Wednesday, January 30, 2013

Blogger Lasertag Tournament [Jan 13]

Assalamualaikum,

theeeeeeeeehehe! Im here for you again and again and againn and AGAIN :p. During my cuti, i was like apa nak buat la kalau cuti, masa minggu exam tu banyak benda nak fikir untuk cuti and bila dah cuti, YA ALLAH apa aku nak buat sensorang kat rumah ni?!Mengemas beribu kali kemas, still ada rambut rambut kat lantai still ada habuk tah mana datang nye habuk still ada segumpal sawang sawang tah mana datang nya sawang. Nak marah pon tak guna, itu memang akan stay kat situ tak berubah ubah kalau aku tak gerakkan. Hehe. So sawang. You know my cuti right? Yes, thats my cuti sorang sorang dekat rumah and buat apa apa semua dengan unplanned.

Oh btw btw btw btw, last Thursday or Friday, i've got a call from someone unknown and he is from here. Actually i asked him, where you get my number? he said, from someone blogger blogger and yes blogger. I terus aimed, Fatin ke? Epal ke? but it was not them. Biasalah kalau you guys follow about me sure sure lah i jarang sungguh bersama blogger blogger lain untuk pergi aktiviti aktiviti luar yang selalu di-invite dalam FB. Seronok tengok mereka mereka bergerak satu kumpulan and aktif tapi yelah aku tetap bersama kawan kawan yang sama, sorang sorang  and malu nk involve kalau takda kawan :p lagipon blog kite ni pon about personal blog so from here la nak ber-aktiviti ihey ihey!

Last Monday, i went to this event. 28 JAN 2013.
taken by NISA KAY

Itu pon setelah berfikir panjang untuk pergi. My closed friend tak dapat attend sebab ada exam this week and itu antara punca punca aku untuk tidak pergi/menolak actually tapi disebabkan aku ni bosan duduk rumah and aku tak suka aktiviti tidak sihat berlaku then dalam masa yg sama boleh aku mengenali kawan kawan lain org kata silaturrahim so aku pon setuju untuk pergi FOR THE FIRST TIME alone eyh! Wey, pergi sana sorang sorang without you know who are they kecuali cikepal. Masa tu deal dengan cikepal sebab banyak kali dipujuk rayu untuk pergi, aku pujuk dia dia pujuk aku, and then yes kami pon pergi. Tunggu punya tunggu sampai lah sana around 11am like that and i am from Seremban AND ONE MORE THING,aku rasa aku terkena percikan AES tu before exit Kajang. How laju I am la. Event ni diadakan di E@Curve. Pergi Curve pon dengan kawan sebelum ni, sampai baru tau ada dua part kat Curve tu. E@Curve and Curve. Event ni diadakan di E@Curve.


Sampai sampai aku sesat. Boleh? Call Epal mintak dia tolong pick up. ihik and yes sekejapan lah dia sampai. Nervous jugak kalau kalau terserempak dengan orang berbaju biru yang lain, sure sure lah tu team untuk LASER TAG TOURNAMENT ni. Sebabkan lapar, Cik Epal belanja makan dan menternak lemak dia untuk aku juga di HotnRoll :) Borak punya borak, berkumpul lah kami lepas tu. I saw NISA KAY, KAK RABIATUL ADAWIYAH, AIN je yang dikenali :p Yang lain just senyum senyum and say Hi back :) But they all so cool with the blue.
Taken by NISA KAY


Hamzah as the event representative of SPEAKOUTLOUD.
Taken by NISA KAY

He and partner guide us and bring us to the place of the tournament. Boleh tahan jugak la ramai bila naik esculator tu ada yang bawak baby. Dengan wife and baby warna biru. Ihiks! So sporting family. Masuk masuk je makan, lunch time btw so makan la we all ni. After makan, Hamzah kenalkan sorang sorang and showed us about the games and the rules of the games. 
taken by NISA KAY

Group pon telah diberi and yes, i am THE SHADOW team.'Permaisurimon' tau dia letak nama kite and  masa nama di announced, nak nyorok pon ada yelah bajet keturunan istana, semua menoleh cari mana satu kite ihiks ihiks. Team i mestilah semua yang muda sentiasa ;p Pak Lan, u should thank me because u muda too. Ehek. Come, lemme show you my team of THE SHADOW.
NISA and HAFIZ, you still can smile with that laser gun? daebak!
#thankyou KAK RABI


