Thursday, May 30, 2013

I heard something about me?

 Assalamualaikum.

Hi, lama pulak rasa tak ber-blog. Ni bukan sebab apa pon sebab malas nak layan diri sendiri tulis without idea. Buat blog kalau paksa paksa kang apa pulak jadinya kang korang counter back aku , aku pulak yang baran kang. As long as im free like this, im so happy and softly. ehee.

Malam ni suram buat aku sebab aku rasa aku sunyi betul. Sunyi tu macam macam boleh buat kita sunyi. Bila aku sunyi mulalah aku nak fikir something sweet sorang sorang lepastu aku nangis sorang sorang, aku ketawa sorang sorang but aku make sure aku kunci pintu bilik. Disebabkan aku baru je lepas PMS so mood aku under control boleh tahan ehe so don't worry.

Selalu aku rasa aku berprotokol tulis blog, so aku rasa tak seronok yelah ni kan blog aku tapi aku nak jugak macam orang lain, ada blog so boleh la pukul liku menggunakan ayat senang cerita (sempoi). Kan santai gitu? Aku menaip ni pon sebab aku rasa apa yang terlintas aku taip kan aje la. Well, dah memang sunyi and bosan kan. 

Baru baru ni aku mula tersedar dengan banyak perkara. Aku rasa aku ni banyak sangat tak tahu so aku kena ambil tahu. Aku ni jenis kena orang yang aku percaya je tegur and cerita or explain kat aku about something baru aku percaya and follow. Aku ada habit, kalau rasa itu bagus yes why not aku ikut kan and kalau salah takpayah la aku nak ikutkan. haha (ketawa dalaman haaaaaaa tolong dah bosan sangat ni sambil nak nangis).   Maksud aku tak tahu banyak perkara adalah kewangan. Dari segi kewangan, kalau tak menyimpan menabung, aku tak boleh buat apa yang aku hajatkan. Takkan lah nak harapkan parents tolong simpankan sampai masa mereka akan pergi juga and aku ? terkontang kanting.

Taknak lah kan? so baru baru ni aku ni mintak advice la orang kepercayaan aku merangkap kawan baik aku. Hidup kami berbeza. Kami kontra. Dia penjimat dan sangat pandai handle kewangan but me? me not. So baru baru ni aku rasa aku nak quit lah buat something that not worth . Umur aku dah 24 kot, kalau aku teruskan membazir, tak kahwin la akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! ALAAAAAA SI DATIN TU pon ada perasaan nak kawin weh! Ko nampak tak sampai ke situ hajat aku. Aku dengan kawan aku sampai siap list dah awal awal budget and impian kami untuk wedding. Ni sebab makin ramai kawan yang dah sampai seru ke apa ni? Bukan, cuma kami ni dah matang dan dah dewasa and we should think about that. 

As sister to me, she advice lebih dari itu. Aku suka sangat! Aku enjoy sangat before this, sampai satu tahap aku rasa dah takda apa aku nak beli and takda apa dah aku nak buat untuk beli something yang not worth. Since dari tu, aku rajin menabung. Aku kerap jugak beri parents aku duit untuk disimpan dalam bank and kadang kadang simpan sendiri.  Orang kata, rezeki akan datang kita tak tahu kan? Wang yang kita simpan selama ni, itu lah rezeki. Rezeki time kesempitan. Orang tak menyimpan, tak menabung? takda rezeki plak kat situ dan mungkin juga ditempat lain rezekinya. kan? Tapi eloklah menyimpan. Sekarang macam macam dah ada.

Alhamdulillah dikurniakan kawan baik yang sangat penyayang, pemangkin semangat dan lain lain. Dulu hangat hangat taik ayam je menyimpan or menabung, sekarang sejak dapat hadiah tabung rajin pulak menabung ehehe. Bukan kedekut, tapi untuk masa depan. Kalau rasa nak keluarkan hasil simpanan, gunalah tapi niatlah juga untuk bersedekah. InsyaAllah rezeki itu akan berbalik juga. Google tu boleh je buka tentang surah surah pendek tentang rezeki or apa apa berkenaan dengan hidup. 

Dikesempatan ini, aku nak share lah kan tentang rezeki. Ramai yang kurang faham maksud rezeki ni:

REZEKI bukan sahaja dari segi kewangan. Rezeki juga adalah rezeki kasih sayang, rezeki kebahagiaan, rezeki sayang keluarga sesama keluarga, rezeki hidup susah dan senang. Rezeki anak, rezeki suami dan isteri, rezeki cemerlang akademik dan kerjaya juga rezeki kesihatan, rezeki umur dipanjangkan. So, PERCAYA dengan rezeki ALLAH. InsyaAllah semua akan lancar dan hindari sifat bongkak,riak dan takbur kerana sifat ini lah "pemusnah" dan susah untuk menerima rezeki dari Allah S.W.T


Ok lah i will update apa yang terlintas lagi ye InsyaAllah. To everyone yang berangkat ke tanah suci Mekah, Selamat menunaikan Umrah ye. Selamat pergi dan selamat pulang. Kita terus mendoakan rezeki orang lain, InsyaAllah, orang lain akan mendoakan rezeki kita. 

Oh ya, anyone can guide me how to delete banner yang agak tak dijemput kat blog kite ni tak? Left side. Aku ni buta IT sikit,so mintak bantu hehehe. ok thank you. Teruskan hidup bersederhana. Love  you my readers so much! bye.
Post a Comment