Saturday, February 13, 2016

Fasa 1 : Majlis merisik (rasminya bertunang)

Alhamdulillah. (7 March, 2015)


Apa yang aku hajati dan mahukan dimakbulkan Allah. Maksud aku, majlis pertunangan yang bukan secara besar besaran. Bukan apa, majlis pertunangan ada yang majlis besar besaran, ada yang kecil kecilan tapi aku pilih majlis yang banyak tidak dilakukan ramai pihak. (tapi aku suka pegi majlis pertunangan orang lain sebab aku suka makan & nak tgk gelagat depa disarungkan cincin  LOL cumanya aku tak buat untuk diri aku :p

Mula mula aku dan keluarga fikir tentang apa kata orang sekeliling, yelah kenalan ramai, saudara mara ada tapi tidak dimaklumkan. I discussed about this with my dad, "Babah..ni majlis saya so apa orang nak cakap, cakap, mulut orang lama lama berhenti la. Bukan majlis pernikahan pon  (yang ni perlulah di war warkan)". Aku buat ni pon bersebab, aku & suami bukanlah orang senang petik nak tu semua dapat tapi kami berdua ikut la apa yang Islam ajar. Bunyi macam bagus, tapi takpalah nasib baik dah nikah HAHA!

Perkenalan kami dari 2012 (masa umur aku Degree), baru serious berkawan dengan lelaki tau! Dulu mana lah ada lelaki nak kawan dengan aku, gemok, anak emas anak bapak & kuat report hehehehe! But times changed us kan, so bila dah matang umur ni, baru rasa annoying dengan perangai sendiri mwahahaaa~ Balik dari UK, pihak suami aku datang merisik ke Seremban. Keluarga suami dalam 14 orang sahaja dan family aku (Ayahtok, Maktok, Babah, Ibu, Abang, Adik Ibu aku dari Pahang & kawan baik aku Fatin). Waktu tu, suami aku tak masuk rumah, lepak luar rumah sahaja. Aku nampak family depa semua masuk rumah. Aku macam tak percaya aku yang dirisik waktu tu. Kau bayangkan, aku tak pernah jumpa family suami aku , tiba tiba datang berbaris masuk rumah. I was like, gile ah aku nak disunting weh.  Dah la aku tak pandai masak, takkan nak bagi suami makan desserts je (ikut resepi Sheila kat FB, HAHA) degil pulak tu tapi suami cakap, takpa you rileks saja, kita dah kawin nanti automatically akan ada perubahan InsyaAllah..Suami pulak suka makan & pandai masak, so aku nekad untuk belajar sampai sekarang walaupun majoriti suami aku yang masakkan LOL.


Family suami aku berbincang kat bawah diketuai Pakcik suami dan aku pulak kat atas. Kau tau macam mana aku tahu apa dorang discussed kat bawah? , FL tolong whatsapp aku semua perkara mwahahaha~ nasib baik ada bestieTV live dan sesi ketawa mengilai berdua.



Alhamdulillah, family aku terima dan aku bersyukur ada juga yang nak kan aku. Sebab ibu aku pernah takutkan aku " kau kene kenal ikan tu ikan apa, cadar tu kene ganti seminggu sekali, lipatan kene kemas, sapu rumah kalau boleh hari hari & jangan kuat melawan nanti mak mertua kau halau kau keluar rumah ibu taktauuu " . Ikut mood rajin datang baru buat tapi kalau malas tu, mak aku yang siapkan! kadang kadang keluar ayat mak aku " hi princess, berzikir dari tadi (playing with my phone) bibik (mak aku) dah siapkan semua. Tidur nyenyak saja ya princess" kau rasa pedas ke tak pedas?  zaaass  terus takut dan taubat, tak sanggop ibu ulang amukan kepedasan lidah kali seterusnya  ~


Lepas tu, Fatin whatsapp "kak, ok ready ko leh turun. skg skg! " Aku pun turun untuk disarungkan cincin oleh bakal mak mertua masa tu. Aku turun tangga dan  abang aku cerita macam boyish gile keadaan aku. Nasib baik mak mertua aku suka aku HAHA (suami yg cakapppppppp k)  Allahuakbar aku rasa nak repeat balik moment aku turun tangga tu tapi apakan daya, itulah kenangan masa hidup wkwkw. Suami aku pon masuk rumah lepas upacara perjanjian di antara keluarga kami selesai & kami makan sama sama sambil bergembira ehehk aku pulak mengada mini photoshoot kat gazebo depan rumah :p  .


Nak rasa macam orang lain pakai cantik cantik, aku buat jugak macam orang lain. Nak bunga tangan, ok mak aku belikan bunga tangan untuk aku. Nak ada hantaran sempena hari lahir suami waktu tu, ibu buatkan siapkan hantaran HAHA~ simple for me. Alhamdulillah pertunangan kami diikat dalam 9 bulan sahaja.

Parents aku , masa ni Tunang dan aku :p
Ada Ayah tok & Maktok
Family Tunang kite
family rombongan Tunang kite :)
Kawan baik masa kecik kita yang tak putus bagi semangat sampai sekarang !


Hantaran dari Seremban untuk Taiping :) by ibu

Dari Taiping untuk Seremban :) (mak mertua kita yang buat sendiri) *kagum
Goodies tu kan, aku buat sendiri :p Potpourri & pakai perfume Gucci Flora mak aku ko tauu ? mwahaha~





Happy birthday Tunang & thank you singgah di hati ini. LOL

Thank you Hijriahome hadiahkan kita Dress Tunang !
Thank you Azfaboutique hadiahkan shawl Tunang !
Thank you Photograhper abang ipar sendiri : Wanzerowan

Anything update on my Instagram : @Najahtul


bye-bye !