Ehe, seronok sangat time ni. Mula mula sampai memang tak kenal langsung, aku pon mulalah perbualan sikit demi sikit and from there rasa seronok dari takda tu, wujud lah.
Me and Nisa Kay
Im so Happy sebab memang fun main battle game dengan mereka ni, it was my good experience. Datin kau tak pernah main lagi laser tag ni, so itu lah first time. Group lain dapat baju lampu warna lain, group kita dapat lampu warna lain. Hee Rules dia, jangan bagi orang tembak kita punya lampu kat baju tu, kalau kena tembak kita mati 5saat. Dalam 5saat tu, lari la kau lari dan lari cari tempat untuk menyorok. Masa dah kena tembak nak lari ke satu destinasi yang aku tak pasti, yes seluar palazo ku dipijak oleh sapa aku taktaulah. Nak nampak macam mana, gelap! HAHA. So, tolong ye jangan pakai palazo! HAHA. Jeans and seluar bukan taraf langsir, bolehla. Kau NAK MAIN GAME kot bukan nak SHOPPING DATIN! bwekk!
This is how you update your scores. #the beginning of the games
 Masa 1st round, taktau macam mana nak main. Aku boleh bagi orang tembak belakang aku yang lampu dia sangat tinggi markahnya. Epal orangnya yang dok tembak aku. YES for the 1st game, cikepal is my enemy! Jahat gile epal main. Sama lah dengan Ami tu. Ah semua enemy jahat! Kesian. mhehe. 2nd game, aku dah faham habis semua aku libas. geram# ihiks.
Me and cikepal yang JOHAN sangat. #bahaya main dengan dia ni.





















Berbual punya berbual, sambil tengok score team members. Tunggu punya tunggu sempat jugak group lain main game UNO, Scramble and etc. Seronok lah and time tu la mengenal antara satu sama lain. Ini la wanita wanita yang hadir waktu tu :) HI girls.

Aku main dengan baby, anak 'Melastik Bintang' yang tengah demam waktu tu. Kamal and cikepal also play with the baby but Epal khusyuk main scramble dia tu. Kamal ni you guys kalau kenal yes, he is a teacher. Adik yang sangat mendengar kata kakaknya iaitu aku. Ihiks. Dah la he should go back to Johor sebab esok ada class petang tu, sempat dia datang untuk main laser tag. 
Hi CikEpal yang makin kurus and cantik and Have fun and goodluck Kamal Effendi ye.















Ehe, ni la kak Rabiatul Adawiyah, kita suka hati panggil kak Ruby. Ruby Ayamorr Ayamorr :p
Thank you Kak Rabi, gambar :) ihey!
Anyway, seronok semakin ada, so battle pon semakin sengit tapi rezeki pasukan yang telah menang is pasukan The Eliminator :) (bahagian keluarga sejati yang berdiri gagah) ihiks. Congrats!
Seronok tengok score team dorang. Tapi memang sangat fun waktu tu. Bila da sampai akhir ni, rasa nak ada lagi game macam ni tapi InsyaAllah pasti akan ada untuk you guys yang nak join! 

Haha tgk la si rambut libas ni. Lesung pipit kemain dalam. Ya Ampun, sumpah aku serik nak lawan dengan team dorang ni. Yang berdiri paling kiri ni, kalau menjerit Nauzubillah, cukupla jeritan tu buat semua pemain  mati. Ada sekali tu, dia lupa datin ni enemy dia, dia tak tembak aku tak tembak dia and dua dua jerit. Lepastu,tembak sambil jerit, can u? HAHA. Jerit dia cukup lah buat orang cemas tapi rindu sangat kat dia ni. Dalam team dia ni jugak aku kalah sebab asyik kena attack dengan baju merah tu. Tak dilupakan juga my team Shadow!

hee,Thank you so so so much sebab terisi juga cuti sem Datin and involve dengan aktiviti sihat macam ni. Semua tanggugan sepenuhnya oleh LaserTag Warzone Tournament and E@Curve. Hee, kite ske dapat ole ole. Tak menang pon takpela tapi kita happy sangat :p Have a good  day all!













Semoga berjumpa lagi di event yang lain :)
Blue color block by Datin. Minat?

Enjoy the video, InsyAallah.Tata! 

Saturday, January 26, 2013

Friends Wedding

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu. Ihey! Kejap je dah hari Sabtu, esok hari Ahad. Biasalah, nasib ada 7 hari seminggu, you guys can go everywhere sabtu ahad tu. Betul kan. Huh, anyway cakap pasal hari minggu, biasalah wedding mesti muncul on that day. Tak kisah lah wedding saudara mara, adik beradik, kawan kawan, mak tiri bapak tiri, nenek saudara atok saudara watsoeva.iheyy kalau dah jodoh, tak kemana ye tak?! 

