Saturday, January 26, 2013

Friends Wedding

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu. Ihey! Kejap je dah hari Sabtu, esok hari Ahad. Biasalah, nasib ada 7 hari seminggu, you guys can go everywhere sabtu ahad tu. Betul kan. Huh, anyway cakap pasal hari minggu, biasalah wedding mesti muncul on that day. Tak kisah lah wedding saudara mara, adik beradik, kawan kawan, mak tiri bapak tiri, nenek saudara atok saudara watsoeva.iheyy kalau dah jodoh, tak kemana ye tak?! 

Aku suka betul pergi jemputan wedding wedding ni. Kalau pergi wedding orang mesti tengok pelamin lepas tu aku macam kejutan budaya sekejap. Tak sedar diri pon ada. Buat pelamin tu aku punya. Cantik satu hal, warna dia tu pon inspirasi betul. Nak nak warna sentimental and striking. Hey, memang faveret sangat ni. Kalau dulu, ikut parents pergi wedding anak kepada kawan dia, tak pernah nak dapat undangan perkahwinan kawan sendiri. Kalau pergi, yes muka aku jelah parents bawak. Abang kan lelaki, so dia tak interested sangat tapi kalau dia lapar sangat, dia follow. Ibu pon ugut la 'ok abang makan lah roti kat dapur tu ibu tak masak sebab nak pegi wedding' pandai tak pandai tak ibu saiko? ihiks. Nak suruh aku buat, sorry lah berpuluh kali kalau kesian sangat pon, aku buat kan dia makan berkenaan dengan roti haha, tu pon celup telur tu je ihiks. Nak masak untuk dia, bukan waktu tu so wedding punya lauk la jawapannya. It's call rezeki. Bila dijemput, janganlah tak datang. Tak baik, kecuali ada alasan yang kukuh dan ada hal yang tak dapat dielakkan :)
Pertama kali involve dalam jemputan wedding wedding ihiks. Shawl by Ayunar

Bila umur da meningkat ni, kawan kawan sebaya pon dah bertemu jodoh so banyak lah dapat jemputan kahwin kan. Nak nak kawan sekolah lama. Sapa kawin dulu, kira bertuahlah sebab dah selamat dijodohkan. Pergi wedding kawan pon berkonvoi. Ihiks! Baru baru ni wedding sangat meriah. Wedding mana aku pergi tak meriah? semua meriah nak nak didendangkan karaoke. Lagi meriah, lagi lama aku kat situ. Ada cendol, ada bubur jagung hihi aku sukalah. Demand sangat ni aku ni haipp! Orang kata, amek berkat ye tak?
dear Fatin Liyana's house. Her brother and sister-in-law wedding.
i really love this my plus size dress designed by: Cik Anith Ishak ( How Do I look)

















Bila dapat jemputan dari kawan kawan, bila bersiap parents akan tanya, amboi anak dara nak gi mana tu? Yelah, im getting older kan, so kawan kite pulak le kawin ihik. Takda mana, gi wedding kawan jap. nak ikot? Besar dah anak dara dorang, boleh gi wedding sendiri dulu kepit kepit dengan dorang. ihey! Ha, adik pegi sana, jangan lupa bawak balik goodies cantik2 senang ibu nak letak dalam lemari bawah tu (lepastu, aku la yang mengelapnya kalau berhabuk) Ok ibu sampai pernah bawak balik, tak bukak sebab cantik sangat goodies tu sedar sedar bersemut. Bukak bukak, taraaa! bahulu :p So memang tuding jari kat ibu lah waktu tu, HAHA. comel je. Lepas peristiwa tu, tak berani nak simpan terus mesti bukak dulu.Selalu dapat frame,glass, makanan and telur. Budak budak je dapat berkat yang merupakan candy :)


My parents friend wedding. Glory shawl birthday present
designed by Yna Sakinah (D'Qoya)






















You guys pon sure pernah dapat soalan macam ni kalau pergi wedding dengan parents " hey, anak you ni bila lagi (sambil tepuk tampa bahu mak aku mak kau and mak masing masing" i was like. . ." Ya Allah, sabar le makcik T____T soalan sama je kat kenduri ihiks." lepastu aku pon senyum senyum tengok hp pandang lauk. Aih, lapar pulak. ihey!
Candid time with schoolmates and thank you cik epal for the mustard half moon shawl :)

Tadi baru balik wedding kakak kepada kawan sekolah. Time ni lah dapat jumpa balik semua budak budak sekolah dulu and masa untuk kau berjumpa crush kau masa kat sekolah dulu dulu. Ihiks (degup lagu jantung) kan? Lupakanlah itu zaman sekolah. mwehehe! oh btw, bila berjumpa macam macam cerita nak cerita kan and in the same time you akan bertemu kisah ' eh, keciknya duniaaaaaaaaaa' kau kenal ye and bla bla bla.... sampai orang catering nak angkat lauk kau punya berborak.iheyihey!


Dah berbulan kawin, hihi kawan sekolah aku ni, baru nak update! hihiks! congrats Faisal and Ros

















Kawan-kawan yang ingin mendirikan rumahtangga, jemputlah kita. Kalau kita berkesempatan kita hadir kalau tak sempat, jangan risau doa sentiasa diiringi :)  oh, aku baru perasan semua baju aku upload warna yang sama. Mana pergi warna lain? ergh. 

Ihey! sini ada sedikit potongan ayat :
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ,


“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "

- Ar-Rum : Ayat 21




ramai tanya kita, mana kita dapat baju baju dan shawl, boleh click bawah gambar gambar tersebut dan silalah tempah ihiks.byebye.

9 comments:

Anonymous said...

sumpah lawa + chubby

onie said...

lawa baju tu datin :D

Miiss Tara said...

suka suka!! <3

Anonymous said...

lawa c'gebu ni

Jannah Jane said...

comelnya baju datin...warna yang soft je...sejuk mata tengok...

cik nur said...

cantik semua baju datin lawaa nur suka hrhr :P

nabila azmi said...

sukela bju pink blu tu..comei sgt

sYiRa LoKMaN said...

sweet ^_^

DatinWowhh Najah said...

Ihihi thankkk you guys!!!!!