Thursday, May 24, 2012

TUGAS DATIN SEBAGAI SEORANG PELAJAR DAN MODEL SAMBILAN

Assalamualaikum.


Hello and hi dear readers.
Today, I just wanna share about my life as a STUDENT and PART TIME MODEL. Sepertimana yang anda semua tahu ataupun yang baru sahaja tahu, walaupun Datin as my TITLE but i am still full-time student at UiTM Puncak Alam, Selangor. Im doing Bachelor in Customer Services and now in 4th Semester. Haih, pejam celik pejam celik InsyaAllah lagi 2 sem je lagi nak tamatkan pengajian di peringkat Ijazah (Degree) and ada rezeki boleh lah kumpul duit usaha sendiri iaitu alam pekerjaan yang semestinya MENCABAR.




Sebagai seorang pelajar yang sangat sangat penat pergi balik kelas and kadang kadang tiada waktu untuk rehat sepenuh masa disebabkan homework, assignment and project yang perlu disiapkan. Kadang kadang mengeluh jugak mengenangkan something yang tak mungkin akan dapat dilakukan diluar sana :') I mean nak pergi futsal,karaoke,extreme game macam you guys buat tu memang takkan dapat lah kan and kadang kadang dapat jugak selitkan sikit sikit kalau rasa memberontak and nak jugak buat kalau tak buat, mood jadi makin teruk seperti biasa aiceh! Student life sangat sangat seronok jika nak dibandingkan dengan alam pekerjaan actually. Ni pon dapat tau dari parents, kawan kawan yang dah bekerja and sapa sapa jelah. Bila i tanya bestnya kerjaaaaaaaaaaa, but then mesti jawapan yang sama keluar 'best??! kau student lagi best kot!!! dapat cuti dapat pergi mana mana ,kerja mana boleh suka suka hati nak pergi sana sini nak nak kau kerja dengan majikan" uhh, terus rasa bersyukur lah masih lagi student aku ni. wkikwikwikwi. So, student gunalah waktu anda sebaik baiknya !




Selain bertugas sebagai seorang pelajar, siapalah saya kalau tidak terjebak di dunia permodelan kan. Najah yang juga dikenali anda semua sebagai 'Datin' telah aktif dalam dunia permodelan ini dari akhir umur 21 y/o lagi and now i am 23 y/o(2012). I mean, sejak Diploma di UiTM Jengka Pahang lagi Datin dah involve dunia permodelan ini. Itu pon dah nak habis semester, Practical time. So that sangat free untuk kesana sini kan. Alhamdulillah, mula mula tak expect pon untuk jadi model and involve dalam dunia permodelan ni actually tapi langkah kanan Datin ke butik pertama, "GETGORGEOUS" terus menaikkan nama Datin kedalam dunia  permodelan. Alhamdulillah juga Datin aktif bersama crew Photographer "CREATIVO Photography". Setelah aktif bersama mereka, Datin tak sangka juga Datin dipanggil oleh butik kedua which is "EDAST". Alhamdulillah jugak rezeki masa tu, hanya Allah sahaja yang tahu. Dari saja suka suka, telah menjadi satu pekerjaan sampingan. Maklumlah, belajar mengumpul duit sendiri kan. Dipanggil juga ke butik seterusnya "KZNABIHAH",to Faiz Lee PhotoG and Efie Photography until now masih aktif untuk butik seterusnya. 




