Thursday, March 27, 2014

Sabah 2014!

Assalamualaikum =)

Hi everyone! Nak ikutkan hati, esok je nak update tapi memandangkan rindu nak menaip guna lappy yang dah lama tak dibuka since habis thesis awal February, Najah tertundas jua ehee! So hi readers! Alhamdulillah, so far so good til today, i hope it will continuing til forever pulak ekeke. p

Korang! korang pernah pergi Sabah? Seumur hidup Najah, Najah tak pernah pergi Sabah tetapi Syukur Alhamdulillah Ibu belanja pergi Sabah jalan jalan sebab dapat keputusan baik untuk last semester Najah tempoh hari :') So kami sekeluarga termasuk maktok dan ayahtok pon join makan angin ke Sabah #amboigembirakita!

19 Feb 2014 (Day 1):
Rumah Terbalik (Tamparuli) & Kundasang


Dari Lcct ke Kota Kinabalu Airport cuma ambil masa around 2 jam macam tu. So that, jam 8.00++pagi dan sampai bumi Sabah dalam jam 10.00++ pagi macam tu. Dalam flight, Najah tidur saja. Abang Najah borak pon Najah tidur haha. Kena ketuk dengan magazine pon malas nak bukak mata ni. Sedapnya tidur tambah tambah lagi tengok awan aduhai mengantok Ya Rabbi :')

Sampai saja di Sabah, Tour Guide (Encik Ady) datang jemput terus bawa pergi makan selera kampung di Restoran Melayu (sorry lupa pulak nama restoran sebab lapar sangat). Kami makan untuk tengah hari terus sebab lepas tu kami akan ke Kundasang yang jarak perjalanannya lebih kurang 2jam lbh macam tu sebab kami banyak singgah singgah tapi kejap sahaja. Sakit pinggang macam nak loya loya apa lagi, tidur lagi..haha!


Tak lama lepas tu, kami singgah di Rumah Terbalik (Upside Down House). RM10 (mykad holder) Kalau tak, RM18 . Najah dengan keluarga pon dah macam rombongan so Najah dipilih untuk mengetuk gendang sebanyak 3 kali sebelum masuk ke dalam rumah itu dimana siling nya menjadi lantai dan lantainya menjadi siling. Can you imagine? Kerusi buluh semua dekat atas siling. Hehe! Rumah tu ada history nanti datang, you all dengar lah orang tu ceritakan semula (iols leka tengok apa yang terbalik dan melekat dekat siling so faham sikit sikit aje ekekeke).

Babah can you please stop it. adoi. Bawak seorang badang dari LCCT ke KK. Badang keluarga haha! Kereta terbalik, apa pon terbalik dekat sini. Panas waktu ni, semua kerja tak jalan so buat buat lah berteduh, dah dapat berteduh, babah pulak macam ni. hmm :')
Chaak! baru munculkan muka berkepit dopompatjam dengan ibu ekeke.
Nak dikatakan semuanya terbalik, kecuali original toilet dan surau. Kot kalau dua dua tu terbalik, tak tau macam mana nak teruskan hidup dekat situ ekeke. But nice lah, lawat Sabah kan. See this kalau tak cukup terbalik.
Maafkan saya bakal mak mertua, ini untuk suka suka ekeke
Lepas ronda ronda dekat sini, kami berehat sekejap pekena teh tarik dan macam macam lagi and then bergerak ke Kundasang yang sejuk bak Cameron Highland katanya ehee! #happylagi!

Diary Farm Kundasang
Kami gerak terus ke Kundasang dari Tamparuli untuk singgah segera ke Ladang Lembu yang terkenal di Sabah. Lembu semua gemok gemok dan pandai okk! Pandai bukan sebab apa, kalau korang dapat tengok gambar dibawah ni, lembu lembu ni semua sedang beratur take turn untuk diperah susunya. Yang buat Najah rasa speechless, dia tak menganggu lembu lembu lain yang beratus ratus belakang mereka yang kepanasan tunggu turn.  Sekor sekor tunggu dengan sabar dan makan. Makan tak bagi depa leka haha. Good job bebeh! Allahuakbar, comel betui. Rasa kat New Zealand pon ada hihi!

ibu dan babah makan ice-cream fresh from susu lembu. Enak gile! *rindu :(





Ni Lembu lembu yang tunggu turn dekat belakang depa!! hows it? rare haha!

