Wednesday, July 13, 2016

MAJLIS PERNIKAHAN BUSANA DARI MINAZ COUTURE

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 8 bulan dah bernikah ihiks. Barulah nak update pasal nikah aha! Nak kata busy, tak lah busy. Mungkin cara menguruskan masa sebelum bernikah & selepas bernikah sangat berbeza (so enjoy your youth life babe ahaks). Baru ada kelapangan masa nak kongsikan Majlis pernikahan kami dengan semua orang walaupun lambat (ok lah kan , ini pun lepas dapat keizinan suami tau ihiks kalau tak, korang kena datang rumah bukak album satu satu hehe emm bestnya jadi wife, pujuk rayu apa yang tak pernah jalan lol :p





Pernikahan kami berdua dijalankan di Masjid Hussein, Seremban 2 pada [ 27/11/2015 ; Jumaat ; Jam 9.30 pagi]. Pagi tu semua perasaan ada, berdebar ada , sayu ada sebab tanggungjawab anak perempuan ayah akan diserahkan kepada suami . Lepas Subuh, persiapan bermula. Mula jugaklah saat melepaskan masalah yang dipikul untuk majlis sebelum ini & beralih tangan kepada keluarga. Saya? duduk diam diam. Pagi tu, awal sangat Make Up Artist saya sampai. Alhamdulillah urusan dari pagi tu dipermudahkan dari Make-up, Photographer sampailah ke Majlis makan. Setup untuk majlis pun dah disiapkan perlahan lahan selepas March 2015. 8 bulan kami diberikan masa untuk setup A-Z. Masa kecik dulu ingat petik jari terus siap rupanya banyaknya kena buat. Waktu ni lah saat bersama ibu untuk siapkan majlis bermula. Kalau ibu takda, patah kaki rasanya. Ibu a lil bit fussy orangnya, semua nak kena kemas (perfect) sebab pihak kita menjamu orang lain kan so konsep ibu nak menyambut tetamu perlu ikhlas dan cantik sama macam hadiah yang kita sayang yang kita berikan pada orang lain. [Majlis ini pun sekali seumur hidup, InsyaAllah] .


Long lasting : Light & soft Make-up by @ynasakinah [highly recommended]
Dear Yna Sakinah, 
Tau tak , lama sangat Najah nak Yna mekapkan Najah. Selama Najah mekap, sentuhan Yna.. Najah paling suka & puas hati sangat. Mekap tak tebal, senang cuci & patuh syariah. Yna pandai mekap mata Najah. Alhamdulillah ramai suka mekap yna. 

How time flies, berbaloi sungguh Najah pilih Yna, gambar pon fresh from camera no edit. Thank you & Love you, Yna!








Tak lengkap rasanya kalau takda Candy Buffet waktu Majlis Pernikahan kan? Syukur Alhamdulillah, boleh datang last minit idea ni haha! Benda paling nak kena ada waktu nikah :p Alhamdulillah Najah happy sangat sebab ada jugak Candy Buffet yang cantik di luar rumah waktu tu. Banyak juga Najah survey area Seremban/Selatan tapi yang berkenan di hati hanya dari @Gift Etcetera .
taken from @Gift_etc (Instagram)
Tagging, plates & all cookies, choclates semua ikut tema. Najah just cakap je tema najah Gold & Cream, Alhamdulillah Owner Gift Etc, Rohana banyak bagi kejutan. UNEXPECTED tau tak. Btw, setiap chocolate dibalut  Thank you Kak Rohana for this!


Favorited corner by  @Gift_etc [highly recommended]
Saudara mara dah bersedia , tema nikah warna biru putih . Emm, puas jugak nak pilih warna dorang dari warna sendiri ahaks. Alhamdulillah, nasib baik dapat saudara mara yang supportive so biru dan putih la menjadi tema waktu pernikahan saya dan suami. 


Seremban, Selangor, Melaka  & Singapore *cousins *


























Selain ibu, ni lah antara kawan kawan saya yang banyak bantu buat itu buat ini. Amekkan baju nikah kat Butik, amekkan goodies Bangi. Macam macam lagi tolong saya, hanya Allah mampu balas semua! Ya Allah, the best moment that i can share with you guys. Btw, lawa baju you alls , memang takda plan nak jahitkan untuk aku 1 ke camne? =p love you!