Sebenarnya menjadi model dan juga seorang pelajar ini bukan sahaja perkara yang mudah. Datin sendiri perlu menguruskan masa sendiri. Datin lebih mementingkan jadual sebagai seorang pelajar sebab pada Datin, ilmu lebih penting dan ilmu yang ada juga merupakan semangat untuk kita buat something yang kita suka seperti dunia permodelan ini. Orang kata, langkah kanan pasti ada sahaja rezeki yang datang and i keep that principle which is i never turn back. Menjadi model ini juga banyak kelemahan dan kelebihan diri telah datin belajar. Dari beraksi di hadapan lensa kamera hingga melakukan aksi 'cat-walk' dikhalayak ramai, saluran TV9 shooting for Safiyya and Youtube for MinazTV. Itu pengalaman yang sangat berharga yang tak mungkin akan datin lupakan kerana itu lah satu faktor dimana Datin rasa lebih berkeyakinan Alhamdulillah. Dari situ, Datin rasa apa salahnya mereka diluar sana cuba juga untuk mengorak langkah untuk beraksi di khalayak ramai. Jangan jadi 'Katak dibawah tempurung'. Kita nak, tapi kita malu. Kita sebenarnya BERANI tetapi kita TERLALU memikirkan pendapat dan pandagan orang lain yang mungkin sekali TIDAK mahu melihat kita BERJAYA".
Snapshot for KZ Nabihah


Ibubapa,keluarga juga sahabat baik telah banyak memberi kata kata semangat pada Datin supaya jangan rasa jatuh dan sentiasa berprinsip. Biarkan mereka menjatuhkan kita tetapi yang tahu hanya niat hati kita untuk lihat diri kita berjaya. Sebagai model muslimah, Datin sering diingatkan dengan satu prinsip yang takkan Datin lupakan InsyaAllah, "dimana dan bagaimana kamu didepan lensa, jangan sekali kamu melanggari waktu solatmu" Berwuduklah sebaik baiknya sebelum make-up itu dan teruskan lah cari tempat solat dan solatlah. InsyaAllah, diberkati usahamu itu. Itulah guna kata kata semangat ibubapa(Hj. Mohd Nor Hasan dan Hajjah Kamarunnisah Hj Jamal) dan kawan baik Datin (Fatin Liyana Asri). Dalam kehidupan Datin, banyak kelemahan yang Datin dapat tapi Datin tetap bangun sedikit demi sedikit oleh kerana kata kata penguat datin dari mereka ini. 




Sebagai selingan ,harini Datin nak meluahkan perasaan sebak didada dimana selama ini ramai yang tertanya tanya dari mana Datin dan Fatin ini memulakan persahabatan. Untuk pengetahuan anda, kami berkawan baik sejak kecil , bersekolah sama dan berada di sama sekitar kawasan Seremban juga. Pada Datin, Fatin sahaja yang memahami baik buruk Datin selama ini. Kekurangan yang Datin tak nampak, ditegur , Kelebihan yang dilihat, diminta teruskan. Itulah yang ada dalam persahabatan kami. (sebak sebenarnya meluahkan sebab Datin terharu kerana kami dua dua tak expect kami menjadi perhatian kawan kawan dunia siber) Perbezaan kami sedikit sahaja, Dia bersaiz S, datin XL. HAHA. ok bye. Actually, if i feel weak she always be my mentor, my PA, my mum, my sister and be my doctor. I love you bestfriend :'). My parents tak risau sangat sebab mana mana pergi mesti dengan dia . heeks.



Oh ya, terima kasih pada semua kawan kawan yang sentiasa sokong Datin, terima kasih banyak banyak Datin ucapkan kerana Datin tak perasan kalau tanpa teguran anda jika ada Datin terbuat salah atau apa. Maafkan lah Datin ye jika ada terlepas pandang. I am me. No Fake at all. I try my best. If you tgk Datin hitam, hitam lah and jika putih putih lah :) Biarlah Datin menjadi diri Datin sebenarnya. Datin sangat sangat menerima pendapat orang lain juga terguran orang lain. Jadi, jika ada salah silap datin, tegurlah i am very okey. Berbalik pada tajuk iaitu Full-time student dan part time model, 'masa ada, kita kena cari' itu prinsip datin juga dimana datin ambil dari kawan baik datin sendiri. hee. Pada Datin, buatlah apa yang membuatkan you rasa PUAS HATI. Jangan pendam hingga hilang angan angan selama ini. Make it REAL.InsyaAllah you will be the princess for the others.


Okey guys, love all of your supports! Thank you so much.
Datin.Najah.