Tak ketinggalan jugak untuk Najah try two cups of ice cream meh! Gila tak gila lah kan, tekak mmg suka fresh milk dari kecik, so apa lagi..pau bapaku dengan tak malu dan mintak maktok duit syiling wkwkw!  'Maktok, pegangkan untuk saya. Nak ambil gambar untuk blog nanti' Maktok said: "makan lah duluuuu..habis kan duluu" ..kalau makan dulu, gambar nak ambil gambar apa? haha! " Maktok: letak gambar bukan boleh makan" I felt like sayang maktok, sebab betui jugak dia cakap mwhhwhw!
Kalau you guys pergi, jangan lupa beli susu fresh dekat situ and ice cream dia. Menaip ni pon nasib boleh control kalau tak, terliur nak ice cream dia semata. hehe! #nangisnakicecreamvanilladanchocolate 


Abang ajak pergi lepak dekat ladang. I said, JOM! Babah, me and abang saja yang pergi, maktok ayahtok and ibu rehat tengok dorang proses susu lembu =) Cantiknyaaaaaaaaaa ladang! semua hijau :') Sihat mata tengok suasana desa dan ladang!
superhero with his 2 kids =) syg babah!


Abang kalau pergi bercuti takboleh kalau Najah tak follow. Dia suram hehe. Kalini Najah ikut, boleh lah di buli bulikan kita. hmmm. Tapi sebab abang ada pon, bagus jugak! boleh lah dia amekkan gambau banyak banyak ekeke. Nasib baik ada monopod pink semua gambar just great (melainkan gambar atas ni, kalau abang amekkan, gegaran berlaku hmm  maafkan aje)
see, nasib baik ada monopod! ehee

Sebelum balik, kitorang dua beradik sempat snap shot dekat batu masuk ke dalam ladang ni :') So tanda kami dah sampai lah kan. Lembu lembu at the back, lepas diperahkan susu depa tu tadi, depa dilepaskan ke ladang ni :') Nampak tak kabus? kabus nak start dah. Sebab tu sana sejukkkkkkk!



Anyway, it was awesome part which is Najah panjat kayu wkwkw. Gasak lah kan, nak bergambar punya pasai =p


Oklah kan, sejuk memang dah start sejuk :') so tunggu nak balik hotel je ni ! Dari rumah maktok dah bekalkan rendang dan roti untuk kami makan dekat hotel. Maklumlah, hotel kami atas puncak sana so that susahlah nak cari selera sendiri kan. So kami buat dari rumah siap siap!


Checked-in at Celyn Resort at Kundasang (1 Night)

Kami sampai pun dah gelap dan sempat snap gambar satu keping saja sebab camera dah flat habis :')
 Ni lah pandangan dari atas. Resort kami di atas sekali. Mula mula nak stay dekat Pine Resort tapi ibu kata try Celyn pulak dapat tengok Gunung Kinabalu dekat sikit :') Btw, nice jugaklah! Sampai sampai kami siapkan diri untuk Maghrib sebab maghrib sana awal dan kami jamak terus. Makanan yang kami bawak dari Seremban tu kami makan sampai habis. Lapar sebab sejuk sangat. Berbekalkan air susu kotak yang kami beli di Ladang Lembu tadi, Alhamdulillah kenyang! Borak borak sekeluarga dan kami akhiri dengan menguap lalu tidur kesejukan sampai subuh :')

20 February 2014 (Day 2)
Celyn Reosrt Kundasang (checked-out), Fish-Spa, Kolam Air Panas, Lokan Bakar & Kota Kinabalu
hoody hijb from Diana Amir  & Camo maxi by Candy Plus Size

Sedar sedar saja, dah pagi. Kalau Semenanjung jam 6.00 pagi, Sabah jam 5.00pagi (awal sejam) tetapi langit dah cerah. Kami cepat cepat kejar masa nak tengok Gunung Kinabalu sebelum awan menutupi gunung. Najah terlewat sedikit, yang sempat hanya babah ayahtok dan abang. Sempat tengok dari jauh tapi still kagum dengan Gunung Kinabalu tu =) cantik!