Aku suka betul pergi jemputan wedding wedding ni. Kalau pergi wedding orang mesti tengok pelamin lepas tu aku macam kejutan budaya sekejap. Tak sedar diri pon ada. Buat pelamin tu aku punya. Cantik satu hal, warna dia tu pon inspirasi betul. Nak nak warna sentimental and striking. Hey, memang faveret sangat ni. Kalau dulu, ikut parents pergi wedding anak kepada kawan dia, tak pernah nak dapat undangan perkahwinan kawan sendiri. Kalau pergi, yes muka aku jelah parents bawak. Abang kan lelaki, so dia tak interested sangat tapi kalau dia lapar sangat, dia follow. Ibu pon ugut la 'ok abang makan lah roti kat dapur tu ibu tak masak sebab nak pegi wedding' pandai tak pandai tak ibu saiko? ihiks. Nak suruh aku buat, sorry lah berpuluh kali kalau kesian sangat pon, aku buat kan dia makan berkenaan dengan roti haha, tu pon celup telur tu je ihiks. Nak masak untuk dia, bukan waktu tu so wedding punya lauk la jawapannya. It's call rezeki. Bila dijemput, janganlah tak datang. Tak baik, kecuali ada alasan yang kukuh dan ada hal yang tak dapat dielakkan :)
Pertama kali involve dalam jemputan wedding wedding ihiks. Shawl by Ayunar

Bila umur da meningkat ni, kawan kawan sebaya pon dah bertemu jodoh so banyak lah dapat jemputan kahwin kan. Nak nak kawan sekolah lama. Sapa kawin dulu, kira bertuahlah sebab dah selamat dijodohkan. Pergi wedding kawan pon berkonvoi. Ihiks! Baru baru ni wedding sangat meriah. Wedding mana aku pergi tak meriah? semua meriah nak nak didendangkan karaoke. Lagi meriah, lagi lama aku kat situ. Ada cendol, ada bubur jagung hihi aku sukalah. Demand sangat ni aku ni haipp! Orang kata, amek berkat ye tak?
dear Fatin Liyana's house. Her brother and sister-in-law wedding.
i really love this my plus size dress designed by: Cik Anith Ishak ( How Do I look)

















Bila dapat jemputan dari kawan kawan, bila bersiap parents akan tanya, amboi anak dara nak gi mana tu? Yelah, im getting older kan, so kawan kite pulak le kawin ihik. Takda mana, gi wedding kawan jap. nak ikot? Besar dah anak dara dorang, boleh gi wedding sendiri dulu kepit kepit dengan dorang. ihey! Ha, adik pegi sana, jangan lupa bawak balik goodies cantik2 senang ibu nak letak dalam lemari bawah tu (lepastu, aku la yang mengelapnya kalau berhabuk) Ok ibu sampai pernah bawak balik, tak bukak sebab cantik sangat goodies tu sedar sedar bersemut. Bukak bukak, taraaa! bahulu :p So memang tuding jari kat ibu lah waktu tu, HAHA. comel je. Lepas peristiwa tu, tak berani nak simpan terus mesti bukak dulu.Selalu dapat frame,glass, makanan and telur. Budak budak je dapat berkat yang merupakan candy :)


My parents friend wedding. Glory shawl birthday present
designed by Yna Sakinah (D'Qoya)






















You guys pon sure pernah dapat soalan macam ni kalau pergi wedding dengan parents " hey, anak you ni bila lagi (sambil tepuk tampa bahu mak aku mak kau and mak masing masing" i was like. . ." Ya Allah, sabar le makcik T____T soalan sama je kat kenduri ihiks." lepastu aku pon senyum senyum tengok hp pandang lauk. Aih, lapar pulak. ihey!
Candid time with schoolmates and thank you cik epal for the mustard half moon shawl :)

Tadi baru balik wedding kakak kepada kawan sekolah. Time ni lah dapat jumpa balik semua budak budak sekolah dulu and masa untuk kau berjumpa crush kau masa kat sekolah dulu dulu. Ihiks (degup lagu jantung) kan? Lupakanlah itu zaman sekolah. mwehehe! oh btw, bila berjumpa macam macam cerita nak cerita kan and in the same time you akan bertemu kisah ' eh, keciknya duniaaaaaaaaaa' kau kenal ye and bla bla bla.... sampai orang catering nak angkat lauk kau punya berborak.iheyihey!


Dah berbulan kawin, hihi kawan sekolah aku ni, baru nak update! hihiks! congrats Faisal and Ros

















Kawan-kawan yang ingin mendirikan rumahtangga, jemputlah kita. Kalau kita berkesempatan kita hadir kalau tak sempat, jangan risau doa sentiasa diiringi :)  oh, aku baru perasan semua baju aku upload warna yang sama. Mana pergi warna lain? ergh. 

