Saturday, December 31, 2011

They are my IDOL ! Wake-UP GIRLS and ALL OF YOU!

Assalamualaikum. .


Semua orang ada idola masing masing kan . .Begitu juga saya . . 
Saya mengimpikan saya akan berdampingan dengan mereka yang penuh dengan keyakinan. Saya lebih suka berkawan dan bergaul dengan mereka yang sentiasa positif . .Once saya bergaul, saya rasa yakin untuk tempuhi hari hari yang mendatang dan untuk berfikir negatif tentang seseorang, jauh sama sekali.  Seronok kalau kita berbual dengan golongan yang lebih matang dari kita. .He/She likes our mother you know. Orang kata, mereka makan garam dulu dari kita . Masa kecik, tak pernah nak ambil berat about MAKAN GARAM DULU DARI KAMU . .Tahu masak guna garam untuk sayur and ikan goreng :') tak tak, gurau je. Hihi!


Idola saya yang terpilih dari hati . Selain ibu saya sendiri  . .




Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil:


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil -thank you Encik dan Puan Google :')


Beliau yang saya kagum lama telah saya perhatikan yang satu hari nanti saya akan jadi seperti beliau . .berani berhujah. .Tak fikir langsung tentang takut dan berani tanggung risiko walaupun tahu yang wanita dianggap lemah. .who said it? NO! wanita tak pernah lemah ! sekali wanita lemah, tak kan ada dan takkan wujud anak yang cemerlang masa kini . .Naluri seorang ibu, itulah wanita . Pertahankan hak wanita, ini lah beliau yang saya maksudkan . .I hope i can meet her personally! i really adore her ! Seriously, since my mum told me ,that im so lucky now because i have someone that i can follow and be confident depan mata :)  She's so humble and beliau seorang pun beliau berani ! Before ni pernah jumpa depan mata di Majlis Persidangan, tapi tak sempat bergambar. .kite terus moody sebab kita minat sangat dia . . Haihh, semangat lah nak lepaskan perasaan ni HAHA sebab serious rasa seronok kalau beliau tau saya mmg sukakan penampilan beliau dah lama ~ wuwuw . now , trust me. .apa yang kita ceburi, apa yang kita minati. .kita perlu ada KEBERANIAN untuk melontarkan dan jauhkan lah apa orang kata . .Nak ikut apa orang kata, mereka dah berjaya, awak yang duduk seperti bawah tempurung . .Let them see that we CAN ! Kita tak lemah and kita berani hadapi apa yang ALLAH uji ini . .It is too simple but you as a human buat ia menjadi berat :')  Datuk, I hope i can meet you one day for sure :) i love you and you are my truly idol's ! Teruskan memimpin wanita and Smile :') Respect you so MUCH Datuk !


ADIBAH NOOR:




Adibah Noor- Thanks to Google :)


