Thursday, August 22, 2013

Sheperd Pie yang mudah !

Assalamualaikum.

Keluarga aku bukanlah fully western. Menu wajib yang perlu ada mestilah ikan goreng, telur dadar, lauk dan something yang berkuah. Perlulah ikut selera ketua keluarga (ayah aku) kan. Kalau kau nak makan selera kau sendiri, makanlah kau sorang bersama tentera lain (ibu dan abang) dan aku tau ayah aku akan "capcapnyamnyam" rasa sebegitu sahaja dan berlalu pergi. Ok la tu kan amek hati aku dari takda mhahaehw!

Today's recipe sangatlah western so bolehlah cuba ok :) First of all, thank you for the recipe Kak LinaKz Shaari (buku resepi) & thank you Ibu hadiahkan Multipurpose cooker (so boleh bakar, boleh kukus juga boleh goreng) mwah! 

Resepi harini "Sheperd Pie".

(Step pertama)
Bahan bahan yang diperlukan untuk membuat mashed potato:
5 biji kentang (hendaklah direbus & lenyek bertubi tubi)
Serbuk lada sulah
Garam
1/2 cawan susu cair (susu cair Ideal Milk)

*[gaul semua diatas dengan rata dan sebati]

(Step kedua)
Bahan-bahan yang diperlukan untuk daging:
4 keping daging kisar/hancur (kita guna daging hancur burger ramly (2pcs))
1 sudu besar lada hitam
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 sudu besar rempah kari
2 sudu besar tomato puri (kimball)
2 sudu besar tepung gandum
3/4 gelas air (kalau boleh, air filter terjamin bersih)
Carrot (dihiris halus/sagat)
Garam
Oregano (serbuk)
Chesedale yang dipotong halus (sebenarnya guna mozarella cheese tapi tak jumpa kat kedai tu).
Serunding daging
sedikit minyak masak

*Cara untuk daging ini :
1. Ambil pan/kuali dan panaskan minyak(sedikit sahaja. If terlebih nanti minyak naik banyak macam dalam gambar atas).
2. Tumis bawang sehingga layu dan masukkan daging hancur yang telah digaulkan dengan lada hitam tadi. Masukkan rempah kari dan gaul rata.
3. Kemudian, masukkan tomato puri, oregano dan garam.  Biarkan daging dengan semua bahan tadi. 
4. Ok lepas tu, bancuh tepung gandum dengan air. Tuangkan tepung gandum yang telah dibancuh itu tadi perlahan lahan kedalam daging. Kacaukan dengan rata. 
5. Tutup api dan boleh lah taburkan carrot yang dihiris halus tadi.



*Tuangkan adunan daging itu tadi ke dalam loyang/bekas cantik (pastikan boleh dimasukkan dalam oven). Tekan daging itu sampai lenyek dan bagi mampat. Kemudian, masukkan mashed potato, tekan tekankan juga.  Lastly, taburkan chesedale ke atasnya. Ok, bakar dalam suhu 180 celcius dalam 20 minit macam tu. 

Siap dah! Haha senang kan?

Actually lepas bakar tu, atas tu boleh je letak parsley tapi aku rasa macam tak cantik pulak kan so aku letak serunding dan kalau rasa leceh letak lada hitam pada daging hancur ramly tu, boleh je beli daging burger oblong Ramly dan hiris halus sebab burger oblong Ramly tu dah siap lada hitam.

Ok korang boleh makan dengan roti. Aku dah buat ibu happy haritu sebab tak payah masak sakan and makan berat malam malam, so makan ni je kenyang sangat untuk berbuka puasa kami dua beranak Alhamdulillah. Babah ada majlis di Masjid so kami free tak masak Syukur lagi sekali waa!

Selamat mencuba!

Tuesday, August 20, 2013

OREO CHEESE CAKE

Assalamualaikum

Hi kita jumpa lagi seminggu dua kali ni. Entry kali ni khas untuk anda yang betul betul sukakan CHEESE ! Sejenis makanan yang aku cukup benci dari kecik sampai boleh menangis kalau nampak abang aku makan depan mata.