Joy & Fun ! Ayu, Ana, Yan, Bie, Zai, Yana & Azy

Tibalah waktunya dimana kami bergerak menuju ke masjid. Lepas berbulan tak jumpa, ini lah pertemuan pertama kami di Masjid. Dengan ramainya orang, berderau jantung , malu ada semua ada. Dari tak gigil jadi gigil terus ehek! Maklumlah, pertama kali bertentang mata dengan keluarga Mertua =p (hanya yang dah mengalami sahaja akan faham perasaan ni lol).



Awak tau tak sayang, masa kat belakang awak, bibir saya kumat kamit selawat tak putus, pandang ibu pandang babah, pandang sekeliling nampak mama.. semoga Allah bantu awak melafazkan akad nikah dengan sempurna waktu itu. Alhamdulillah, babah sebagai wali waktu tu, sampai juga hajat untuk babah tengok saya berbusana nikah depan babah dan syukur Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah jadi isteri awak, Erwady . (dup dup jantung saya tengok awak pakai baju melayu depan saya pertama kali, sayang =p)


Moment shot by @wanzerowan   [highly recommended]























Wah, time ni berjujuran air mata :') Serious lah dah tahan padu tapi apakan daya, manja perempuan tu tetap ada. Thank you ibu & bbah for everything. Airmata ibu mertua, babah & ibu paling mahal sekali waktu tu. Bunga tangan tu cantik kan? Ibu buatkan ehe. Orkid kuning & Orkid putih. Mak kita kretif weh! ehek. 



Thank you pada semua yang hadir waktu pernikahan saya. Gambar dah siap baru perasan ehek,  Alhamduilillah =)




Syahdu waktu ni. Suami dan Ibu mertua saya. Selesai majis pernikahan selepas selesai lafaz ta'liq dari suami untuk saya. 


Sujud Syukur kepada Allah atas anugerah yang diberikan ini. Waktu ni, bermulalah pahala dipikul oleh suami. Suami pulak banyak tanggungjawab, baru lah rasa besarnya pengorbanan seorang ayah selama ni (dah nikah nanti korang rasalah haha) . 


Thank you membesarkan saya, my love!
Bunga Mas Kahwin by Ibu mertua :')









no other words that i can say, i love you so much!


Ibu's Family !
Moment nikah paling berharga pada sapa sapa nak bernikah. Moment yang ada dalam hidup sekali sahaja.  Masa nak pilih photographer, memang paling cerewet. Gila tak cerewet, kenangan seumur hidup kot ehehe!  Alhamdulillah rezeki dapat jugak senior photographer. Susah nak jangka shot by wanzerowan ni, Suami dan saya berikan sepenuh kepercayaan waktu ni sebab dah selidik habis teknik gambar wanzerowan so nak amek gambar macam mana pon tak kisah, kami yakin outcome memang luar jangka. Alhamdulillah. Kami pilih wanzerowan sebab gambar dan teknik tak berulang. Gambar takkan sama dengan photoG lain =p Btw, paling penting apa yang keluar dari camera , itu lah gambar yang korang tengok sekarang dan gambar dalam album. Clean and virgin from the camera suami kita cakap ihiks! Nama pon senior photographer =p korang tak tengok album kawin kami lagi, cantik sangaaaat! Thank you so much wanzerowan & teams. Hadiah paling indah bila ada moment nikah yang takkan mungkin berulang :)


Fresh moment with you, sayang by Wanzerowan [ Highly recommended]
Saat nak nikah ni, pening nak pilih busana jenis macam mana. Saya puas lah surey kat google, badan saya sesuai nak pakai apa untuk nikah. Baju kurung macam hari hari boleh pakai baju kurung, suami nak saya pakai dress. Saya fikir ok lah saya setuju dengan dress. 


Syukur Alhamdulillah Minaz sudi ambil tempahan untuk busana nikah saya. OMG! Allah hadiahkan designer yang aku tunggu tunggukan selama ni. Minaz kan butik dah lama establish so keyakinan tu tinggi nak buat di Minaz. Thank you so much kak Pija, for the beautiful dress. Ingat simple akk buatkan, rupa rupanya more than my expectations! Siap ada batu swarovski :') 

How nice, happy Najah bila fitting my wedding dress for my first time in my life =') Selesa, dress ni boleh dibawa solat sekali & tak meleret panjang. Highly recommended sangat kalau nk buat busana pengantin. Kalau kak pija tak buatkan untuk you all, korang pujuklah HAHA!

