Wednesday, April 11, 2018

MELAKA 2018

Assalamualaikum !

Santai santai haritu, kami ke Melaka. Kebetulan memang nak jalan jalan berdekatan sahaja. Wady pon ajak pegi Melaka. Yeay!

Happy tu tak lah berapa happy sangat sebab dok fikir dah jalan bandar raya Melaka last year so nak kemana. Mood nak kesana tu macam biasa biasa saja.

Wady dengan saya puas fikir, dekat mana nak singgah? Keria? confirm SOLD OUT. ish korang ni, tinggal tinggalkan lah kat kami ni sikit :p

Kami park dekat bandar Melaka then kami jalan kaki di lorong- lorong yang klasik dan ada ramai orang. Lah, lebih kurang Penang. Kenapa kita tak tahu? Apa lagi, jom lah bergambar sekeping dua kata Wady haha!


Kami singgah di KIEHL'S wall street. Tempat dia di laluan untuk naik Malacca Cruise. You all mesti familiar. Kalau nampak ramai orang berhenti tu, betul lah tu. So enjoy! Wall dia panjang tapi untuk ambil gambar, cantik jugak!


Ok lah saya share laluan dan pemandangan so you guys boleh cari, ok! Kami park area kaki lima saja sebab nak bergambar. Lepas ambil gambar , kami gerak ke destinasi seterusnya. Drive dan drive, nampak konsep kedai warna putih. ah cun! jom.

Loose Shirt from @LOSRAVELDA

Saja bergambar di kedai klasik ni. Putih. Teringat orang lama lama dulu duduk sini berniaga. Meriah. Kedai ni takda orang just ada bil air bil api saja :') Jangan sentuh pulak.  Ok jom kita gerak next destination.



Ini sebelah Kiehl's tadi. Sebab nampak klasik, kami snap satu keping area sini. Waktu ni penuh budak budak graduasi ambil gambar, sorry lah kakak snap one pcs aje haha!


Belakang ni laluan cruise Melaka. Tak dapat naik sebab kereta tak park proper di kaki lima tu. Risau takut takut polis dok ronda area situ haha!


Untuk kali ni, no best foods just moment at Bandaraya Melaka sahaja . Next, kita story lain ok! Nak cari port cantik di Malaysia ni, nanti saya share! #sayasayangmalaysia

Byebye!