Friday, October 26, 2012

I is TAK lupa YOU lah !

Assalamualaikum

Ya Allah rasa nak menjerit sebab baru lah ada masa untuk blog sendiri hehe. Over tau, online selalu tapi blog tak dipedulikkan langsung. camni ah kau Datin. Actually kite bukan taknak update tapi kite lupe password kite hikhik! tukau password pastu lupe, aih serik taknak buat lagi taknak taknak.

So how are you guys? Selalu borak on FB status, twitter and instag sahaja kan dengan Uolss, kali ni bagi Iolsss ruang untuk lepaskan apa segala yang terpendam. Aiceh kau! over tau. Sumpah rasa excited sampai apa nak cakap before type tadi pon terlupa. DENG! Haa da ingat dah hikhik. Kita takda lah pelupa sangat tapi biasa lah buat blog ni macam syok sendiri so kalau rasa tak ingat pon nak jugak bagitau so you guys boleh lah tau kedudukan otak aku ni mengeluarkan sepatah sepatah yang takda guna. wehwwhwhehe padan muka#

Baru baru ni Najah terfikirkan apa perubahan dah Najah buat pada diri Najah and cari punya cari terjumpa lah satu perkara yang Najah buat tanpa sedar. Kita ni normal la, kadang kadang tak tau apa kita buat, bila dah buat baru tersedar pastu nganga mulut kau luas luas sampai kene berak lalat. eeeeeeeeeeeuww why u so disgusting ish aku ni! sorry sorry hehe (pada yang tengah makan depan lappy #padan muka kau haha). So dalam Najah berfikir tu, i see ooohhh i see aah la yelaaa i see! You see what? bentak kata hati padahal takda apa pon cuma cara pakaian sahaja.

Yes, tiba masa nak bongkarkan satu per satu kisah diri sendiri ni. Najah dulu suka sangat gemar sangat pakai jeans. Jeans kan trendy zaman kanak kanak dari zaman kiko, kiki lala dll and yang jenama itu merupakan satu jenama yang sangat aku megahkan malah banggakan bila pakai. HAHA teringat bila baru pakai sehari masa raya niat nak menunjuk sedara mara, koyak sudahnya terlekat rantai basikal and sekarang aku rasa ibu dah bakar tak pon jadikan kain buruk tsobtsobtsobs. don't ever ever you do it at home kesian hidup kau nanti oh! back to my cerita above, heeks! Najah more casual. Casual ikut suka hati la, asalkan masuk (berkata ini hati) and buat masa ni takda pulak lah komplen tu yang seronok sikit pakai tu eh bukan apa, ada je yang cakap kenapa kau suka warna warna badut pelangi ni weh? tapi yang tak komplen is IBU sendiri. hehehe! See, ada aku kisah tu sebab lah aku suka buat apa apa ikut suka hati pastu bila dapat tau yang selama ni ibu pon ada rasa pelik deng! malu tiba tiba. Haa tau pon kau. SO aku taknak buat lagi taknak taknak.

Bila umur makin lanjut ni, biasalah zaman pon makin cantik and pakaian disediakan OHHHHHHHHHHHMAIII sumpah semua cantik cantik! So that, Najah pon mengorak langkah untuk suka pakai dress. Dulu masa muda yang tak berapa nak muda selamanya sentiasa, pakai dress je mesti rasa macam hantu. Eee serius sanggup bukak balik haha. Tak cukup dengan tu, kalau pakai dress rasa umur macam ibu sendiri tsobs! Aneh tu ada tapi lama lama dress yang dulu kata tak cantik tu lah now pakai balik. Manusia memang gemar makan kata hikhik tu sebab kalau aku taknak ke apa ke, aku diam je sebab aku tau nanti nanti mesti aku nak :p. 

Ok lah macam nilah, Najah tau la berbadan macam Najah and ada yang uolss sesaiz like Najah rasa down sangat kan nak cari size kat luar luar tu. Najah tak berani nak komen lebih tapi Najah akan jawab jawapan yang sama, ' YES, kat luar tu bersepah sebenarnya size kita kita ni' cuma tu lah, mata kita kata tak cantik tapi cuba try satu beli lah yang tak cantik tu, balik rumah you pakai itu lah yang cantik. I ikut petua i sendiri ikut suka hati tu sebab i tau, i can't get motivation and spirit if ikut cakap orang. Orang memang akan komplen aje lah kita ni. Lagi la kita akan down kan. Mesti punya ah sure lah kau jangan nak tipu aku eh#  So try stand up! be urself. Hidup ni Allah bagi sekali je, so happy lah buat apa nak sedih pasal baju. Ada duit, beli lah takda duit takpe pandai pandai lah kau kutip mana mana orang yang nak buang baju tu heeks, JANGAN eh! takbaik.