Baiklah, harini aku takda buat apa kat rumah sebab semua orang dalam rumah ni kerja and maktok ayahtok bercuti di Pahang. You know what I feel? can you feel it together?  Tapi syukur Alhamdulillah parents aku masih lagi membayar bil elektrik juga internet setiap bulan untuk mengelakkan anaknya yg ni menjadi tak keruan.

Ok lah berbalik pada kisah cheese, aku nak lah share resepi yang melibatkan cheese dan seangkatan semasaman dengannya. Kisah ni bila aku dok 'google' lah resepi resepi kan tapi semua banyak libatkan oven, bakar juga kukus. Tapi aku memang nak buat something dessert jugak sebab aku taknak waktu aku diisi dengan something yang boleh buat ibu aku mengamok hwhehe. Oven dekat rumah maktok aku dan aku takda kunci untuk masuk rumah itu tsobsss so aku nak buat dengan menggunakan cara yang mudah tak melibatkan oven, dapur juga pengukus. Me no like it mama, me no like it but then, aku pon kacau kawan kawan aku dan mintak la resepi and sambutan sangat lah menggalakkan dengan bermacam macam resepi miheha! Aku tengokkan saja jam dan waktu kat dinding, nampak sangat mereka semua itu sedang kebosanan di office dan tunggu waktu untuk chalo home dan aku sungguh excited bila resepi  baru aku dapat thank you so much you alls dan resepi mudah telah aku dapatkan dan resepi yang aku pilih adalah dari Nabila Atiqah, kawan sekolah aku. Dia beria ia type panjang sangat resipi nak bagi aku paham. Aku macam tu lah, sukakan imiginasi baru boleh aku buat. bwheha! thank you bell.



So mari kita mulakan, OREO CHEESE CAKE.

nota ingatan: 
cake ini is FULLY FREEZER dan TAK PERLU DIBAKAR/DIKUKUS.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Cream cheese (2/3 packet and I choose TATURA brand 
    gambar lembu/terpulang)
2. Susu pekat (1 tin F&N is better rasanya/terpulang)
3. Air perahan lemon (2/3 sudu besar/cukup rasa)
4. Biskut ( Oreo atau apa apa jenis biskut kegemaran / I 
    chose Oreo sebab tu nama Oreo cheese cake)

Langkah pertama:

1. Campurkan cream cheese, susu tin, air lemon ke dalam bekas mixer. Putarkan ketiga tiga bahan tadi dengan menggunakan mixer seperti gambar dibawah dan putarkan semua itu sehingga kembang juga sebati adunannya (around 8 minutes-9 minutes). Sila rasa campuran susu/lemon semasa mixer untuk sukat masam itu yang anda mahukan atau kurangkan. Jika tak mahu masam sangat, kurangkan air lemon.
2. Ok, sila patah patahkan biskut anda tapi jangan hancur sangat. Kalau kita, Oreo sebungkus tu kita patahkan empat setiap satu dan susun cantik cantik dalam bekas hidangan.

3. Lepas tu, tuang semua yang telah diputarkan tadi ke dalam bekas yang berisi oreo/biskut yang telah dipatah patahkan tadi dan selepas itu, taburkan sedikit lagi oreo/biskut di atas cheese cake untuk nampak cantik.

4. Lastly, masukkan segala yang telah anda curahkan dalam bekas hidangan itu ke dalam freezer (top) untuk proses sejuk dan beku. Biarkan selama setengah hari/sehari untuk oreo cheese cake itu tadi menjadi keras dan sedap dimakan. 


Pastikan Oreo cheese cake ini sentiasa di dalam freezer beku kalau tidak, ia akan cair. Macam ice cream jugaklah. Result dia, terbaik la kan sebab aku kan tak suka cheese so bila cuba makan tadi,aku rasa menyesal marah abang aku yang peminat tegar cheese sebab cheese cake ni fully without tepung dan boleh rasa keasliannya wahai cheese addicted sekalian .

selamat mencuba!


