Monday, January 19, 2015

Khas untuk Bestfriend, Fatin Liyana !

Assalamualaikum :')



Okey la okey la, lama tak update tu tak lah tapi harini update blog tengah tengah satu family enjoy tgk AJL29! kau rasa? Entah, tiba tiba rindu blog sendiri , kesian permaisuri tak berusik hehe, time to mandikan permaisuri la ni :p


Harini entry special sikit sebab nak update khas untuk bestfriend aku ! Ok ok aku tau aku tau semua tunggu kisah bestfriend aku ni, tapi sabar la ha idea jap ada jap takda, tadi ada sekarang takda * babah bebel AJL29 banyak berceloteh atas stage, kau rasa aku boleh buat apa? kau rasa ? "anda nak cantik, nak putih? gunalah quputeh, baru la putehh :p "


Nak start dari mana ni emm,

Ok, actually tanggal 21 December 2014 yang lalu, semua orang tau my bestfriend Fatin Liyana  majlis pertunangan dengan pasangan pilihannya dah pun selesai.  As per blog FL, memang betul mereka dah dikira bertunang lama dah cuma nak diikutkan adat, FL sah menjadi tunangan dan direstui keluarga besar mereka 21/12/14 tu :')  Plan kawan aku tu sebenarnya nak surprised kan you all dan nak buat senyap senyap je tak nak kecoh- kecoh :p Tapi tah macam mana tah tiba tiba ada entry kisah FL ni berleluasa di media sosial. Aku serbasalah nak bagitahu dia yang hal pertunangan dia dah jadi viral. Dalam hati plan nak bagitahu dia camni " wehh kakk! kisah tunang kau kak dah kecoh sekampung" * sambil kipas pipi cemas takut fatin meradang haha, tapi sebab aku tau dia kawan aku & aku tau perasaan dia, aku taknak dia gelisah resah dan sedih, haha so aku biarlah dia amek tau sendiri so tiba tiba hilang cemas aku.  Setahu aku, aku update sekeping gambar je dengan dia on stage dengan dia pakai bunga tumbuh atas kepala kat Instagram ekekeke :p Haa, gambar tu pon awak amek letak kat entry tak mintak izin titeww yeww :P


Macam biasalah kan bila dia dah tau, baru aku cerita. Rupanya ada perasaan terkejut yang sama cuma masing masing busy dan banyak buat hal sendiri waktu tu, bila free baru share. Ish, korang ni haha, aku pon tak updated tau kisah dia closely punya nak tunggu dia update sendiri beberapa bulan sebelum dia naik pelamin nanti as our planned before ekekeke. Tapi takpalah, as long as kawan aku dah selamat bertunang aku gembira dan fans dia pon gembira. Takdalah korang sorang sorang tanya aku bawah gambar dalam setegram 

1) " kak datin, FL mmg dengan Dr. Anwar eh?', 
2) "datin, FL tutup IG  suruh dia bukak balik lah" ,
3) " Datin, kenapa kak datin gemok, kak fatin kurus?"

Nombo 3 tu, nombo 3 tu kau rasa?!!! *dengus dan nafas kencang laju :p . Anyway, Doakan yang terbaik tau.  Korang tau tak, perasaan aku bercampur baur tau kawan aku dah jadi tunang orang masa tu. Dulu ada la masa dengan aku, sekarang aku kenalah faham dia.  Dia pon bakal jadi isteri Anwar, so aku kena behave duduk diam diam fikir masa depan aku jugak haha. Rasa sebak dan gembira tak sangka FL dah tunang. Korang gembira, aku ni apatah lagi AKAN TETAPI, masih boleh bergossip bersama haha! apa gune kawan baik, nak gossip pasal rumahtangga orang lain dengan mak bapak mau kene hempuk ngan piring hihik, sebaik kawan baik ada :p


