Friday, July 26, 2013

PLUS SIZE: KURUNG PAHANG SB LINE VINTAGE BY HIJRAH COUTURE

Assalamualaikum

Baru baru ni aku berbuka di Kuala Lumpur. Tak payah Kuala Lumpur sangat lah, macam baru pergi sekali seumur hidup je mhaha! Aku berbuka disana dengan hati yang sangat gembira. Gembira jugak la tengok suasana sekeliling bila orang ramai berbuka kiri dan kanan aku. Yela, Ramadhan ni fully berbuka dengan family so kebetulan aku pun ada urusan, so aku berbuka terus disana. Nak balik ke Seremban semula dalam jam 5petang, ok boleh magrain. Rasa lain jugaklah sebab pada aku, berbuka dengan family lagi awesome mmmph dapat cedok lauk suka hati dan tambah lauk tanpa mintak izin bhaha! Kalau kat luar? hmmm. i malu tapi mahu =)

Aku sangat excited sampai aku ke sana dengan berbaju kurung. Sampai maktok aku dengan ayahtok aku pelik haritu:


Maktok: pergi mana dengan baju kurung cantik cantik ni? 
Me: err, hormat bulan Ramadhan maktok. Gi KL kejap boleh?
Maktok: oh tapi harini bukan Jumaat.
Me: oh, takpa orang office pon pakai baju kurung 
setiap hari :p
Maktok: yelah, pergilah macam macam awak ni 
(ketawa kecil comelnya)...

Tapi aku rasa selesa berbaju kurung dan lagi mudah dan senang. Tak perlu fikir banyak banyak kali nak pakai baju apa, capai terus pakai. boleh kan? Awkward tu takdalah, tapi sebab aku keluar dengan kawan yang dah biasa, dia panggil aku 'ibu' pon aku no hal. Yelah, dorang pakai casual. miahaha! menci ite taw. Sambil sambil nak tunggu waktu berbuka, aku bawak kawan kawan aku shopping. 

Aku tengok aje lah dorang ber-shopping memandangkan aku suka tengok kawan kawan aku shopping kan. Pilih la pilih lah, aku kalau nampak owner kedai mulalah aku berborak mungkin boleh tawarkan harga untuk kawan kawan. eh? mmhaha.

Hidup aku ni biasa je tapi kalau berjalan, baru kau kenal siapa Datin sebenarnya, suka benau bejalan(kata orang melaka) aihi! Aku seorang gadis yang sentiasa berumur 20tahun sentiasa tak kurang tak lebih, mestilah nak kelihatan cantik dan cantik untuk diri sendiri rasa puas. Aku pernah rasa tak kisah tentang tak cantik tu, tapi waktu aku sekolah dulu mahaha! Selekeh macam mana pon, baju kurung putih, tudung putih, kasut putih, kain biru dan berulang pakai setiap kali ke sekolah dan tusyen pula hanya memakai pakaian yang senang untuk terus bermain main di padang.#lahaulawala. Bila nak nampak cantik, aku akan pilih yang terbaik dan berbaloi dalam hidup aku. Aku tak kiralah apa apa janji murah dan cantik. ihik ite mana le mampu nak pakai PRADA, LV, GUCCI juga FURLA :D setakat pegang pegang letak semula ke tempat asal boleh le mmmhihi.

Baju kurung yang aku pakai kali ini bukanlah baju kurung biasa tapi baju kurung Pahang. Baju kurung pahang adalah yang paling susah nak match dengan aku (plus size) selama ini. Tapi dengan izin Allah, dapat jugak aku memakai baju kurung pahang yang terletak dibadanku tanpa sedikit rungutan. *eceyh biasalah nama pon DATIN #wkwkwpfft. So, aku berbuka dengan kawan kawan aku dengan memakai baju kurung pahang. Baju kurung pahang salah satu baju kurung yang sangat unik. Selalunya orang yang berbadan seperti aku selalu setia untuk terus bersama baju kurung biasa dan baju kurung moden, dah selalu dengan yang biasa maka aku mencuba untuk memakai satu kelainan untuk aku happy sendiri. Tambahan pula, baju kurung pahang itu kelihatan cantik dan kemas.
logam emas di bahagian lengan baju



