Tuesday, June 13, 2017

RAMADHAN 2017 : SOALAN SENSITIF MASA RAYA!

Salam Ramadhan..

Ada lagi ke follower kite >.< #thankyoutaw


Ramadhan ni bulan baik kan so nak update yang baik baik jugak . 
Pejam celik pejam celik Ramadhan ke-18 dah hari ini.
Esok lusa ulang balik perkara sama dah nak raya TAPI berat aku kenapa tak turun turun lagi :p

perkara sensitif waktu raya :
1. Kenapa badan makin naik?
2. Dah ada baby belum?

Dua soalan di atas aku cakap terus terang, kalau sapa sapa tanya aku akan cuba senyum. Aku cuba untuk tak tunjuk aku sedih, tapi aku chill. Suami pesan, jawab dengan baik, sopan dan mintak orang doakan. Ok, aku cuba tapi kalau aku dalam mood panas terik, penat letih, aku minta maaf awal awal kot aku tak dapat kawal muka kan. Manusia, kadang kadang ada perasaan yang tak dapat dielakkan. Bertahun cuba harap tahun ni ada perubahan, aku akan tetap senyum. Aku berdoa sangat semua orang berfikiran macam parents, family and kawan baik aku ( tak pernah tanya tapi selalu cakap " kami/aku doakan kau cecepat ada baby" tanpa tanya soalan di atas. Aku doakan.

Lagi satu, aku banyak belajar dengan kawan kawan, saudara mara, yang berkahwin lama tapi belum ada anak. Manis ayatnya "Allah belum bagi rezeki kerana belum tiba masanya". Buat masa ni, waktu aku dan suami banyak berdua. Suami tak pernah mengeluh, tapi suami suruh sama sama ikhtiar dan cuba buat aku gembira selalu. Kadang-kadang suami tau aku tengok baby muka aku lain /berubah sangat, suami tarik tangan kadang kadang tak segan silu peluk aku. InsyaAllah. Aku yakin Allah berikan kami masa untuk nikmat waktu berdua. Almaklumlah, baru setahun lebih kami bersama.  Apadehal hehe.

Bila fikir ke arah "apa itu rezeki", ia datang dalam pelbagai cara dalam hidup.
Kalau untuk kami yang kami nampak :
1. Allah bagi kami nikmati masa berdua ke mana sahaja kami nak pergi {dalam/luar negara)
2. Allah tahu situasi kami PJJ (Seremban/Taiping)
3. Suami tak pernah tolak permintaan aku untuk berjumpa kawan kawan lama sebab dia tahu aku tiada komitmen yang tinggi (make sure ada batas)
4. Allah ajar kami erti "sabar"
5. Allah hadiahkan "masa" kami berbkati untuk ibu bapa

Apa lagi nak aku tawar dengan dugaan Allah. Mungkin bila sampai waktunya, manis lain Allah berikan pada kami. Doa yang baik baik tak pernah putus. InsyaAllah. Suami cakap, tiada di dunia, Allah akan beri di Akhirat yang kekal. Buat masa ni, Alhamdulillah sensitif tak ada lah macam worst sangat sebab dah bersedia. Cuma terkilan buat andaian macam macam pada orang macam kami ni. Cuba belajar mendalam lagi tentang rezeki. 


okey, misi nak cari perkakas raya! byebye!