Thursday, July 18, 2013

Tips untuk MENGEMBIRAKAN Ibubapa kita

Assalamualaikum,

Dikala cuti yang melapangkan dada, aku sangat suka involve dengan aktiviti aku yang aku rasa sihat "kot". Yelah, nak berborak dengan sapa lah aku takda adik perempuan & kakak kat rumah ni.  So aku cari alternatives untuk paksa maktok aku dengar aku bercerita. Ibu aku tentu tentu dah bekerja so tunggu malam lah nak bersama ibu and kalau ibu balik dari office, tentu tentulah ibu penat dan letih tentu tentunya ibu sleep early and akan bersama spend time bila malam sabtu dan ahad. See that? " We are so busy growing up, we often forget 'they' are also growing old" Yes, now im talking about parents.

Bila aku cuti semester yang sangat lama ni, aku banyak terkenang kalau sorang sorang, biasalah aku ni pompuan yang suka penuh dengan angan angan dan khayalan syahdu sikit miaha! So bila aku cuti, ada je aku nak buat. Tapi kalini, cuti yang diberi ni aku nak guna dengan rasa penuh semangat. Aku nak fulltime dengan keluarga aku. Aku selalu busy kesana sini, kalau cuti takda memang tak balik lah kan. So cuti yang lama ni, aku nak gunakan dengan sebaik baiknya. Aku bukan apa, aku tersentuh hati sebenarnya tengok video kat facebook. Walaupun video ni animasi, tapi kisahnya sangat memberi kesan pada aku and pasti anda juga. Sila click untuk tonton


Cara mudah untuk membantu ibubapa dan mengembirakan mereka :

1. Elakkan mereka berkecil hati /terguris hati

Jangan buat mereka terguris. Mereka ni ibubapa kita, segarang garang mereka, setegas tegas mereka, mereka juga ada perasaan seperti kita. Walaupun mereka tak luahkan, tapi mereka luahkan dalam doa selepas solat atau pun pada waktu mereka benar benar terasa. Doa mereka tak pernah yang buruk untuk kita, semuanya yang baik baik kerana kita anak mereka. Ada kita ambil tahu?  Degil degil kita, mereka nak kita jadi yang terbaik walaupun mereka tahu ia memang memakan masa. So, elakkan berkata 'tidak' malah berkata 'baiklah' walaupun dulu ibu aku suruh aku jemur kain, aku banyak kata "ala, jap lagi ok?" sampai tengok tengok, ibu aku yang sidaikan kain tu. Sedihnya rasa bersalah sangat dan mintak maaf berkali kali siap aku kena ceramah oleh ibu. Allah lemparkan aku dengan perasaan yang sangat bersalah dan tak tenteram untuk aku fikir segera yang aku dah buat ibu aku sedih. Kita tak fikir kan waktu tu? Selepas itu, perubahan sedikit demi sedikit kita boleh membuatkan ibubapa kita gembira dari takda langsung. kan? 

2. Selalulah berhubung dengan mereka

Tak semestinya jauh sahaja kita perlu berhubung. Dekat pon kita perlu berhubung. Aku seorang anak dan yes ibubapa aku tentu tentulah darah daging yang teratas untuk aku.  Aku dan babah aku sangat rapat begitu juga ibu.  Walau aku di sekitar Seremban, babah sangat care dan yes sangat prihatin. Setiap masa akan keep call sampai rimas. Itu perasaan aku dahulu kala (waktu sekolah sedang bersuka ria dengan kawan kawan). Tapi panggilan itulah sebenarnya merapatkan aku dengan ibubapa aku kerana mereka SAYANG. Bila dah besar, ibubapa aku dah mula menganggap aku boleh berdikari sendiri tapi aku pula yang rindu mereka lalu aku hubungi mereka walaupun dengan ucapan " babah kat mana? ibu kat mana? adik kat blablabla..." at least mereka tahu perkembangan kita dari semasa ke semasa dan tiada sifat risau. Kadang kadang kita leka dengan something, tapi kita lupa mereka menanti kehadiran kita di depan mata juga mendengar khabar di telinga mereka. Aku pulak kadang kadang sedih menunggu panggilan mereka bila dah besar ni, so aku pulak yang banyak call macam babah call aku dulu. ihik. call it ' Karma'.