Monday, August 19, 2013

RAYA AIDILFITRI 2013 Alaa Si Datin Tuu!

Assalamualaikum.

Finally i am here for you. Alhamdulillah. So hows your 2013 Aidilfitri? Hope everything is Happy lah kan takda sedih sedih sangat kan. Hari Raya tahun ni banyak acara and macam biasalah kunjung mengunjung tu kan. Balik kampung main bunga api and baling selipar tepi pantai bersama anak kecil walaupun kau sorang je yang dah tua dekat situ kan..



Raya pertama:
PLUS SIZE: Exclusives Raynaaqueen caftan and shawl by Raynaa

Aku tak kemana pun cuma santai santai dirumah Seremban saja sambil makan makan with family love and with no limit masakan Maktok yang super lazat di pagi raya mhihi. Orang takda sangat beraya di bandar so aku pon takdalah tetamu macam suasana kampung dimana pagi pagi dah ada tetamu kan.. cuma lepas Sunat Aidilfitri, perkara wajib adalah pergi ke rumah makngah dan pakngah dimana rumah mereka hanya sekangkang kera untuk aku makan biskut sampan faveretss miahaha. Lepas tu aku baliklah ke tempat asal yang aku anggap kampung which is rumah maktok ayahtok aku, dah balik rumah orang pon tak berapa nak ada maka nya, peluang untuk membuta sangat tinggi lepas menelan ubat demam selesema yang mengantok oi. kesian.. pakai cantik cantik pon tanggal balik. mhaha. Raya pertama aku sangat sedih tapi digembirakan semula dengan duit raya dari keluarga walaupun dah tua bangka yeay :p

Raya kedua:

Aku macam excited sangat pulak sebab aku balik kampung Melaka. Aku bukan apa, kampung Melaka kan semua cantik cantik so kalau hari raya jelah aku akan balik sana. Saudara mara berkumpul itu la yang paling aku rasa excited .

Aku kan kepochi semua gossip yang aku taktau aku nak tau.miahaha! Sepupu aku dah tau yang sepupu dia macam aku ni memang slow sikit kemain lambat nau nak update anything so aku ni ibarat selfish dan katak bawah tempurung jugak la isu semasa :p


Kalau berborak dengan family tepi pantai dengar cerita babah masa kecik itu perkara biasa mehehe. Almaklumlah, aku bersyukur sangat kampung aku tepi pantai bwehehe. Dalam masa yang sama, i really miss my cousins from seberang yang tak dapat balik raya tahun ni bersama hope will meet them soon. Along, Anor I miss you! nanti balik ok :) Kalini tak dapat mandi manda sebab banyak rumah nak beraya waktu tu balik pon balik hari, penat je excited kemas baju mandi malam sebelum balik kampung tapi babah kata ' hey! jgn mengada tak sempat lah awak berendam dah lah berejam' tsobss.

Raya ketiga, keempat dan seterusnya:

Aku menunggu kehadiran saudara mara dan keluar beraya ke semua rumah yang ada. hehe! Balas balik kedatangan raya adalah adat keluarga and sangat special bila ada je aktiviti baru aihzz, happy! 
Haha don't worry lah, babah ni kalau kitorang paksa bergambar, ini la hasilnya wkwkwkw. Minggu lepas, ada majlis merisik sepupu so program tahun ni macam meriah sikit. ekekeke. 

Kawan kawan pon tak putus putus datang beraya Alhamdulillah thank you so much my ex schoolmates yang memang suka hati rancang rumah aku jadi tempat permulaan untuk berkumpul setiap raya amboi korang. ekeke. 

Thanks to my bestfriend too sebab buat mee soto yang terlazat didunia. ihi! nak menunggu fatin ni cuti, kebetulan sama sama busy and raya ni lah baru kami jumpa semula. InsyaAllah do your best for your final year, kakak ni takmau kacau kakak sana sangat ok! mehehehe! thank you jugak sebab dapat hadiah best :D 

sekian kisah raya alaa si datin tuu .. tuuuut tutt. bye!