Sunday, March 31, 2013

cacamerba! Weekend with my family LOVE!

Petang petang macam ni, Sunday pulak tu takda perkara lain melainkan lepak lepak with my family. Kalau kat tempat belajar, kita pack dengan busy class nya, dengan kawan kawan nya so apakata kita spendtime dengan family yang kita sayang , mereka juga sayang ke kita ekekeke.

So lovely when you dapat gossiping with your mum your dad and not with your brother yang selalu suruh ambik tu ambik ni. HUWAAAAAAAA! Ehm, nasib dia nak start kerja tak lama lagi,  so boleh lah aku bersenang lenang ditaja oleh dia tak lama lagi ekekeke. Harap angan angan aku menjadi kenyataan la kan sebelum aku kawin. hihi! Umur dah 24 dek non, kalau tak berangan pasal kaya raya hidup menipulah aku kan. Semua nak , ini nak itu nak so you need to berangan. Tapi sebaik baiknya ala kadar la. Allah pun sayang hambaNya yang ala kadar. I mean pasal kaya raya tu, cukup lah bagi kemudahan yang boleh kita hidup untuk beribadat InsyaAllah. ye dok? 

Rasa insaf rasa bermotivasi bila tengok rancangan kembar ibu kita kat TV tu :p Prof. Dr. Muhaya. Actually kenapa kita cakap ada kembar ibu kita sebab ada iras sikit sikit. Banyak kali dah orang tegur ibu tu Prof. Dr. Muhaya tapi tetap Kamarunnisah dan bukan Prof. Dr. Muhaya ekekek. Last two month tak silap, di kedai makan ada someone datang tegur my ibu dari belakang and asked:

unknown:'salam, tumpang tanya ini Prof. Dr. Muhaya?'
my mum: terkedu sekejap and terus jawab 'w'salam puan, hehe bukan bukan.. salah orang ni (sambil lontarkan senyuman)' 

tu masa di kedai makan. Ni masa kat Petronas, orang tu perhatikan ibu dari jauh. Aku da risau sekejap tapi yang pandang perempuan. Di kaunter orang tu berbisik:

Unknown: 'Prof Muhaya la tu"
Kawan kpd unknown: eh no lah bukanlah..

Padahal, waktu tu anak si serupa tak berapa sama tu  ada je sebelah dorang ekeke. Lucu jugak la ibu aku Prof Muhaya huhu. Pada aku, takda la nampak sama sangat tapi mata orang lain, mungkin la kot. Puas aku cari, camne la muka ibu boleh ter iras, google google and cari gambar ibu aku cantumkan, ada la sikit :p

Lagi satu kalau nak ingatkan peristiwa kat Petronas tu lagi sakit hati. Yela, Allah bayar cash kan sebab gelakkan orang di kaunter tadi hmmm cerita dia cenggini, abang aku  tak perasan aku belum naik kereta lagi, baru je nak bukak pintu kereta, dia boleh jalan. YOU KNOW WHAT??! AKU MALU WEHHHHHHHH! nak nangis malu. Abang aku ni jenis tak pandang belakang (no turning back) la konon. Haih, dah la orang tengah isi minyak, ramai pulak tu yelah malam kan! abang aku parking plak depan kedai mesra and tunggu masa nak gerak. So malu la kan orang tengok. Yes, aku rasa mmg ada yang tertawakan keadaan bodoh aku waktu tu. Cis! Itu pon nasib kembar Prof. Muhaya tu tegur ' aih, adik mana tak naik lagi?!' kalau ibu tak tegur, ABANG AKU DAH TINGGALKAN AKU DENGAN MALUNYA AKU KAT PETRONAS TU wa cakap luuu! hekhok!

Bila dah duduk serumah weekend ni, baru la share and ketawa dengan babah yang nampak fully sihat Alhamdulillah but need rest jugak :) rasa happy dalam hati ni. Kalau dah dengan family, hariku jangan diganggu lah . Ehe ada kawan yang dah faham and tu yang kena update status tu so alert sikit," ooo dengan family so takleh kacau "melainkan appoinment dibuat awal for example reunion ke apa ke gathering ke gossiping ke kaaaaaan :p ko nampak tak poyo sangat alaa si Datin tuu skg ni hmmm. 

Semalam dah gi KL. Gi KL kalini bawak family berjalan jalan. Actually celebrate advance birthday maktok yang ke 62 tahun this Monday. Ehe, saja lah ibu suruh abang and me bawak mereka jalan jalan KL. Haih, apa lagi, ke KL la kami semalam ihi! Tapi yang berianya, mdm ibu la. sapa lagi saja je gunakan nk celebrate maktok haha! 

maktok and ayahtok: haha, keje aku la tu suruh buat peace. CUTE PIE!
Oh ya, selamat hari lahir maktok. Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Maktok ku sayangggg, Allah selamatkan kamuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ! Smoga dipanjangkan umur dimurahkan rezekimu sayangku darling si pelembut hati. I love you! 

OOY: Outfit of yesterday cacamerba jadinya ekeke.
Ambil maktok and terus KL :)

Just want to share, seronok ibu ada iras like Prof. Muhaya, birthday maktok and happy weekend with love! ok tu je.
 
p/s: if Prof. Dr. Muhaya nak tahu, SAYA NAK JUMPA PROF! SAYA MINAT SANGAT SAMPAI NAK NANGIS! sanggup beli buku Prof untuk jadi pelajar cemerlang. eh. ok!

Assalamualaikum, roger and out! bye.

3 comments:

Asyik Izas said...

a'ah mmg nmpk sama lah ibu najah dgn prof.dr.muhaya..

Cik Honney said...

love the last pic.... :)..

http://www.wadahberbicara.my/

DatinWowhh Najah said...

Ada ye irasnya hihi tqq