You guys . .kenal bukan ? YES! haa excited sudah  :') "She's so adorable and i believed that i can be like her" itulah tagline saya kalau saya give up . Ada certain time tak semudah itu untuk kita bangun balik kan . .certain time kita rasa Ya Allah, kenapa lemah sangat hati ni, kenapa lesu sangat harini kenapa tak bersemangat ni . .yes. .itu lah saya ! wanita ni normal. .perlu ingat satu saja, 'mereka yang menunjukkan keceriaan, kegembiraan pada orang sekelilingnya adalah mereka yang menyimpan seribu kepahitan hidup" So, from here kita tau yang wanita tabah boleh bangun dengan diri sendiri. .Until now, Kalau ada rasa bimbang, teruskan motivasi diri kita kenapa kita tak boleh berjaya . Kenapa kita tak boleh bangun macam orang lain, kenapa kita tak boleh jadi mcm orang yang menyelindung sejuta masalah mereka yang sepertimana saya maksudkan tadi? :) Chill. .for me too ! Jadikan satu semangat jangan putus asa. Focus on her, Adibah Noor . .enjoy tengok life beliau. .berkeyakinan lagi dengan apa saja yang beliau buat. Sopan, baik, humble ! Ketepikan soal size badan asalkan you sihat ! you tak susahkan orang sekeliling kalau you plus size. See, Adibah Noor, tak mintak pun untuk dikenali, terkenal atas usahanya sendiri.  Allah beri masing masing bakat, beliau menggunakan bakat yang Allah beri dengan sebaiknya . Respect her so much!  Yang dah kurus, nak kurus lagi. Pelik sudah ~ Yang berbadan besar, tak bersyukur . Kalau malu nak berhadapan dengan orang ramai kerana badan, boleh kurangkan tapi kerana diri sendiri bukan kerana orang lain. Ia akan turun sendiri dan kalau itu boleh buat you yakin, teruskan dan jangan putus semangat tapi pada saya, bersyukur dengan apa yang diberi untuk saya dan saya yakin saya boleh teruskan hidup saya dan menjaga kesihatan saya . Malu? sebab takda sorang pun nak berkawan sebab malu saya berbadan besar? LET IT BE ~ pedulikkan. .dia bagi you makan? dia bagi you makan minum? NOBODY PERFECT guys, no! Dia yang nak berkawan, dia ikhlas menerima kita seadanya bukan kita yang terhegeh hegeh . .ramai lagi yang menerima you guys terutamanya FAMILY you . dan paling penting ALLAH menerima kamu dan berdoalah untuk yang terbaik . Allah beri semua ini kerana ada hikmah dariNya .Takkan berani kita dibuang atas kekurangan yang Allah beri ini. .ingat itu . .bangun!bangun dari fikiran yang terbelenggu itu..Nak sangat jumpa Adibah Noor, nak sangat ! Look yourself, you're PERFECT . Tidak ada apa yang mahu dimalukan :')  Ada sebab kita begini, jauh dari riak . .jauh dari fitnah dan ada hikmah dididik supaya kita begini. .wah ~ untuk saya juga. HEHE. Love youself like Adibah said, she love herself and elok bersendirian dan ditemani keluarga :) Jodoh itu rahsia Allah. . Adibah, i love your perfomance and i hope i can be like you one day! hugs* thanks for motivating me and the others to be brave on this world !




ADELE :
ADELE- thanks Dear Google :)


Biasa lah, cantik itu la ayat yang terlintas dari saya pada Adele ni. Mula mula kenal dia from lagu 'Someone Like You' then, turn to the next songs 'Rolling in the Deep' dan seterusnya lagu yang sentiasa saya putarkan hingga sekarang ' Set fire to the rain' ! yes, from there i keep something good from her.  Nak sangat tahu kenapa dia nyanyi lagu lagu sentimental and rnb mcm ni. .Semua lagu yang dia nyanyikan, berkaitan dengan diri dia :) Semua lagu yang dia nyanyikan PERFECT ! the lyrics really into me . Sangat berani walaupun berbadan begini . Yakin dan berani . .keep moving Adele. Im so touch with all of it. Bila dengar lagu yang dia cuba sampaikan, terus tersedar bahawa ada satu spirit yang boleh disematkan dalam diri seorang wanita.  Let it burn orang kata kalau nak move on kan :)  kadang kadang saya terfikir dan teringat skrip Ombak Rindu by Izah, "kenapa perlu saya menangis, kenapa perlu saya bersedih" .. .mmg betul pun. .kenapa perlu menangis dan bersedih pada mereka yang tidak menghargai cinta . .bukan? hehe terpengaruh movie susah jugak kan . .huehue~ But its okey if you felt down , try to listen her songs. .banyak yang boleh anda dapat untuk motivate kan diri you guys. Lama lama kita boleh terima yang kita masih dihargai orang lain. .thanks Adele,you made me spellbound by your perfomances girl! if you have concerts here, i will go to see you LIVE! hehe ~

p/s: SELAMAT TAHUN BARU pada keluarga saya yang jauh
 dan dekat sama ada di Singapura, dan di Malaysia . Semoga Tahun baru ini memberi kekuatan kepada saya juga orang 
disekeliling saya dan TERIMA KASIH YA ALLAH. Selebihnya permintaan telah saya minta dan berdoa pada Tahun Baru Islam yang lepas tapi untuk tahun 2012, Saya harap saya menjadi wanita cemerlang untuk keluarga dan mereka yang sentiasa tempatkan saya dihati mereka. AMIN, Ya ALLAH. 
Selamat datang 2012 . HAPPY NEW YEAR TO ALL OF YOU .

Thank you guys !
take care
luvs*
Datin.Najah

Thursday, December 29, 2011

Bithday Present dan Kejutan from IBU,BABAH and ABANG :')

Thank you so much for my pretty mother !




Thanks for the present that i was never expect to get something from you for this year. I just pop-up on my BBM status that i really fall in love with  that wrist watch ! Yes, there is the new collections of BONIA and the price still the same.