Ihey! sini ada sedikit potongan ayat :
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ,


“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "

- Ar-Rum : Ayat 21




ramai tanya kita, mana kita dapat baju baju dan shawl, boleh click bawah gambar gambar tersebut dan silalah tempah ihiks.byebye.

Friday, January 25, 2013

Merajuk

Assalamualaikum,

Satu term dimana selalu ada pada aku. Kalau tak merajuk tu, bukan aku dan bukan kita lah kan. Tapi bila aku merajuk aku perasan dikalangan mana aku selalu merajuk. Family dah kurang, sekarang yang tanggung merajuk mengada aku is closed partner aku. Kesian, tapi taktaulah mungkin habit. Hidup takleh sorang, mesti berteman. Paling paling lah, parents and your love. bukan? Your love tak semestinya buah hati boleh juga jadi seseorang yang sabar and penyabar :) ye anak anak kecil.

Bila dah lama, merajuk tu kurang yes mungkin telah dinasihati juga tak dilayan. Mujarab cara ni. iheyihey! From merajuk, sampai berkait dengan hal lain tu tak suka tu :( me so sad. Nervous hanya Allah yang tahu, HUHU. Aku ni cepat cemas and takdalah manja and aku tak suka orang cakap aku manja, baru je lepas kena marah ngan ibu tadi ihiks. Tu yang duduk fikir lama, kenapa lah masih ada merajuk ni. Tapi tulah, bila dah kena marah dah besar ni rasa touching tu menusuk ke kalbu. Lama tak kena, kan.

Janji taknak buat lagi salah tu tapi as a human, tak lari buat kesilapan, bukan? So, takpe itu jalan yang terbaik untuk improvekan diri. Ibu mana tak sayangkan anak. Setakat tegur dah nak touching tu, PMS lah tu takpon emosi lebih. Mixed feeling,tapi malas nak layan and then natural back dengan tengok cerita cerita happy like running man. Yes, i did! Let me watch it more than 10 episodes ok. Yang penting, aku dah boleh terima kisah running man yang dulu aku tak suka langsung. ergh. Thank you banyak banyak lah Aqish and Aida (my housemate).

Hee, perasaan merajuk yang tak boleh dielakkan. Tapi boleh dielak bila ada yang pandai memujuk. Tak kisahlah pujuk sendiri ke, pujuk guna cara mana sekali pun asalkan cara betul. Merajuk perempuan ni cuma bagi masa saja. Dulu aku taktau nak bagi masa untuk merajuk aku ni, kalau merajuk tu boleh sampai tak keluar makan susut sikit la tapi dah malam tau lapar, kejutkan jugak lah sapa sapa untuk teman pegi dapur walaupun yang kau ajak teman tu adalah orang yang sedang buat kau merajuk ahaks. Ni kes takut cite hantu orang putih la ni. jadi penakot! ee melakotkan.

So, kalau merajuk. Positive kan. Kalau tak boleh jugak, elakkan and change the conversations. Kalau tak paham jugak, direct je terus and luahkan isi hati tu apa yang kau nak sebenarnya. HAHA. memang puas, tapi kau malu sendiri lepas luahkan tu sampai merah muka. ihiks. just for share this early morning. Ada petua?

Tata.

Wednesday, January 23, 2013

Hadiah untuk Hati.


Assalamualaikum

Hi ladies and gentleman, you know present? I mean you know hadiah?


Mengikut google, Hadiah atau hibah atau kado adalah pemberian wang, barang, jasa dll yang dilakukan tanpa ada kompensasi balik seperti yang terjadi dalam perdagangan, walaupun dimungkinkan pemberi hadiah mengharapkan adanya imbal balik, ataupun dalam bentuk nama baik (prestise) atau kekuasaan. Dalam hubungan manusia, tindakan pertukaran hadiah berperan dalam meningkatkan kedekatan sosial. Istilah hadiah dapat juga dikembangkan untuk menjelaskan apa saja yang membuat orang lain merasa lebih bahagia atau berkurang kesedihannya, terutama sebagai kebaikan, termasuk memaafkan (walaupun orang lain yang diberi tidak baik).

Itu menurut google, mengikut aku pulak hadiah adalah barang yang diberi dari seseorang atau sesiapa yang baik ihik ihik pada tanggal hari lahir aku sahaja. Itu sahaja. Kau takkan dapat hadiah selain hari lahir kau. heh, geram rasa. Tapi itu dulu, umur aku dalam sekolah menengah ke bawah. Hidup takda duit, jangan berangan lah kawan kau nak bagi set mekap mac, bobby brown dan sewaktu dengannya tapi ia digantikan dengan sebatang pen atau pembaris atau boleh jadi pengasah pensel yang dibungkus sebesar sebesar alam dan bila dibuka, hati kau sangat luluh seketika sebab kau mengharap terlalu tinggi seperti set gelang bertatahkan berlian. bukan?!

