Sunday, July 13, 2014

Cousin Wedding #Singapore

Assalamualaikum =)

Salam Ramadhan to All of you here . Subhnallah lamanya tak update blog. Ya, totally miss everybody who are reading my blog even i tak update apa apa pon selama beberapa minggu / bulan. Rasa macam lama ekekeke. Thank you so so much for keep updating about my life on  Instagram. Sebaik ada Instagram, taklah susah susah nak type panjang panjang hehe!

Nak mulakan kisah apa pon tak tahu, itu dah menjadi satu perkara spontan yang korang akan baca. Aku tulis ni pon tak tau apa sebenarnya motif untuk update *sambil buka folder gambar mana untuk di update hee.

Selang beberapa minit, aku ambil keputusan untuk update kenangan manis wedding sepupu aku di Singapore awal June 2014 yang lalu =)  Follow instagram kan? Dah tengok gambar gambar kan? Sikit aje tuuu =p Ni baru nak ceritakan sikit haha!

30 Mei 2014 (Jumaat)

Family members aku sangatlah ramai,  so kami pilih untuk charted sebuah bus untuk kesana. Selalu berpisah kan? So kali ni, naik bus semua tak pening kepala =) Thank you keluarga Maklong yang uruskan transportation hee!

Lepas office hour, aku bersiap untuk mengemas baju baju untuk kesana, tapi Babah pesan jangan nak over over dari Pengantin, tapi ibu cakap Singapore kan semua vogue vogue, pedulikkan aje adik..so bawak saja apa yang nak dipakai (aku pon confuse sambil bawak je baju mana yang ada) *pekik jugak lah ibu aku sebabnya nak pergi baru nak packing. LOL. I hate packing all stuffs sebab rasa nak bawak satu almari. U know what i feel? gile.

Perasaan excited tu ada, sebabnya pergi overseas *Singapore je pun kak oi! Tapi tu lah, excited pergi dengan family ramai ramai kan, seronok weh! Nak nak Bestfriend aku (FL) ikut konon konon nak buatkan Pengantin kejutan lah kan (nasib misi seluruh family untuk jaga rahsia menjadi, kalau tidak..hampa berkecai di lautan asmara si Anor tu).  *Bukan aku taktau perasaan seorang pengantin HAHA.

Bus dari Klang (family Maklong & Paktam) ke Seremban sudah pon sampai, semua yang nyenyak dalam bus tu pon bangun dan kami terus salam salam laga pipi, laga kepala terus naik tak pedulik beg aku bawah tu pon Babah & pakcik aku yang angkatkan. Kau tengok, excited nak pergi Singapore *tetiba. So biasa lah, aku lapar gile weh, nasib baik maktok bekalkan sandwich sedap gile haaha. Maklong pulak buatkan baaaanyak makanan! *Happy with foods. Mengunyah la sampai tertidur. Bertolak jam 11.30mlm, apa lagi tidur terus lah kan =) so lena.

Yang lain tak duduk diam dalam bus, bercerita aje sepanjang jalan (rindu la sebabnya lama tak jumpa), aku? aku teruskan tidur walaupun tidur tidur ayam sebab nak dengar cousin belakang aku berborak *haha dasar kepochi kau datin! Jiran sebelah aku FL on the phone, aku main phone pon tak jalan waktu tu wkwkw.  Aku tengok nyenyak je makcik makcik aku tidur depan aku, aku pon tertidur sekali. Yelah kan, dah nak dekat 2 pagi, kau kenapa nak berjaga tak cukup tidur kang baran. miahaa.

31 Mei 2014 (Sabtu)

Sampailah kami sekeluarga di Hougang Evenue =) Alhamdulillah. Angkat bag bag semua naik la rumah Mak Ndak untuk rehat, solat semua. Aku tak sabar nak jumpa family pengantin & pengantin tu sekali (Anor).  Aku saja masuk lewat sikit nak tengok reaksi dia, jumpa pon! Salam salam peluk aku rasa macam aku yang pengantin waktu tu *lah kenapa?!  Dia lupa tu permintaan dia untuk aku bawak FL kesana then aku terus bisik ( Anor, kak fatin kirim salam dia tak dapat datang sebab dia tak nak jumpa Anor)  Muka Anor dah secebik garam waktu tu *rasa down la konon, tah ye tak tidak down si Anor tu.  Lepas tu, tak sampai selang beberapa saat, Fatin pon datang lepas aku bagi signal, dah dilepuknya aku. Haihh si Anor ni. Lantas, berpelukan la semua bersama Anor yang takda rasa gemuruh tu HAHA.

Chill je aku tengok cousin aku tu, kalau aku lah tu berpeluh nak nikah ekeke.  Rumah Makndak akan dibanjiri ibu bapa ibu bapa makanya kami anak anak kecil yang comel lagi ditimang timang menginap di rumah anak Makndak which is Along Suhaila's house. Rumah baru tuuu ekeke. Happy we ols! So kami semua rehat lah sampai tertidur . Terdidur lagi aku dekat kawasan lapang angin  bersepoi sepoi kat rumah Along tu kan, fuhhh! segar bugar! Jam 4 ptg Anor nikah, so kami bersiap siap la untuk ke rumah Mak Ndak semula lepas zohor sebabnya jarak rumah Along ke rumah Makndak walaupun boleh jalan kaki, tapi kami tak sanggup, tetap Along dan suami hantar naik kereta wwkwkwk. No such thing to exercise panas terik waktu tu ok haha!  #leb lebiu!



Pengantin dah siap! Tarraaaaa...
Kan aku dah cakap, Aku yang neves. Laaahai. Aku pegang dulang. Dulang apa tah aku pegang, aku pon lupa. Tak silap macam cake. HAHA. Yelah kot, its cake. Makanan kan? So aku lah yang perlu kuasai =) Berani orang suruh pegang dulang lain, no no no, i love cakes! hehe.


