Monday, December 9, 2013

MakeUp Remover Review Alaa Si Datin Tuu=]

Assalamualaikum semua! Selamat petang!

Kak Datin pakai produk apa ye, kulit takda masalah (padahal ada je sensitive di kulit, korang je tak teliti betul betul, kecik hati kak datin tau, kata adore kak datin tapi tak update wajah kak datin ekekeke).  Ok adik adik, kak datin sebenarnya suka make-up yang simple simple. Nak heavy make-up, tunggu lah kalau ada event atau modelling. Hari biasa? 'naked face bebehh' .

Kak datin kau sebenarnya lebih pentingkan eye-liner. Takda eye-liner confirm macam tak keruan hidup kak datin uols. Siapa yang tahu, tahu lah mata kak datin kan tak balance sebelah =) kenapa? Tercipta dari lahir, Anugerah Allah SWT tapi Kak Datin okey je, kak Datin sentiasa bersyukur selagi boleh lihat ciptaan Allah, Kak Datin happy hehehe. Semua ada kekurangan hidup, bukan? Ada yang lebih Allah anugerahkan pada Insan lain, sebab Allah sayang. So, marilah kita meriahkan hidup dengan kongsi produk apa yang kak datin pakai ekekeke.

Mata:

Kak datin menggunakan brand eye-liner favorite which is "ELIANTO" black. Pencil ke, liquid ke Kak Datin tolak tepi sebab confirm tak reti dan tak selesa. Kepekatan eye-liner kak datin memang sangat utamakan sebab bila mata hidup, yakin sikit la ekekeke. Kalau tak, aduhai Kak Datin kau look so the lesu =) Mungkin dah terbiasa pakai yang jenis stick/cryon ni dari dulu so until now setia hingga akhirnya =p Suka lah aku benda yang tidak menyusahakan diri sendiri, paling senang untuk dicuci. Mungkin lain orang lain pendapat tapi , cryon ni lagi mudah nak nampakkan line tebal .


Make-up remover:


Antara habit bila pakai eye-liner, suka pakai 2 layer so nampak sikit lah mata tu besar ekekeke. Nak cuci eye-liner senang sahaja, kak datin hanya menggunakan make-up remover by Cosmoderm


Langkah pertama:

Botol yang kecil dan mudah dibawa kemana mana ini , kak datin letakkan sahaja di Surau Office so sesiapa yang nak guna, jemputlah guna. ehehe! 

Hanya tuangkan sedikit sahaja di atas face cotton and then apply it slowly to your eye and face :')


Mungkin cara zoom ini menampakkan lagi jerawat di dahi yang aku rasa boleh menggunakan 360 camera? LOL. Kalau dah berjerawat tu, terima sahajalah kak datin..

Ini lah kesan remover yang kak datin gunakan setelah seminit lebih mencuci kedua dua bahagian. Bahagian mata akan rasa mint dan bahagian muka rasa segar. A bit oily but tak lama oily tu sebab dia menyerap segar. So you can feel sendiri lah bila sudah pakai remover ni nanti. For me, quite okey lah sebab tak suka jenis melekit. Boleh apply pada semua jenis kulit so kak datin tidak lah berasa curiga ekkeke.


Chaak. naked face kak datin. Yang penting ,Vitamin E MakeUp remover 'Oil Seed Buster' ini berjaya membuka liang liang roma kembali dan segar lantas boleh tidur di waktu redup di office hehe.

Jika anda berminat, boleh dapatkan 100ml Vitamin E makeup remover ini di webiste Cosmoderm. Macam macam lagi Cosmoderm ada jual, boleh lah cuci mata bagi yang memerlukan skincare yang murah tetapi berkualiti :) 

Berita baik! Sekarang, semua jualan mereka ada sales 15% ok. Vitamin E MakeUp remover ni pula 20%. Makanya anda boleh dapat dengan harga RM13.52 sahaja =)


HAPPY SHOPPING! byebye