Mimpi saja lah nak dapatkan jam tu pada mulanya sebab yela, how can i get it? air liur ? telan air liur banyak kali pon belum tentu hilang dahaga :')
actually malam semalam ibu buat satu kejutan . .i mean kejutan kedua after they went to Subang for celebrating me . .but then, planning yang tak dijangka sebab ingat nak makan bersama family sahaja. . So abang belanja kami makan di Pizza Hut Jusco, Seremban 2 :')


Patut la siang tu abang tak bagi tengok handphone dia even nak pinjam sekejap pon tak boleh rupanya dia takut saya baca text dia ber conversation dengan ibu and babah. .how cute it is . .dalam masa yang sama, abang tiba tiba buat buat tanya ' tahun ni kenapa pelik sangat kau taknak hadiah ?' and i just jawab ' adik kesian kat ibu, hari hari ibu tu hadiah adik, kenapa kau tanya . ? kalau kau, wajib bagi hadiah ! huahua. .sebab sikit kesian pon takda :D haha! ' then abang pon willing belanja makan malam kat Pizza Hut :D Babah buat buat call tanya dah makan etc :') sebab tu perkara biasa kan, so takda la pelik sangat .  


So, saya buat buat lah tengok lappy and online for a while tgk youtube then abang tanya : ' adik pinjam BB . '  I terkejut la kan why tiba tiba nk pinjam . .: 'FOR what sey nak pinjam bb adik?' Nak tengok gambar kejap terang ke tak bb tu punya camera ' Jawapan dia mmg kecik hati sikit la sebab yela, bb ni camera mmg tak cantik! huahuahua :')  tanpa saya sedar, dia send gambar jam yang saya jadikan DP di BBM to ibu padahal ibu boleh je tengok kat situ saja :')  Then ada kantoi sikit la and malas nk tanya but abang pandai cover, ' eh, abang tersend kat ibu la, ooo camni ke BB kalau nk share file . .sng gileee! ' huaaa, mmg style dia punya cover tu kan so saya ni lurus tau so saya pon takda perasaan  and malas nak layan :') HAHA!


So dalam lepas Isyak, ibu and babah terus ke Jusco and abang datang dengan saya ke sana .So we meet up at Jusco sebab kami berdua from rumah maktok ayahtok :')   makan dan makan la sehabisnya :') Alhamdulillah and borak borak sebentar dengan babah and ibu about our preparations for final but saya satu apa pon belum start lagi, janji dengan ibu tadi today nak start sebab 7,8,11,14 and 15 Jan dah paper bermula .InsyaAllah. .i will do it for you mum! Lepas tu, selesailah kami makan then sementara tunggu abang beli ticket Mission Impossible 4, hold la kejap kan . then saya pun bangun and ibu bagi present dalam beg BONIA. .masalahnya masa datang, saya tak nampak langsung beg tuu . .uhk uhk . .


'Nah, untuk anak ibu yg ke tuutttt tahun' huihui ! then i was speechless kenapa itu adalah JAM BONIA yang saya impikan selama ni ! KENAPA KENAPA ? Ya Allah, ibu mana yang nak tengok hasrat anak tak sampai kan. .and ibu hadiahkan itu, menitik airmata sebab mmg tak jangka pilihan ibu mmg seperti saya dan color itu lah yang saya nak kan :') I LOVE YOU IBU! Saya bersyukur sebab rasa gembira yang tak terhingga la this year . Hug ibu , sayang ibu kat situ tanpa fikir orang sekeliling ! :D SHE'S MY MOTHER and everything she did is for me . .




How much i love you only Allah knows ibu and babah !THANKS for the gift ! Saya hargainya ibu walaupun tahun ni hanya nak ibu doakan sahaja saya tapi ini hadiah yang ibu beri :') luv you ibuuuuuuuu!








luvs,
Datin. Najah 

Wednesday, December 28, 2011

Cermin Mata & GOOD LUCK !

HEHE :)


Gembiralah sayaaaaaaaaaaaaa sebab saya
 dapaaaaaaaaaaaaat sepasang cermin mata baru !
korek duit korek duit,nasib ada rezeki untuk buat cermin mata baru :D HEHEHE . .cermin mata lama bengkok teruk sudah sebab tertidur atas cermin mata ! sangat mengerikan lagi bila tengok frame dia tak serupa cermin mata ! 




