Monday, February 15, 2016

LOMBOK 2016

Hi,

Air Asia, anyone can fly mewhwhw~ Masa aku beli, tiket untuk 2 orang dalam RM700  (return) . Bagi aku, mahal jugak lah, kalau rezeki korang dapat beli murah, bestnya rasa! Lepas beli tiket, kisah Lombok ni dilupakan seketika sebab waktu tu, aku tak ada masa nak fikir just fokus pasal wedding yang bakal tiba on November, 2015. So semua tempat, transport etc aku tak ready apa apa. Seriously , this is my first time pergi overseas with my husband & 1st time untuk husband jejak kan kaki ke Indonesia. Gila tak  risau? Pulau pulak tu kan.

Masa tu aku sorang sorang duduk dalam bilik tak tau nak buat apa, aku on laptop & aku bukak itinerary pasal Lombok. Masa aku dok cari pasal Lombok tu, Lombok tak lah famous macam sekarang. Aku pon dapat tahu dari Mak kawan aku yang kerap pergi sana. 2015 je dah berapa kali Cik Zai pergi sana. Aku kan jenis manusia yang nak tahu jugak tak pedulik :p

Aku tanya la kawan aku tapi tak puas, aku pergi jugak rumah kawan aku tu & aku tanya sendiri Cik Zai (mama kawan aku) pasal Lombok. Dari A- Z Cik Zai cerita. Kau tau kagum aku waktu tu macam mana? haa nasib baik aku dah beli tiket mhehehe.

Plan nak honeymoon berdua, tapi Parents aku ikut last minute, kitorang happy sebab hilang rasa negetif ke Pulau. So double moon to Lombok HAHA! Aku naik semangat sebab Babah memang suka Pulau , so dia tahu selok belok Pulau. Alhamdulillah. Masa nak beli tiket flight untuk parents, waktu tu baru aku cari Hotel untuk kami stay & Travel guide. Husband pilih Svarga Resort yang terletak di Senggigi sebab view dia cantik sangat dalam Google :p (photographer, so kena lah ikut selera dia kan).


Tiba hari untuk aku ke Lombok pada 29 Jan, 2016. (3D/2N) - Pulau Seribu Masjid


Flight aku ke sana Jam 3.30 pm tapi waktu tu delayed sampai jam 4.15ptg untuk tunggu jemaah umrah transit Indonesia pulang ke Lombok. Lama kot. Aku rasa better korang beli makanan awal awal makan kat Airport. Bagi yang tak biasa naik flight, aku bagitahu makanan dalam flight a bit higher, baik makan dulu sebelum flight tiba sebab mmg mahal. Baik korang save duit untuk belanja dekat destinasi padahal kami pon makan dalam flight sebab lapar sangat (delay) kan nasib baik sedap.


Aku dan suami biasalah ambik moment berdua dalam flight, berebut jugak nak duduk tepi tingkap tapi takpa lah, bagi dia tengok view. Tapi nasib baik aku ada aktiviti dalam flight, main dengan baby Canada mata biru depan mata & kacau parents aku yang duduk depan. Luckily parents aku depan seat kita orang. (so family type hehehe). Oh ya, jangka masa dari KL ke Lombok ialah 3 jam. Tidur aje la dalam flight :p By the way, Air Asia still good service. So far, tak ada masalah lagi kepada kami.

Alhamdulillah, tiba di Lombok dalam 7.00 pm macam tu. Sampai- sampai saja di Airport Lombok, kena lah isi form putih dahulu. Kena isi tau , kalau tidak, tak boleh keluar & if ada emergency dekat Lombok, Duta Malaysia  tak boleh cari korang. Pastikan korang dapatkan form tu dan isi. Kalau boleh, travel pen must ready inside your pocket. Takda lah pinjam orang lain yang busy nak tulis jugak kan. Masa di ruang imegresen, kami pon delay 10 minit sebab bagi laluan pekerja solat Maghrib dahulu. Bagus kan? I hope Malaysia can do that soon.