logam emas di bahagian depan baju & kain lipat depan
Baju kurung pahang bukan sebarangan tau, tapi corak untuk hati aku gembira perlulah wajib. See, logam emas yang cantik dan kekal di setiap lengan dan di bahagian depan baju. Aku memang suka lah kalau design simple and cute macam ni kan. emmhehe. Aku kagum dan suka dengan butik Hijrah Couture ni dah lama dah. Aku dok perhatikan aje sampailah aku dapat tahu ada baju kurung size aku kat situ. See, how long it take time untuk pakai baju cantik cantik dari situ weh? 

Baju kurung pahang yang aku pakai ni fully design by them. cantik kan? Bukan setakat cantik, tapi baju kurung pahang SB Line Vintage ni sangat turun temurun disebabkan ada poket yang comel di bahagian depan baju and it was like baju zaman dulu dulu. flirt la cemni sebab ada yang sangat suka design baju ni and it is from butik Hijrah Couture . Takkan ada di tempat lain.
Datin kau memang suka bergambar suka hati sampai mintak izin selepas snap gambar #sorry owner butik ye :p
Size yang aku pakai is 2XL dan light purple. Warna warna baju kurung pahang SB Line Vintage yang lain cantik cantik jugak tapi sebabkan tahun ini purple belum ada untuk aku, so happy jugak la kan ihik. Warna lain kalau tengok, boleh nak beli semua sebab semua cantik cantik. Badan dalam gambar ini taktau kenapa nampak macam kecik sebab baju kurung pahang ni memang nampak kan aku kecik kot yeay terima kasih baju kurung SB Line by Hijrah Couture haha! Ukurannya memang untuk plus size tau, so don't worry and jangan salahkan aku kalau jumpa nanti, kenapa kat luar besar kat gambar kecik je. Nak kelihatan slim di hari raya? boleh la beli baju kurung pahang sb line vintage ini segera. Soal ukuran jaganlah risau, owner dah siap siap bagi ukuran dari size S sampai size 3XL (boleh ukur lilit dahulu sebelum order melalui online) ayuh lakukan!

Suka tak ada semua size anda? haha aku pastilah suka sebab tu aku ada juga. Macam nak pergi dan serbu lagi pon ada. Material kain sangat selesa sebab mereka ini pakar baju kurung, mestilah tahu kan tentang persekitaran. Ok boleh pergi pilih di website HC mereka ini : HIJRAH COUTURE WEBSITE dan jika anda suka online facebook dan suka kepochi untuk tahu tentang update koleksi baju kurung mereka yang terbaru dan cantik, boleh LIKE di facebook mereka : HIJRAH COUTURE FACEBOOK. great!

Kalau anda malas nak beli secara online dan lebih suka sentuh dan pilih baju kurung jenis yang lain juga pilih untuk sedondon bersama keluarga dari kanak-kanak hinggalah suami/isteri (keluarga) boleh la walk-in. Butik ini berada di area Shah Alam dan sesiapa berdekatan dengannya, boleh segera pergi ke butik mereka yang beralamat di :










Pada sesiapa yang runsing tiada lagi baju raya dan tempahan lama sudah ditutup, boleh lah shopping di Hijrah Couture yang Traditionalcontemporary elegant ini. easy and lovely sangat kan? bestnya tengok orang lain pakai baju kurung pahang depan mata Raya nanti=)

Perkongsian Ramadhan: 
Semoga berbelanja dengan baik dan bijak. Alhamdulillah, tiba sudah Nuzul Al-Quran dan Qunut sudah pun kita mulakan. Terawikh lah dengan gembira. Semoga amal ibadah kita diterima Allah dan ikhlas keranaNya. Rebutkanlah pahala berganda di bulan Ramadhan yang suci ini. Doakan kebaikan untuk orang lain, jangan hiraukan pembalasan ke atas kita, kerana semua tugas Allah dan Allah tidak pernah mungkiri malah segala kebaikan berbalik pada kita tidak kira masa dan tanpa kita sedar InsyaAllah, termakbul segala doa dan permintaan, Amin. Byebye!