Ini yang sempat najah ambilkan sebagai kenangan depan mata! Itu pon dah hampir dilindungi awan tapi apa apa pun Alhamdulillah cantik sangat waktu tu dengan ketinggian gunung yang Allah berikan :')  Rasa satisfied stay dekat Celyn Resort ni sebab memang terang dan nyata nampak gunung kinabalu ni .

I love  my family ehehek! (ibu je dah mandi pagi, tiga orang tu belum ekeke sojukk )

Makan makan pagi dengan family berlatarkan kabus sampai masuk dalam coffee house :') Almaklumlah, babah bukak tingkap mana taknya. bercakap pon rasa dekat overseas ehek!


Ya Allah, seronok rasa hati keluarga depan mata bersama :')
Bergerak ke Kota Kinabalu, dalam fikiran 'Pasar Filipina' sebab orang cakap famous sangat pasar tu. Kalau dekat Semenanjung macam Pasar Siti Khadijah la macam tu :') Not bad, nanti kita cerita ok!


Red halfmoon shawl from - Pearl Haya 
Berlatar belakang kan pine tree, rasa rindu nak tinggalkan Celyn resort ni. Hmm will come back kalau ada kesempatan waktu :')
Hello Batman, thank you for being my BATtery of life, brother!
Jom Najah nak story kenangan bersama Ikan besar lengan yang sangat jinak dan manja. Aduhai, kalau ikutkan boleh bawak balik memang siap dipanggang dah. Bila niat nak panggang macam tu, sayang pulak sebab rasa nak bela. aihhs hihi!


Babah with the fishes. Sebelah Babah is our tour guide named Encik Adi. Sporting and peramah lantas baik hati.  Najah cecah cecahkan juga kaki ni tapi rasa geli sangat dia gigit gigit. Tumit kaki ada kulit mati dia gigit, bersih yunohh! hehe :') Fresh rasa. Ikan ni tak boleh tarik toksin cuma dia boleh gigitkan kulit mati as thier foods. Ikan kelah ni macam ikan keli tapi cantik sikit lah. kejap.





















Lega lepas tu bilaskan kaki. Tang bilaskan tu baru menyesal awatlah tak bawak sandal or selipar. Seluar memang dah lenjun basah dah basib baik cepat kering ehe! Tapi fun lah, kami sekeluarga ambil pengalaman  untuk rasa geli geli ikan di sungai ni :')



Yang ni seronok jugak. Lepas main ikan di Fish Spa, Ranau, Kami ke Kolam Air Panas untuk rehat rehat merasai kepanasan air yang original di kaki masing masing=) Kalau nak private room untuk mandi secara tertutup RM20 satu rumah dan kalau macam kitorang, percuma saja sebab cecah kaki diluar. Masa mula mula masuk, air terjun dia yang deras kita lintas rasa nak terjun dalam air terjun tu tapi apakan daya, sebab tinggi sangat jambatan tu maka padamkanlah hajat sebelum ajal tak diduga ekeke =) Abang pon excited ajak naik atas tengok apa yang ada, bila tengok 10km bla blabla.. kaki tiba tiba tak mahu teruskan perjalanan haha! Haa kat situlah air terjun , Najah tengok ramai yang balik dari sana lencun habis. Makcik yang pakai baju kurung pon lencun dok mandi situ. Aihh, nak nyesal pon tak guna hanya boleh bergambar saja :')
Gambar disini sejuk. Boleh tengok Instag kita :')

Lepas tu destinasi seterusnya adalah mencari lokan bakar yang terkenal di Sabah. Encik Adi bawak kami ke sana mencuba Lokan Bakar for the first time seyh!