Lately, Najah perasan yang Najah banyak on dress sebab Najah rasa selesa. Mungkin update and trendy kan. Ni contoh Najah bersama butik Raynaa. Najah sukakan yang simple. Najah rasa dress yang Najah pilih adalah sebab Najah ni takda la rajin nak bersiap awal. Najah suka last minute siap and kadang kadang baju baju yang Najah pilih atas katil tu dipilih tak semestinya Najah ambil, sah sah dress sahaja Najah pakai. Sebab ringkas dan cepat juga tangkas dan tak renyuk dan . . .err ok.


Najah jenis tak kisah nak pakai apa, asalkan Najah selesa. Warna apa tu Najah letak tepi asalkan Najah rasa Najah jalan depan orang ramai Najah tak kekok. Like suka hati lah kan, baju iolss. walaupun nada riak haha tapi tulah kenyataan. So from that, iolss dapatlah bergembira. This is  from Yasalma. Thanks kak Yasalma sebab pandai buatkan design hehe. Simple dihadapan dan corak di bahagian lengan. Tulah pilihan Najah.
 Baru baru ni Najah hadir di majlis MOSLEMA. Dimana ada yang tahu kan fashion show untuk semua muslimah. Lelaki je takda time tu semua boleh tarik nafas lega. Hehe. So that dalam event yang sangat happening tu, Najah telah dipilih oleh MINAZ butik untuk represent kan baju cantik dari butik mereka. baju ni, design and warna faveret Najah sendiri. Kakak ni sangat baik hati untuk sponser kan baju Najah and paling happy uolssss baju tu satu design je dalam DUNIA. hwahaha.  Thank you kak Pija. i really loves that baju and sangat happy. Hadiah from them to me. Tak cukup bunga di baju, bunga diberi peluang untuk tumbuh sama di kepala. Anugerah insan penyayang mungkin blergghh~ haha.
 Kalau rasa taknak masa terbuang, dress is the best. Pada iols la. tatau la pada uolss. Ikut lah mana selesa tau. Jangan ragu ragu atas keputusanmu aiceh!
Najah admit, pernah rasa down sebab baju. Sapa cakap Najah ada semangat sentiasa. Everytime happy eh no lah, i pon Normal i juga macam semua orang yang ada perasaan. Kadang kadang kalau ada datang mixed feeling baik korang kena jaga hati iolss ni kalau tak, berapi rasanya. Hehe. Tapi Alhamdulillah la, masih dalam kawalan :p Ouh, masa nak bangun dari kegagalan hidup, rasa sakit sungguh rasa nak ambil semua pil pil kurus rasa give up nak mam......mam mam. hehe. Tapi tulah, nasib lah semangat ni masih ada and yang penting iman Insyallah untuk yakinkan diri sendiri sebab Najah tau takda siapa akan bangunkan Najah selain family and kawan baik Najah sendiri. Badan ni anugerah Allah so jangan rasa kalau gemuk sikit dah stress kadang kadang kan rasa nak cubit gune kuku je kat pipi orang yang hmmm . Let say lah, orang nya berat 45kg, (yang badannya sekeping type biskut hup seng tu) pon cakap..eh gemok lah aku -_-. Rasa nak bagi kaki goreng mungkin juga cicak celup tepong. Hmmph. Sedih tau. Mungkin lah habit kan tapi rasanya kalau rasa gemok, diet lah. Diet jangan lah tak makan langsung. Kualiti makanan, check up selalu tu wajib. Baru sihat. Bila sihat, doctor kata good and mesti lifestyle kita happy je. serius ni lah! hmm (tegas ni tau)

Berbalik pada baju, Najah suka sangat kawal Najah dari pakai ketat ketat lately. kalau dalam ketat, luar mesti bagi longgar. Bukan apa Najah pon sakit jugak mata tengok pakaian Najah dulu dulu. HEHE malu tau tiba tiba nasib iolss da hide gambar2 dulu iolss dari zaman potozuttt sehingga la eee, tayah la nak cakapkan. Bila adanya petunjuk dimana kita perlu berubah, Najah pon berubah perlahan lahan sekarang pon sama masih cuba untuk berubah. Cuba berhijrah kepada kebaikan InsyaAllah. Orang kata, perlahan lahan kayuh. Silap kita nak berubah ni sebab kita terlalu ikut sekeliling yang boleh rasa kita hilang keyakinan. No, try to control and i rasa semua orang boleh. Najah berbadan besar tapi Najah bangga sangat. Najah takda rasa awkward depan orang ramai sebab Najah tahu, Najah berdiri di hadapan mereka mereka, depan kamu kamu semua ada sebab Najah sendiri and Najah ada identiti Najah sendiri. So Najah rasa soal malu and tak berani tu boleh letak tepi. Rezeki yang Allah beri tu kita tak minta cuma sebab berkat kita bersabar, Allah beri. Dalam masa Allah beri nikmat tu, jangan kita leka. Before ni Najah memang seorang yang leka tapi Alhamdulillah Allah kurniakan family and bestfriend yang sangat sangat memberi makna. Yang boleh ubahkan kita, kawan yang kita pilih so kena pandai lah pilih yang terbaik untuk jadi yang baik InsyaAllah and one more thing, biar salah, at least kita cuba and jangan la salah banyak kali. Kalau tak sengaja takpa, cepat cepat cover. 