Cemas sudah time tu sebab nak drive macam mana, nak study macam mana sebab mmg bergantung harap pada spec je ni huhu :) Time mcm ni lah nak buat hal . .Pilih punya pilih, dapat lah yang murah :')
Beli saja la, Alhamdulillah nasib sempat siap satu hari :')  Lega rasanya .  Ibu pernah pesan, lepas ni spec rosak lagi, pakai goggle . Tu yang cemas tu walaupun tau babah dengan ibu takkan buat punyaaaaaa ! :p


Spec ni penting pada semua orang yang rabun tau . Saya mmg akui la mmg saya lemah tanpa spec.  Dulu mmg la pakai contact lense tapi bila mata mcm tak bermaya, lemah sangat sebab pakai dengan lama, so better spec saja la :)  Kalau rasa ada kelapangan masa, boleh saja pakai contact lense tapi kalau busy nak ke class/kedai takkan nak bergaya jugak kan :D itu saya la and itu pendapat saya la :')  Saya pernah jugak la masa musim contact lense dulu beria pakai , pergi 7E pon pakai, yelah, nak jugak la rasa tak pakai spec mcm orang lain kan. .:D but then Abang saya terlepas cakap 'OVERRRRRRRRR NYAAA' . .pastu taknak pakai dah :D lepas tu muka abang da serba salah sebab buat saya kecik hati :D  Tapi saya ok sebab mmg saya tau saya over pun pergi 7E jer :D melampau kan ? hihi .


Since Standard 2 until now , im using spectacles .  Dari kecik tengok tv dekat dekat, baca komik dalam gelap and yes selalu ikut abang bermain game setiap malam dengan keadaan bilik yang sangat gelap . Bila dapat pakai cermin mata, rasa matured . So proud la zaman dulu sapa pakai spec nak nak pengawas sekolah. ecececey :')  siap spec saya ada corak Doraemon lagi tepi frame tu. .ibu hadiahkan :D comel waktu tu ! rindu pulak zaman sekolah rendah yang ketot ketot semuanya :')


Anyway,  hope spec yang saya buat dengan duit saya sendiri ini akan saya jaga sebaik baiknya ! HAHA. boleh tak ?! semogadapatbelajardenganbaik# GoodLuck GUYS for your FINAL EXAMANATIONS. Banyakkan solat hajat, berdoa dan minta restu ibubapa dan minta maaf dengan semua kenalan semoga kita dapat buat dengan tenang. .untuk mereka yang masih belum ganti puasa, ganti la segera. .bayar hutang anda baru dapat buat dengan cemerlang :')  take care .luvs!




Sincerely,
Datin.Najah
  

Tuesday, December 27, 2011

My birthday , Berbahagia lah saya kerana anda semua :') Thank you!

Assalamualaikum,




Hari lahir saya 25th Dec, terima kasih atas segala ucapan anda semua. terima kasih kerana sudi mengingati dan menyambut hari lahir saya dengan doa dan ucapan  dari anda di FB wall dan di Tweeter yang membuatkan saya bangkit semula :')  I was so speechless on the next day bila tgk hundred something wishes from you guys and I am sorry sebab tak dapat nak balas satu satu di FB. .but its okey for me to handle it up dengan membalas melalui wall yg saya berikan tanda hargai kamu semua :)  Actually, im still young . .yes, sure im still young and it will be forever. Hehe mula nak bangga pada benda yang tidak akan terjadi hee. . :')


Masing masing ada hajat di hari lahir kan, pada saya  tahun ni saya terlalu simple menyambut, sujud syukur cukup lah untuk saya, sunat hajat di hari lahir dan mengucap dua kalimah syahadah kerana saya bangga menyambut dalam keadaan Islam . .Bernafas saya sehingga hari lahir saya . Saya rasa lemah sikit tahun ni di hari bahagia saya, yes i admit it because tak pernah celebrate jauh dari family tapi disebabkan Final Examanation, saya terpaksa hold untuk balik Seremban and have one reason kenapa saya tak balik Seremban sebab saya ada planning on my special day tu .  My mum and dad called and menitik air mata ni :')  Terharu kerana sempat lagi menyambut hari kelahiran bersama suara mereka . . 