Seriously, masa sekolah rendah memang lah happy kalau naik pentas dapat hadiah blablablabla, mesti hadiah itu buku latihan garis garis sebanyak 5 atau 6 buah dan dibaluti cantik. Betul ke tak? Sebab sekolah aku buat macam tu dulu. mmmmhehehe! Dalam hal tu parents aku sangat berjimat cermat untuk beli buku latihan untuk yang seterusnya. Itu tahan lagi, hadiah dah bukak and even pensil,pen and sharpener watsoeva tapi aku ada satu habit dimana hadiah yang diberi itu aku tak guna tapi aku simpan di almari sampai berhabuk tebal lepas tu ibu aku da start darah didih beliau rasa nak humban mengotorkan almari rumah dia.ihiks. Adikkk, amek segala barang kamu ni bawak pergi cuci sebelum ibu buang aduhh habis almari Iboooooo (bila dah bagi signal macam ni baik aku buat laju laju hihi walaupun ugutan tu hanya macam tu) Taktaulah, mungkin sebab sayangkan barang barang tu so simpanlah sampai berhabuk like no gift for me anymore tomorrow gitewwh.

barang kesihatan dan kecantikan selalu diberi: Thank you Fatin Liyana

Compare kan zaman sekolah dengan sekarang, sangat berbeza. Aku dah pandai hargai barang barang family, kawan kawan bagi since aku berumur sekolah menengah Tingkatan 4 dan 5. Aku kerap terima hadiah dari keluarga especially ibu and babah. Mungkin cara tu dah terbiasa sampai satu masa parents aku try tak bagi and yes aku sedih sangat and bagi hint pon mereka buat buat tak paham. malas nak layan aku. Aku sedih lagi waktu tu sebab apa aku nak aku tak dapat kali tu and selalu ada je hadiah tapi kali tu takda.
Wishing card and something cute selalu diberi : Thank you Azar Nadhirah

Bila aku belajar untuk sabar and tak layan tentang tu, ibu and babah bagi dalam diam apa aku nak tu. Ada jugak la dalam tempoh yang lama. wuhu. Bila tanya kenapa bagi lambat and haritu tak bagi macam dulu dulu? simply they answered, 'bukan taknak bagi tapi bila bagi cepat sangat awak rosakkan'. pffft serius memang betul. Contohnya: phone,music player etc. Bila selalu beri ni, hargai tu tak macam barang yang kita beli sendiri tau. Sebab apa kita nak kita senang dapat. Memang sangat touching waktu tu and terus keinsafan tu datang.
Wangian diberi: Thank you Along and Kakngah bai from Singapore and Seremban

I was like, tak baiknya buat macam tu lagi and terus belajar hargai. Kita pon ada kekurangan dan kekurangan itu lah Allah bagi tanda untuk belajar erti masa hadapan supaya lebih cermat bila gunakannya. Hee Hadiah kawan kawan sekarang ni semuanya cantik cantik, bila tengok happynya and excited dapat hadiah. Ibu tahu aku sukakan hadiah, so ibu and babah belikan almari khas untuk letakkan hadiah. Normally, Bila ada sedih,suka duka sikit sikit, hadiah la penawarnya. Bila hari lahir, hadiah tak perlu cakap la itu lah yang buat kita senyum lebar. Semua sebab hadiah. Hadiah as peringatan and mengikut umur juga. So from there, i learned about appreciate. 
Hijabs diberi: Edast Thank you kak ida

Thank you for those yang sudi beri kita hadiah and guess what, i rajin dah belikan hadiah kadang kadang nampak something cute je i beli and bagi la untuk mereka mereka like my sisters (FL and Azar) and friends yg celebrate birthday. Kami bertiga always keep change hadiah everytime we meet. So hadiah yang diberi mengikut peredaran masa and totally digunakan sepenuhnya. Kalau rasa taknak bagi, beli lah untuk diri sendiri dari menysal tak beli HAHA. Korang boleh la buat macam tu untuk orang yang korang sayang mesti dorang happy sambil sujud syukur dapat kawan macam korang ihiks.
Baju yg dipakai & Makanan lazat diberi: Thank you Cik Epal

Bawak pergi makan pon, dah kira hadiah and ciptakan satu kejutan itu lebih indah dari tiada kan. Positifkan diri untuk buat orang lain gembira. 
Thank you SEMUA KAWAN KAWAN & BUTIK BUTIK

So enjoy your day with buy some present to make around of you feel happy. You will earn more benefits in your life. Jangan lokek memberi kerana kita akan banyak menerima. 

