rumah kami tu.  Tak tau macam mana boleh sampai ke area Dotombori. Tak sedar hampa tau dak? That is why i cakap, pilihla Shin-imamiya.

Actually malam kedai kedai tutup awal, so kalau nak ambil angin boleh lah macam kami ni. Mana yang nak honeymoon, keluar lah ambil angin relax fikiran.


Day 2:

Biwako Valley [Shiga]




Abah dari Malaysia nak sangat main salji. Tak main ski sebab tak pandai keluarga kami ni haha,
tapi dapat sentuh pon jadi lah. Alhamdulillah, dapat jugak abah pegang salji.  Biwako Valley terletak di daerah Shiga. Kami naik train arah ke Kyoto dan ambil masa lebih kurang 1 jam juga. Sampai sana, kami naik bus. Bus dalam 300+- Yen. Tak berapa ingat dah dan kami pakai Icoca Card. Touch masa nak turun bus tu :') Nanti you all perhatikan sahaja adab pemandu bus tu. Perfect! Ok jom beli tiket yeayyy!



Ropetour package 2,500Yen (cable car for return).  Kami kat atas tu main ais kepal puas puas ambil gambar, Subhanallah macam tu rupanya salji. Enjoy!! Nak main pole land blh, ada equipment tapi mostly untuk kanak kanak 500Yen. Kami tak main tu, kami main baling baling salji shj dekat area bukit tu.  Kasut kami pakai sendiri dan accessories sendiri. Kalau you guys takda jacket, gloves and etc boleh sewa sebelum naik. Seharian jugak dekat situ, puas! Ini rezeki kami, rezeki ibu abah so far.



Ada lagi salji original ni. Ni bukan salji tiruan tau! Hajat Abah tercapai :')


Ibu pon seronok paling seronok macam yang bawah ni :p


Hehe mengawal excited isteri :')  Thank you sayang #kamujurugambarseumurhidupku


Lama jugak kami atas tu, kami main sampai puas. Stop makan kejap then sambung semula :') Makin nak ke Tengah hari, makin kuran sejuk nasib baik kami bertolak awal pagi ! Gambar atas tu on point sebab matahari betul betul atas kepala LOL. Ingat nak buat shoot, ah lupakanlah main salji lagi bagus. FYI, snowball i hanyut. tah apa jadi tah. haha tapi enjoy jugak lah dapat buat snowball!


Waktu ni sejuk lah sangat sangat. Merah betul muka. Gigil jugak sebenarnya, siapa sempat tengok live dalam IG saya masa tu, boleh tahu seronok nya macam mana :p Ada yang rasa nak pergi sama, ada yang suruh saya balik wahaha~ I am done guys! Happy sangat. Syukur Alhamdulillah! moment yang tak dapat dilupakan bila dapat gambar cantik cantik. Puas!

Sebelum balik, kami dapat tengok orang main ski dekat situ. Leka. sampai lah salji nak cair, kami pon ambil keputusan untuk pulang sebelum jam 5petang.



 aih, rindu lah!


InsyaAllah, kalau ada rezeki, you guys datang lah. kami pilih March sebab dapat berjalan, kalau snow ada tempat yang tak semuanya buka :')


Kami ke bus station untuk ke train yang akan menuju ke Osaka Station .



Naik train yang sama kami sampai tadi. Total yang sama seperti kami datang. Parents enjoy, InsyaAllah hilang penat. Happy! Kami rehat dalam train dan berhenti di Osaka Station untuk singgah di Prayer Room. You guys cari information counter, mereka akan guide you guys ke Prayer room.

Mereka macam kita cakap itik dan ayam, kurang faham English setengahnya.  Nak cari tempat solat, mereka membantu sangat sangat untuk tunjuk landmark tapi sebab tak paham maksud kita kan, penyudahnya hantar ke washroom. I was like……….. nevermind haha!

Day 3

Tempozan




Semalam dah ke extreme dan ambil masa yang lama untuk abah dan ibu, still masih ada rasa penat so  untuk hari ketiga ni, kami ke Tempozan area. Ada Aquarium, Santa Maria & Ferris Wheel.


Najah suggest siapa nak kesana, boleh beli package. So boleh masuk tiga tiga tempat terus. Najah urus dari Malaysia, so dapat masuk Aquarium aje and masa nak Santa Maria & Ferris Wheel tu add-on duit.

