Friday, December 27, 2013

Ohweesome Plus Size Casual for my birthday! =)

Assalamualaikum,

Lamanyaaa tak update. Rasa rindu yang membuak-buak gitcheww. Kat office ni, biasalah. Curik curik masa sekejap dok update, mentang-mentang last day. hehe =p Boss lalu lalang belakang, gugup gugup jantung, tutup semula blog ni dari haritu. Nampak tak betapa aku rindu nak update? Now, boss rehat dan cuti akhir tahun, I was like..Weeeeha!

Oh entry kali ini nak menceritakan kegembiraan yang tidak terhingga. Alhamdulillah, rasa seronok sebab fikir hari demi hari yang terpaksa aku lalui weehe. Finally tercapai jugak. Nak mengakhiri zaman belajar ni satu inspirasi jugak. Tapi bila fikir nak akhirkannya, cemas berpeluh-peluh fikirkan thesis dan presentations soon. Aduhai, doakan aku baik baik sahaja nanti kawan-kawan.  Buat seorang diri dan berkumpulan, tidak sama. Macam aku, terpilih untuk buat thesis seorang diri dari chapter 1-5. wah, kesah pulak korang kat aku? =p! Susah wehh tapi seronok, sebab tu aku banyak busy dengan perkara lain, malas nak fikir sebab aku yakin, bila sampai masa, ia akan menjadi mudah.  But not last minute work lah kan, lagi aku tak boleh nak handle. Fuhh lega ramai selamatkan aku. Bila hiburan menyelubungi diri, pasti akan ada suara suara " oi, takyah nak suka sangat, submit 2 haribulan oi!" dan akan berulang sampai hari ini... I was like....

Baru-baru ni birthday aku yang ke 24th (maklumlah lahir akhir tahun, lambatlah dapat title I am 25th yaww). But normally, still young and healthy la hendaknya InsyaAllah =). First, I would like to say " Terima kasih ibu babah, maktok ayahtok, abang, relatives, bestboyfriend, bestfriend and friends yang tak henti henti wished dari 12am tu sampai le esok hari :') Walaupun ada yang lambat wished, that is okey lah hehe i feel so excited to the max and ada jugak yang setia mengingati birthday aku yang so old school ni ehehe!  Memang tipulah aku tak tunggu birthday kan, hari hari kira, bilalah 25th December nak sampai, sempat ke aku jumpa hari lahir sendiri tahun ni? Alhamdulillah, Aku syukur sangat sangat, aku masih lagi berkesempatan untuk bertemu..

Hadiah? aku memang sukakan hadiah tapi bila dah besar besar ni rasanya, doa adalah yang terbaik. Siapa siapa yang ada wish aku, aku mesti minta doakan untuk aku...tak mintak lain, mintak doakan saja :')  "Mendoakan saudara se-islam beramai ramai, lebih banyak rahmat yang indah akan kita peroleh, baik yang mendoakan juga yang menerima doa...Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Memakbulkan doa-doa =)" .  Aku yang menerima doa-doa sentiasa meng-Amin kan, Terima kasih banyak-banyak tau *terharu (lap lap air mata guna lengan baju).
Cake ini dari parents tersayang -i feel like, eh ada cake lah! =) *syg ibu & babah THANK YOU!

Majlis untuk anak perempuan tunggal memang kena buat kalau tak buat, tak tradisi la- ibu cakap. So terjadilah majlis kecil kecilan bersama keluarga tercinta 25hb Dec 2013 haritu. Aku rasa tahun ni lah aku dapat merasai majlis hari lahir full-time dengan family, sebelum ni ada buat kenduri, party like princess (kau nampak bukan, mengada ngada punya sambutan dulu-dulu). Sekarang, "mohon tamatkan dan cukup cukup lah fikir masa depan hahaha"- babah cakap pulak. Aku kalau dapat setepek tu dah kira insaf dah kakakaka.  Makcik pakcik dari Pahang datang dengan penuh kejutan, Makcik Pakcik dari Subang celebrate awai, aduh indahnya hidup bila ada yang mengingati. Syukur! Thank you & Thank you so much!
Shawl from IG : by @bycikepal  Thank you cik epal for the gift (banyak nya shawl cantik2 kau jual)

Petang family bawak siar-siar :') nasib ada casual yang sesuai. Lots of love from me to all. Thank you so much love! I had so much fun you knowwwwwwwwwwwww :')



My tops: Pasley denim jeans from: @candyplussize
All about plus size lah, of course. Denim jeans ni aku suka sebab corak dia depan belakang, fair la fair la :') Ramai jugaklah extra size sekarang cari baju kemeja cantik cantik, dress cantik cantik and all the cantiks so you all boleh cari di FB mereka : Candy Plus Size Online Boutique . Ehem, sound interesting jugak sekarang kalau nak senang without loading, boleh serbu Instagram mereka : @candyplussize ! Sila rambang mata macam aku. Service? semalam order, harini dah sampai (weekdays). Tips: Sila bagi ukuran badan sebelum order untuk mudahkah lagi kerja (actually they provide you size dalam tu so easy for you to choose which one) banyak gile baju plus size(3XL-6XXL), cantik sebab tu aku berkenan! dari atas sampai bawah, pilihan yang sangat cantik! I will show you a few of thier collections below then, Ok nak shopping lagi lah!





Apa lagi, thank you so much lah sayangs for drop by here! =)
Love you;
Birthday girl of 25th, Najah!

4 comments:

Nurain How @ Nurain Mohd Arif said...

Selamat hari tua sis ...lawa dress tu . Nak tutorial cara sis Guna shawl boleh tak ... Slalu wat tak menjadi ... Please

Nurain How @ Nurain Mohd Arif said...

Selamat hari tua sis ...lawa dress tu . Nak tutorial cara sis Guna shawl boleh tak ... Slalu wat tak menjadi ... Please

DatinWowhh Najah said...

hi nurain. thanks. ada masa terluang InsyaAllah :). mudah saja. ini wide shawl . lipat 2. sebelah pendek sangat dan sebelah panjangkan sangat.lilit sambil bukakkan lebaran yg pnjg tu..:) sampai hujung, tutupkan kedalam .

noly anna said...

salam.happy belated birthday to u:) hihi nnt free singgahla ke blog noly ye www.nolyanna.blogspot.com