Thursday, July 18, 2013

Tips untuk MENGEMBIRAKAN Ibubapa kita

Assalamualaikum,

Dikala cuti yang melapangkan dada, aku sangat suka involve dengan aktiviti aku yang aku rasa sihat "kot". Yelah, nak berborak dengan sapa lah aku takda adik perempuan & kakak kat rumah ni.  So aku cari alternatives untuk paksa maktok aku dengar aku bercerita. Ibu aku tentu tentu dah bekerja so tunggu malam lah nak bersama ibu and kalau ibu balik dari office, tentu tentulah ibu penat dan letih tentu tentunya ibu sleep early and akan bersama spend time bila malam sabtu dan ahad. See that? " We are so busy growing up, we often forget 'they' are also growing old" Yes, now im talking about parents.

Bila aku cuti semester yang sangat lama ni, aku banyak terkenang kalau sorang sorang, biasalah aku ni pompuan yang suka penuh dengan angan angan dan khayalan syahdu sikit miaha! So bila aku cuti, ada je aku nak buat. Tapi kalini, cuti yang diberi ni aku nak guna dengan rasa penuh semangat. Aku nak fulltime dengan keluarga aku. Aku selalu busy kesana sini, kalau cuti takda memang tak balik lah kan. So cuti yang lama ni, aku nak gunakan dengan sebaik baiknya. Aku bukan apa, aku tersentuh hati sebenarnya tengok video kat facebook. Walaupun video ni animasi, tapi kisahnya sangat memberi kesan pada aku and pasti anda juga. Sila click untuk tonton


Cara mudah untuk membantu ibubapa dan mengembirakan mereka :

1. Elakkan mereka berkecil hati /terguris hati

Jangan buat mereka terguris. Mereka ni ibubapa kita, segarang garang mereka, setegas tegas mereka, mereka juga ada perasaan seperti kita. Walaupun mereka tak luahkan, tapi mereka luahkan dalam doa selepas solat atau pun pada waktu mereka benar benar terasa. Doa mereka tak pernah yang buruk untuk kita, semuanya yang baik baik kerana kita anak mereka. Ada kita ambil tahu?  Degil degil kita, mereka nak kita jadi yang terbaik walaupun mereka tahu ia memang memakan masa. So, elakkan berkata 'tidak' malah berkata 'baiklah' walaupun dulu ibu aku suruh aku jemur kain, aku banyak kata "ala, jap lagi ok?" sampai tengok tengok, ibu aku yang sidaikan kain tu. Sedihnya rasa bersalah sangat dan mintak maaf berkali kali siap aku kena ceramah oleh ibu. Allah lemparkan aku dengan perasaan yang sangat bersalah dan tak tenteram untuk aku fikir segera yang aku dah buat ibu aku sedih. Kita tak fikir kan waktu tu? Selepas itu, perubahan sedikit demi sedikit kita boleh membuatkan ibubapa kita gembira dari takda langsung. kan? 