Santa Maria :


Ferris Wheel:



Enjoy jugak . Dalam aquarium tu, bawak budak kecik best tengok macam macam jenis hidupan laut dan ada ikan besar gila! Ikan tu trademark logo aquarium tu :’) Seharian jugak kami di situ, so sempat la beli souvenir comel comel :')


Abah suka betul tengok ferris wheel tu leka . Masa naik jadi gayat sebab bawah tu laut haha.  Btw, Ferris wheel tu malam malam pergh, lawa gila! You all tunggu je sebab ada spot light tembak Ferris Wheel tu and keluar macam macam design & masa naik santa maria, beku jugak dah macam di biwako sebab angin kuat by the way pemandangan sangat cantik! Abah puas hati, kami happy!


overplus shirt : Losravelda

Day 4

Kyoto


Tak sabar jugak nak ke Kyoto ni. Di sini, kami keluar awal pagi macam kami ke Biwako Valley tu.  Alhamdulillah, sampai jugak di situ. First, kami ke Shrine Inari untuk ke tembok oreng yang famous tu. Waktu tu kami dating hari sabtu, so crowded jugak.


Nasib ada  #kamujurugambarseumurhidupku haha dapat jugak gambar lawa lawa LOL.  Nak ke Inari, dari Kyoto Station ambil next rain ke Inari. Tak sampai berapa minit, dah sampai di tembok Shrine tu. Lawa, kalau you guys knows your angle well haha! Jangan le ambil gambar macam dalam google guys, bergaya la sikit :D


Ibu dan Abah lepak di entrance, so najah dan wady aje ke dalam tu untuk ambil gambar.  Kebetulan ada kanak kanak traditional pakai kimono, enjoy abah dan ibu dekat situ bergambar. Actually Kyoto ni more to traditional culture.



Sopan je tengok orang dekat situ. No Halal food there, you all bawak lah bekal ok.


Next, kami ke Arashiyama, untuk ke tempat buluh famous tu. Mula mula taknak pergi sebab dari station dia ke tempat tu, jauh sikit nak berjalan, Najah bawak parents so kesian tak larat sebab tadi dah jalan jauh kan.



 Nasib baik ada cab dekat situ, so jadi semula plan kami kesana. Jauh datang, sayang tak singgah kan. Charge for cab ke tempat tu, 600Yen, okeylah.  Lebih kurang RM25 (ikut currency ok).  Area situ, banyak jugak  kedai menarik macam jual jual, sapa tak tahan macam kami confirm TERbeli haha.   Kalau boleh, amalkanlah Japan Railway dorang. Sangat membantu. Tapi kalau tak larat nak menapak dari stesen ke Arasyiyama tu, ya sure you can take a cab there.

No worries! Alhamdulillah, semua satisfied so agak lewat kami nk gerak ke Kyoto Tower.

Kyoto Tower :

Senang nak ke sini, tak jauh dari stesen Kyoto. So kami lekas lekas gerak :') Kyoto Tower tak jauh, depan station sahaja dan dalam tu ada tempat solat sekali, don't worry.


Prayer Room di Kyoto Tower:



Tips untuk tempat solat: Nak cari tempat solat di Japan tak lah susah sangat. Kami pun baru tahu.  Pergi ke “information Counter” dan minta mereka untuk gunakan “prayer room”, mereka akan beri you guys form dan isi. You all perlu tangkas, masa diberi hanya 20 minit shj.  Satu tempat solat terbahagi dua bahagian, lelaki dan wanita. Healthy place actually! Semua sama sistem bilik solat mereka. Cuma di Osaka Station, canggih sedikit.

Yeay, sambungan di Kyoto Tower.


Cepat cepat kami naik sebab nak tengok waktu senja :') Tiket kami dah beli di Klook so just scan bar code aje. boleh masuk!


Yay ada family photo di sini. Takut sikit berdiri sini sebab macam goyang goyang hehe. Tapi takda apa pon. Kukuh. Japan kan :') Puas sampai malam dekat sini. enjoy sangat! jangan tak datang tau, boleh nampak the whole Kyoto.





Waktu malam, cantik kan !


