Friday, March 8, 2013

ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH DENGAN DOA DOA DARI ANDA SEMUA :)

Heyyy Assalamualaikum!

A very very longggggggggg time tak ber-blog. Kita rasalah. Bila ada peluang untuk ber-blog rasa semua perkara yang dilalui selama tak on lappy ni, nak diceritakan kat semua orang haha. Yeah, now im here! hehehe yeah im here.

Hmm by the way before this my dad dimasukkan ke hospital kerana kritikal kesihatannya. Almost 3 weeks juga Najah menjaga babah di hospital. Dari Babah dikejarkan di Kecemasan/Emergency, sehinggalah dimasukkan ke dalam CCU. Terlalu risau perasaan waktu tu. As you know, siapa yang follow blog Najah ni, tahulah terlalu rapat sangat Najah dengan Babah. Siapa sangka, dengan kerja Allah yakni doa dari orang ramai, solat hajat dari orang ramai, Yassin yang tidak putus putus dan lawatan keluarga yang tak putus putus, sahabat handai kami sekeluarga telah menyembuhkan penyakit babah dan Alhamdulillah Babah kembali sihat cuma perlukan rehat buat masa ni. Sujud syukur dengan kuasa Allah. Najah tak putus putus doa pada Allah sebab Najah tahu and yakin Allah tak akan beri dugaan lebih dari kemampuan hambaNya.


Waktu babah kritikal, Najah tak fikir lain dan yang Najah fikir adalah Babah cepatlah sembuh dan waktu itu, apa apa yang akan berlaku, keluarga Najah mengajar Najah tentang Keredhaan. Walaupun susah nak terima tapi apa yang berlaku, adalah kerja Allah. Selama ni Najah terlalu tak menghargai masa sangat bersama keluarga and yakin bahawa keluarga (Ibubapa) Najah tidak akan merasai sakit atau musibah. Bila Allah beri dugaan pada Najah dan keluarga when babah sakit, Najah terduduk and fikir sempatkah Najah nak bersama sama dengan babah lagi sempatkah Najah nak cium pelok babah macam sebelum sebelum ni. Waktu Najah rasa Allah uji Najah sekeluarga dan mahu Najah beringat bahawa bila bila saja Allah akan duga.

Babah tiada sakit lain kecuali batu karang dan selepas pembedahan besar selama 8jam, babah didapati jangkitan kuman didalam paru paru. Yelah, 8jam kan lama, so dalam waktu tu kuman akan masuk ikut suka hati semua kuman tu. huhu. Lepas 4 hari tu, perkara ni tak perasan lagi, kami ingat babah semput effect lepas operation tu. Semput yang bila bernafas, pendek pendek and tak macam babah nafas biasa. Babah lemah sangat and demam panas. Waktu tu Najah full-time dirumah and jaga babah sampai terpaksa tolak semua invitation or recording untuk TV9 waktu tu sebab dalam fikiran, babah lagi penting. Apa nak jadi, jadilah. Petang tu, babah ok sikit. Malam tu, babah nak sleep and Najah dah tidurkan babah. Ibu pon buatkan babah apa yang patut and abang Najah gantikan tugas babah yang babah biasa buat bila waktu aktif. Hati ni tak sedap sangat malam tu lepas solat Isyak nak jenguk babah semula sebelum Najah ni lelap mata and you know what happened? Babah tak boleh bernafas dengan teruk seteruknya. Ibu panik, Najah pon panik and jerit abang suruh bawak babah ke hospital berhampiran and yes, kecemasan. Kami tunggu almost 4hours and the result is, babah got lung problem. Tapi babah still ingatkan, 'babah ok, babah ok jangan risau sikit je ni Allah uji'. Semangat babah tu walaupun kami tahu, babah memang lemah  tapi babah tak tunjukkan pada kami. Menitis airmata waktu tu. Hari hari jaga babah. Najah jaga babah siang hari, abang atau ibu jaga babah di waktu malam. Babah tak boleh sorang, babah perlu dijaga rapi.

Sampai satu tahap, badan babah panas dan demam akibat paru paru ada jangkitan kuman (pneumonia) selesai pembedahan batu karang selama 8 jam, yela kan dalam 8jam, kuman boleh masuk bila bila tanpa sedar . Air dalam badan babah disedut kerana babah susah nak bernafas dengan baik. Sebelum doctor nak buat proses seterusnya, Najah tanya pendapat kawan baik Najah tentang ni sebab dia pon doctor, dan bila diterangkan rikisonya Najah bincang dengan ibu, dan kami setuju. Alhamdulillah, proses tu buat babah boleh nafas dengan baik dan nafas tak laju macam before this. Selepas 3 hari, air dalam badan babah naik semula dan babah seperti tak boleh bernafas dengan baik lagi. Ya Allah, hanya Allah yang tahu perasaan waktu tu. Kebetulan ramai kawan kawan babah, ibu dan kawan kami dua beradik datang melawat babah dan waktu tu babah disambungkan dengan machine. Bernafas melalui machine. Faham faham sajalah, kalau dah guna machine ni kan, ahli keluarga saja yang tahu bagaimana risikonya tapi kami semua tak putus putus bacakan yassin, al-mulk dan semua yang ada doakan keadaan babah. Kami tunggu diluar dan Doctor memindahkan babah kedalam coronary care unit (CCU). Dalam tu, babah dijaga rapi dan waktu tu taknak cakap dengan sapa sapa and fikir babah selamat. Tak lepaskan tangan pegang babah sampai tak boleh ikut masuk dalam CCU tu.