Hi pengantin lelaki (Mamat), gemuruh jiwa tak? ekekeke :p  Sambil sambil tunggu tok kadi datang, meh aku belanja gambar dalam masjid hwhwhw. Masjid di Singapore lebih kurang masjid Malaysia saja, dua dua cantik =) Alhamdulillah.


keluarga Pengantin (Anor). Kaklong Suhaila & Makndak (mak pengantin). Yang belakang, tak pasti ingat ingat lupa rasanya keluarga belah makndak haha. Sorry aunty. Aku keluarga sebelah Pak Ndak =)



Comel tapi nakal! ryna ryna!


Familiaaaaaa =) we are waiting for the akad's session. Senyum sikit =p







Alhamdulillah dengan sekali lafaz, sepupu ku bergelar isteri.


Selesai majlis akad nikah, aku dan semua balik rumah Mak Ndak menikmati jamuan. Ya Allah, teringat menu rumah mak ndak * dah lah terkenangkan semua tu waktu bulan Puasa ni..tsobs.

Malam (31 Mei 2014)



Malam tu pulak, aku, sepupu & bestfriend jalan jalan ke Gardens By The Bay untuk kali ke-2, Singapore =) Seronok santai santai tengok lampu walaupun sakit mata lampu pekat sangat. Macam warna nile dicurahkan dalam mata.  * korang tengok gambar dah tahu tah warna lampu dia macam mana kan HAHA. Actually tempat yang aku berdiri ni cantik sangat berlatar belakang kan musics. So sesiapa yang nak bersosial , jemputlah datang ke sini. mhaha.






Korang tau kan muka letih tapi nak jugak berjalan sebab takda buat apa apa? So aku takkan tunjukkan muka keletihan aku nanti aku yang takda mood. Sebabkan background tu cantik sangat, aku upload lah sekeping haha! Cousins and bestfriend. Thank you Kak Long Suhaila tolong picitkan camera..haha! Dah, Balik tido!


1 June 2014 (Ahad)

Berlangsunglah hari yang ditunggu tunggu iaitu resepsi. Singapore buat 2 majlis satu hari. Can u imagine that? Kalau Malaysia, aku rasa tak sanggup sebab macam takda orang start. Tapi di Singapore, Pagi rumah sebelah perempuan, petang pulak sebelah lelaki =) Haaa. I told you, letih! Tapi kat sana, tak letih ok! Seronok ada laa!


Semua dalam kereta ni tahu apa yang terjadi. Biarlah rahsia wkwkwkw.

Pagi pagi dah bangun, bersiap untuk bergerak semula ke rumah makndak. Kau ingat boleh duduk diam je? Ada aje dekat rumah tu Makndak dan mak mak suruh buat. Iaitu, MAKAN! Breakfast rumah makndak! HAHA. Tidur rumah Along, makan rumah makndak. Best tak best tak! Along Suhaila & Abg Afnan was veryyyy veryyyyy helpful and so kind. May Allah merahmati kalian berdua with lovely Aniq!


Maxi dress bestfriend dari @farahanboutique : Instagram

Cantikkkkkkkkkkkkkkkk tak ANOR?! Cantik sangat . Kitorang kan suka bergambar, apa lah salahnya naik pelamin sekejap sebelum pembayaran tol dimulakan. ekekeke!



Haa, camnilah cara pembayaran tol dari pihak pengantin lelaki sebelum mendapatkan pihak pengantin perempuan. Kaya pakcik makcik aku yang bagi pantun tu haha! Aku? Hp jatuh berapa kali, monopod buat hal *sigh.


Family sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa =) Waktu ni nak naik bus bergerak ke rumah pengantin lelaki =) ehek!
Enjoy the moment with all my family members.  Oh lupa nak cakap tema keluarga sebelah perempuan adalah PINK =) Bercampur campur pink, tapi tetap pink! #tak pedulik haha.


sayang Ibu =) sayang fatin jugak :') waa! *yang belakang kenapa? tekejut apa?
Seronok sangat waktu ni. Semua satu kepala. Tak kisah kau buat apa, semua happy! Rindunya. Cepatlah, turn sapa lah yang kawin pulak lepas ni kan. Cepatlah cepatlah, nak moment wedding family camni. seronok !


Petang (1 June 2014)

Tup! dah ada dekat rumah pengantin lelaki. HAHA. Apa lagi, kompang pon beralun =) Kompang dekat sana best, siap kami boleh menari ikut rentak kompang * tak pedulik =p
Lagi best sebab ada photo booth!!!!!! Semua anime ada dekat situ.. antaranya ...








Shrek (Me) OppaGagNamStyle (FL) HAHA!



Dekat Office, Babah tak berambut kuning macam ni,
sorry HAHA!

Kesimpulannya, KAMI TAKNAK BALIK RUMAH! hwhw. Seronok sangat sangat. Family dah lah memekak mekak waktu ni, tapi seronok nya Allah sahaja yang tahu =') Rindu...



Apa apa pun, selesai majlis perkahwinan Anor dan Mamat. So proud of you selesai membina masjid :') Doakan kami yang sedang merancang ni ya! Syukur :') berakhirlah kisah pengantin yang baru aku update ni ha.

Malam tu kami tak dok diam, kami jalan merata rata dekat Singapore ihiks! Best? Best lah! taknak balik. boleh? peaceful! ekeke. i love you family :')



Okey then, selamat berbuka! Trip kemana lagi?  nanti iols update ya. Assalamualaikum :')

p/s: Baju bestfriend pink maxi dress (1 June 2014) yang dipakai saya dan Fatin Liyana adalah dari IGblogshop : @Farahanboutie