Ayie & Lala ; Good friend from Terengganu. Wedding Dress by  @MINAZ

Syukur lagi sekali, kami semua berangkat ke kediaman untuk menjamu tetamu yang hadir makan tengah hari :') Waktu ni, bridesmaids semua tau tugas masing masing, terharu :') Batal wudu' pun dilangsungkan di rumah sebab dah ada pelamin cantik cantik kan ehee.


Masa nak pilih pelamin nikah kat rumah macam macam slot ada. Ibu nak buat kat luar, babah nak kat dalam, saya nak kat hall tengah, last last bila team pelamin sampai, kat tempat mereka pilih tu jugak cantik ihiks. Syukur Ya Allah semua teratur urusan pemasangan. 


Nak pilih pelamin perlu cantik cantik sebab bila dalam gambar, lampu pelamin memainkan peranan, so gambar akan jadi cantik. Cerewet jugak pilih pelamin waktu ni, hati memang lama dah berkenan dengan pelamin dari NOR DAMIA BRIDAL HOUSE @DAMIAMIZI . Waktu ni Nor Damia Bridal House dah full, rezeki jugak rasanya bila owner sudi terima & selit kita untuk tempahan pelamin nikah dalam jadual ihiks! 

IG photo : Dr.afl - I love you ummi, bestfriend dunia akhirat :') ;
Pelamin from @Damiamizi [highly recommended]



IG photo- Norhidayuhamid - Love you too, Dirali's !
Tiba masa potong cake. Ibu buat suprised dapat cake cantik siap ada lace macam baju nikah aha! Thank you so much. Owner cake pon kretif sangat. 

carrot cake  from SUGAR N SPICE !
Planned baik dengan ibu. Wady nak cake simple & nampak cantik, lebih dari tu kami dapat. Alhamdulillah thank you kak Amy Duffy! walaupun tak sempat jamah cake dengan puas, bila orang cakap kek sedap sangat, nak order lagi. i want it!

cake cutting shot by Wanzerowan
Syukur Alhamdulillah :') selesai dah majlis pernikahan kami. Terima kasih banyak tak terhingga untuk keluarga saya, keluarga mertua, sahabat sahabat bbah dan ibu, maktok, ayahtok , abang & krew krew majlis. Hanya Allah dapat membalas jasa baik. Terutama terima kasih pada ibu sepanjang majlis, ibu paling excited sampai hantaran pon buat sendiri ihiks. Saya bangga sangat ibu saya & ibu mertua saya buat sendiri hantaran kami :') 

Ini dari pihak suami untuk saya :')

Tepak Sirih Adat Perak :')
Gelang & cincin



Jam Tangan & Telekung

Kain Pasang

Handbag & Woman Clutch

Fragrances

Kasut
Ini dari pihak saya untuk suami tersayang :')

Jam Tangan
Kasut
Tali Pinggang

Fragrances

Skincare

Kain Pasang

Chocolate fudges from @mirmolicious [husband favorite =p]

Untuk mereka yang sedang merancang/ membuat persiapan, boleh lah pilih pakej yang saya update ni. So far, Alhamdulillah tak mengecewakan kami sekeluarga juga untuk suami saya, lagi memudahkan majlis kami Alhamdulillah. Syukur sangat berkat pertolongan owner yang kami pilih, seronok sangat berbincang! Korang nak pilih persiapan jangan gopoh gopoh, kita sebagai pengantin memang ada hak untuk nampak cantik sebab kita bayar mereka untuk majlis kita kan. Jangan mudah tertipu dengan tawaran tawaran dalam internet, kalau boleh bergerak sikit usung pasangan pegi kedai pengantin ihiks. Baca jugak testimoni. InsyaAllah..

Keluarga Mertua , Thank you so much!

Keluarga Bani Hasan saya,Thank you semua!


THANK YOU SO MUCH ;-

Wanzerowan (Photographer) : Kuala Lumpur
Yna Sakinah (Make-Up Artist) : Selangor
MINAZ (Busana Nikah) : Bangi
Nor Damia Bridal House (Pelamin Nikah) : Kuala Lumpur
Gift_etc (Candy buffet) : Seremban
Sugar 'N' Spice (Nikah's cake) : Seremban 
@mirmolicious (Chocolate Fudges for hantaran) : Putrajaya

follow IG kita for more updates & activities : @NAJAHTUL


Itu je saya nak update , nanti kita update majlis sanding diraja kita pulak ok! 

*kindly share this for your family & friends! byebye!