Day 5:

Universal Studio Japan



Hujan guys! Allahuakbar, I felt so sad actually. Dari Malaysia nak main game dalam USJ. Tak pernah missed main kalau pergi tempat tempat macam ni, tapi kalini mungkin ada hikmah.


Puas jugak wady pujuk bagi happy. Yelah, kuasa Allah kan. Mana boleh kita menidakkan. So, wady ambilkan gambar lompat lompat dekat situ, ada jugak lah kenangan. 


Shopping sikit HR Cafe Osaka tu, terapi tak dapat main game dalam USJ.



Kat situ, Najah dan Wady shj yg pergi sebab ibu dan Abah berehat jalan di sekitar kediaman kami shj. Kami? Lepas USJ, kami ke Hard off & Selection. Tak plan nak ke sini tapi sebab dah janji dengan wady, proceed lah :')  Shopping dan bawak wady pilih hadiah (birthday dia guys) ececey so dapatlah sehelai swater Raiders. Wady happy, wife dia legaa ! Nasib tak mintak pelik pelik hadiah tahun ni. 


Lepas kami keluar dari situ, tak sangka ada macam street yang jual barang barang japan. So kami shopping barang Anello (made in Japan) & FILA. seronok betul!


Notes : Black blouse from @Hijriahome

So hari tu, kami jalan jalan berdua walaupun hujan sampai ke malam.


We enjoyed!

Day 6:

Kobe


Permintaan kami tiga beranak selesai dah ( Abah, Wady and Me) so untuk hari keenam, ibu requested ke Kobe untuk melawat masjid tertua di Japan (Masjid Kobe). happy betul ibu dapat datang situ. 


So in love with the mosque, boleh la niat iktiqaf & buatlah solat sunat untuk amal amalan kita jugak kan. Ibu pesan, jelajah lah mana mana negara, singgahlah masjid. Banyakkan tempat sujud. So I share with you guys this tips ok sebab kadang kadang I pon terlepas pandang! :D


Lepas ke Kobe yang sejuk beku tu 7c, kami ke Dotunbori. Di sana, ada ramai orang. Tak lama kami kat situ sebab ibu kesejukan, myself pon. So kami masuk ke tempat shopping.


 Beli jugak barang barang situ. Purse, RM10 guys! Japan handmade.  Nice kan!
 Lepas ke Dotunbori, Najah dan wady ke Hard Off area berhampiran dengan Shin-immamiya.



Leka guys! We had so much fun with this!


Day 7

Flight KIX to KL 




Jam 11 pagi, kami check out dan bergegas ke KIX sebab flight kami waktu Japan 3.40pm. Before balik, nak sangat jumpa Tok Penghulu tapi takda rezeki kami.  A bit rushing to KIX. Kami dah sampai KIX, so nak claim tax BUT not available. Claim tax di Japan bukan macam negara lain, claim tax di Japan, you all perlu claim di kedai itu sendiri :D kedai itu sendiri ok! So kami ke JR counter untuk refund balance kad kami ( Icoca ) tu.  Dapat jugak lah balance RM400. Btw each person topup RM700 tapi rupanya kami gunakan tak sampai pon :’) Kad kami ni boleh bayar groceries di kedai terpilih, nak beli fruits ke, mineral water , chocolate etc boleh. Family mart, 7E so far accept. Sementera tunggu flight, kami merayau lagi satu KIX, not bad so cool. Cari jugak jam G-Shock couple warna merah but sold out banyak and no more. Sedih. Beli lagi souvenir sebab kat Malaysia, coins not accept. You all tukar lah dekat kedai kedai mesti dorang nak syiling hehe!  Im Done.

Alhamdulilah, that’s all for you! Enjoy your time with me ok! Boleh follow Instagram Najah : @Najahtul and ask anything that you wanna ask ok! I am available to answer soon! :’)
( oh ya, currency Najah ke sana 3.7 ) korang dah boleh plan kalau nk saving, tukar duit dari sekarang paling cantik 3.5 . jimat! (kalau dapat  lah haha)

Internet data for 7days : Hello1010.my (Annie) .
Beli di Malaysia, sampai Japan baru tukar simcard ok! Simcard Malaysia please simpan. Whatsapp please use number Malaysia. Simcard ni, tak boleh call luar. If nak call, guna ja whatsapp call ok!


Tata ~
Post a Comment