Selsai di Imegresen Lombok , cari segera supir kami. Supir (travel guide) . Supir kami namanya Pak Rony. Muda umurnya 23 tahun. Ini pon mula mula plan nak backpacker tapi sebab parents ikut, so husband prefer naik van sahaja . Supir sediakan Toyota Innova. Kesian Pak Rony tunggu kami dah 2 jam hehe. Nasib baik Pak Rony main instagram so tak lah boring :p

Skirt from @Maryamandmatilda (IG)
Perjalanan ke Senggigi hanya 1 jam dari Airport.  Pak Rony terus bawa kami makan malam di Senggigi (senang terus laluan ke Hotel) . Jangan risau, Supir tak kan join korang makan, depa buat hal depa sendiri mwhehe~ Mula- mula kami nak makan di Furama Senggigi tapi sebab dia jauh ke depan lagi, perut pun dah lapar, then  kami makan malam di Ocean Blue Seafood, Senggigi.

Set A : RM 95.00 untuk 4 orang. (kalau nak murah ada, mahal pon ada)

Pemandangan dia di tepi pantai, bunyi ombak kuat dan meja makan atas pasir pantai sama seperti di Furama, Senggigi. Kebetulan kami makan, hujan renyai so kami makan bawah bumbung dan yang penting, ada Wi-Fi. Tak payah nak beli sim card.  Oh ya, Pak Rony beritahu, musim hujan selalu akhir bulan 12 hingga bulan 2. So kalau nak pergi Lombok, cantik kalau pergi dalam March ke atas. Just small info but useful for you all kot hehe.



Lepas makan malam di Ocean Blue Seafood Senggigi, kami terus menuju ke Svarga Resort. Ya Allah, aku terus cari suami aku dan peluk dia sebab berbaloi hotel yang dia suka tu untuk kami. Suami & parents aku pon happy sangat bila sampai sampai Svarga Resort tu. Suami excited nak tengok bilik. Parents aku pon dah check in bilik dia dan kami tunggu turn  untuk masuk bilik & one staff bawakkan bag kami sampai bilik. Reception dia comel, Nani namanya. Lembut beza betul dengan aku suami aku cakap LOL.  Bermulalah honeymoon kami berdua sebagai sepasang suami isteri di Lombok.   Svarga ni bagus mungkin ada jugak a few hotel macam ni dekat area situ tapi Svarga ni bagi kitorang free massage 10 minutes. (serious excited sebab Indonesian spa kan best).


Part paling best, bilik kami di awal selekoh . Macam rumah dua tingkat bungalow dah rasa masa dapat bilik tu. Suami pon slow slow bawak naik bilik thennnn bukak bukak pintu, ada surpriseeeeeeeeeeeeeeeeeeeed!I LOVE YOU TOO husband Hehe. Masa kecik kecik berangan sapa lah boleh buatkan aku katil katil bunga bunga siap angsa macam ni. (Tahan air mata dapat surprised, baru lah honeymoon) ekeke. Thank you ! Kami pon beradu untuk selongkar hari kedua di Lombok pulak esok hari.

Day 2, 30 Jan , 2016.

dear parents. Tepi Coffee House ada transparent pool, pada yang pool takda dalam bilik, boleh mandi dekat pool ni :)
As i said, aku plan last minit nak kemana mana dan lain lain tapi Alhamdulillah, Pak Rony bagi suggestions sama macam Cik Zai masa di Lombok ni. Yelah, kau bayar kau berhak nak pergi mana kau suka tapi kena pandai pandai lah agak agak masa perjalanan ke desitinasi. Ok untuk hari kedua, kami semua tak jadi buat aktiviti sendiri sebab kesian parents aku risau berpecah especially ibu aku. So suami aku pon memang nak berempat semua untuk ke mana mana. Lepas breakfast di Svarga resort, kami sekeluarga ke Gili Trawangan, Lombok. Masa dari Senggigi ke Gili Trawangan dalam 40 minutes. So, bangun awal tau, sayang masa terbuang dalam perjalanan sahaja.


Nasib baik Pak Rony singgah Bukit Malimbu yang famous ni. Dapat jugak bergambar dengan ibu.
Ayah aku sebok beli cap Lombok. His favorite kalau kemana mana mesti beli topi tempatan HAHA.














Kami tak ambil pakcage, so memang kami cakap rugi sangat. Korang kalau nak pergi, please ambil pakej. Kalau yang dah biasa, mereka akan pergi ramai ramai so save cost kat situ. Untuk hari kedua ni, kami terpaksa belanja untuk dari Jetty ke Gili harga lain,  Gili Trawangan  ke 3 pulau harga lain,  I was like, aduh, sayangnya duit, kesian suami aku mwwhwh aku la punya pasal tu, main beli je tak tengok awal awal. Babah pon belanja speed boat. Speed boat kami untuk 4 orang RM 240.00nett pergi dan balik dari Jetty ke Gili Trawangan dan Gili Trawangan ke Jetty.