Najah tak bangun terus macam sekarang, ada step step nya. Najah cuba market kan diri Najah bukan untuk apa apa tapi untuk cuba penampilan baru. Najah rasa tak fair kalau satu size je nampak cantik dalam dunia ni, so XL pon wajib nampak cantik. Najah ambil negative and positive orang sekeliling. najah suka orang tegur so dalam teguran tu lah Najah cuba untuk berubah walaupun tak semua tapi sedikit tu adalah. Najah taknak Najah jadi orang lain Najah still nak diri Najah. Kita tak boleh puaskan hati semua pihak bukan? Tapi kita boleh puaskan hati mereka kalau kita jadi diri kita sendiri and everybody will respect us. Ingat, pilih sahabat yang boleh memberi pendorong and jaga mahkota anda ya :)


Tips: Bila kita pandai jaga penampilan kita, kita akan dibaca melaluinya tanpa kita bersuara :)
nah, hamek ko. Lama tak update, sekali update . . . .and SALAM AIDIL ADHA to ALL OF YOU DEAR READERS! thank you so much because tak putus putus support ! hee janji tak lupa password lagi :D to shoutbox, hi Ijang: nanti inbox me at FB ya. thanks and come again!


18 comments:

Anonymous said...

missss uuuuuu dat3nnnnnnnnnn!!!!!!

zaty said...

panjang lebar kak najah ulas.tp sy dpt point tu..setuju ! semua org nk cantik tak kira saiz.yg penting pemakaian kena jaga. :)

sYiRa LoKMaN said...

panjangnyeeeee...whooo.. ^_^ akak ~

DatinWowhh Najah said...

Aninms: hi haha thx u miss too ;p
Zaty: hee aah thx u and yes ;)
Syira: skali update apa salahnye haha bkn hari2 ekekekeke

DatinWowhh Najah said...

Hee btw thx u visit ;)

Fatin Liyana Asri said...

awak ni mmh positive, saya suka semnagat awak hikhik. selamat hari raya aidiladhaa bff <3

DatinWowhh Najah said...

Tqsm awk ;) syg awk sgt n slmt hr rya to u too bff (;

aini shahroni said...

chanteknyew..
hewhewhew..
x pandai dress mcm akak..
nanti nk bljar dgn akak boleh?
^____^

http://nurainishahroni.blogspot.com/

emymilya said...

datin~ im ur new follower~ ihik. kagum dgn semangat datin! btw, cantekkk baju pink tuu :)

DatinWowhh Najah said...

Aini: thank u so much aini hehe apa la akk dpt ajar dik ;) insyaallah


Emymilya: thx u awakkkk follow kite hehe baju pink from raynaa butik

Ana Farhana said...

i love this entry so much! selalu sgt rasa down psl berat,.. adoiii :"(

MIYAMIENATASHA said...

pulau pangkor memang best...especialy p pulau yg kecik kat tgh laut tuh...hew...hew...

aini shahroni said...

yeah!!!
meh kiss pipi sikit..
muahhhh kanan...muahhhh kiri..

::Arkitek Hati::

Anonymous said...

salam datin comellll..nak tnya datin selalu beli bj kat mana yer,,mcm shirt,blous..jeans..tgk datin pakai sume cntik...walaupon kategori tembam...sy slalu ada mslh kalo nak bli bj yg cntik2 ni...xtau nak bli kat mana..huhuhu..apa2 salam kenal datin...adore datin sgt2..:))) - yanie -

DatinWowhh Najah said...

Ana hehe thank u lps ni jgn diwn ye slalu up hehehe

DatinWowhh Najah said...

Miya: its awesome

DatinWowhh Najah said...

Aini: amboi hehehe thank u sis

DatinWowhh Najah said...

Yanie: salam hi sis. Najah beli everywhere byk sgt tmpt slalu kat tmpt budget student kat sg wang lot 10 cotton on ada lbh duit skit kat voir byk sbnrnya size kite oh kat soda pon