Nyummy! dia bakar fresh using sabut kelapa. Pekena jugak bersama air kelapa sejuk. Pergh..ehehe! (sorry le kalau pregnant baca blog waktu ni, i cant help my self to calm down bout foods nowadays hehe)
Perjalanan kami ke KK sempat juga singgah ke Kinabalu Park untuk bergambar dan sempat tengok gelagat pendaki. Kebanyakkannya pendatang asing yang suka kan advanture. Malaysia pon ada juga, Njaha kagum semangat mereka :') why i feel like this eh? nyesal tak naik pon ada ekekeke!

Belakang kami sekluarga gunung kinabalu dari jarang dekat, tapi still ditutupi awan eventhough jam 4.00 ptg. Maktok Ayahtok surrender awai sebab letih berjalan :') Kami gerak ke Masjid Negeri Sabah. Maktok & Ibu pesan, kalau kemana mana jangan lupa singgah Masjid sebab tempat sujud kita itulah membantu kita di Akhirat dan doa musafir ni InsyaAllah Allah makbulkan :') Thus, gerak lah kami ke Kota Kinabalu dan mencari Apartment untuk kami 6 beranak menginap dan Alhamdulillah sangat dekat dengan Pasar Filipinaaa. Oh gotch! u see ?! so please choose Marina Court kalau rasa family ramai more than 4 so boleh gather under one roof ehe!



Kami makan malam di Pasar Filipina dan makan seafoods yang lazat gile hehe. Ibu Babah Maktok and Ayahtok pilih ikan, udang, sotong untuk mereka masakkan, dua beradik melilau ambil gambar berlatar belakangkan kapal yang singgah ke Jeti disebabkan gambar banyak gegar kerana tidak membantu ibubapa, gambar diatas saja yg molep hmm :')  Lapar semua sedap kan. Lepas makan, kami pon balik ke Marina C. Malam dah, kami pon lena dengan tak sedar diri menunggu esok hari terakhir di Sabah :'(


21 February 2014 (Day 3)
Check Out from Marina Court, KK Look Out Point,Pasar Filipina, Tanjung Aru & KK Airport

Pagi pagi dah bersiap sebab nak gunakan waktu yang ada di Sabah. Breakfast with my family together & tunggu Encik Adi ambil untuk ke Look Out Point sebelum ke Pasar Filipina :')
Halfmoon printed shawl from AzfaBoutique







Ha ini lah sebahagian pemandangan Kota Kinabalu :') FOC, datang dan snap lah gambar sekeping dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan macam aku ni =)



Great lighting, fuh lega. Masa snap gambar dekat dalam ni rasa gelap, bila sampai rumah. wah! terang! bila terang, nampak gergasi beraksi macam ni. hmmm hampa :/ haha!
Come, jom ke Pasar FIlipina pulak! eehe =)
Biasalah aku pon akan jadi macam ni kalau dah kawin dah bekeluarga. Jenguk jenguk apa dijual, 2 kotak jugak lah ibu dok borong kat orang tu. Dengan segala udang keringlah, ikan kering la, apa segala yang ada dalam tu ibu beli.  Aku? Pergi pilih barang2 buah tangan bestfriend. Baik cari dulu sebelum kene hempok kalau berjumpa tak bagi apa apa hahaha!
Aaha, ini part dalam Pasar pulak. Semua barang rasa nak capai. aihhs, nasib baiklah duit Najah ibu control maklumlah Ibu kan bhg, Kewangan, maka,  masa depan kami ibu yang caturkan haha. Kalau tak, beli ice cream pon mintak babah =p ehek! Alhamdulillah done shopping and barang barang yang dibeli untuk kawan kawan pon kawan terima dengan gembira :') Syukur!


Not only Ibu and the rest yang shopping, Babah pon. Hmm babah ni pantang tengok barang klasik, cantik untuk dibeli dekat rumah dijadikan perhiasan. Kalau sapa pernah datang rumah, semua jenis perhiasan dekat rumah, babah belikan. Yang tolong cucikan habuk, lapkan bila berdebu sapa lagi kalau bukan Ibu dan Aku ekekeke :') Thank you babah sebab buatkan rumah kita cantik ehehe takdala rasa malu kalau kawan kawan nak datang rumah ekekeke!