Kami malas nak fikir lama, sebab kawan kawan pesan di Lombok hati hati percakapan, perbuatan dan mimik muka sebab dekat sana orang nya tak sama seperti di Bandung dll. So far, Alhamdulillah tapi betul jugak pesanan tu, di mana mana pon :) So kami charted speed boat sebab masa memang cemburu, kalau naik boat ramai ramai, lambat sampai. Takut petang tak sempat singgah di tempat yang kami hajati.

Speed boat pada yang pregnant, please fikir banyak kali dulu nak naik DAN please inform driver untuk bagi korang LIFE JACKET. Ya Allah , aku and family pegang tangan kot punya risau, laut dah lah dalam, aku pulak banyak imaginasi memang masa tu tak terfikir kenapa takda life jacket untuk kami. Seriously, please ALERT about this.  ok? Sampai kami ke sana ambil masa dalam 10 minute, kalau boat biasa, lebih dari tu jugak.



Alhamdulillah sampai pon di Gili Trawangan. Dekat Gili Trawangan, korang bole pilih pakej untuk ke pulau. Dekat pulau tu boleh snokerling dan tengok hidupan dalam air atas boat pada sapa sapa yang takut nak mandi ehe ~ Pakej seorang untuk snokerling & naik boat RM 30.00 lebih kurang. Masa tu, aku tanya suami nak ikut parents aku ke atau nak naik kuda? Sebab suami aku macam terpaku tengok kawasan (gambar) ni. Nak kata isteri dia lagi banyak buat dia terpukau, tapi kat sana, dia seronok mungkin sebab culture orang pulau. Interesting about Gili Trawangan, tak ada langsung kenderaan bermotor macam motorsikal, kereta etc. Dorang memang betul betul jaga kawasan tu. So the natural environment. Healthy life style.
Lombok Ferarri at the back  ; printed wide shawl from @Hijriahome (IG)

Sambil kami tunggu trip untuk ke Pulau, kami bebas berjalan. Suami aku apa lagi, ambil gambar isteri dia lah untuk buat blog wkwkkw :p Nasib lah dapat suami iras KJ (org Lombok cakap k! tak sempat tutup telinga)  & nasib baiklah suami aku layankan aku ni kalau tidak, takda gambar langsung kat Lombok .

Anyo! Anje KJ (tak sama kan, org lombok pandai amek hati ekekeke).
Ada pon gambar  sama sama isk

Sempat jugak la aku dan suami took our moment together sambil tunggu panggilan boat. Tak boleh pergi jauh jauh takut leka masuk kedai tengok barang, terlepas panggilan. Tengok harga jualan dekat sana, not bad. Not bad bukan murah, mahal boleh tahan jugak haha. Mungkin dorang tau yang dorang dah jadi tempat pelancongan. Pulau pulak kan. Makanan pon sama.












View kat sini cantik cantik tapi suami cakap lepas snorkeling baru jalan jalan puas kat street ni. Kalau jalan awal, nanti tak best takut tak sempat. Kita naik Lombok Ferrari nak? I answered him, naaaaaaaaaaaaaaak!


Tiba lah kami untuk ke 3 jenis perhentian untuk snokerling. Honestly, memang betul cantik dan nampak batu karang, hidupan laut (coral, nemo etc). Aku naik boat yang ramai ramai ; harganya RM30.00 seorang yang macam aku beritahu tadi tu TAPI sebabkan kami pertama kali datang dan tak ada pengalaman di Lombok, kami rasa unsatisfied sangat dengan servis bot ni.  Upset bukan apa, safety jacket tak cukup & siapa yang cepat dia dapat.  No wonder masa nak gerak tu, dia ambil safety jacket dari bot lain. Kesian ibu, babah dan suami aku tak dapat safety jacket. Aku pon dapat safety jacket yang bukan size aku waktu tu. Sedih tau tak dapat mandi dekat pulau pertama dah lah cantik gila & yang sempat terjun pon, ayah aku. Tu pon mungkin ayah aku dah biasa, so no need safety jacket. Suami dan mak aku stay on the boat dengan aku. Tengok je lah orang mandi waktu tu. Kalau aku tahu awal, aku rebut safety jacket tu. Untuk korang, kalau nak murah macam aku boleh, tapi make sure korang cepat cepat grab jacket korang tahu! Nanti jadi macam aku. Lebih baik kalau korang pergi ramai ramai, charted macam speed boat tu, personal boat. So senang. Tak payah berebut tapi kemungkinan harga dia tinggi sikit lah dari yang aku naik ni.