2. Selalulah berhubung dengan mereka

Tak semestinya jauh sahaja kita perlu berhubung. Dekat pon kita perlu berhubung. Aku seorang anak dan yes ibubapa aku tentu tentulah darah daging yang teratas untuk aku.  Aku dan babah aku sangat rapat begitu juga ibu.  Walau aku di sekitar Seremban, babah sangat care dan yes sangat prihatin. Setiap masa akan keep call sampai rimas. Itu perasaan aku dahulu kala (waktu sekolah sedang bersuka ria dengan kawan kawan). Tapi panggilan itulah sebenarnya merapatkan aku dengan ibubapa aku kerana mereka SAYANG. Bila dah besar, ibubapa aku dah mula menganggap aku boleh berdikari sendiri tapi aku pula yang rindu mereka lalu aku hubungi mereka walaupun dengan ucapan " babah kat mana? ibu kat mana? adik kat blablabla..." at least mereka tahu perkembangan kita dari semasa ke semasa dan tiada sifat risau. Kadang kadang kita leka dengan something, tapi kita lupa mereka menanti kehadiran kita di depan mata juga mendengar khabar di telinga mereka. Aku pulak kadang kadang sedih menunggu panggilan mereka bila dah besar ni, so aku pulak yang banyak call macam babah call aku dulu. ihik. call it ' Karma'.

3. Selalu memberi mereka hadiah

Mereka tak mahukan  apa  apa melainkan kejayaan anak anak. Selain itu, ambil lah hati mereka dengan selalu memberi mereka hadiah dan kejutan gembira. Hadiah yang mereka suka, bawa mereka makan bersama keluarga, masakkkan mereka makanan yang mereka suka dan mengemas rumah supaya mereka balik kepenatan, mereka selesa dan hilang penat.  Bawa mereka jalan jalan, dulu mereka yang bawa kita kesana sini, sekarang kita lah yang bawa mereka pula kan? Ibu aku paling suka hadiah. Hadiah aku suka bagi is perfume and kasut. Suka sangat hadiah. Kalau tengah penat ke, aku datang bagi hadiah, mimik muka ibu tu aku rasa special sangat sebab gembira. Takdalah selalu aku nak bagi hadiah yang merupakan wang ringgit sebab aku pon tak bekerja lagi miahah tapi selain tu kita sebagai anak, perlu pandai menghadiahkan kegembiraan pada orang tua kita seperti, memicitkan kepala mereka, membaca surah surah Al-Quran di tepi mereka sedang mereka baring, solat berjemaah bersama dan selalu berinteraksi dengan cerita gembira juga berkongsi cerita yang kita rasa hanya pada mereka sahaja kita percayakan :) #pesanan ini dari seorang ustazah semasa aku hadir ke majlis Usrah bersama ibu. Jadi, boleh lah kita gembirakan mereka kan?

4. Ikhtiar dan usaha sendiri

Hidup berdikari memang memakan masa. Selalunya perempuan memang lambat sikit untuk berdikari nak nak dia tiada adik beradik yang lain. Semua bergantung sepenuhnya dengan ibubapa. Mana yang boleh, Alhamdulillah. Mana yang tak boleh, kalau nak berubah memang makan masa. Ibubapa tugasnya adalah menanggung anak anak sebelum mereka mendirikan rumahtangga tapi dalam masa yang sama, kita perlu mengurangkan bebanan terhadap mereka.  Cari alternative lain untuk meringankan beban mereka dan meningkatkan kepercayaan mereka terhadapa kita untuk berdikari. Walaupun mereka boleh memberi tetapi banyak urusan lain yang mereka perlu buat, bukan? Apasalahnya kita cuba mengorak langkah untuk meringankan bebanan mereka dengan usaha kita sendiri. Ini juga dapat mengajar kita dari menghadapi kesusahan akan datang. contohnya, menabung dan membuat kretiviti sendiri untuk mejana ekonomi sendiri. Hee.