Kami pon tidur diluar taknak balik tapi abang suruh balik, maktok and ayahtok pujuk suruh balik rehat and if ada apa apa Doctor akan call. Kalau balik, hati najah tetap di hospital. Tidur, apatah lagi, tak tidur sebab takut phone ibu bunyi. Sampai Najah tertidur hingga ke pagi dan terus tanya ibu, 'ibu, bah camne?' sambil tertidur dengan kain pelekat yang babah selalu bawak pegi solat. Ibu pon tabahkan hati dan buat muka OK, taknak Najah risau dan jangan risau. Babah ok Alhamdulillah sebab Doctor tak call ibu. Kami di rumah Yassin bersama dan selesai semua tu, pergi ke Hospital semula tunggu babah walaupun takdapat masuk. Sampai waktu masuk, Najah dan ibu masuk and tengok babah, air mata tak berhenti menitis tepi babah and Najah tak sekuat ibu yang boleh tahan sedih depan babah. Pesakit takboleh tengok kita sedih, nanti mereka down. Pesanan keluarga, kawan kawan, saudara mara sentiasa menguatkan Najah. 5 hari babah dalam CCU dan babah dah boleh pegang pen dan tulis apa yang nak dikatakannya. Syukur Alhamdulillah dan babah terharu sangat. Kami tak balik rumah melainkan tidur dan kami ke hospital semula sampailah babah keluar dari CCU. Syukur. Bila babah yang menggunakan machine selama 6 hari tu, akhirnya dah ditanggalkan machine itu and babah cuma menggunakan oksigen yang kecil dihidung. Rasa sangat terkejut dengan kuasa Allah dan Doctor terkejut keputusan X-Ray babah, paru paru babah sangat cantik dengan cepat.

Tips: Air kosong yang selalu disapukan ke muka / anggota pesakit, diberi minum eloklah ditukarkan dengan menggunakan air Syifa'/air Yassiin/air Anugerah. InsyaAllah. Air yang dibaca dengan menggunakan Al-Quran adalah penawar. Ibu ajar kami dua beradik, letak tangan di dahi babah bacakan surah Al-Fatihah (3kali), 4 Qul, Ayat-Qursi (2kali),Selawat ke atas Nabi dan menyebut Allah kerap kali di telinga dan babah menyebutnya juga walaupun memakai oksigen. Tentang solat, jangan abaikan. Amin kan semua doa jika anda sedang mendengar mereka mereka yang sedang berdoa. InsyaAllah. Sakit pon perlu solat pada yang mampu. Kami bangga dengan babah, sakit yang kritikal, babah tak pernah lupa semua tu.  Najah dan abang ambilkan wudu' untuk babah. Beringatlah, dugaan sebegini diuji bahawa kita ingat Allah atau tidak dan semua ini mengajar Najah erti kesabaran, keradhaan dan Allah menyusun segalanya cantik cantik belaka. Amin..

Thank you for those yang mendoakan kesihatan babah, family Najah, kawan kawan parents,kawan kawan Najah dan Abang, kawan kawan kampus. Kawan kawan, cikgu dan pensyarah yang tak berhenti henti tanyakan keadaan babah, Najah ucapkan terima kasih banyak banyak. Keluarga jauh, sanggup datang dan bermalam di Seremban sampai babah sihat. Hanya Allah yang membalas semua kebaikan anda semua. Najah takkan berenggang dengan keluarga Najah, sebab merekalah permata bagi Najah dan semangat Najah.


bersama pakar motivasi Dr. Tengku Asmadi (MAP) yg banyak mengubahkan Najah sehingga menjadi Najah yang sekarang, Thank you Dr. Tengku Asmadi
Daraa Kimono by Raynaa

You guys, please hargai parents. Please and please sebelum menyesal dengan pemergian mereka atau diri sendiri. Semua ini Najah belajar dalam motivasi di MAP 2006 bersama Dr. Tengku Asmadi yang lalu dan Alhamdulillah, Najah menjadi jemputan untuk adik adik UPSR, PMR dan SPM. Pada ibubapa yang risau akan keadaan dan juga masa depan anak anak, hantar lah mereka ke MAP ini, InsyaAllah. Boleh mengambil semangat di facebook beliau, FB Dr. Tengku Asmadi. #prayforSABAH and Al-Fatihah pada yang telah kembali kepada Allah, sesungguhnya mereka dikalangan yang mati syahid. Assalamulaikum semua.

Post a Comment