Dah sampai Pulau ketiga, baru aku dapat safety jacket dari International people. Itu pon dia dah macam kesian dekat aku dan ibu dari pulau kedua lagi. So dia cakap, just take it and enjoy ur snorkeling. Aku pon terharu baiknya dia. Thank you tak cukup untuk dia pada aku. Agaknya dia puas dah kot. Tapi pulau pertama dan kedua memang jernih dan cantik berbanding pulau ketiga.  Ibu dan aku get ready tapi ibu takut takut. Arus ombak da pasang tapi aku tak rasa  apa apa. Suami aku rupa rupanya takda safety jacket dah berenang. Aku terkejut lah mana suami aku pergi. Aku lupa yang dia ada lesen skuba. Sumpah aku lupa betul. Tapi suami aku sanggup tunggu nak snorkeling dengan aku. Ibu aku ayah aku yang jaga. So aku berharap dengan suami aku sahaja waktu tu.

Okey cerita sedih untuk aku tapi kelakar untuk suami aku. Aku tak nafikan memang dalamnya air tu. Aku pon seram sebenarnya tapi sempat aku tengok penyu besar, ikan kecik kecik macam nemo & ikan warna warni lintas bawah bot. Aku terleka dan aku terjauh sangat dengan suami aku. Nak dijadikan kenangan, zip safety jacket aku terbukak. Zip da tak boleh diselamatkan dah. Aku pegang sekuat hati jacket aku supaya jangan tercabut sambil mata aku nampak orang lain tapi bukan suami aku. Aku jerit sebab aku panic masa aku panic, aku boleh je pegang panties perempuan depan aku tu tak pun pegang kaki suami orang (melayu) masa tu tapi aku nak jugak suami aku. (sedih tau weh) . Aku pegang tali bot di tepi bot tu sambil nangis tapi tak sempat pegang, suami aku datang dari belakang sambut aku. Aku rasa Ya Allah apa semua ni aku nak naik bot aku taknak mandi. Suami aku ketawa itu je nampak. Aku tanya dia kenapa, dia taknak aku panic. Ya Allah, ombak tengah laju, bot ditolak tolak, korang rasa ada harapan ke kalau suami aku mandi seberang bot. So, jangan seronok sangat, panggilan pulau ni tak boleh main main :)

Dalam 4 jam jugak lah kami di sana sempat bot berhentikan kami di restoran untuk makan tengah hari. Makan tengah hari tak disediakan dalam pakej, sendiri sendiri. RM80.00 jugak lah total kami berempat makan tengah hari disitu plus aku beli ole ole untuk kawan kawan.  Sorry lah gambar dekat pulau tak banyak sebab takut gadget masuk air & pasir.

dear parents ; Lombok ferrari RM 60.00 untuk sebuah. Boleh naik 2 orang je tak silap kalau badan macam aku dan suami lah :p

Dalam jam 2.45 ptg selepas selesai makan tengah hari, bot bertolak balik ke Gili Trawangan. Alhamdulillah, kami sampai jugak ke Gili Trawangan . Tak sabar nak naik Lombok Ferrari yang suami janjikan mwehhe~ Alhamdulillah dapat jugak pusing pusing Gili Trawangan naik Lombok Ferrari. View dekat sana aku dapat rasakan kalau nak repeat lagi ke Lombok, aku akan bermalam di Gili Trawangan. Banyak gila hotel , ada yang murah jugak, kalau taknak stay hotel, boleh je bawak khemah tidur di area cafe hotel (view laut). Aku tengok kurang visitors bawak baby mungkin pulau and a bit leceh tapi kalau bawak, better pakai macam baby pouch sling , no stroller k except yoyo la. Tu pon kalau kau larat nak turun naik bot hehe.