Motivasi dan tips diatas, aku berkongsi di petang hari bukan untuk apa, tapi pengalaman banyak mengajar aku. Kat blog ni jugak tempat aku imbau kan kembali apa yang aku dah lakukan apa yang aku rasa aku lupa pada masa akan datang. Dalam masa yang sama, korang boleh berubah juga kan. Berubah bersama sama. InsyaAllah. Kadang kadang kita tak sedar dek perbuatan kita yang sudah dan banyak hikmah dari Allah yang datang untuk kita tersedar :) Terima kasih juga pada kawan baik dan kawan kawan yang lain kerana ada saja memberi pengajaran yang positif di FB, Tweeter dan kata kata hikmah yang jika aku berubah, aku mudah terusik. Alhamdulillah. Mari sama sama teruskan ke arah kebaikan. Mana yang lemah, kita kuatkan, mana yang dah kuat, kita kekalkan. 

p/s: Sekarang dah berminat menjahit. Maktok ajar menjahit sarung bantal dulu,terisi juga lah masa kat rumah ni kan? Teman maktok and ayahtok kat rumah and sementara maktok pon sedang bercuti mengajar mengaji di bulan Ramadhan ni. 

Oh ye, maktok juga ada kelas mengajar mengaji bagi yang mencari cari di kawasan Seremban.  Memang terbuka untuk kanak kanak dan vateran . Sekarang susah untuk ada kelas mengaji bukan? Jika ada pertanyaan, boleh email saya di najahtuliylia@yahoo.com



Thank you Zalora for make my maktok and ibu happy :) Gift for them make me feel so happy too. aku choose mana yang sales below 50rgt je satu kasut . HAHA, byeeeeee!






Tuesday, July 9, 2013

Ohmy!! Koleksi Rizalman di ZALORA!!

Bismillah..

Actually aku ni suka je buang masa kalau aku rasa free. Buang masa tu maksudnya aku perlu cari something yang boleh isi kegembiraan untuk hidup aku lah kan! Aku selalu anggap hidup aku bebas macam burung. Parents aku selalu nak ikat kalau aku tak duduk diam kat rumah tapi apa boleh buat, pasti terlepas. hihi! Sama jugak macam aku online. Elektrik dan teknologi tolong jangan sesiapa pisahkan dari hidup aku. Aku betul betul bergantung dengan dua perkara ni di dunia selain makan dan shopping.

Disebabkan mood aku baik, aku pon sangat rajin baca info terbaru tentang butik butik. Antara butik favorite aku is Zalora. Aku taktau kenapa aku suka sangat beli kasut, handbag kat sana mungkin sebab delivery dorang sangat memuaskan hati aku kot. Yelah, mana tak nya, malam semalam order, hari ini da sampai rumah. Boleh? Zalora boleh!

Ok macam ni cerita dia, tadi aku saja lah online Facebook then aku tengok news feed aku ada tentang Zalora update sebab aku dah LIKE ZALORA so link lah dengan Facebook aku tu kan and aku tengok macam best je website Zalora ada update pasal  Koleksi Rizalman Ibrahim!  Rizalman Ibrahim ni antara the best designer lah setakat ni yang aku tahu kalau korang dok sebut nama nama designer terkemuka lain kan. So, aku macam interested pulak nak tengok design dalam Zalora tu. Anyway aku perhatikan step by step design dorang and yes, Rizalman collaborate dengan Zalora and from here tercetuslah nama "Rizalman for Zalora" How NICE? Terus aku fikir if sesiapa nak order baju by Rizalman through Zalora, service penghantaran cepat gila macam aku pernah order before ni. 



Can you see that dear readers?  Express delivery only within 3 hours and apply only for the postcodes that they have stated above. So from 9 July 2013 until 11 July 2013 sahaja tawaran tempahan dan express delivery ini akan diadakan. So mana yang berminat, boleh lah shopping koleksi Rizalman for Zalora untuk Hari Raya nanti dan alamat makcik aku di KL la jadi mangsa kalau aku nak order kan!

Oklah baju atas ni lah buat hati aku intersted and untuk badan macam aku, pada aku yang ni nampak sopan dan cantik lah kan:) happy shopping OK! Mari kita beraya dengan koleksi by Rizalman from Zalora!

p/s:  Anyway to all my relatives and friends here, mohon maaf dari awal hingga akhir jika ada pertuturan saya  di Blog saya selama ni tergguriskan hati walaupun tidak pernah saya perasan dan tidak pernah ada niat sebegitu and komen tak berbalas maafkan saya sebab saya online guna phone lebih banyak dari lappy and akan balas bila bukak lappy. Tapi aku balas jugak lah kan! ihi! 

