Monday, October 3, 2016

MAJLIS PERSANDINGAN #NAJAHWADY

Morning semua!
Cerita dia aku nak study, tapi sebab satu apa mood nak baca tak datang, so aku continue blog ekeke.
Dah 10 bulan kawin, baru ada masa nak update pasal kawin ehe~

Ya Allah ! Boleh tak nak throwback majlis sanding tahun lepas :p  Lama jugak fikir nak buat tema apa sanding belah aku nanti sampai ada terguris hati jugak lah aku dengan suami sebab tak sependapat LOL. Emm, yang buat tak sependapat tu sebenarnya warna baju. Kang gelap nau , laki aku pulak tak nampak. Terang nau pulak kang, laki aku tak setuju sebab umurnya so kena lah sesuaikan warna warna dan tone yang molek sikit. (Heh,nak melawan tak boleh sebab nak jadi isteri mithali dan super solehah ahaa!) . Dalam kepala aku (warna merah burgundy & kuning). Settle pilihan warna, so aku dan suami decide nak pilih siapa lah untuk buatkan baju sanding kami ni. (Kami ingat nak sewa saja sebab kami tau lepas tu nak buat apa lah dengan baju sanding tu lagi kan).

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah Allah bantu kami laki bini untuk busana sanding kami ehe. (betul Allah janji, nak ke jalan Allah ni ,Allah permudahkan sangat sangat)  Kaji punya kaji, minat punya pasal pertama kali suami tak bantah pandangan aku sebagai seorang tunang waktu tu ehe (rasa proud wife to be lah waktu tu) ahaks! Kami buat appointment untuk jumpa Eja Shahril di KL untuk ambil ukuran. Waktu ni kena kental hati masing masing sebab kami ukur baju tak sama waktu. Masa bersama kami ukur waktu pertama jumpa Kak Eja lepas tu, sesi kedua, ketiga kami tak bersama sebab hubungan kami jarak jauh kan. Syukur, perkara ni memang best sebab suami aku cakap " I choosed you because of your independence" cewcewah! Dalam masa tu pun sempat suami aku uji. Suami aku datang 2 kali sahaja, ukur dan fitting session (well, lelaki senang tak rumit macam perempuan) * babe, aku tak diet ok selama aku nak ke fitting session tu bravo! Nasib baik Kak Eja pandai extra kan inch haha! Syukur Alhamdulillah, selesai juga busana klasik melayu untuk kami suami isteri untuk dipakai pada 28 November 2015 (Sabtu, LPPKN Seremban 2).

Syukur Alhamdulillah, sampai juga 28 Nov 2015 untuk kami bersanding bersama busana klasik kami. Kami berdua memilih warna kuning diraja bersama batu swarovski atas pencerahan dan idea dari Kak Eja yang super positif sampai suami aku pon kagum dan tak langsung protes ihiks (padahal memang aku nak sangat pakai kuning mehehe, Thank you Kak Eja kerana meyakinkan suami LOL) . Btw, dari kecik impian aku untuk bersanding dengan busana klasik okkk, boleh rasa dan faham tak perasaan macam mana bila doa dimakbulkan Allah? HAPPPPPPY wehh ihiks! 

Sesi make up bermula di Klana Resort Seremban pada 7.30 pagi oleh Yna Sakinah (all the time ; u're my favourite MUA). Suami dah teruja dengan make up Yna Sakinah sebab lasting make-up sampai lewat malam so suami tak bagi tukar MUA lain ehe (Syukur Allah permudahkan kami, thank you Yna ).

Busana kuning dinaikkan dengan sanggul lintang & perhiasan berwarna emas. Tema Melayu Klasik kurang diperagakan pengantin zaman sekarang. Sebelum berkahwin ada jugak Ibu aku sampaikan hasrat nak aku pakai kebaya & klasik melayu macam waktu ibu dan abah sanding dulu. Syukur dapat jugak aku pakai kebaya klasik melayu warna kuning walaupun badan ter-besar sedikit ekeke.


Aku dan suami bersanding dalam jam 12.00 tengah hari, sebab waktu tu orang ramai dah datang (bertalu talu lah phone bunyi family di dewan suruh bergerak) so aku tak nak lah orang datang (terutama kawan kawan ibu dan abah) tapi pengantin tak sampai lagi. Prinsip ibu, biar orang datang sambil tengok pengantin. Alhamdulillah. Masa nak turun tu, berdebarnya MasyaAllah. Memang betul betul Raja Sehari weh! Aku pon tak tahu kenapa muka aku jadi cemas. Aku tak biasa ber-protokol, tapi ini lah pertama kali aku ber protokol dan disambut oleh rakyat Marhaen :D *nak sanding lagi sekali please T__T .