Selesai saja kami di Pasar Filipina ni, kami bergerak ke Masjid Negeri Sabah semula untuk Babah Ayahtok dan Abang menunaikan Solat Jumaat dan kami solat jamak sebelum kami gerak ke Tanjung Aru. Tanjung Aru ada apa eh? Ada tempat makan tepi pantai! Awesome!

Walaupun panas terik, tapi kami bersyukur kerana diberi nikmat makanan yang sangat lazat seperti:
ABC ni hanya terdapat di Sabah. Kat Seremban ada tak rasanya? :') RM3 sahaja tak silap. Murah dan banyak nye! Alhamdulillah, sumpah rindu :'( Sabah, why you so jauh?! Sambil tu kami makan kerpok lekor panas, minum air kelapa fresh dari pokok kelapa dan diletakkan ice didalamnya :') ( aiss, gosok tekak sendiri hmm)


Payung yang sentiasa dibawa kemana mana, thank you bestfriend syg Fatin Liyana Asri
Kami pon berangkat dari tempat rehat meninggalkan ibu babah maktok dan ayahtok untuk kami berdua mengambil gambar diserata kawasan ekekeke.  Tempat sini ala ala hard rock like that, cantiklah kalau nak mandi pantai. Lebih kurang Port Dickson,  tapi sini cantiklah kalau nak berehat. ok! So berakhirlah cerita ini sebelum pulang ke tanah air ku Kuala Lumpur ke Seremban pada jam 8:00 malam.


Apa apa pun Najah gembira sangat sebab dapat bersama sama keluarga yang Najah sayang hingga Akhirat. Bila berkumpul bersama keluarga, lain rasanya. So, sila sila lah habiskan masa bersama keluarga jika ada masa terluang dan thank you parents hadiahkan percutian ini untuk hadiah Semester akhir saya.

Ok dear readers, happy reading and stay good be proud of yourself! Kita yang masih hidup jangan leka dan bersama samalah kita mencari apa yang patut kita cari untuk amalan di Akhirat :) Love you.



#marilahkitamendoakankepadasaudaraseislamkitasemogaberadadidalamkeadaanyangbaikdanbertemusemuladiJannah. . #amischaheerablogger #MH370 #529mesir #inmemory #alfatihah 

13 comments:

Precious Cla said...

WOW ! Next time do join me to climb the GUNUNG KINABALU hehe...sure berbaloi-balaoi datang Sabah. :)

♛ Nazirah a.k.a Naz ♛ said...

Assalamualaikum...
Najah, memang best pegi sabah. rasa tak nak balik tau. sabah ni ada aura dia sendiri. kt dah pegi dua kali. tpi still rasa rindu nak pi lagi.haha :-)

Nur Fajariah said...

cantiknya sabah.teringin nak pegi sana =)


tak berkait pun ni,akak dia beradik je ea? =)

DatinWowhh Najah said...

Ya i miss sabah's too. Nak pegi lg nak makanan n ice cream also susu lembu fresh ; (

DatinWowhh Najah said...

Ya i miss sabah's too. Nak pegi lg nak makanan n ice cream also susu lembu fresh ; (

DatinWowhh Najah said...

Aah 2bradik je :)

sharwin said...

terima kasih datang ke sabah. :)

DatinWowhh Najah said...

Nice hehe ;)

kadazanboy said...

Sapa nk pi sabah di alu2kan kawen kat sana pun boleh,hehe

FadzliLy Amin said...

salam najah...
najah ada contact no . en ady tourist guide najah tu x?

heheheeee

019 3009232 fon no saya

SangRatoo said...

As Salam Najah,
kak jue nak tanye Najah stay kat Marina Court tu yg type jenis apa ye..and berapa harga satu malam? hope Najah boleh bagi review tentang marina court tu..tq Najah.
Have a nice day :)

SangRatoo said...

As Salam Najah,
kak jue nak tanye Najah stay kat Marina Court tu yg type jenis apa ye..and berapa harga satu malam? hope Najah boleh bagi review tentang marina court tu..tq Najah.
Have a nice day :)

Anonymous said...

Salam.. Nk tny jauh x marina tu dgn tmpt mkn? Sbb nk bwk ibu ayh tkt dorg jln kaki jauh plak nnt. Sbb sewa keta just for certain days.