Esok puasa dah, gunakan peluang 30 hari yang Allah beri ini dengan baik dan ikhlaskan hati menuju ke jalan Allah. Sucikan hati, sucikan dosa bersama. Selamat menjalani ibadah puasa 2013. Puasa dan Sunat Terawikh. Selamat menyambut Ramadhan to all of you dear readers of ALAA SI DATIN TUU :).  Kawan kawan yang duduk area Seremban nak ajak berbuka aih, boleh aje tapi jangan lah hari hari bagilah aku berbuka dengan keluarga juga ihik!

Take care,love!

Tuesday, July 2, 2013

Delicious : Happy belated birthday, Cik Epal!

 Assalamualaikum..

Baru selesai satu paper harini. Balik tidur tak ingat apa dah. Selesai bangun tidur, aku rasa lega and ada jugak lah free time aku until this 7th July for my second killer paper so aku call la kawan aku ajak makan makan kat area Meru ni. Nak celebrate dia jugak lah for belated birthday. Sebabkan lama tak jumpa dia, so aku decided makan makan aje lah borak borak and tanya pengalaman orang yang dah bertunang ni kan. ihik plus celebrate birthday dia tengah single for this year. Next year, nak naik pelamin dah :p

Cik epal ni aku dah kawan dengan dia dah lama and first jumpa masa di TV Al-Hijrah audition last 3 years tak silap. Masa tu aku baru kenal dia sedikit dan sedikit sampai lah sekarang. Alhamdulillah. So sempena birthday dia yang dah lepas, aku bawak lah dia makan makan di Setia City Mall (SCM). Lama dah aku tak jalan jalan, so aku bawaklah epal ni sama. Alang alang jumpa, jom lah makan dari dia dok bawak aku pergi tengok wayang, baik aku bawak dia pegi makan. Haha mungkin umur aku sekarang ni lebih suka berbual bual dari tengok wayang kot eh? Nasib epal ni ikut aje cakap aku harini. good girl!

Makan pon sebab aku lapar sangat dah balik exam tadi. Petang, baru lah aku dapat makan. Makan pon happy sebab beli 1 pasta free 1 pasta lain. Haha. Cuma untuk Monday and Tuesday aje lah. Rezeki aku   ngan epal lah today kan. Hari lain, lain promotion pulak. So, aku suruh lah epal pilih menu lain so dia pilih lah Crispy Salmon yang nampak sangat lazat tu kan.

Aku ni tak suka sangat lah makanan ada cheese so kat Delicious ni aje lah cheese menu dia je yang aku boleh  terima untuk makan. So aku order Seafood Sundried bawah ni. 

Harini baru first time aku nak makan Seafood Sundried ni ats ni ,so aku pon order lah. Pada tekak aku, Spaghetti Carbonara ajelah yang sedap. Yang mana? yang bawah ni..try lah!

Disebabkan beli satu pasta, percuma satu pasta so aku pilihlah Spaghetti Carbonara ni so aku happy tak ingat dunia makan sampai senak perut lepastu taktau macam mana nak habiskan seafood sundried tu. Atas meja ada tiga menu. Epal suka sangat air Frosty Lychee Lime

Memang sedap pon air dia rugi aku tak order. Nanti next time, kita sama sama cuba ok? 
Oklah anyway, Itu saja yang kami dok chit chat kan berdua dalam Delicious tadi. Dah lewat and ibu pon BBM awak jangan nak duduk berembun ye nak, balik cepat.. can you see that? ok? boleh faham? madam dah mula warning, so marilah balik rumah awal. ihik!


 Happy belated birthday epal! Semoga murah rezeki dan dipanjangkan usiamu. Tahun depan nak jadi wife orang, take care ok.

 Have a good day! byebye!