Oleh itu, dengan rasminya blog aku dah ada lagu! So, dengarlah dendangan lagu bukan dari aku tapi dari Noah, separuh nafasku. chet! byebye hee!

Tuesday, January 22, 2013

JANUARY, HAPPY BIRTHDAY!

Assalamualaikum!

Hello guys! Im done and now free for good. My good is sleeping. Sleeping no limit and yes, don't disturb. Eceh, kene libas by ibu tau la. Hmm btw, i hope you guys are fine.  Duduk rumah dendiam kalau bosan pon tak best kan, so pergilah cari masalah and berhibur. Sebut tentang berhibur ni, macam macam cara kita nak berhibur. Hiburkan orang yang tengah busy,letih and baru lepas kene marah ngan boss pon memang cari padah and salah time nak ajak jalan jalan hihi so baik kau pegi hiburkan diri kau sendiri.

Habis je exam haritu, Aku hiburkan diri aku sendiri. Yelah, selalu berhibur dengan lebih dari seorang so baik aku hiburkan diri aku sendiri untuk tengok orang lain hibur tengok aku. bweeek! I am always confused with myself bila berada dalam keadaan taktau nak settlekan mana satu, macam ni lah aiyo. My last paper is on 19th Jan haritu, so masa tulah nak sebak nak syahdu nak everything ngan housemates, classmates and yes hope jumpa lagi you guys! 5th sem together and i am very enjoy with you guys ok change the topic now before mata keluar air siap berkaca lagi.

Hahh anyway, JANUARY is my family birthday! Sebab apa cakap family birthday sebab tiga orang dalam family lahir in the same month which is JANUARY. Hee. Senang urusan, apa apa dalam satu bulan je. Kalau nak spend money, untuk satu bulan je. ihiks! The story begin when my last paper on 19th January is already done. So i balik Seremban dengan hati yang sangat excited. Excited tu tak tau nak cakap macam mana yelah, nak celebrate and buat surprise kat 3 orang dalam rumah ni. Ibu cepat bau sikit surprise surprise ni sebab dia lah penyeperaisss terhebat and u can see on my last birthday 25th Dec haritu. Nak nak ibu ada twitter, ada facebook memang cepatlah ibu tengok kalau aku nak tanya something idea about present ke kat kawan kawan an on my wall, apa apa jelah so kenalah berwaspada dengan ibu ibu yang sangat bersocial media ni. Nasib lah babah takda semua tu and yang dia cuma tau, siram pokok pokok bunga kesayangannya.  Pokok bunga babah yang subur sentiasa and pernah sedih diatas pokok bunganya yang mati kekeringan lepas diamanahkan kat aku untuk siram masa beliau tiada dalam tempoh seminggu ihiks, belikan roti kat rumah kalau habis, jerit kuat kuat suruh aku masakkan nasi (dikala aku sedang tido separuh mati dalam bilik ihiks) and yes cucikan kereta aku yang dah sebulan lebih kat Puncak Alam tu tak berbasuh HAHA. Thank you bah, thank you bah. You is my number one HERO!

Berbalik kepada cerita yang sepatutnya, masa balik dari Puncak Alam on 19th Jan lepas, singgah lah di kedai cake untuk beli cake 3 orang pelengkap hidup aku ni. Mula mula aku agak sikit la bodoh tu kan, nak beli 3 cake sorang satu hey apa lah kan, Datin kau ni. Tsk tsk. Then, bila fikir apa kenalah nak beli sorang satu kan baik beli sekali and tulis nama atas cake tu. Ihiks. Mula mula fikir nak cake apa, and teingat babah pernah cakap sedap cake birthday aku last year and aku usahakan jugaklah untuk dapatkan perisa macam tu lebih kurang so aku pegilah kedai kek yang berhampiran tu. Nak beli kat Seremban bencik parking box mesti FULL so aku ni memang malas nak mecarik ihiks so pegi je la Puncak Alam yang kau boleh parking depan kedai tu betul betul. ahaks. So settle lah belikan cake untuk Ibu, Babah and Abang.

