Monday, May 13, 2013

Fesyen XXL di WANITA HARI INI

Chaak!

Hihi Im back dear readers. Thank you . Disebabkan aku lupa password google aku sampai email tak dapat nak check and membuatkan aku kerugian banyak maklumat penting. Argh so aku stress dari haritu walaupun banyak kali perkara ini terjadi disebabkan selalu tukar dan tukar. Bila aku dalam keadaan tak sedar, barulah aku ingat balik password aku itu pon lepas aku bukak freezer aku tadi and aku nampak something berkaitan password aku. Food? yes berkaitan makanan dalam freezer :p haha. Syukur lah Ya Allah sebab kadang kadang perkara yang kita tak jangka tu lah akan datang dalam kita tak sedar. Kalau mencari, tak jumpa. So kau biarkanlah macam aku. Bila kau dah dapat kau happy macam aku sekarang ni. Kera dapat bunga? hmm,lebih kurang.


Baru baru ni aku ke Sri Pentas mengenai topik "Fesyen XXL" dalam rancangan Wanita Hari Ini (Isnin, 29 April 2013) Boleh tengok di Tonton. Aku dan plus size, mana boleh berpisah. Kau orang jangan cuba nak pisahkan, aku ketuk dahi guna sudip nanti. hmm. Aku dijemput sebagai model untuk memperagakan baju yang cantik ni. Rekaan muslimah ni direka khas oleh butik Yasalma dan idea yang sangat berkualiti dari owner Getgorgeous, Azlia Idha dan Alia Idha. Adik beradik yang sangat hardworking and aku tak pernah lupakan mereka kerana mereka berdua ni lah aku menjadi model plus size dan mengenali dunia sekarang ni.

Sambil aku berpusing pusing tu, aku dengarlah perbualan mereka di kerusi itu. So sambil menyelam aku minum airlah kan. Hehe. Banyak jugak info aku dapat. Kak Azlia tekankan dari segi pemakaian, keyakinan. So aku suka lah kan. 
Azlia Idha adalah perunding fesyen yang bertauliah 

So adalah masuk dalam telinga proses menjadi input serba sedikit untuk diri sendiri. Hmm sebab aku lama dah tak pusing aku ada terbuat satu mistake on camera oh no! Aku pusing sebelum camera zoom baju depan and aku dah terkejut kaku kat situ hmm. Lepas tu aku senyum ahai, cover lah tu. 
Thank you Kak Alia Idha snapkan gambar dengan Adibah Nor
Jemputan yang dijemput pun idola aku. Walaupun selama ni tengok dari jauh, senyum tak berbalas tapi waktu tu idola sebelah badan aje. ihik! Until today aku ingat Adibah Nor pesan, "takpayah nak pilih pakaian yang nampak kecil badan tu, dah kita besar nak tutup macam mana lagi. Pakai sahaja dan yakinkan diri" Eceh, sukalah tu ada bagi semangat tepi telinga. haha.



Aku cukup selesa pakai baju ni. Bukan sebab aku modelkan pakaian ni tapi fabrik dia aku suka and jenis baju ni sesuai untuk kemana mana and night event. Nampak elegant gitu. try and pakai, baru rasa apa aku rasa. ehek. 

Oh anyway aku nak ucap thank you so much to Ibu sebab sudi temankan anakandamu kalau ada event event camni, hehe sanggup cuti ke office demi anaknya ehek. Ibu , sempena hari ibu yang dah berlepas, Selamat Hari Ibu dan selamanya hari hari adalah hari ibu. I love you, ibu. mamah skek pipi gebumu :p Love you my Queen.

Oklah,saja suka suka share sebab boleh tengok cerita aku masa muda muda dulu kalau dah tua ahaaa tu diaa, Thank you so MUCH Getgorgeous and thank you TV3 for invited me there . Assalamualaikum.

7 comments:

Mek Onie said...

wahhhhhhhh,awak ^__^

NinaAz said...

Wahh. Seronoknyaaa

TeTerBanG said...

nice :) btw kak najah, nak tnya, tajuk apa lagu yg kak najah letak dekat blog ni. best bangat! :D

Mysara Ab Rahman said...

wah...apepun sis tetap nmpk gojes!

Asyik Izas said...

aritu nampak najah kt convocation uitm..mmg berselisih sebelah jer tp malu nk tegur.. najah xdelah besar mana pun..biasa jer tgk.. pastu dress yg pakai aritu sgt cantik sesuai dgn najah..hehe..:)

Ika Ika Faid said...

sbb sis najah masuk tv dan ika x dapat tgk ika akn search kat youtube sampai dapat.dress akk pakai sangat sopan dan ika minat sangat!congratz kak =)

steeqa amir said...


kak najah comel sgt..saya suka!
Btw saya dah follow blog kak najah..:)