"adik, anak babah . .harini hari jadi adik, babah nak yang terbaik untuk anak babah. .adik jangan sedih tahun ni, tunggu adik balik adik kena kuat semangat semua sayang adik ibu pon gembira adik terus gembira . ibu dengan babah syg adik tak pernah kurang ingat tu "


Ayat tu buat saya bangun and yakin , YES ada orang lain yang turut menghargai hati saya. Thanks babah and ibu. I won't any present from you this year melainkan doa dan berikanlah kebahagiaan dihati ni. .Hari hari ibu dan babah adalah hadiah untuk saya so for my birthday, biar saya yang request no need to give me anything cukup lah sekadar doa.  I know you both kerja kuat untuk tanggung kami adik beradik .  Saya dah cukup sangat dimanjakan dan for my present, saya harap ibu dan babah faham luahan hati ni..To my ibu, pendengar setia saya. .i love you so much and babah my hero forever. . .i love you so much too and everybody know that saya sangat manja dengan babah ! :')




Saya seorang wanita biasa yang mempunyai hati juga perasaan.  Saya sanggup menunggu hari lahir saya kerana terlalu tinggi hajat saya di hari itu tapi tak mengapa, tidak selalunya yang kita rancang, kita dapat tunaikan.  Selama setahun saya mengharap impian saya itu tetapi tidak terjadi akhirnya .  Mungkin bukan rezeki saya. Saya percaya pada takdir Allah.  Tapi sempurna lah hari lahir saya bila ada mereka mereka yang menyambut, menemani hari saya tanpa henti dari mengingati sesuatu yang membelenggu .  Saya teringin nak menyambut hari lahir saya dengan orang yang saya pilih tetapi musnah sudah impian saya bila saya dapat tahu sesuatu di depan mata yang membuatkan saya sedih dan lemah sangat .  Mungkin itu hadiah dari Allah untuk saya hadapi ujian itu . Saya hormati keputusan itu dan saya lepaskan segalanya pada Allah dan biar lah Allah uruskan selebihnya. Yang saya perlu lakukan teruskan perjalanan. .Hari lahir saya, untuk hati saya berbahagia dan bukan utk terus bersedih.  Saya tahu saya manusia biasa :')  Dari situ, saya redha dan saya tetap teruskan gembira untuk hati walaupun perit masih saya rasakannya.  Takpa lah, mungkin ada hikmah disebaliknya ujian Allah ini.  Saya hadir bukan la sesempurna mana kerana itulah saya cuba corakkan kan diri saya untuk teruskan perjalanan di bumi Allah ini.


Saya bersyukur kerana saya masih boleh senyum dengan teman teman, keluarga juga maktok ayahtok :')  Saya hargai . .walaupun this year tak berapa nak happy dengan celebrate dgn org yang saya pilih, tak kesampaian pada sesuatu keadaan tapi selebihnya saya dapat rasakan kebahagiaan hidup dengan kehadiran kawan kawan yang tak putus putus wish :)  Until now 28th Dec pon still ada yang wish belated bufday on my FB wall. Thats ok dear, i really hargai . Terima kasih banyak banyak..Cikgu, lecturers and friends yang wish by text/bbm/whatsapp. .saya hargai sangat sangat :') terima kasih ye kerana mengingati hari lahir Najah ni :D  Thanks to all my Puncak Alam's friends celebrate me on the next day. .going to Putrajaya and kejutan disana with all my girlfriends and my aunty house at Subang. .kejutan jgk from my family and mmg target balik rumah uncle untuk tidur etc so tak prepare apa . pucat lesi muka tapi takpe , seronoknya time tu :')  Walaupun tak balik Seremban tapi my family and mereka ada disana. celebrate dengan Dini sebab bufday adik sepupu kesayangan saya tu on 24th :) so cute lil sister! Beza kami 10tahun :') so sweet of us !


Abang, you are the only one my abang and thank you sebab cheer me up on my day ! thanks for the wishes on my FB wall, tweeter, and siap call LIVE lagik . Heee . i love all the memories ! i hope panjang umur, jumpa lagi 25th Dec 2012 insyaallah :')


Putrajaya: surprised . thanks friends for the durians and telur bagai ! :D hehe 
Me and my luvly ibu . Dini with her mum's, MakTam :)


Terima kasih mendoakan saya . I really hargai to all of you guys !


Dini and Me. .ily adik :)
 my cousins that are always together ! 


Family :') 







untuk keluarga jauh, thank you so much too !








ily and imy.
byebye:
Datin. Najah















Monday, December 19, 2011

Do call me NAJAH :)

Assalamualaikum :)




waaaaaaaaaaaaaaah ! lamanya tak updateeeeeeeeeeeeeeee lah !
bukak blog sendiri jarang, bukak blog orang lain bukan main kerap !