Kesian 3 orang dalam hidup aku ni, family aku tak ramai cuma ada babah, ibu and abang je. Kami hidup 4 orang macam 40 orang bila orang tanya aku, weh ko sunyi tak, takda adik and kakak? Perkara dah biasa, sunyi tu takda pun cuma kalau sunyi tu zaman dulu dulu kot sebab teknologi sekarang dah ada dah :)  Actually, aku and abang lahir sama tahun so kami sangat closed and yes memang tu jelah abang aku. Dia kisah ke, tak kisah ke tu je la sorang. Dia buat aku geram ke dia buat aku benci ke, adik beradik kan? paling lama 1 and 2 hari. HAHAHAHA. time aku susah, aku baru nak cari dia. Haih, bertuahlah kan dia ada adik macam aku ni. Abang lahir on 8th January 1989 and me 25th December 1989. So awal and hujung tahun. Ibu and babah only serabut perut kalau anak anak mereka exam etc only sekali seumur hidup. Hihi. UPSR sama, PMR sama, SPM sama, UITM diploma sama and UITM degree pon sama :). Rezeki Allah and aku bersyukur sangat.

Hari lahir abang adalah hari pertama dalam January -8th January.

Aku wish abang by phone je sebab masing masing tak balik rumah Seremban sebab exam week. Aku nyanyi sekuat hati and rasa sebak and aku tau abang aku cover ego dia taknak nangis. bwekk! Pastu dia tq banyak kali macam orang dapat award filem tu nak muntah. Aku hanya beri dia hadiah home made chicken chop by the housemates hihi. Ahaks tu pon aku paksa dia hantarkan calculator kat rumah sebab nak exam takda calculator. 

Abang ni dia terima je and kalau boleh taknak adik dia susah and aku happy lah dapat abang macam dia ni, kadang kadang geram jugak tapi tu jelah sorang dalam hidup yang aku ada hingga akhirat. Abang, thank you and happy 24th! bye.

Disusuli birthday babah yang kedua dalam January -12th January. 

hehe my hero punya birthday lah! Hidup babah ni tu yang aku bagitau tu td, dengan pokok hijaunya, dengan rumahnya ha, kalau you guys datang tengok rumah berkemas je kat luar tu keje babah la. ihiks. Kalau bersihkan rumah ngan babah, memang enjoy! Kadang kadang tengok babah sakit pinggang, kitorang dua beradik lah yang sambung kerja. Cuci longkang, and cantikkan semua kat rumah ni sebab babah ;) Dia suka tengok cantik cantik ni. Simple je , tu lah babah and babah tak fussy tu sebab ibu sayang ihikss. Tak tegas sangat. Open minded, penyabar, penyayang, tak susahkan kami anak beranak, sanggup susah sendiri untuk tengok kami senang. Uhh, berlinang pulak air mata iols. hehe. Babah kerap beli roti kalau dah habis, tu sebab kitorang kalau roti dah habis, taknak cakap kat babah nanti dia sanggup korbankan penat tu and pergi beli roti kat Petronas depan rumah. Babah closed with me and yes dengan abang pon tapi pasal bola. 

Anyway, my babah is ex footballer 1987 something. Dulu bila orang tanya, i tak amek kisah pon tapi bila dah besar, all my aunties uncles semua imbau kembali zaman babah main bola dulu. Tak sangka pulak babah  aktif and i was proud with my babah. Masa kawin, ibarat Khairul Fahmi Che Mat tu la kawin, camera sana sini, ecececey tu la my aunty said and tengok album koleksi peminat babah bagi dulu dulu, eee, aah! BABAH IS FOOTBALLER in MALAYSIA and i should proud walaupun babah dah naik badan, tapi tetap sayang hihi.


but lepas dua orang cahaya mata lahir kedunia, babah stop and cont. his permanent job at his office and until now apa apa dia akan call, ask anything tak pernah lah sehari tak call. Mesti call, paling lewat pukul 11malam. hee spot check me and bebel bebel jugak tahu!  Present birthday babah aku dah beri awal dua hari sebelum ke Puncak Alam semula. Thank you bah, love you no matter what :)

Diakhiri oleh birthday ibu, on 20th January.

Hee, hi ibu! my mom that i really need everytime same like babah. Tatau lah kalau dah kawen macam mana nak berenggang. ihiks. Ibu ni seorang yang busy so kami semua faham lah ke-busy-an ibu tu. Even ibu busy, tugas seorang ibu tak pernah lupa. Ibu, even ibu kerap membebel, menjerit tapi bila kat Puncak Alam ke kat mana mana ke, itu lah adik paling rindu :). Ibu ni sekepala so senang aku nak bawak pegi mana mana, and she love trying something new. Kebetulan hari lahir ibu tu, kami semua ada dirumah and cuti pun bermula. 