3. Selalu memberi mereka hadiah

Mereka tak mahukan  apa  apa melainkan kejayaan anak anak. Selain itu, ambil lah hati mereka dengan selalu memberi mereka hadiah dan kejutan gembira. Hadiah yang mereka suka, bawa mereka makan bersama keluarga, masakkkan mereka makanan yang mereka suka dan mengemas rumah supaya mereka balik kepenatan, mereka selesa dan hilang penat.  Bawa mereka jalan jalan, dulu mereka yang bawa kita kesana sini, sekarang kita lah yang bawa mereka pula kan? Ibu aku paling suka hadiah. Hadiah aku suka bagi is perfume and kasut. Suka sangat hadiah. Kalau tengah penat ke, aku datang bagi hadiah, mimik muka ibu tu aku rasa special sangat sebab gembira. Takdalah selalu aku nak bagi hadiah yang merupakan wang ringgit sebab aku pon tak bekerja lagi miahah tapi selain tu kita sebagai anak, perlu pandai menghadiahkan kegembiraan pada orang tua kita seperti, memicitkan kepala mereka, membaca surah surah Al-Quran di tepi mereka sedang mereka baring, solat berjemaah bersama dan selalu berinteraksi dengan cerita gembira juga berkongsi cerita yang kita rasa hanya pada mereka sahaja kita percayakan :) #pesanan ini dari seorang ustazah semasa aku hadir ke majlis Usrah bersama ibu. Jadi, boleh lah kita gembirakan mereka kan?

4. Ikhtiar dan usaha sendiri

Hidup berdikari memang memakan masa. Selalunya perempuan memang lambat sikit untuk berdikari nak nak dia tiada adik beradik yang lain. Semua bergantung sepenuhnya dengan ibubapa. Mana yang boleh, Alhamdulillah. Mana yang tak boleh, kalau nak berubah memang makan masa. Ibubapa tugasnya adalah menanggung anak anak sebelum mereka mendirikan rumahtangga tapi dalam masa yang sama, kita perlu mengurangkan bebanan terhadap mereka.  Cari alternative lain untuk meringankan beban mereka dan meningkatkan kepercayaan mereka terhadapa kita untuk berdikari. Walaupun mereka boleh memberi tetapi banyak urusan lain yang mereka perlu buat, bukan? Apasalahnya kita cuba mengorak langkah untuk meringankan bebanan mereka dengan usaha kita sendiri. Ini juga dapat mengajar kita dari menghadapi kesusahan akan datang. contohnya, menabung dan membuat kretiviti sendiri untuk mejana ekonomi sendiri. Hee.

Motivasi dan tips diatas, aku berkongsi di petang hari bukan untuk apa, tapi pengalaman banyak mengajar aku. Kat blog ni jugak tempat aku imbau kan kembali apa yang aku dah lakukan apa yang aku rasa aku lupa pada masa akan datang. Dalam masa yang sama, korang boleh berubah juga kan. Berubah bersama sama. InsyaAllah. Kadang kadang kita tak sedar dek perbuatan kita yang sudah dan banyak hikmah dari Allah yang datang untuk kita tersedar :) Terima kasih juga pada kawan baik dan kawan kawan yang lain kerana ada saja memberi pengajaran yang positif di FB, Tweeter dan kata kata hikmah yang jika aku berubah, aku mudah terusik. Alhamdulillah. Mari sama sama teruskan ke arah kebaikan. Mana yang lemah, kita kuatkan, mana yang dah kuat, kita kekalkan. 

p/s: Sekarang dah berminat menjahit. Maktok ajar menjahit sarung bantal dulu,terisi juga lah masa kat rumah ni kan? Teman maktok and ayahtok kat rumah and sementara maktok pon sedang bercuti mengajar mengaji di bulan Ramadhan ni. 

Oh ye, maktok juga ada kelas mengajar mengaji bagi yang mencari cari di kawasan Seremban.  Memang terbuka untuk kanak kanak dan vateran . Sekarang susah untuk ada kelas mengaji bukan? Jika ada pertanyaan, boleh email saya di najahtuliylia@yahoo.com



Thank you Zalora for make my maktok and ibu happy :) Gift for them make me feel so happy too. aku choose mana yang sales below 50rgt je satu kasut . HAHA, byeeeeee!






4 comments:

JunAina said...

Sayang mak apa sahaja permintaan dia kita penuhi walaupun bukan permintaan kita beli jugak...:)

Good girl!

fahira fuadi said...

kasut-kasut at zalora sngad cantek bwt kte rambang mata ! hehhehe

Eta said...

Kasut biru tu cantik...melting:-)

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Selagi hayat dikandung badan dah jadi tggjawab kita sebagai anak untuk gembirakan hari ibu bapa kita ...kan.....
Anyway...mmg cantik la kasut2 kt Zalora... terpegun jerr...