Dalam pada aku naik Lombok Ferrari tu, baru aku tau yang buaian dalam air (Ombak Sunset) tu dekat Gili Trawangan. Aku terkejut campur happy sebab ini lah tempat yang aku dengan husband nak sangat pergi. Air dia bila aku cecah kaki, suam suam dan tak sejuk tau jangan terkejut pulak. Mungkin bawah tu bekas bekas lava gunung kan, but don't worry tak da apa . Enjoy lah korang bergambar. Aku dengan suami aku dok panjat buaian, tarik buaian ada lah jugak dalam 15 minit. Nasib baik tak da orang, kalau ada pon, ada lagi buaian kat sebelah kiri dan kanan. Buaian ni aku dapat tahu, femes sangat. Kalau Sunset dan cuaca cantik, orang beratur panjang tau untuk ambil gambar. So, kalau nak pergi, pergi awal. get ready dan yang penting photographer kena pandai amek gambar kalau tak, rugi.

Buaian tak sekata mungkin ketumpatan jisim padu dalam air Hekhok~.














Kami pun pulang selepas bergambar di sini . Kami pergi ke sini bukan rezeki kami untuk dapatkan cuaca cantik , waktu ni mendung dan memang sedang renyai renyai hujan. Alhamdulillah kami segera ke Jetty Gili untuk tunggu speed boat pulang ke Jetty. Waktu kami pulang ke Jetty, speed boat kami laju sangat (nama pon speed boat) langsung kami tak teringat jugak tentang life jacket. Masha Allah, jantung aku Allah saja yang tahu dengan hujan lebat waktu tu, seram tau. Yelah, kot apa apa terjadi, masa bayar untuk naik, takda mintak details penumpang langsung. Can you imagined? So, kalau nak naik, fikir semua ni dulu. Aku da settle pergi baru terfikir. Masa naik speed boat tu, hujan lebat sampai driver tu pon tak pasti mana arah, yang arahkan lagi sorang penumpang yang suka suka hati je naik boat yang kami charted. Lautan hindi tau, mana tak seram. Kan aku dah kata, aku kuat imagined. teruk btui.

Okey actually hari kedua ni, program aku lepas ke Gili Trawangan nak pergi Monkey forest tapi hujan so kami pon nak balik hotel nak nikmati view hotel waktu petang. Suami aku paksa aku mandi laju laju sebab nak kejar sunset .Okey, sebagai isteri aku pun terpaksa laju.

Hawaa instant shawl from @properhijab (IG) 







View dekat hotel pon pada kami dah cantik, berbaloi dengan harga. Kalau nak rehat, tak berjalan banyak boleh la kot try Svarga Hotel ni.  Suami aku suka sangat ambil gambar, so Alhamdulillah banyak kenangan aku dekat mana mana since suami dah ada ni kan :p







Kami bersiap siap selepas magrhib untuk makan malam di Warong Dakota, Rembiga Lombok. Murah jugak Set A : dua orang RM 30.00nett. Maaf sangat gambar masa makan dan malam hari tak ada sebab phone kami kong habis, termasuk camera. Takpa, korang boleh google. By the way, masa kami makan, ada ramai orang Malaysia. Boleh makan dekat sana, kalau tak da pilihan boleh lah cuba hehe yang penting, sambal dia PERGHHHH~ takda di mana mana belum jumpa, rindu!

Day 3, 31st Jan 2016

Cream white shawl from @minaz (IG)




Sebelum check-out dan ke airport Lombok kami breakfast siap siap for the last lepas tu, suami cakap jom cari port cantik kat atas. Aku excited berbaur sedih sebab nak balik dah. Tak puas sebab tak dapat pergi air terjun femes tu, tak dapat pergi pulau pulau lain, monkey forest & naik motor jalan jalan lombok, Takpa lah kawan aku pon cakap nanti next time boleh pergi. Taktau lah kan sebab suami aku ni kalau dah pergi satu tempat tu, dia taknak repeat lagi. Aku berdoa supaya kawan kawan dia ajak dia pergi Lombok lagi mwhwh~

gifted from husband, much appreciated ; from the Svarga lift. 




byebye Svarga! Seronok dan terima kasih sangat. Berbaloi bercuti dekat situ. Korang kalau nak honeymoon taknak sibuk sibuk kota ke apa  boleh try bermalam di Senggigi, lepastu boleh bermalam di Gili Trawangan or mana mana Gili . Aku tak sempat nak merasa dua tempat sebab tak cukup hari kesana. Tsobs, ikutkan hati nak aje tambah cuti hehe. Jummmmpa lagi InsyaAllah.