Amboi sayang, u looked so serious k. excited ke? ececey. Keluarga sebelah suami aku datang dengan warna kelabu. Aku tengok family keluarga suami aku, semua perasaan aku ada. Berdebar ada, takut ada dan malu >,< ihiks. Pasukan berbaju merah tu team kompang Team Belia Bukit Chedang ,Seremban. Ceria lagu depa, ikut rentak gugup pengantin ahaks.


Kami disambut pihak keluarga Bani Hasan (sebelah aku; Pengantin perempuan) dengan tema merah. Nampak tak susunan warna yang tak dijangka tu ehe! So kretif depa tunggu kami di setiap sudut tiang. Allahuakbar, serious rindu! 

What a day for me, Syukur Alhamdulillah. (apa korang buat belakang aku ni wahai pengapit sekalian?) Nak buat pilihan untuk pelamin bukan senang , kau kena fikir baju kau warna apa, kau nak buat kat mana dan seterusnya. Mula mula nak pakai hulu balang tapi memandangkan keadaan pengapit pon dok boleh gossip kat belakang, so terhad lah kawasan hulu balang kitorang :p Kami gantikan dengan bunga merah. At least kitorang tak tenggelam lol. 

Waktu ni tengok depan, tapi macam tak dapat fokus satu satu .Tunggu sesi bergambar baru tau sapa yang datang :)
Ibu Abah yang settingkan tempat makan, aku punya urusan macam takda kecuali pelamin wkwkw. Catering, setup makan semua ibu abah uruskan. VIP dan family lelaki semua makan di dalam. Di luar untuk tetamu lain actually tak da nak beza  beza pon cuma priority untuk family dan bila penuh, di luar ada lagi tempatnya. Lepas wedding baru aku tau makanan ada yang aku tak dapat rasa, patot lah ramai lepak luar, macam macam makanan ada. T___T . Makan beradab adalah makan tak puas penah aku alami omg. (bayangkan tengah lapar tapi kena protokol lol)
Majlis diserikan lagi dengan selawat (semasa berarak) dan doa dibacakan oleh sepupu sendiri. Thank you Jujud! Syukur Alhamdulillah!


Salam Restu:



Sebak waktu ni, Ibu , Babah, mama, maktok dan ayahtok tak dapat tahan airmata, aku apa lagi T___________T . (jangan nangis najah, pls pls cool, MUA kau tengah makan tu).


Makan Beradab:







Jom makan! Lauk pengantin paling special sekali. Suami aku nampak udang :p Bukan dikesahnya aku tersekat nak duduk waktu tu, dokoh aku terlekat bawah meja :p (you selamat waktu ni k,  sebab you dah jadi suami i ekekeke).


Selesai saja makan beradab, tak berhenti kawan kawan datang untuk bergambar. "korang tau tak aku tak kenyang lagi?" haha! Tapi sebab dah pesan kat pengapit, tolong simpankan lauk pengantin, kami pon beredar .(actually lauk pengantin tah kemana, kami tah kemana . OH MY PENGAPIT :p )





















Door Gifts:
Syukur Alhamdulillah. Waktu majlis, doorgift sangat penting untuk diberikan kepada tetamu. Pening jugak nak pilih door gift untuk majlis aku ni . Alhamdulillah, dapat pon idea untuk jemputan kami. Kami nak bagi door gift yang pahala boleh mengalir. Maksudnya, bila makan selama dia hidup, berjalan pahala aku dan keluarga macam tu hehe.

Thank you @mirmolicious for the best chocolate fudges brownies . nyums!


Thank you bella for this (VIP) pocket spray : @alrehabmalaysia  (Instagram)


Dalam kotak emas tu ada kacang tumbuk :) Thank you Ibu, Babah, Abang, maktok dan ayahtok
 siapkan door gift saya!


Untuk tetamu kami pilih kaya dari agromas. Senang sorang satu dapat. ehe~

 Kad Jemputan /Guest book & Goodies bag :
Thank you @Giftetc for this guest book! super love it!
Thank you World Machine Trading, Seremban for this!
Nanti jumpa Ila (highly recommended) ihiks!

Okey lah, tu je boleh nak share ngan semua orang. Kalau nak tengok gambar masing masing, ada dalam fb ekeke :p Thank you guys sudi singgah. LaSt but not least, thank you so much for EJA SHAHRIL untuk busana melayu klasik diraja Najah dan suami. Sampai akhir hayat, kenangan kami berdua yang sangat manis! sapa nak naik pelamin tu, singgah singgah lah butik Eja Shahril, testimoni dan servis tak pernah menghampakan k. *kerat jari ihiks! (watch the video k!)

tata~


video




























2 comments:

Miiss Tara said...

Tahniah kak najah :) saya doakan semoga bahagia hingga ke Jannah :D

fasha said...

hai kak, cantik gila wedding.. kuning lagi..btw your pelamin macam familiar laa.hehe