The windmill restaurant, Seremban 2
Malam tu, dengan cake yang telah dibeli kononnya surprise telah ditambahkan lagi hadiah untuk ibu untuk makan malam di luar :) Restoran tak la jauh pon , dokek yo. dopan umah sey yo! hihi. Kami berempat celebrate 4 beranak and pilih tempat strategik and yes, nasib ada kekosongan tempat. Alhamdulillah. Ibu sangat happy. Disebabkan adil and sama rata, aku pon bukak lah cake yang aku beli kat Puncak Alam siang tuu ihiks. Babah and ibu paling excited and abang paksa bukak! Cake ini hadiah untuk tiga orang yang istimewa dalam hati dari aku sebagai tanda kasih sayang. oh, Happy birthday Ibu heee. HB to three of you, semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki sekeluarga and dilindungi Allah sentiasa. Amin.
Indulgence cake
Keesokkan tu, i bawak family i jalan jalan KL. Ayahtok Maktok and us went KL on Sunday, biasalah sesak sesak tu. Marilah beristirehat dengan family. 
Pink halfmoon shawl by Edast , whitey by Cotton ON and plus size hot pink pants by Raynaa

Panjangnyaaa!! Thank you for reading and HAPPY BIRTHDAY TOO to all of you here yang sambut birthday on JANUARY byebye.






Friday, January 4, 2013

Kat Mana Kak Datin Cari baju, shawl and anything?

Assalamualaikum,

Mmmm, pertanyaan berdasarkan tajuk diatas menjadi perkara biasa untuk Najah jawab actually. Najah pon jawab ikut jawapan yang sangat biasa dan sama tak berubah apa melainkan kedai yang dibeli berlainan. Hehe.


Proper Hijab Collections
Najah banyak habiskan masa membeli baju baju tudung dan etc bukanlah di Pavillion, di tempat yang ternama tetapi hanya shopping dimana mana ikut keselesaan dan ketidaktebalan wang di dalam purse. Lagi ada sales lagi aku suka. Mau tak gila  zcbn%8n*$! Najah pun kalau beli tudung ke baju agak cerewet sekarang ni, Baju mesti longgar, tudung mesti labuh sikit. Mhehe. Cerewet tang tu jela, design apa Najah layankan aje :) tetibe teringat zaman dulu, lagi singkat lagi seksi macam beyonce walaupun berhijab. Najah pon tak kisah on color. Warna apa pon Najah suka but more striking color la on me. Like orange, shocking pink, blue and lil bit soft color tapi depends la. Kalau kau rajin tengok aku berwarna pelangi, pakaikanlah, i don't care. HEE.

Baru baru ni Najah pergi Sunway dengan cousin yang baru je tamat sekolah. SPM dah habis so aku kena sediakan duit sebanyak mungkin sebelum dikikis beliau.Mmmhehe tapi sebab sayangkan adik, kakak takisah adik nak apa asalkan temankan kakak pada hari berikut. Hikhik! mujur dia mintak movie hobbit and burger king sahaja. Sangat behave and keep saveeeee my budget! mhahaha.
Proper Hijab Collections














Najah tak shopping apa pon kat Sunway tu, makan makan jalan jalan je dengan si Haziq ni. Bawak dia makan and solat lepastu, dengan phone dia habis battery cemas serabut perut lah aku macam mana nak cari lepas tu. Rupanya dia tunggu area depan depan tu tapi tersorok. Anyway, shawl yang Najah pakai ni size besar. Najah try and error banyak kali nak pakai sebab Najah suka sangat tengok Heliza Helmi tu pakai. I was like, easy to me to wear one day sebab senang boleh bawak solat terus and i did it well. Alhamdulillah, berjaya dah pakai shawl by Proper Hijab ni plus boleh bawak solat terus. Ada tali lagi penahan tak bagi jatuh. Aih, ce try la beli satu nanti mesti suka macam Najah suka and owner pon bila kita deal baik and cantik! HEHE.

One more thing you need to know is hihi Najah suka beli kalau murah murah ni :) Shawl ni murah sangat and worth it for me to buy. Sopan je kan tapi sebab kain dia best and ada banyak step untuk pakai, so I agree to do so la and yeay menjadi pon pakai! Puas Najah pilih warna nak warna apa, lastly Najah pilih this color. Nak ke biru purple sikit. Hee baru comel kan bila berganding dengan....


Shaheizy Sam pujaan mereka tuu :)
Boleh pulak kite nampak dia. Mula mula tengok jam ingat nak tanya staff rupanya laa, Sam ke sebelah aku ni.  Daripada nak tanya harga, terus nampak harga depan mata. HAHA excited punya pasal. Jasa baik adik harus diterimakasihkan sebab sudi menolong mmmmhehehehehe! Perkara paling pelik macam ni lah kalau da nervous, jari peace mesti terkeluar. eh cmonnn la! Pattern peace ni kalau nampak semua artis and bergambar. Cheh aku la tu! HAHA. Ok, saja nak bagitau kite berbiru dengan sam. bye.