Nenek ni mungkin dah kawin tapi ini pekerjaan mungkin (bkn Andartu ok) :p


Sebelum sampai airport, Pak Rony singgah di Kampung Sasak. Meh aku ceritakan kisah budaya Kg. Sasak ni. Sejarah dari zaman dahulu, semua anak dara di kampung ni PERLU PAKAR DAN MAHIR dalam tenunan. Dah mahir dalam tenunan yang dibuat, baru boleh menikah. Tenunan tu lah yang dipakai masa nikah.  Bila dah pandai tenun, dia akan diculik jejaka yang sorang ahli keluarga pon tidak tahu kemana anak dara itu pergi.  Anak dara itu disorokkan di rumah keluarga lelaki ( atok atau saudara mara). Kalau jejaka tu mintak permisi konfem kene tolak. So bawak la lari. Itu pemahaman aku la, then baru boleh depa bernikah dan pakai tenunan yang depa siapkan tu.


Setiap rumah ada alat tenunan ni ok. Setiap rumah. Ok kalau korang singgah, korang pakai lah baju tenunan, aku cuba jugak contoh kain tenunan dan korang bagilah tips. Jangan pakai terus cabut dan balik.  Kesian depa, depa bukan senang hehe.


Sebelum balik, kami bergamabr di contoh kediaman penduduk sasak. Mana yang dah renovate jadi batu tu tak dah dah la macam ni hehe~

Thank you LOMBOK , u made my day . This is my short name LIA ~ najahtul iyLIA hahaha~

 Harga transport kami tidak termasuk harga makan, penginapan dan aktiviti snorkeling dll. Harga transport bermula hari pertama hingga ketiga. Dari Lombok airport - Hotel, Hotel ke semua area - Hotel ke Airport RM 500.00++ tapi tak sampai RM 600. Tak berani nak bagi exactly rate sebab currency berubah ubah kan. Hehe tapi pada aku, better korang bawak je lah pocket money lepas bayar hotel & pengangkutan, dalam RM 450 cukup. Aku pon berlebih RM 150 duit Malaysia. Dekat airport Lombok takda Self tax dah tau. So just chek-in dan goodbye LOMBOK!

Travel guide : @Harmonitranslombok  (Pak Rony)

Other update about Lombok boleh tengok dalam Instagram kita : @Najahtul

Thank you korang, happy vaccay!


11 comments:

nayfatimah rasyid said...

salam kenal ;) selalu baca blog kawan baik awak FL ;)
hajat kat hati nak pergi juga jenjalan tgk ciptaan ILAHI kat LOMBOK ...

view sangat sesangat lol

DatinWowhh Najah said...

Terima kasih . Insyaallah enjoy ur vaccay there hee

Nisa' said...

Wow, Datin. I managed to finish reading. Long but so useful! Thank you for that. Selalu dengar Lombok is such a pretty place to visit or have a honeymoon together with your loved ones, but the rate there is getting higher and higher since kepopularitinya menaik (hambekk, ayat BM gittew).

But inshaAllah... sekiranya ada rezqi lebih, akan tiba di sana nanti. Might be our second honeymoon kot.

akmalif said...

salam sis..minta email pak supir boleh...ingat nak gi lombok bulan 12/2016.
alamat email:akmalif_29@yahoo.com

Anonymous said...

salam sis, minta email or no pak supir. Pergi lombok chinese new yaer 2017. Email : abshah@tm.com.my

Anonymous said...

Salam sis,
Minta e-mail or no pak supir

Anonymous said...

Salam Sis,
boleh dapatkan no phone pak supir...email : ckbe468@yahoo.com

Lombok Fun Travel said...

info dan fotonya nice Cik!
Jom yang mau ke Lombok. Ditunggu. Kami sediakan perkhidmatan terbaik berupa pakej tour Lombok murah, terbaik dan berkualiti.
WA: +62-878-6000-1036
Mobile: +62-813-5307-9161
Email: info.lombokfun@gmail.com | Web: www.lombokfuntravel.com

Sham Paksu said...

Askm sis. Minta minta no. Wassup pak supir bleh?

wanemas@gmail.com said...

Hi Sis, Can I have contact no. for the Pak Supir. We (10 pax) are going this 28th Jan.

Beauty lombok said...

Assalamualaikum
Halo ci...
Kami dari Lombok Beauty Tour & Transport
Mau menawarkan Paket Percutian Di Lombok Harga Sangat murah...
Bisa contact Kami WA +6287852953230 (Ari)
Atau ci bisa Tanya dulu pada kami free information About lombok