Saturday, June 29, 2013

MINAZ: Manalah nak cari baju raya size aku tahun ni?

 Assalamualaikum,

Hi you all. Tak lama lagi kita nak nak sambut kedatangan Ramadhan dah kan. Seronok tak? seronok tak? Sure lah seronok dapat buat ibadah selama sebulan InsyaAllah. 

Anyway, biasalah yang rumitnya perempuan and kalau lelaki tu nohal la tentang 'baju apa raya tahun ni' nak dipakaikan. Macam semua orang, as a plus size actually memang sakit kepala nak fikir nak buat design apa setiap tahun kan? Itu pada yang jarang jarang buat baju kurung melainkan datangnya Hari Raya. Macam aku. aiseh takda  orang lain, balik balik aku? balik balik aku :p

Baru baru ni aku terbuka mata sebab leceh lah nak tempah dah. Aku ni malas makin menjadi jadi nak hantar tempah sampai ibu aku bingit jugak lah suruh hantar baju baju yang dibelikannya untuk jahit. Aku kan busy study, kalau balik sabtu ahad tu kau tau lah manalah kedai nak bukak. Menangis lah kau dalam kereta sorang sorang kena pekik dek ibu balek bila kedai tutup. HAHA. Kalau badan aku ni mantain takpa ni ada pulak yang tak kena tu yang nada dering suara ibu berkumandang dirumah tu ihik! 

Sampailah aku rasa aku nekad nak pergi cuti study week haritu untuk tempah baju and sayangnya owner yang aku biasa buat baju aku dari kecik tu kata ' alak ai lia! acik tak amek dah ekau punyo ha. sapo sapo pon acik dah tak amek dah ha banyak bona ha tompahan nak siapkan ghayo ni. sorry banyak banyak la yo lia' Haa! kau sedih ke kau lompat kegembiraan? ha ofcourse lah aku sedih sambil ketap gigi masa tu pujuk pujuk pon satu je acik tu amek sob sob yang lagi dua kau simpan jelah raya tahun depan :B

 MINAZEID13

Baju yang kita pakai ni, Abaya lace and button di dada (breast feed) Nice.
Tapi orang kata rezeki untuk bukakkan otak aku yang sempit boleh tahan ni jugaklah, aku ada plus size shoot di Butik Minaz. Masa tu ,aku rasa tak heran dah dengan dua baju aku yang tak hantar jahit tu and aku berkenan sungguh dengan Butik Minaz ni punya design dari dulu lagi. Ahaa, tulah baru aku tahu banyak butik kat Malaysia ni yang boleh terima untuk buat baju ekekeke. Baju di Butik Minaz ni bukan apa, semua type type barbie and princess. Sesuai lah untuk semua golongan #excitedsangat. Butik minaz custom made tau so tak perlu lah risau, semua size dia boleh buatkan.




tak perlu risau, tangan ada zip so senang untuk berwuduk dan tak ketat

Warna semua warna cantik. So pilihlah dengan hati yang tenang ye kawan kawan. Nak tahu tarikh tutupnya boleh masuk page minazboutiquestudio.com untuk update. Terlalu banyak contoh baju baju kat dalam tu, boleh pergi lihat jugak ok.



Okey lah kalau taknak buat by online, boleh je pergi butik Minaz di Bangi. Kalau lepas raya nak buat baju pon, boleh . Minaz buatkan. Butik yang comel untuk perempuan. Selalu ada belon tau kalau masuk hihi! 


p/s: Butik Minaz jugak buatkan baju baju pengantin perempuan yang cantik tahu!! Haa, apa lagi? tempahlah hihi! Kite pon suka tengok baju baju pengantin situ :)
With my lil sista Dini #cousins #minazopening #majlisdoaselamat #29/6/13


Take care guys! Ramadhan dengan penuh niat yang positif ye! Happy Ramadhan! byebye

7 comments:

hazirah kasimon said...

:) hepy datin

Cik Yuyun Nadira said...

cecantik kan baju diorang :D

najiah shaharain said...

cantik la bju tuh...kedai pun cantik

sYiRa LoKMaN said...

cantiknyaaaa ^_^

Myra Abdullah said...

huhu.comel-comel =)

♛ Nazirah a.k.a Naz ♛ said...

cantiknye jubah tu!! :)

Iqa said...

salam~ :) tula cik datin.. leceh la tempah2 ni.. beli dah siap senang sikit.. hik hik.. cantek2 bajunye..