As your bestfriend, I am so proud with you kak! No matter what, i just have you as my bestfriend in my life. Congratulations for your achievement for Tokoh Srikandi Negara 2015! Seorang kawan yang sangat jujur dalam persahabatan, kawan yang taknak tengok aku jatuh. Kalau susah, sama sama. Kalau senang, gembira sama sama.  Terlalu ambil berat pasal aku, yes you are :) Nak cerita kisah berdua, terlalu banyak tapi bersyukur pada Allah, Allah anugerahkan FL as my goodfriend since kami budak budak lagi.  Kalau FL tak hadir dalam hidup, aku rasa hidup aku tak macam sekarang, honestly. Brave and independence, ya FL yang ajar. Mak ayah aku proud betul tengok aku semakin dewasa semakin matang :p thank you kak!  Dulu dulu photoshoot sama sama, hangout sama sama, mak ayah dok melaung nama sorang pon takda dalam rumah sekjepan hilang hahaha! Sekarang dah bekerjaya semua tu berubah perlahan lahan so kami ni kira pencen la sket ekeke. Sabtu Ahad tu paling heaven duduk rumah. see! 



entry serius pun bermula,

Tak lama lagi pon wedding kau tu kak, buat persiapan elok elok, aku sentiasa ada bantu InsyaAllah. Tahniah kak! Kuatkan diri jaga kesihatan walaupun tak whatsapp selalu macam dulu, tapi blog ni boleh aku yakin buat kau senyum dan aku rindu kau kak :') Nanti cuti, kita holiday sama sama lagi. Sebenarnya kak , masa kau tunang tu malam tu aku nangis sebab aku rasa, betul ke kau nak tunang ni. Boleh ke Anwar jaga kau baik baik, tapi aku kenal Anwar, Anwar layak jaga kawan baik aku . Aku sedih tapi aku taknak bagitau. Aku doa lepas solat, kuatkan lah jodoh pilihan fatin, yang terbaik dari Allah itulah untuk kau kak. Aku selalu fikir, boleh ke aku nak pergi cuti sama sama lagi nanti macam zaman bujang. Dah kahwin kita kena kepit dengan husband haha. Tapi syukur plan kita terhasil juga kan. Tsskk, rindunya nak bercuti sama sama.  Tak sabar nak buat surprised as i know you love my surprised :p   Kadang kadang aku throwback gambar2 lama kita pergi bercuti sama, aih ya time cannot turning back kan. So, please keep our memory to the end of life kak. But its okey, dah kahwin nanti InsyaAllah boleh jugak buat aktiviti tapi bawak husband lol dah kenapa. 

Aku nak sangat wedding kau jadi wedding yang terbaik yang kau idamkan, aku nak kau sentiasa jadi kawan baik aku macam dulu. Aku takda kawan lain yang faham aku kak, kau je sorang *dah mula nangis and i hope u can feel what i mean now. Kadang kadang aku rasa aku nak sangat kau dengar kisah kisah harian aku macam dulu tapi kak, sekarang dah tak boleh macam dulu, kau kerja aku pon kerja so masing masing tunggu cuti baru dapat luah takpun berbual dekat rumah. Aku sorang sorang memang cari kau tapi apakan daya, kita dah ada pasangan, so pasangan kena tahu jugak hehe. Tak boleh macam dulu, sekarang ke arah yang lebih serius jadinya masing masing belajar alam berpasangan untuk berumahtangga.  


Ingat tak  kat Melbourne, itulah tarikh bujang yang terakhir kau aku sambut tahun lepas, lepas ni kau kena sambut dengan husband :p Aku tak sangka itu last year kau bujang haha sebabnya cepat betul Allah temukan jodoh korang berdua.Syukur Alhamdulillah.   But, kemana mana pergi mesti ada memory. Tapi kan, yang banyak membantu untuk jadi matang, kau perasan kan fans fans dan semua orang yang mengenali juga, so thank you so much ada yang tegur kami dulu dulu untuk kebaikan, kami bersyukur. Tapi, aku je yang setia dekat Instagram, Fatin da lelap hahaha. Nak luah banyak banyak nanti kita jumpa la kak, sini hadiah untuk kau so supaya kau aku bila tua , tahu yang aku ada hadiah dekat blog lol.  Okey, masa laju betul sekarang, i cant wait to see you ok bride to be haha.


Well 2015, kami akan kumpulkan banyak memori yang terbaik , InsyaAllah :') so goodluck pada semua yang akan menuju ke jalan Allah ya! 


take care semua :') 











Post a Comment