Serious lama jugak tak update.bila nak update, i will think it twice, study or blogging.  Bila ada masa, baru nak fikir semua ni. Semester 3 berat sekali . Baru rasa diri macam seorang doctor  walaupun hakikatnya i bukan la seorang doctor tapi seorang pelajar yang sedang mempelajari ilmu untuk conducting, leading , solving and consulting the person problems . .bila busy, itu sangat mencabar tapi seronok sebab ada kawan kawan around me ;)


Actually i just want to update about myself lately. Im sorry . serious im so sorry sebab lately emotional tahap melampau lampau tak perasan kenapa. Biasa lah, im human. Like you. Tak selalu kita nak gembira kan. Itu semua kerana hati. Hati ni nak juga dibelai :) aiceh !


No lah. Haaaaaaaaaaaa for the special information for you is, do call me Najah :) i really appreciate about it. Bukan sebab taknak orang panggil Datin but nak buat mcm mana kan orang dah kenal dengan nama datin tak boleh nak salahkan keadaan kan. Selesa jugak orang panggil i Datin but untuk doa dan kebaikan, boleh you guys call me Najah :) i really love that name. my real name actually Najahtul Iylia Hj. Mohd Nor . .nama banyak but i really comfort with Datin and Najah . 


Cerita dia mcm ni, i pergi kelas, and all my classmates called me ' Monny' . At Puncak Alam ni, i boleh sorokkan diri dengan tenang actually sebab orang kenal i di luar tak mcm kat sini , i mean at my campus  :) ( bajet ada orang kenal lah pulak, Pang satgi !)  I mean ada orang perasan or like familiar padahal mmg betul pon tu i . hehe.  Yes, di faculty im wearing spectacles and eye liner sahaja . Pakaian pon dah boleh ditindas . Selekeh saja la tu yang selesa untuk i ke kelas. Sandal this semester tu lah bertahan walaupun RM20. hehe . Itu jugak la kegemaran itu jugak lah bawak jalan itu jugaklah pegi bawak main air tepi laut bersama kawan kawan :D how sweet this memory with this sandals :)


Berbalik pada cerita, nama i ' Monny' tak diminati oleh one lecturer i . I love that lecturer so much and i really respect her.  Masa tu mmg mdm tu panggil i ke bilik untuk satu urusan (katanya pada mula) so i ikut lah without bawak kawan kawan atas permintaan :) i dah risau pada mulanya, whether i kene re-test my Test ke or etc but totally wrong . Semua tu tak berlaku dan yang berlaku mdm hold my hand and tanya nama i selain monny apa ?  . I risau sangat cemas sangat sebab tak pernah orang mcm tu dengan i .  I cakap la satu satu nama i. .ada lah dalam 5 nama :D haha melampau kan !  gile tau, rasa mcm artis tak laku nak tukar nama macam macam :))


So around 25minutes lah berbincang, i tersedar yang dia betul betul nak panggil i Najah . I tak kisah sangat sebab mmg before ni ada jugak call me Najah. Cikgu and family . Family kerap panggil ' Adik' and bila ibu melaung je akan keluar nama ' Najah' tu. hehehe ! comel kan! I menangis tau sebab i terharu ada yang sudi nak share ilmu about nama pada i. Najah mean Kejayaan. I know people around nak i berjaya and no turn back. So within the name, it will be good for me kan. Kalau nak sedap, panggil Datin Najah ;) waah ! melampau. (gurau apa salahnya ye tidokkk?!)


Mdm tu speechless sebab ada student masuk bilik dia time dia consulted me sebab ada student panggil i datin yang comelnye mdm tu ingat i dah kawin. GOOD! haha ! itu la yang datin risaukan. You guys panggil2 datin ni, ada yang pernah ingat datin pernah kawin dengan Dato/somebody. .NO! i don't. im still single and still young to think about married . hehe .


I terus call ibu balik tu, i terharu and rupa rupanya ibu mmg nak orang panggil i Najah tapi dia jaga hati i :) How sweet you ibu and now Alhamdulillah ada jugak orang panggil i Najah, im so happy :) Kadang kadang tersasul tu biasa. .Tapi kawan kawan yang kenal i mmg Monny, tak dapat nak diubahkan, rasa janggal katanya :) thats ok sayang, at least you know it .


Terharu kan bila ada orang ambil berat apa yang kita tak pernah perasan before :)  nice to share with you guys and please do appreciated with your name, dear. kalau you panggil i Datin, mana la tau i bersama Dato ke kan ;D heeeks! mengada. takdala, pilihan hati ni nak yang biasa saja la kalau boleh, cukup la hidup dan faham bersama kan :) aiceh ~


ok dear, thanks for visited and do love me as well guys !


byebye!